wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.4 Medical Record

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Tujuan rekod perubatan pesakit adalah untuk *

a)

kegunaan perundangan

b)

penyimpanan pihak tertentu

c)

digunakan oleh pihak ketiga jika perlu

d)

merekodkan semua data ahli keluarga

2.

Apakah ciri rekod perubatan yang baik?*

a)

Tulisan hendaklah ringkas

b)

Boleh diubahsuai oleh staf lain

c)

Mengandungi nama pesakit sahaja

d)

Maklumat perlulah lengkap dan padat

3.

Elemen yang penting dalam mendokumentasi rekod perubatan adalah*

a)

memfailkan setiap maklumat perawatan dan rawatan pesakit

b)

menggunakan borang serta format yang disediakan oleh jabatan

c)

penggunaan kata singkatan yang hanya difahami oleh rakan-rakan

d)

catatan lengkap dan ditandatangani pegawai perubatan tanpa cop jawatan

4.
  • Dilarang menggunakan cecair pemadam (correction fluid)

  • Dilarang untuk memadam dan menghapuskan kesalahan tersebut

  • dilarang untuk menipu dengan mengubahsuai fakta/rekod

Penyataan berikuit adalah berkaitan dengan

a)

pengurusan dokumen di Unit Rekod Perubatan

b)

elemen-elemn penting dalam rekod perubatan

c)

menggelakkan berlakunya medical error dan near misses

d)

mekanisma untuk membetulkan dan mengekalkan rekod perubatan

5.

Berikut merupakan kandungan utama dalam rekod perubatan kecuali *

a)

bil perubatan

b)

laporan makmal patologi

c)

nota klinikal pegawai perubatan

d)

perbincangan dengan ahli keluarga pesakit

6.

Semasa menulis laporan pesakit dalam case note, anda tidak dibenarkan meninggalkan ruangan kosong kerana

a)

menjimatkan kertas

b)

menghalang maklumat ditambah

c)

menjadikan maklumat lebih teratur

d)

menjadikan laporan kelihatan lebih kemas

7.

Mengapakah dokumentasi perubatan yang lengkap dan tepat penting dalam situasi litigasi perubatan?

a)

Mengurangkan kos rawatan

b)

Mempercepatkan keputusan makmal

c)

Menggantikan keperluan pemeriksaan pesakit

d)

Menyediakan bukti yang sah dalam perbicaraan

8.

Seorang jururawat mendapati bahawa catatan dalam rekod perubatan pesakit adalah tidak jelas dan tiada masa serta tarikh yang dinyatakan. Apakah langkah terbaik yang perlu diambil oleh jururawat tersebut?

a)

Abaikan rekod tersebut kerana pesakit telah sembuh

b)

Simpan rekod tersebut tanpa sebarang tindakan lanjut

c)

Tambahkan tarikh dan masa sendiri tanpa merujuk kepada pegawai perubatan

d)

Laporkan kepada pegawai perubatan yang bertanggungjawab untuk pembetulan segera

9.

Apakah elemen dokumentasi penting yang merangkumi keputusan pemeriksaan makmal dalam rekod medikal?

a)

Laporan jururawat

b)

Rekod preskripsi ubatan

c)

Laporan makmal dan histopatologi

d)

Nota perbincangan dengan pesakit

10.

Antara berikut, yang manakah contoh rekod elektronik dalam dokumentasi medikal?

a)

Foto klinikal

b)

Nota pembedahan

c)

Rekod berkomputer

d)

Printout daripada Electrocardiogram (ECG)

11.

Apakah ciri tulisan dalam rekod medikal yang baik?

a)

Tulisan hendaklah kecil dan padat

b)

Tulisan tidak perlu jelas asalkan lengkap

c)

Tulisan hendaklah terang dan mudah dibaca

d)

Tulisan boleh menggunakan sebarang simbol yang tidak dikenali

12.

Mengapakah garisan yang ringkas dan tandatangan diperlukan apabila membuat pembetulan dalam rekod medikal?

a)

Agar rekod kelihatan kemas

b)

Untuk mengelakkan kecuaian

c)

Untuk mematuhi arahan pihak hospital

d)

Bagi memastikan bukti asal tidak dipadam sepenuhnya

13.

Apakah kesan jika rekod medikal tidak lengkap atau terdapat maklumat yang tidak direkodkan?

a)

Tiada implikasi undang-undang

b)

Membantu dalam pembelaan yang baik

c)

Menyukarkan pembelaan dalam kes litigasi

d)

Membolehkan rekod diubah selepas perbicaraan

14.

Apakah tindakan yang dilarang dalam pembetulan rekod medikal?

a)

Menyediakan nota tambahan untuk ralat

b)

Menyimpan rekod tambahan bagi kes tertentu

c)

Gariskan kesalahan dan tandatangan pembetulan

d)

Menghapuskan kesalahan sepenuhnya dalam rekod

15.

Apakah prinsip dokumentasi yang digambarkan oleh kenyataan "Good record: Good defence; Bad record: Bad defence"?

a)

Semua rekod perlu dihantar ke mahkamah

b)

Bukti lisan lebih diterima daripada rekod bertulis

c)

Rekod yang kemas lebih penting daripada maklumat

d)

Kualiti rekod menentukan kekuatan pembelaan undang-undang