NEW
Font size
WorksheetsKUIZ KESIHATAN KESUKES KUALA NERUS
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Penyakit Tibi adalah penyakit berbahaya adalah disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis yang disebarkan melalui udara oleh pesakit Tibi yang aktif. Terdapat beberapa cara untuk mengesan pesakit Tibi baru:
Sinar X-dada
Specimen kahak
Ujian Kulit (Mantoux) atau darah(IGRA)
Semua di atas
Dalam pengurusan rawatan pesakit Tibi semasa Ramadan, apakah penyesuaian penting untuk memastikan keberkesanan rawatan?
Menunda pengambilan ubat sehingga selepas Ramadan
Mengatur jadual pengambilan ubat pada waktu sahur dan berbuka
Menaikkan dos ubat tanpa rujukan doktor
Menggantikan rawatan TB dengan suplemen vitamin
Bagi pesakit Tibi yang memilih untuk berpuasa semasa Ramadan, apakah langkah berjaga-jaga yang disyorkan?
Mengabaikan keperluan hidrasi sepanjang hari
Menjaga hidrasi dengan secukupnya pada waktu sahur dan berbuka serta berjumpa doktor untuk sebarang penyesuaian jadual ubat
Menggantung rawatan TB buat sementara waktu
Menggantikan rawatan ubat dengan puasa penuh tanpa penyesuaian
Sempena Ramadan, di mana aktiviti perhimpunan untuk berbuka puasa sering berlaku, apakah langkah utama dalam kawalan penyakit berjangkit yang perlu diberi penekanan?
Mengamalkan kebersihan tangan, penggunaan pelitup muka, dan menjaga jarak fizikal semasa perhimpunan
Menggalakkan perhimpunan dalam jumlah besar tanpa sebarang langkah pencegahan
Mengabaikan vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan
Menunda sebarang langkah pencegahan sehingga selepas Ramadan
Apakah jenis senaman yang paling sesuai dilakukan ketika sedang berpuasa?
Berlari selama 1 jam
Senamrobik dengan muzik laju selama 1 jam
Senaman bebanan tinggi selama 1 jam
Senaman berjalan kaki selama 30 - 45 minit.
Apakah mekanisme utama jangkitan bakteria Vibrio cholerae dalam menyebabkan penyakit kolera?
Merosakkan dinding usus melalui endotoksin
Menghasilkan toksin yang menyebabkan kehilangan air dan elektrolit secara berlebihan
Memasuki aliran darah dan menyebabkan sepsis
Menghasilkan spora yang bertahan dalam persekitaran berasid
Mengapa vaksin terhadap virus influenza perlu dikemaskini setiap tahun?
Virus influenza mengalami mutasi pantas melalui antigenic drift dan antigenic shift
Sistem imun manusia hanya boleh mengingati antigen selama setahun
Virus influenza membentuk biofilem dalam paru-paru yang menghalang imunisasi jangka panjang
Vaksin influenza hanya berkesan dalam individu yang pernah dijangkiti sebelum ini
Apakah faktor risiko utama bagi diabetes jenis 2?
Kekurangan senaman
Gaya hidup tidak sihat
Keturunan
Semua di atas
Apakah fungsi utama insulin dalam badan?
Meningkatkan paras gula dalam darah
Mengurangkan paras gula dalam darah
Mengawal tekanan darah
Menghasilkan sel darah merah
Apakah tanda-tanda biasa seseorang yang menghidap diabetes?
Kerap dahaga
Kerap buang air kecil
Penurunan berat badan secara mendadak
Semua di atas
Karies gigi juga dikenali sebagai …
Gigi bernanah
Gusi berdarah
Gigi berlubang
Gusi Bengkak
Apa itu karang gigi ?
Daripada plak gigi (tahi gigi) yang mengeras
Gigi berlubang
Gusi yang menyusut
Gigi patah
Berapa lamakah masa yang disarankan untuk memberus gigi?
1 minit
5 minit
90 saat
2 minit
Pakcik Ali mendapati dia mempunyai temujanji rawatan gigi pada bulan puasa. Apa yang perlu Pakcik Ali buat?
Tangguh temujanji selepas raya kerana rawatan gigi boleh membatalkan puasa
Teruskan rawatan kerana rawatan gigi tidak membatalkan puasa
Membatalkan temujanji tersebut kerana tidak sakit
Tunggu gigi sakit baru akan hadir ke klinik gigi untuk rawatan selanjutnya
Berapa kerapkah pemeriksaan gigi yang perlu kita lakukan?
Bila perlu sahaja
Setiap bulan
2 tahun sekali
sekali setahun
Antara berikut, yang manakah merupakan tanda-tanda stres?
Berasa tenang dan santai
Meningkatkan keupayaan untuk fokus
Kebimbangan berlebihan, cepat marah, dan keletihan
Tidur yang mencukupi dan berkualiti
Apakah perbezaan utama antara kebimbangan normal dan gangguan kebimbangan?
Kebimbangan normal tidak mengganggu kehidupan harian
Gangguan kebimbangan adalah sementara dan ringan
Kebimbangan normal memerlukan rawatan ubat
Gangguan kebimbangan tidak pernah berlaku kepada remaja
Bagaimana cara terbaik untuk menyokong seseorang yang sedang menghadapi masalah mental?
Menghakimi tindakan mereka
Memberikan sokongan emosional dan mendengar tanpa menghukum
Mengabaikan mereka
Menasihatkan mereka supaya tidak memikirkan masalah tersebut
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh diet yang sihat?
Mengambil makanan segera setiap hari
Mengambil makanan daripada pelbagai kumpulan makanan secara sederhana
Mengelakkan semua jenis karbohidrat
Makan berlebihan tanpa bersenam
Apakah jenis lemak yang perlu dielakkan dalam diet harian?
Lemak tak tepu
Lemak tepu dan lemak trans
Asid lemak omega-3
Lemak daripada ikan
