wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PECUTAN AKHIR SEJARAH TAHUN 6

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah negara yang menyokong pembentukan Malaysia?

a)

Filipina

b)

Brunei

c)

Indonesia

d)

Singapura

2.

Siapakah tokoh yang memberikan cadangan awal penggabungan Negeri-Negeri Melayu, Negeri-Negeri Selat, Sabah, dan Sarawak?

a)

Lord Brassey

b)

Edward Gent

c)

J.G Davidson

d)

Martin Lister

3.

Apakah kebaikan pembentukan Malaysia?

a)

Komunis semakin berkuasa

b)

Bilangan penduduk semakin ramai

c)

British berjaya meluaskan tanah jajahan

d)

Mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak

4.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan ______________

a)

Brunei

b)

Filipina

c)

Singapura

d)

Vietnam

5.

Apakah pihak yang menilai reaksi penduduk dalam pembentukan Malaysia?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

d)

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

6.

Dimanakah Perjanjian Malaysia ditandatangani?

a)

Bandar Hilir, Melaka

b)

Hotel Adelphi, Singapura

c)

Malborough House, London

d)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

7.

Siapakah yang menandatangani dokumen Permasyhuran Kemerdekaan?

a)

Gabenor Sarawak

b)

Yang di-Pertua Sabah

c)

Yang di-Pertuan Singapura

d)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

8.

Berdasarkan pengetahuan anda, pembentukan Malaysia berjaya dicapai secara ______________

a)

paksaan

b)

rundingan

c)

pengakuan

d)

peperangan

9.

Berapakah jumlah negeri di Malaysia?

a)

11 negeri

b)

12 negeri

c)

13 negeri

d)

14 negeri

10.

Nama Melaka disebut sebagai 'Malakat'. Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Kawasan perdagangan

b)

Penempatan para pedagang

c)

Perhimpunan para pedagang

d)

Pedagang Arab di Alam Melayu

11.

Nama negeri ini diambil sempena dengan nama sejenis pisang oleh orang Bajau. Apakah negeri yang dimaksudkan?

a)

Perak

b)

Sabah

c)

Pahang

d)

Sarawak

12.

Apakah nama ibu negeri bagi Negeri Kelantan?

a)

Seremban

b)

Shah Alam

c)

Kota Bharu

d)

Alor Setar

13.

Apakah nama bandar diraja bagi Negeri Selangor?

a)

Klang

b)

Kangar

c)

Seri Menanti

d)

Kuala Kangsar

14.

Apakah gelaran ketua negeri bagi Negeri Sembilan?

a)

Raja

b)

Sultan

c)

Yang di-Pertua Negeri

d)

Yang di-Pertuan Besar

15.

Jata diatas merujuk kepada jata bagi negeri ___________

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Terengganu

d)

Pulau Pinang

16.

Apakah kepentingan jata bagi sesebuah negeri?

a)

Simbol perpecahan

b)

Lambang kesopanan

c)

Identiti sesebuah negeri

d)

Simbol perpaduan

17.

Apakah maksud Rukun Negara?

a)

Cara hidup

b)

Panduan hidup

c)

Ideologi negara

d)

Undang-undang negara

18.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pembentukan Rukun Negara?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Permasyhuran Kemerdekaan

d)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

19.

Apakah faktor tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Perbezaan ekonomi

b)

Kelemahan pemimpin

c)

Perbezaan tempat tinggal

d)

Perbezaan fahaman politik

20.

Yang manakah bukan peranan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)?

a)

Menjaga kerharmonian kaum

b)

Mengubal perlembagaan negara

c)

Mengawal ketenteraman orang awam

d)

Mencetuskan idea pembentukan Rukun Negara

21.

Bilakah Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat?

a)

31 Ogos 1967

b)

31 Ogos 1969

c)

31 Ogos 1970

d)

31 Ogos 1972

22.

Apakah matlamat Rukun Negara?

a)

Mengukuhkan ekonomi

b)

Mencapai perpaduan kaum

c)

Mencetuskan rusuhan kaum

d)

Membentuk sistem politik baharu

23.

Apakah prinsip Rukun Negara yang kedua?

a)

Keluhuran Perlembagaan

b)

Kesopanan dan kesusilaaan

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

24.

Apakah kesan menghayati prinsip Rukun Negara kelima terhadap individu?

a)

Menjadi individu yang berdisiplin

b)

Menjadi individu yang berkeyakinan

c)

Menjadi individu yang berbudi bahasa

d)

Menjadi individu yang bersemangat patriotik

25.

Apakah kesan menghayati prinsip Rukun Negara kelima terhadap individu?

a)

Menjadi individu yang berdisiplin

b)

Menjadi individu yang berkeyakinan

c)

Menjadi individu yang berbudi bahasa

d)

Menjadi individu yang bersemangat patriotik

26.

Yang manakah bukan mazhab dan aliran yang terdapat dalam agama Kristian?

a)

Protestan

b)

Katolik

c)

Ortodoks

d)

Syiah

27.

'Kitab suci agama ini ialah kitab Bible'

Apakah agama yang dimaksudkan?

a)

Buddha

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

28.

Apakah kepercayaan yang mempercayai roh semangat nenek moyang?

a)

Sikh

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Animisme

29.

Apakah kepercayaan yang berpegang teguh kepada prinsip moral dan keperikemanusiaan?

a)

Konfusius

b)

Animisme

c)

Buddha

d)

Hindu

30.

Yang manakah berkaitan dengan kepercayaan masyarakat Kadazandusun?

a)

Percaya kepada konsep kelahiran semula

b)

Menjamu makanan menggunakan piring

c)

Percaya kepada semangat padi

d)

Percaya kepada hukum karma

31.

Yang manakah bukan agama dan ajaran di Malaysia?

a)

Islam

b)

Yahudi

c)

Sikh

d)

Konfusius

32.

Apakah konsep berkenaan dengan upacara Tamarok?

a)

Diketuai oleh Lemambang dan dimulai dengan jampi

b)

Mempercayai hukum karma

c)

Menghalau kuasa ghaib daripada badan pesakit

d)

Menyembah laut dan pantai

33.

Apakah kitab utama bagi kepercayaan Hindu?

a)

Analek

b)

Tipitaka

c)

Bible

d)

Veda

34.

Apakah kitab utama bagi agama Islam?

a)

Analek

b)

Al-Quran

c)

Bible

d)

Veda

35.

Yang manakah bukan faktor kedatangan Islam di Tanah Melayu?

a)

Peranan pedagang

b)

Peranan ahli agama

c)

Peranan Sultan

d)

Peranan British

36.

Upacara puja pantai yang diadakan oleh kaum __________ bertujuan untuk mendapatkan perlindungan daripada semangat laut.

a)

Semai

b)

Mah Meri

c)

Kadazandusun

d)

Bajau

37.

Apakah nama rumah ibadat yang terdapat pada gambar?

a)

Masjid

b)

Gereja

c)

Tokong

d)

Wat

38.

Yang manakah bukan nilai yang perlu diterapkan dalam amalan beragama di negara kita?

a)

Hormat menghormati

b)

Tolak Ansur

c)

Kasih Sayang

d)

Perbalahan dan pergaduhan

39.

Mengapakah agama dan kepercayaan penting dalam kehidupan kita?

a)

Membimbing kita ke arah kejahatan

b)

Menggalakan sikap permusuhan

c)

Supaya manusia ada pedoman hidup

d)

Memberi peluang kepada manusia hidup bebas

40.

____________ merupakan pengasas bagi kepercayaan Sikh.

a)

Nabi Muhammad

b)

Jesus

c)

Guru Nanak

d)

Siddharta Gautama

41.

Masyarakat Bisaya akan membaca __________ bagi mengelakkan gangguan kuasa jahat semasa membuka kawasan pertanian baru

a)

doa

b)

jampi

c)

kitab

d)

risalah

42.

Bagi masyarakat Kadazandusun, ___________ merupakan Tuhan untuk meminta perlindungan dan keselamatan.

a)

Kung Fu Tze

b)

Kinorohingan

c)

Bobohizan

d)

Lao Tzu

43.

Dimanakah rumah ibadat bagi kepercayaan Hindu?

a)

Masjid

b)

Gereja

c)

Kuil

d)

Tokong

44.

Dimanakah rumah ibadat bagi kepercayaan Konfusius dan Tao?

a)

Masjid

b)

Gereja

c)

Kuil

d)

Tokong

45.

Bagaimana cara penduduk Islam sambut Hari Raya Aidiladha?

a)

menunaikan haji

b)

mengingati kisah nabi

c)

melakukan ibadah puasa

d)

melakukan ibadah korban

46.

Apakah tujuan perayaan San Pedro?

a)

Meraikan tahun baharu

b)

Mengingati tokoh agama

c)

Mensyukuri hasil laut

d)

Mengharapkan unsur baik atasi kejahatan

47.

Kaum manakah yang menyambut perayaan Vaisakhi?

a)

Sikh

b)

India

c)

Iban

d)

Murut

48.

Apakah gelaran ketua pembesar semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

49.

Apakah bidang tugas Perdana Menteri?

a)

Ketua Negeri

b)

Ketua Negara

c)

Ketua Kerajaan

d)

Speaker Dewan Rakyat

50.

Siapakah nama Perdana Menteri yang mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan?

a)

Tun Hussein Onn

b)

Tun Dr Mahathir Mohamad

c)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

d)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

51.

Siapakah nama Perdana Menteri yang mendapat gelaran Bapa Permodenan?

a)

Tun Hussein Onn

b)

Tun Dr Mahathir Mohamad

c)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

d)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

52.

Yang manakah bukan tugas Perdana Menteri?

a)

Menasihati Yang di-Pertuan Agong

b)

Mencadangkan senarai Jemaah Menteri

c)

Sebagai Ketua Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

d)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar

53.

Apakah sikap yang perlu ada pada diri sesorang Perdana Menteri?

a)

Pemarah

b)

Bijaksana

c)

Tidak amanah

d)

Mudah putus asa

54.

Berikut merupakan perkara berkaitan dengan ekonomi komersial, KECUALI

a)

Pembukaan kawasan perladangan

b)

Penggunaan jentera moden

c)

Melibatkan ramai tenaga kerja

d)

Penggunaan modal yang kecil

55.

Apakah pengeluar kereta pertama di Malaysia?

a)

Geely

b)

Honda

c)

PROTON

d)

PERODUA

56.

Yang manakah bukan industri ekonomi komersial utama di Malaysia?

a)

Perladangan kelapa sawit

b)

Pengeluaran petroleum

c)

Industri perlancongan

d)

Industri rempah-ratus

57.

Yang manakah lokasi semulajadi boleh dijadikan sebagai kawasan perlancongan?

a)

Pameran Antarabangsa LIMA

b)

Kejohanan Dunia MotoGP

c)

Kejuaraan Dunia Formula 1

d)

Pulau Langkawi

58.

Apakah maksud ekonomi tradisional?

a)

Kegiatan ekonomi ringan

b)

Kegiatan ekonomi mudah

c)

Kegiatan ekonomi sara diri

d)

Kegiatan ekonomi makanan

59.

Apakah kesan industri perladangan getah dan kelapa sawit sebagai pertanian komersial kepada negara?

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Memberikan biasiswa pendidikan

c)

Membangunkan industri automotif

d)

Melahirkan usahawan stesen minyak

60.

Apakah persatuan yang membangunkan sukan bola sepak di negara kita?

a)

BAM

b)

FAM

c)

SAM

d)

KHM

61.

Apakah sukan yang diceburi oleh beliau?

a)

Skuasy

b)

Bowling

c)

Badminton

d)

Bola Jaring

62.

Siapakah digelar 'The Pocket Rocketman' dalam sukan berbasikal?

a)

Lee Chong Wei

b)

Safawi Rasid

c)

Azizulhasni Awang

d)

Pandalela Rinong

63.

Yang manakah bukan atlet paralimpik?

a)

Abdul Latif bin Romly

b)

Bonnie Bunyau

c)

Ziyad Zolkefli

d)

Sazali Samad

64.

Apakah peranan kempen tersebut?

a)

Menempatkan murid dalam pelbagai bidang

b)

Mewujudkan perpaduan murid pelbagai kaum

c)

Menggalakkan murid terlibat dalam bidang sukan

d)

Mengajar bidang kesukanan kepada murid yang berminat

65.

Yang manakah bukan sukan dianjurkan oleh Malaysia pada peringkat antarabangsa?

a)

Ironman

b)

Grand Prix

c)

SUKIPT

d)

Le Tour de Langkawi

66.

Apakah dasar luar yang diamalkan oleh negara kita?

a)

Dasar campurtangan

b)

Dasar pandang sebelah

c)

Dasar berkecuali

d)

Dasar berbaik-baik dengan semua negara

67.

Yang manakah bukan anggota negara-negara ASEAN?

a)

Laos

b)

Vietnam

c)

Filipina

d)

Timor Leste

68.

Mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel?

a)

Negara serantau

b)

Negara bekas tanah jajahan British

c)

Negara tiada kekuatan pertahanan

d)

Negara memerlukan bantuan ekonomi

69.

Apakah manfaat yang diterima oleh Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dari segi pendidikan?

a)

Bantuan tenaga pengajar

b)

Kemudahan biasiswa kepada pelajar

c)

Pelajar mendapat pendidikan percuma seumurn hidup

d)

Mendapat bahan rujukan daripada negara-negara Islam

70.

Yang manakah bukan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Menentang dasar Aperteid di Afrika Selatan

b)

Menghantar pasukan pengaman di Bosnia dan Somalia

c)

Menentang penjajahan Zionis di Palestin

d)

Memberi cadangan penubuhan ZOPFAN