wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN OBJEKTIF LANS KOPERAL KRS SMK SUNGAI ISAP MURNI

Total questions: 60

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah Jemaah Menteri meluluskan penubuhan KRS di sekolah-sekolah?

a)

18 Januari 1995

b)

20 Jun 1995

c)

27 Jun 1987

d)

13 oktober 1993

2.

Siapakah yang menyempurnakan pelancaran penubuhan KRS di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur?

a)

Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin.

b)

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

c)

YB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

d)

En. Wan Mohd Ariffin bin Wan Hussin

3.

Siapakah Pengasas pasukan Kadet Remaja Sekolah?

a)

En. Aminuddin bin Awang Kechik

b)

En. Muhammad Thani bin Sha'aban

c)

Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani

d)

En. Anuar bin Abd Aziz

4.

Berikut merupakan nama lain sebelum nama rasmi KRS digunapakai kecuali

a)

Kadet Putera Islam Malaysia(KPIM)

b)

Kadet Remaja Islam (KRIS)

c)

Kadet Bersatu Malaysia

d)

Kadet Putera Puteri Islam(KPIM)

5.

Pada tahun bilakah pasukan KRS secara rasmi ditubuhkan?

a)

20 Jun 1995

b)

13 Mei 1999

c)

18 oktober 1993

d)

15 Mac 1999

6.

Berikut merupakan teras utama aktiviti dalam pasukan KRS kecuali

a)

Disiplin dan kerohanian

b)

Alam Sekitar

c)

Khidmat Masyarakat

d)

Pertahanan diri

e)

keusahawan

7.

Berdasarkan logo KRS tersebut, apakah yang dimaksudkan dengan buku yang terbuka dan Rehal?

a)

melambangkan peranan

institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latarbelakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

b)

melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

c)

melambangkan ilmu pengetahuan yang luas

d)

mengangkat martabat ilmu dan mempertahankan agama islam sebagai agama utama persekutuan Malaysia

8.

Cogan kata KRS ialah Ilmu, Iman dan Islam, betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

9.

Apakah tujuan utama penubuhan KRS di sekolah-sekolah?

a)

Meningkatkan prestasi akademik

b)

Memperkenalkan teknologi baru

c)

Menjalankan aktiviti sukan

d)

Memupuk semangat patriotisme

10.

Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Pengarah KRS pada tahun 1995?

a)

YB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

b)

Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin.

c)

En. Aminuddin bin Awang Kechik

d)

Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani

11.

Apakah aktiviti utama yang dijalankan oleh pasukan KRS?

a)

Pengajian akademik

b)

Program khidmat masyarakat

c)

Perkhemahan tahunan

d)

Latihan ketenteraan

12.

Apakah tujuan Pasukan KRS ditubuhkan?

a)

Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

b)

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat

perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

c)

Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

d)

Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.

13.

Apakah nama bagi gambar simpulan di atas?

a)

Bunga Geti

b)

Buku Sila

c)

Simpul Manok

d)

Tindih kasih

14.

Ikatan apakah yang sesuai digunakan untuk mengikat anduh?

a)

Bunga Geti

b)

Buku Sila

c)

Simpul manuk

d)

Simpul mati

15.

Apakah nama bagi ikatan di atas?

a)

Buku Sila

b)

Simpul mati

c)

Simpul lapan

d)

Bunga Geti

16.

Digunakan untuk menyambung buluh atau kayu dalam aktiviti gadjet

a)

Ikatan Pencuri

b)

Ikatan Silang Gunting

17.

Pilih jenis ikatan yang sesuai dengan gambar yang diberi

a)

Simpulan angka 8

b)

Simpul abah-abah

c)

Tindih Kasih

d)

Buku sila

18.

Untuk menjerat haiwan, kita akan menggunakan ikatan_________

a)

bunga geti

b)

buku sila

c)

simpul pulih

d)

tindih kasih

19.

Yang manakah gambar Simpulan Pengail?

a)
b)
c)
d)
20.

APAKAH MAKSUD SIMPULAN YANG DINAMAKAN SIMPUL MANUK ?

a)

A) DIGUNAKAN UNTUK MENGIKAT PERAHU

b)

B) DIGUNAKAN UNTUK MENGIKAT TALI PADA TIANG ATAU BALAK

c)

C)DIGUNAKAN UNTUK MENJERUT

d)

D) DIGUNAKAN UNTUK MENYAMBUNG DUA UTAS TALI YANG SAMA BESAR

21.

Apakah maksud bantu mula?

a)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa yang tercedera sebelum ketibaan paramedik.

b)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa yang tercedera selepas ketibaan paramedik.

c)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa yang tidak mengalami apa-apa kecederaan.

22.

Apakah nama lain bagi bantu mula

a)

Tolong-menolong

b)

Pertolongan cemas

c)

Rawatan kecemasan

23.

Salah satu tujuan bantu mula ialah

a)

mengelakkan kecedaraan lebih serius

b)

mengakibatkan kematian

c)

tidak memberi bantuan perubatan

24.

Apakah kepentingan Peti Pertolongan Cemas di premis sekolah?

a)

Untuk mengelakkan penyakit berjangkit

b)

Untuk menyembuhkan luka semasa kemalangan

c)

Untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan

d)

Untuk menghilangkan rasa sakit kepada mangsa yang cedera

25.

Berikut merupakan matlamat pertolongan cemas KECUALI

a)

menyelamatkan nyawa mangsa

b)

mengurangkan penderitaan mangsa

c)

melegakan kesakitan mangsa

d)

menyembuhkan mangsa

26.

Apakah maksud bantu mula?

a)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa yang tercedera sebelum ketibaan paramedik.

b)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa yang tercedera selepas ketibaan paramedik.

c)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa yang tidak mengalami apa-apa kecederaan.

27.

Apakah yang perlu dilakukan selepas memberikan bantu mula?

a)

Segera menghubungi pihak hospital.

b)

Membawa pesakit pulang ke rumah

c)

Menghubungi keluarga pesakit.

d)

Merawat pesakit sehingga sehingga sembuh.

28.

Apakah itu Pembebatan (dressing)?

a)

Pembebatan dilakukan untuk mengawal dan mencegah pendarahan dan melindungi luka daripada jangkitan kuman

b)

Pembebatan adalah kain pelitup muka bagi melindungi diri daripada jangkitan COVID-19

c)

Pembebatan merupakan alat penting dalam perubatan yang digunapakai oleh doktor

d)

Pembebatan adalah kain lap untuk mencuci kotoran di badan

29.

Apakah itu Pembalutan (bandaging)?

a)

Pembalutan perlu dilakukan oleh guru agar ikatan pakaian pada murid menjadi ketat dan kemas

b)

Pembalutan adalah salah satu teknik yang dilakukan doktor untuk mengenalpasti penyakit yang dialami oleh pesakit

c)

Pembalutan dilakukan untuk mengekalkan tekanan ke atas pembebatan, memegang pembebat dan penganduh pada tempatnya, mengurangkan kebengkakan, mengurangkan pergerakan, mengurangkan kesakitan dan tahap kecederaan.

d)

Pembalutan dibuat agar mangsa cedera kelihatan kemas dan ceria semasa dihantar ke hospital

30.

Pilih satu Peraturan Am Pertolongan Cemas yang dinyatakan dengan BETUL?

a)

Jangan menanggalkan pakaian mangsa

b)

Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera ringan dahulu

c)

Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke pasar

d)

Tidak memberi keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar

31.

Di manakah kawasan yang tidak boleh diadakan perkhemahan?

a)

Kawasan rekreasi

b)

Tapak perkhemahan awam

c)

Kawasan perindustrian

d)

Kawasan pergunungan

32.

Apakah tujuan aktiviti perkhemahan kecuali

a)

Melatih murid merancang aktiviti dan menyediakan segala keperluan bagi aktiviti tersebut

b)

Memupuk dan mencungkil nilai-nilai murni individu (bekerjasama, bertolak ansur, sabar)

c)

Menimbulkan semangat patriotik, kekitaan, rasa seronok dan menghilangkan tekanan (Stress)

d)

Menggalakkan gejala sosial yang tidak sihat

33.

Aktiviti yang sesuai dijalankan semasa perkhemahan kecuali

a)

Jungle Tracking

b)

Merokok

c)

treasure hunt

d)

Masakan rimba

34.

Apakah barangan keperluan yang sesuai dibawa ketika perkhemahan?

a)

Alatan tajam

b)

Alat elektronik

c)

Telefon bimbit

d)

Pakaian dan peralatan sukan

35.

Apakah peralatan yang tidak perlu dibawa oleh peserta perkhemahan?

a)

Barangan kemas

b)

Uniform lengkap

c)

Khemah yang sempurna.

d)

Ubat persendirian

36.

Apakah komponen khemah yang bertanda X?

a)

Tali pengikat

b)

Tingkap

c)

fiber penyambung

d)

khemah utama

37.

Maklumat menunjukkan langkah-langkah memasang khemah.


P - Masukkan fibre penyambung dalam lubang tali di bahagian atas khemah utama.

Q - Hamparkan khemah utama diatas tapak yang rata dan tiada benda-benda tajam yang boleh membocorkan khemah.

R-Pasangkan pancang (besi L) di 4 penjuru khemah utama.

S- Sambungkan fibre penyambung (2 unit).

T - Pasangkan penutup khemah (fly sheet) di atas khemah utama dan sangkutkan 4 penjurunya pada pancang

U- Tegakkan dan kuncikan fibre penyambung di setiap 4 sudut khemah utama.


Antara berikut, yang manakah susunan yang betul?

a)

Q, S, P, U, R, T

b)

P, Q, S, T, U, R

c)

S, T, U, P, Q, R

d)

U, T, R, S, P, Q

38.

Tujuan membina gajet semasa perkhemahan kecuali

a)

Memastikan tapak perkhemahan berada dalam keadaan kemas dan selesa.

b)

Melahirkan murid yang tidak kreatif dan inovatif.

c)

Memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan saling bantu semasa membina gajet

d)

Mewujudkan persaingan secara sihat (pertandingan membina gajet).

39.

Bahan-bahan dihutan yang tidak boleh digunakan untuk membina gajet?

a)

Buluh

b)

Rotan

c)

Ranting / dahan kayu

d)

Daun

40.

Apakah gajet perkhemahan tersebut?

a)

Gajet rak kasut

b)

Gajet alatan dapur

c)

Gajet papan nama

d)

Gajet meja

41.

Merujuk kepada gambar di atas, siapakan nama bagi pengasas Kadet Remaja Sekolah ?

a)

Cikgu Ahmad Farazila bin Abd. Ghani

b)

Encik Muhammad Thani bin Sha'aban

c)

Jean Henry Dunant

d)

Tun Mohamed Salleh bin Ismail

42.

Dimanakah tempat penubuhan KRS yang pertama di Malaysia?

a)

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL, KUALA LUMPUR

b)

SEKOLAH MENENGAH RAJA ABDULLAH, KUALA LUMPUR

c)

SMK KENINGAU, SABAH

d)

SMK THREE RIVERS, SARAWAK

43.

Bilakah tarikh penubuhan KRS di Sekolah Menengah Raja Abdullah?

a)

31 Ogos 1957

b)

16 September 1963

c)

27 Jun 1987

d)

16 Mei 1956

44.

Pada awal penubuhan KRS pada 27 Jun 1987, ia dikenali dengan nama ....................... .

a)

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

b)

Persatuan Pelajar-Pelajar Islam (SMRA) (PERWIRA)

c)

Kadet Putera Puteri Semalaysia (KPPS)

d)

Kadet Putera Islam Malaysia ( KPIM)

45.

Pada awal penubuhan KPIM, keahliannya terdiri daripada .............. pelajar tingkatan 1 dan 2 .

a)

50 orang

b)

20 orang

c)

24 orang

d)

58 orang

46.

Apakah matlamat utama penubuhan KPIM?

a)

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan.

b)

Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kukuh.

c)

Melahirkan pelajar yang mempunyai daya tahan fizikal yang tinggi.

d)

Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam kehidupan.

47.

Berapakah buah sekolah menengah yang menubuhkan KPIM di seluruh Malaysia pada tahun 1993?

a)

20 buah

b)

30 buah

c)

53 buah

d)

55 buah

48.

Siapakah yang memutuskan untuk menukarkan nama Kadet Remaja Islam (KRIS) kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) ?

a)

En. Muhammad Thani bin Sha'aban

b)

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohamad Zahid

c)

Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib

d)

Ahmad Farazila bin Abd. Ghani

49.

Pada tahun 1993, Kadet Remaja Sekolah telah menerima dan membuka keahlian yang terdiri daripada .................. .

a)

semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6

b)

semua kaum sama ada lelaki dan perempuan

c)

semua pelajar muslim

d)

semua pelajar di Malaysia

50.

Siapakah yang melancarkan upacara pelancaran Kadet Remaja Sekolah peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1995?

a)

Tan Sri Datuk Dr Wan Mohamad Zahid

b)

Datuk Sri Mohd Najib

c)

Datuk Sri Muhyiddin Yassin

d)

En. Muhammad Thani bin Sha'aban

51.

Mengapakah pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah mempunyai keunikan konsep dan falsafah yang tersendiri syang membezakan pasukan beruniform yang lain?

a)

Kegiatan yang dijalankan dapat menjadikan pelajar seorang yang berani.

b)

Kegiatan yang dilaksanakan dapat memupuk semangat cintakan negara.

c)

Kegiatan yang dijalankan dapat menjadikan sorang pelajar mempunyai daya tahan fizikal yang tinggi.

d)

Kegiatan yang dijalankan digandingkan dengan unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap pelajar.

52.

Penggunaan perisai dalam penciptaan logo KRS adalah bermaksud ............... .

a)

Melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

b)

Melambangkan kesiapsiagaan untuk melawan musuh

c)

Melambangkan keunggulan sahsiah diri anggota

d)

Melambangkan semangat waja dalam diri anggota

53.

Penggunaan imej bulan sabit dan bintang adalah bermaksud ..................... .

a)

melambangkan keharmonian dalam diri anggota

b)

melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

c)

melambangkan penyatuan dalam kalangan anggota

d)

melambangkan perasaan kasih sayang terhadap alam sekitar

54.

2 tangkai padi yang bersilang dalam penghasilan logo KRS adalah bermaksud ................... .

a)

melambangkan resmi padi iaitu semakin berisi semakin tunduk.

b)

melambangkan resmi padi iaitu merupakan makanan ruji seluruh rakyat Malaysia

c)

melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan

d)

melambangkan resmi padi iaitu warna keemasan yang digunakan golongan istana.

55.

Buku yang terbuka dan rehal bermaksud ................ .

a)

melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

b)

melambangkan amalan membaca amalan mulia arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

c)

melambangkan kepentingan membaca buku di sekolah ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

d)

melambangkan kepentingan menuntut ilmu ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

56.

Penggunaan warna hijau dalam logo KRS adalah melambangkan ... .

a)

alam sekitar yang sihat.

b)

alam sekitar yang perlu di jaga.

c)

alam sekitar yang mempunyai nilai yang tinggi kepada manusia

d)

alam sekitar yang cantik dan perlu dipelihara.

57.

Penggunaan warna merah pula melambangkan ... .

a)

keberanian dalam diri untuk menentang nafsu dan syaitan

b)

kegagahan jiwa anggota dalam melawan sifat negatif dalam diri

c)

keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara tercinta

d)

kekentalan dalam melaksanakan amanah semasa bertugas

58.

Penggunaan warna kuning dalam logo KRS melambangkan ... .

a)

warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.

b)

warna padi yang menjadi hasil komoditi utama rakyat Malaysia

c)

warna diraja yang menjadi warna rasmi golongan istana

d)

warna bulan dan bintang yang menjadi tonggak agama Islam sebagai agama rasmi

59.

Warna putih dalam logo KRS melambangkan ... .

a)

hati yang bersih dan suci.

b)

keikhlasan dan kesucian.

c)

kejujuran dan keikhlasan.

d)

keikhlasan dan kerohanian.

60.

Cogan kata KRS ialah .... .

a)

Amar Makruf Nahi Mungkar

b)

Ilmu, Iman, Takwa

c)

Imu, Iman, Amal

d)

Sedia berjuang!