WorksheetsPIPK3313 POP KUIZ LITERASI AWAL BM
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Apakah yang dimaksudkan dengan literasi awal?
Proses membaca dan menulis selepas memasuki sekolah
Keupayaan membaca dan menulis sebelum memasuki sekolah
Proses memahami ayat tanpa membaca
Proses mengenali bunyi sahaja
Apakah kepentingan literasi awal bagi kanak-kanak?
Memberikan asas kepada kemahiran membaca dan menulis
Membantu mereka menghafal buku teks
Melatih kanak-kanak bercakap dengan lancar
Membantu kanak-kanak memahami peraturan sekolah
Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran pertuturan lebih baik biasanya lebih bersedia untuk:
Bermain dengan rakan sebaya
Mengikuti pelajaran
Menyelesaikan tugasan sekolah
Menyanyi di kelas
Teori Behaviorisme diasaskan oleh siapa?
Noam Chomsky
Jean Piaget
B.F. Skinner
Lev Vygotsky
Apakah fokus utama Teori Mentalis oleh Noam Chomsky?
Pemerolehan bahasa melalui ransangan dan tindak balas
Pemerolehan bahasa secara semula jadi melalui LAD
Pemerolehan bahasa melalui interaksi sosial
Pemerolehan bahasa berdasarkan pengalaman
Kanak-kanak yang didedahkan dengan buku pada usia awal lebih cepat menguasai literasi awal.
Berdasarkan teori interaksionalis, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk meningkatkan literasi anak-anak?
Membeli banyak buku dan menyimpannya di rumah
Membaca buku bersama anak-anak setiap hari
Mengajar anak-anak membaca melalui video
Membiarkan anak belajar sendiri dengan buku
Seorang guru mendapati muridnya sukar memahami perkataan baharu.
Apakah kaedah terbaik berdasarkan Teori Behaviorisme?
Mengulang-ulang perkataan tersebut dengan menggunakan peneguhan positif
Mengabaikan murid tersebut sehingga dia memahami sendiri
Memberikan denda setiap kali murid tidak menghafal
Menggantikan perkataan itu dengan perkataan lain
Literasi awal juga dikenali sebagai:
Proses memahami cerita.
Pra-membaca dan menulis.
Kemahiran kosa kata.
Kemahiran fonologi.
Apakah kemahiran literasi awal yang penting?
Membaca cerita.
Kesedaran fonologi, kosa kata, dan minat membaca.
Bermain dengan alat bantu belajar.
Menghafal tatabahasa.
Apakah yang membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat?
Latihan formal sejak kecil.
Pendedahan kepada buku sejak awal usia.
Hafalan kosa kata harian.
Mendengar bacaan guru setiap hari.
Teori Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku melalui:
Keupayaan semula jadi.
Proses cuba jaya.
Latihan dan pengulangan.
Kesan pengalaman sosial.
Apakah teori pelaziman klasik yang diperkenalkan oleh Pavlov?
Rangsangan dan tindak balas melalui latihan.
Penguasaan kosa kata secara spontan.
Penekanan kepada perasaan pelajar.
Menghafal dengan cepat.
Apakah elemen penting dalam teori pelaziman klasik?
Rangsangan, tindak balas, dan penghargaan.
Penghapusan gerak balas tanpa peneguhan.
Kesedaran fonologi dan kosa kata.
Penyelesaian masalah abstrak.
Apakah yang dimaksudkan dengan peneguhan positif?
Memberi dendaan untuk tingkah laku negatif.
Menambah kemungkinan tingkah laku berulang dengan penghargaan.
Menghilangkan gerak balas yang tidak diingini.
Memotivasi murid melalui latihan formal.
Peneguhan berkala dalam teori Skinner merujuk kepada:
Ganjaran yang diberikan mengikut masa tertentu.
Menghukum setiap kali kesalahan berlaku.
Pengurangan rangsangan positif secara tiba-tiba.
Peneguhan berterusan tanpa selang waktu.
Eksperimen Pavlov melibatkan:
Rangsangan bunyi loceng dan tindak balas air liur anjing.
Perkembangan bahasa kanak-kanak melalui interaksi sosial.
Penghapusan tindak balas emosi secara perlahan.
Perbandingan antara motivasi positif dan negatif.
Teori Mentalis diperkenalkan oleh:
Pavlov
Skinner
Chomsky
Piaget
Alat pemerolehan bahasa (LAD) menurut Chomsky ialah:
Rangsangan luar yang dipelajari.
Struktur bahasa sejagat dalam otak manusia.
Teknik pembelajaran melalui cuba jaya.
Pengulangan aktiviti untuk mengukuhkan kemahiran.
Apakah yang tidak mempengaruhi proses pemerolehan bahasa menurut Chomsky?
Kecerdasan
Motivasi
Emosi
Kesemua jawapan
Menurut Chomsky, kanak-kanak boleh menguasai bahasa dalam tempoh:
2 tahun
4-5 tahun
6-7 tahun
8 tahun ke atas
Apakah kelemahan teori Mentalis?
Menekankan pembelajaran kendiri.
Tidak memberi perhatian kepada kemahiran lisan.
Terlalu menekankan pembelajaran formal.
Memerlukan sokongan luar seperti ganjaran.
Teori Kognitif dipelopori oleh:
Skinner
Chomsky
Piaget
Halliday
Peringkat deria motor dalam teori Piaget berlaku pada:
0-2 tahun
2-7 tahun
7-12 tahun
12 tahun ke atas
Pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak mula:
Menguasai konsep abstrak.
Meningkatkan kosa kata.
Memahami logik asas seperti nombor dan berat.
Berinteraksi melalui bahasa lisan.
Apakah fokus utama teori Kognitif dalam pembelajaran bahasa?
Pengetahuan sedia ada.
Latihan berulang kali.
Ganjaran dan hukuman.
Proses cuba jaya.
Menurut Piaget, pemikiran egosentrik berlaku pada peringkat:
Operasi konkrit
Praoperasi
Deria motor
Operasi formal
Apakah faktor yang membantu kanak-kanak memahami apa yang dibaca?
Pemahaman bahasa yang baik.
Hafalan kosa kata harian.
Latihan formal yang intensif.
Mendengar bacaan secara berulang.
Kosa kata yang banyak membantu kanak-kanak dalam:
Menulis dengan baik.
Menghafal tatabahasa.
Membaca dan berkomunikasi dengan lancar.
Memahami cerita sahaja.
Kemahiran bertutur dengan lancar dipengaruhi oleh:
Latihan bertulis.
Sistem bunyi bahasa kanak-kanak.
Pemahaman cerita.
Penggunaan alat bantu belajar.
Kanak-kanak yang mengalami masalah sebutan cenderung:
Cepat menguasai membaca.
Mengalami kesukaran untuk belajar membaca.
Memahami cerita dengan baik.
Membaca dengan lancar tetapi kurang bertutur.
Peranan ibu bapa dalam literasi awal termasuk:
Memaksa kanak-kanak membaca setiap hari.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik.
Membiarkan kanak-kanak belajar sendiri.
Memberi ganjaran setiap kali mereka bertutur.
Teori Interaksionalis menekankan kepentingan:
Motivasi dan emosi kanak-kanak.
Interaksi sosial dalam perkembangan bahasa.
Latihan formal dan pengulangan.
Struktur bahasa sejagat.
Menurut Halliday, fungsi bahasa peribadi digunakan untuk:
Bergaul dengan rakan.
Menyampaikan maklumat.
Menyatakan sesuatu tentang diri sendiri.
Meminta keperluan peribadi.
Apakah peranan persekitaran sosial menurut teori Interaksionalis?
Membantu kanak-kanak memahami kosa kata.
Memberikan pengalaman bahasa kepada kanak-kanak.
Menguatkan kemampuan kognitif melalui hafalan.
Memupuk kebolehan emosi dalam pembelajaran.
Apakah fungsi bahasa heuristik menurut Halliday?
Untuk berlakon dan bermain peranan.
Untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat.
Untuk mempelajari sesuatu.
Untuk memenuhi keperluan peribadi.
Fungsi bahasa Imaginasi membantu kanak-kanak:
Memahami cerita dengan lebih mendalam.
Bermain peranan dan berlakon.
Menyelesaikan masalah secara logik.
Meminta sesuatu daripada orang lain.
Teori Behaviorisme menekankan kepada:
Proses pembelajaran kendiri.
Pengulangan dan latihan dalam pembelajaran.
Kepentingan pengalaman sosial.
Proses perkembangan bahasa semula jadi.
Apakah prinsip utama teori Konstruktivisme?
Guru menjadi pusat pembelajaran.
Murid mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman sedia ada.
Latihan formal meningkatkan penguasaan kemahiran.
Interaksi sosial menjadi keutamaan.
Apakah kekuatan teori Kognitif dalam pembelajaran bahasa?
Menekankan latihan berulang kali.
Menekankan perkembangan pemikiran kanak-kanak secara sistematik.
Membantu kanak-kanak memahami emosi mereka.
Menguatkan penggunaan kosa kata dalam tatabahasa.
Menurut teori Behaviorisme, guru perlu:
Mengutamakan pembelajaran lisan sahaja.
Memberikan peneguhan secara berterusan dan berkala.
Mengabaikan tindak balas murid.
Menggunakan alat bantu belajar.
Teori Mentalis boleh diaplikasikan dalam pengajaran melalui:
Latihan formal kosa kata dan tatabahasa.
Pengulangan cerita.
Penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis.
Ganjaran untuk tindak balas yang baik.
Apakah peringkat terakhir dalam teori Piaget?
Peringkat praoperasi konkrit
Peringkat operasi konkrit
Peringkat operasi formal
Peringkat deria motor
Kemahiran kosa kata membantu kanak-kanak untuk:
Menghafal lebih banyak perkataan.
Membaca dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Bermain dengan alat bantu belajar.
Memahami konsep abstrak.
Apakah yang membantu perkembangan bahasa kanak-kanak menurut teori Interaksionalis?
Faktor biologi sahaja.
Persekitaran sosial dan latihan bahasa.
Interaksi formal dengan guru.
Struktur bahasa sejagat.
Apakah kelebihan pendekatan berpusatkan murid?
Murid hanya mendengar arahan guru.
Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
Guru memberi semua maklumat secara langsung.
Fokus kepada hafalan bahasa.
Eksperimen Puzzle Box oleh Thorndike menunjukkan:
Bahasa diperoleh melalui rangsangan sosial.
Proses pembelajaran berlaku melalui cuba jaya.
Persekitaran sosial memainkan peranan utama.
Pembelajaran hanya berlaku dengan ganjaran.
Kemahiran fonologi membantu kanak-kanak untuk:
Memahami kosa kata baharu.
Membunyikan perkataan dengan tepat.
Menghafal cerita.
Bermain dengan rakan sebaya.
Menguasai kosa kata membantu kanak-kanak untuk:
Menulis dengan baik sahaja.
Bertutur dan membaca dengan lebih lancar.
Membina ayat dengan logik.
Memahami cerita tetapi lemah dalam bertutur.
Guru meminta murid membayangkan bahawa mereka sedang menjadi "angkasawan" semasa aktiviti lakonan. Fungsi bahasa yang ditekankan dalam situasi ini ialah:
Fungsi informasi
Fungsi interaksi
Fungsi imaginasi
Fungsi peribadi
Seorang kanak-kanak berkata, "Apa gunanya benda ini?" ketika melihat alat permainan baharu. Fungsi bahasa yang digunakan ialah:
Fungsi heuristik
Fungsi pengawalan
Fungsi instrumental
Fungsi informasi
