NEW
Font size
WorksheetsNSNT 2023 UNIT 1.2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah yang dimaksudkan dengan karbohidrat kompleks?
Karbohidrat yang mudah diserap untuk tenaga cepat
Karbohidrat yang mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan glukosa
Karbohidrat yang perlu menjalani proses pencernaan dan penyerapan sebelum ditukar menjadi gula ringkas
Karbohidrat yang tidak mengandungi serat dan hanya digunakan untuk simpanan lemak
Apa kesan pengambilan lemak trans yang berlebihan?
Meningkatkan penglihatan dan kesihatan kulit
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Meningkatkan kolesterol LDL dan risiko penyakit jantung
Menyediakan tenaga segera untuk badan
Antara berikut, apakah sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin C?
Susu
Oren dan kiwi
Daging merah
Ikan berlemak
Apakah fungsi utama kalsium dalam badan?
Membantu penghadaman makanan
Membentuk tulang dan gigi yang kuat, serta menyokong pengecutan otot
Mengawal keseimbangan cecair dalam badan
Menyediakan tenaga utama untuk otak
Apakah enzim yang terlibat dalam pencernaan karbohidrat di mulut?
Pepsin
Amilase saliva
Trypsin
Lipase gastrik
Apakah yang terjadi pada kelebihan glukosa dalam tubuh?
Ia disimpan dalam hati dan otot sebagai glikogen
Ia diubah menjadi asid lemak dalam usus besar
Ia digunakan sebagai sumber tenaga segera
Ia dihantar ke sistem limfa
Keperluan nutrisi yang meningkat semasa penyakit atau pemulihan adalah untuk:
Menyokong proses penyembuhan melalui peningkatan tenaga dan protein
Menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh
Mengurangkan pengambilan kalori untuk menurunkan berat badan
Meningkatkan kadar metabolisme untuk melawan jangkitan
Bagaimana pengaruh kehamilan terhadap keperluan nutrien wanita?
Keperluan kalori menurun
Keperluan air meningkat
Keperluan protein berkurangan
Keperluan vitamin B12 menurun
Bagaimanakah keadaan kesihatan seseorang boleh mempengaruhi keperluan nutrien?
Penyakit kronik dapat mengurangkan keperluan vitamin dan protien
Penyakit boleh meningkatkan keperluan kalori dan protein bagi tujuan penyembuhan
Seseorang yang sihat memerlukan lebih banyak zat besi dan karbohidrat
Penyakit tidak mempengaruhi keperluan nutrien
Faktor manakah yang menyebabkan keperluan nutrien meningkat semasa pertumbuhan kanak-kanak?
pertumbuhan dan perkembangan tulang, otot, serta organ
perubahan hormon
jisim otot yang lebih besar.
pencegahan penyakit metabolik
