wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN FARDHU AIN YADIM

Total questions: 50

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Menunaikan haji bagi yang mampu adalah__________

a)

Rukun Islam

b)

Rukun Iman

2.

Di atas merupakan___________

a)

Doa qunut

b)

Dua kalimah Syahadah

3.

Rukun Islam ada 5 perkara. Yang manakah merupakan Rukun Islam? Pilih tiga jawapan.

a)

Beriman kepada Allah

b)

Mengucap dua kalimah Syahadah

c)

Solat lima waktu

d)

Beriman kepada Rasul

e)

Puasa di bulan Ramadan

4.

Membayar zakat merupakan________

a)

Rukun Iman

b)

Rukun Islam

5.

Rukun Iman ada________

a)

5 perkara

b)

6 perkara

6.

Yang mana satukah Rukun Iman. Pilih 3 jawapan.

a)

Beriman kepada Hari Kiamat

b)

Solat subuh

c)

Beriman kepada qada' dan qadar

d)

Puasa sunat

e)

Beriman kepada Rasul

7.

Najis mughallazah adalah najis berat. Yang mana satukah najis mughallazah?

a)

Monyet

b)

Anjing

c)

Babi

8.

Terangkan cara beristinjak menggunakan air.

Membasuh qubul dan dubur dengan ______________ sehingga diyakini bersih

a)

air mutlak

b)

Air mustakmal

9.

Pilih solat yang mengandungi 4 rakaat

a)

Solat Maghrib

b)

Solat Zuhur

c)

Solat Asar

d)

Solat Subuh

e)

Solat Isya'

10.

Bagaimana cara membersihkan lantai yang ada najis mughallazah?

a)

Membersihkan najis , siram 1 kali air mutlak ,

6 kali air bercampur tanah.

b)

Membersihkan najis, siram 1 kali air mutlak bercampur tanah ,

6 kali air mutlak.

11.

Berapakah rakaat

Solat maghrib________

a)

4 rakaat

b)

3 rakaat

12.

Apakah contoh beribadah kepada Allah?

a)

Mengumpat

b)

Berzikir

c)

Membaca Al- Quran

d)

Menipu

e)

Solat

13.

Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah taala . Pernyataan ini merupakan_________

a)

Doa ketika puasa

b)

Niat puasa

c)

Zikir di bulan puasa

14.

Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah taala . Pernyataan ini merupakan_________

a)

Doa ketika puasa

b)

Niat puasa

c)

Zikir di bulan puasa

15.

Pilih perkara yang membatalkan puasa.

a)

Mabuk

b)

Termuntah

c)

Gila

d)

Terminum

16.

Apakah kebaikan berpuasa?

a)

Badan menjadi sihat

b)

Merasai kepayahan orang miskin yang kelaparan

c)

Tidak bersyukur

17.

Apakah itu ihsan?

a)

Beribadah kepada Allah sebaik-baiknya, seolah-olah kamu melihat Allah, dan sesungguhnya Allah melihat kamu.

b)

Beribadah kepada Allah sebaik- baiknya.

18.

Apakah perasaan mulia yang patut ada pada seorang anak kepada ibu bapa?

a)

Benci

b)

Kasih sayang

19.

Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa?

a)

Beradab sopan

b)

Memarahi ibu bapa

c)

Mendoakan ibu bapa

d)

Bermasam muka

20.

Saya berjanji akan menjadi orang Islam yang baik.

a)

Saya berazam untuk solat lima waktu setiap hari

b)

Saya berazam untuk berpuasa penuh tahun hadapan

c)

Saya berazam untuk sentiasa menutup aurat, di mana jua.

d)

Saya berazam untuk pandai membaca Al- Quran satu hari nanti. saya akan berusaha mengaji Iqra' supaya saya lancar membaca Al-Quran.

21.

Antara berikut merupakan syarat sah solat KECUALI

a)

Islam

b)

Suci daripada hadas

c)

Belum masuk waktu solat

d)

Menutup aurat

e)

Menghadap kiblat

22.

Apakah maksud taharah?

a)

A. Menjaga kesihatan diri dan masyarakat

b)

B. Membersihkan diri daripada najis dan hadas

c)

C. Mencuci anggota badan sebelum solat

d)

D. Mengamalkan gaya hidup sihat

23.

Manakah antara berikut adalah najis mughallazah?

a)

A. Air kencing bayi perempuan

b)

B. Najis anjing dan babi

c)

C. Darah haid

d)

D. Bangkai serangga kecil

24.

Apakah hukum bersuci sebelum mengerjakan solat?

a)

A. Wajib

b)

B. Sunat

c)

C. Harus

d)

D. Makruh

25.

Air yang boleh digunakan untuk bersuci dikenali sebagai:

a)

A. Air sirap

b)

B. Air mutlak

c)

C. Air teh

d)

D. Air bercampur minyak

26.

Manakah antara berikut yang bukan alat untuk bertayammum?

a)

A. Pasir bersih

b)

B. Batu bersih

c)

C. Tanah bersih

d)

D. Debu kayu

27.

Apakah perbezaan antara najis dan hadas?

a)

A. Najis merujuk kepada kekotoran zahir, hadas kepada kekotoran batin

b)

B. Najis melibatkan anggota badan, hadas hanya pakaian

c)

C. Najis tidak memerlukan pembersihan, hadas memerlukan mandi wajib

28.

Antara berikut, manakah bukan jenis najis?

a)

A. Najis berat

b)

B. Najis pertengahan

c)

C. Najis ringan

d)

D. Najis mutlak

29.

Apakah hukum berwuduk menggunakan air mutanajjis?

a)

A. Sah

b)

B. Tidak sah

c)

C. Sunat

d)

D. Harus

30.

Apakah maksud istinja’?

a)

A. Membersihkan diri selepas hadas besar

b)

B. Membasuh anggota wuduk sahaja

c)

C. Membersihkan anggota sulit selepas buang air

d)

D. Mencuci diri dengan sabun wangi

31.

Manakah antara berikut bukan rukun wuduk?

a)

A. Membasuh muka

b)

B. Membasuh tangan hingga siku

c)

C. Membaca bismillah

d)

D. Menyapu kepala

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan puasa?

a)

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa

b)

Melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

c)

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

d)

Tidak makan dan minum selama 2 hari

33.

Berikut adalah perbuatan yang digalakkan pada bulan ramadhan kecuali

a)

Membaca Al-Quran

b)

Berbual kosong

c)

Bersedekah

d)

Berzikir

34.

Syarat sah puasa ada

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

35.

Allah memerintahkan hambanya yang beriman untuk berpuasa. Firman Allah tersebut terdapat dalam surah...

a)

Al-Ikhlas ayat 3

b)

Al-Baqarah ayat 183

c)

Taha ayat 69

d)

Al-Mulk ayat 2

36.

Berikut adalah hikmah berpuasa KECUALI

a)

Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah

b)

Memupuk sifat mahmudah

c)

Mendatangkan penyakit

d)

Merehatkan organ dalaman

37.

Berikut syarat-syarat sah puasa KECUALI

a)

Gila

b)

Islam

c)

Mumayiz

d)

Suci dari haid, nifas dan wiladah

38.

Adik makan nasi goreng pada jam 6 petang.

a)

Batal

b)

Tidak Batal

39.

Adik menggosok gigi selepas gelincir matahari.

a)

Batal

b)

Tidak Batal

40.

Dalil naqli puasa ialah ____________

a)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِۚ

b)

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُ

c)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

d)

وَٱللَّهُ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٍ

41.

Maksud Fardu Ain?

a)

Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap individu

b)

Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap manusia.

c)

Perkara yang wajib ditunaikan bila masuk waktu.

d)

Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Islam

42.

Maksud Fardu Kifayah?

a)

Perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat.

b)

Perkara yang wajib dilaksanakan oleh setuap anggota masyarakat.

c)

Perkara yang harus dilaksanakan oleh sebahagian masyarakat yang beriman.

d)

Perkara yang harus dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat.

43.

berikut adalah contoh fardu ain,kecuali :

a)

Menunaikan haji

b)

Berbakti kepada ibu bapa

c)

Solat Fardu

d)

Menguruskan jenazah

44.

Berikut adalah contoh Fardu kifayah,kecuali :

a)

Pengurusan Jenazah

b)

Solat Berjemaah

c)

Menunaikan zakat

d)

Menguasai ilmu dan kemahiran.

45.

Berikut adalah Ciri-ciri Fardu Ain KECUALI

a)

Merupakan perkara yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim

b)

Dosa dikenakan ke atas diri individu yang tidak melaksanakannya.

c)

Meliputi ibadat yang mempunyai pertalian sesama manusia.

d)

Meliputi ibadat yang berkait secara langsung dengan Allah.

46.

Yang manakah BUKAN Kepentingan Fardu Ain Kepada Individu

a)

Melahirkan individu yang bertanggungjawab.

b)

Individu taat kepada perintah dan larangan Allah.

c)

Melahirkan individu yang berilmu.

d)

Melahirkan individu muslim sihat fizikalnya.

47.

Hukum melaksanakan perkara Fardhu Ain ialah

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Boleh

48.

Apakah hukum meninggalkan perkara Fardu Ain ?

a)

Batal

b)

Makruh

c)

Tidak Boleh

d)

Berdosa

49.

Dari segi Ibadah: Berkebun adalah perkara ?

a)

Fardu ain

b)

Kerjaya

c)

Fardu Kifayah

d)

Keperluan

50.

Berikut merupakan kebaikan melakukan perkara Fardhu Ain kecuali

a)

Hati tenang

b)

Jiwa resah

c)

Mendapat ganjaran pahala

d)

Disayangi Allah