wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Perniagaan 2 (AP025)

Total questions: 42

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pengeluaran?

a)

Proses menjual barangan dan perkhidmatan kepada pelanggan

b)

Proses menghasilkan barangan atau perkhidmatan

c)

Aktiviti membeli bahan mentah daripada pembekal

d)

Kaedah menyimpan produk dalam gudang

2.

Apakah antara aspek utama dalam pengurusan pengeluaran?

a)

Perancangan, pengendalian, pengawalan, dan penyenggaraan operasi

b)

Hanya penyenggaraan operasi tanpa perancangan

c)

Fokus kepada jualan tanpa kawalan kualiti

d)

Pemasaran dan promosi produk sahaja

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan pengurusan pengeluaran?

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan cabaran dalam pengurusan pengeluaran?

a)

I, III dan IV

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

5.

Apakah kesan globalisasi terhadap pengeluaran?

a)

Pengurangan daya saing dalam ekonomi

b)

Peningkatan kerjasama antarabangsa dalam reka bentuk dan pengeluaran

c)

Sumber bahan mentah hanya digunakan dalam negara asal

d)

Kos komunikasi dan pengangkutan meningkat

6.

Mengapakah tenaga kerja dianggap bersifat global dalam era globalisasi?

a)

Hanya pekerja tempatan yang diperlukan dalam industri pengeluaran

b)

Bakat dan kepakaran boleh diperoleh dari pelbagai negara

c)

Sumber tenaga kerja semakin berkurang akibat persaingan

d)

Globalisasi hanya memberi kesan kepada sektor kewangan

7.

Mengapakah rakan kongsi rantaian bekalan diperlukan dalam pengeluaran?

a)

Untuk meningkatkan kos operasi

b)

Untuk memastikan keperluan pengguna akhir dapat dipenuhi

c)

Untuk mengurangkan keparakan pembekal

d)

Untuk menghadkan kerjasama antara syarikat

8.

Apakah salah satu langkah yang diambil oleh pengurus pengeluaran dalam perkongsian rantaian bekalan?

a)

Mengelakkan penggunaan teknologi baharu

b)

Melakukan outsourcing untuk mendapatkan sumber luaran

c)

Mengurangkan kepelbagaian permintaan pelanggan

d)

Memendekkan tempoh kitaran hidup produk secara paksa

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelestarian dalam pengeluaran?

a)

Reka bentuk produk dan proses yang memastikan kelangsungan hidup produk

b)

Menggunakan sumber tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar

c)

Meningkatkan pengeluaran dengan memaksimumkan penggunaan bahan mentah

d)

Mengurangkan kos dengan menghapuskan langkah-langkah kitar semula

10.

Bagaimanakah pengurus pengeluaran boleh menyokong kemampuan dalam reka bentuk produk?

a)

Menggunakan pembungkusan hijau yang mengurangkan penggunaan sumber

b)

Memastikan produk mempunyai jangka hayat yang lebih pendek

c)

Menggunakan bahan mentah tanpa mengambil kira kitar semula

d)

Mengutamakan kuantiti produk berbanding kesan alam sekitar

11.

Apakah faktor yang menyebabkan jangka hayat produk menjadi semakin pendek dalam era moden?

a)

Perubahan teknologi dan gaya hidup yang pantas

b)

Kekurangan bahan mentah dalam industri

c)

Pengurangan kos penyelidikan dan pembangunan

d)

Kelemahan strategi pemasaran syarikat

12.

Bagaimanakah pengurusan pengeluaran menyesuaikan diri dengan perkembangan produk yang cepat?

a)

Mewujudkan struktur pengurusan baru dan meningkatkan kolaborasi

b)

Mengurangkan penggunaan teknologi digital dalam pengeluaran

c)

Menghadkan inovasi untuk mengekalkan keunikan produk lama

d)

Mengelakkan kerjasama dengan pihak luar bagi menjaga rahsia syarikat

13.

Apakah keperluan utama bagi firma dalam menghadapi tekanan persaingan global melalui pengubahsuaian secara massa?

a)

Menghasilkan produk yang seragam untuk semua pasaran

b)

Meningkatkan fleksibiliti reka bentuk dan proses pengeluaran

c)

Mengehadkan inovasi untuk mengurangkan kos operasi

d)

Mengabaikan kehendak individu bagi mencapai ekonomi skala

14.

Apakah tujuan utama pengubahsuaian secara massa dalam sistem pengeluaran moden?

a)

Membolehkan produk dihasilkan dalam jumlah besar tanpa perubahan

b)

Memberikan kebebasan penuh kepada pelanggan dalam mereka bentuk produk

c)

Menyediakan produk yang boleh diubah suai mengikut kehendak individu dan keadaan pasaran

d)

Mengurangkan kepelbagaian produk untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran

15.

Apakah matlamat utama operasi secara Lean dalam pengurusan pengeluaran?

a)

Menghasilkan produk dengan kos yang lebih tinggi untuk keuntungan maksimum

b)

Memastikan pekerja sentiasa bekerja lebih masa untuk meningkatkan pengeluaran

c)

Membina organisasi yang lebih cekap dengan mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kepuasan pelanggan

d)

Menghapuskan semua kawalan kualiti untuk mempercepatkan proses pengeluaran

16.

Bagaimanakah konsep Lean membantu pekerja dalam organisasi?

a)

Dengan memberi mereka tugasan yang sama secara berulang tanpa perubahan

b)

Dengan memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang proses penambahbaikan

c)

Dengan mewujudkan pengkayaan kerja dan melibatkan mereka dalam penambahbaikan berterusan

d)

Dengan mengurangkan interaksi pekerja bagi mempercepatkan pengeluaran

17.

Apakah peranan utama Jabatan Pengeluaran dalam hubungan dengan Jabatan Pemasaran?

a)

Menentukan strategi promosi dan pengiklanan untuk produk

b)

Merekabentuk dan mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan pengguna

c)

Mengawal harga produk di pasaran bagi memastikan keuntungan maksima

d)

Menjalankan kajian pasaran untuk mengenal pasti trend pengguna

18.

Apakah tanggungjawab utama Jabatan Pemasaran dalam hubungan dengan Jabatan Pengeluaran?

a)

Menghasilkan reka bentuk produk yang berkualiti tinggi

b)

Mewujudkan permintaan terhadap produk dan mendapatkan maklum balas pengguna

c)

Mengawal proses pengeluaran untuk memastikan kos operasi rendah

d)

Menyediakan bahan mentah yang diperlukan dalam pengeluaran

19.

Apakah peranan utama Jabatan Pengeluaran dalam hubungannya dengan Jabatan Kewangan?

a)

Merancang pembelian input pengeluaran dan kos pengeluaran

b)

Menyediakan belanjawan tahunan untuk syarikat

c)

Mengurus aliran tunai syarikat

d)

Mengawal aktiviti pemasaran produk

20.

Apakah tanggungjawab utama Jabatan Kewangan dalam menyokong Jabatan Pengeluaran?

a)

Membekalkan modal dan menyediakan belanjawan untuk pengeluaran

b)

Merekabentuk produk mengikut keperluan pengguna

c)

Mengurus latihan pekerja dalam proses pengeluaran

d)

Menjalankan kajian pasaran untuk meningkatkan jualan

21.

Mengapakah Jabatan Pengeluaran memerlukan kerjasama dengan Jabatan Sumber Manusia?

a)

Untuk memastikan pekerja yang sesuai dan terlatih dapat menjalankan aktiviti pengeluaran

b)

Untuk meningkatkan jualan produk di pasaran global

c)

Untuk mengurus kewangan dan belanjawan syarikat

d)

Untuk membangunkan strategi pemasaran yang berkesan

22.

Apakah peranan Jabatan Sumber Manusia dalam menyokong Jabatan Pengeluaran?

a)

Menyediakan pekerja yang sesuai dan mengurus latihan yang bersesuaian

b)

Mengawal kos pengeluaran dan menyediakan bajet operasi

c)

Merancang strategi pemasaran dan meningkatkan permintaan produk

d)

Menentukan reka bentuk produk yang memenuhi kehendak pengguna

23.

Apakah komponen utama dalam proses pengeluaran seperti dalam Rajah 1?

a)

A. I, II dan III sahaja

b)

B. I, II dan IV sahaja

c)

C. II, III dan IV sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

24.

Apakah yang dimaksudkan dengan input dalam proses pengeluaran?

a)

Hasil akhir yang diperoleh selepas proses pengeluaran

b)

Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran

c)

Aktiviti mengubah bahan mentah kepada produk siap

d)

Strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan

25.

Apakah yang berlaku dalam proses transformasi dalam pengeluaran?

a)

Produk akhir dipasarkan kepada pengguna

b)

Input diubah dari segi bentuk, rupa, warna, rasa dan saiz

c)

Faktor pengeluaran dikurangkan untuk menjimatkan kos

d)

Produk yang rosak akan dibaiki sebelum dijual

26.

Sebuah kilang perabot menggunakan kayu getah sebagai bahan mentah. Kayu tersebut dipotong, diketam, dan diukir sebelum dicantumkan menjadi perabot siap seperti meja dan kerusi. Proses ini dikenali sebagai (a)   .

Choose from the below words

Proses penyimpanan

Proses pemasaran

Proses transformasi

Proses pengedaran

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan output dalam proses pengeluaran?

a)

Bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk

b)

Hasil yang diperoleh daripada proses pengeluaran

c)

Proses menukar input kepada produk lain

d)

Aktiviti yang menambah nilai kepada produk

28.

Sebuah kilang perabot menghasilkan pintu kayu yang telah dipotong dan diketam tetapi belum dicat atau dipasang pemegang. Pintu ini kemudiannya dijual kepada kilang lain untuk diproses menjadi produk siap. Berdasarkan situasi ini, pintu kayu tersebut dikategorikan sebagai…

a)

Output akhir

b)

Produk siap

c)

Produk separa siap

d)

Input pengeluaran

29.

Antara berikut, yang manakah merupakan elemen utama dalam reka bentuk pengeluaran?

I. Simplification

II. Just-in-time

III. Standardization

IV. Modular

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

30.

Apakah istilah yang merujuk kepada reka bentuk pengeluaran yang melibatkan pengurangan kepelbagaian dalam proses bagi menghasilkan produk dengan lebih cepat, kos rendah dan berkualiti?

a)

Just-in-time

b)

Standardization

c)

Modular

d)

Simplification

31.

Apakah istilah yang merujuk kepada reka bentuk pengeluaran yang menekankan keseragaman dari segi saiz, kualiti dan produk bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos?

a)

Just-in-time

b)

Modular

c)

Simplification

d)

Standardization

32.

Reka bentuk pengeluaran manakah yang menggunakan gabungan komponen bebas (modul) bagi membolehkan penghasilan pelbagai jenis produk yang boleh diubah suai mengikut keperluan pengguna?

a)

Standardization

b)

Just-in-time

c)

Simplification

d)

Modular

33.

Antara berikut, yang manakah merupakan jenis pengeluaran?

I. Massa

II. Selanjar

III. Kelompok

IV. Tempahan

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

34.

Jenis pengeluaran manakah yang dijalankan secara automatik menggunakan jentera yang dikawal komputer untuk menghasilkan produk secara besar-besaran?

a)

Kelompok

b)

Tempahan

c)

Selanjar

d)

Massa

35.

Jenis pengeluaran manakah yang sesuai digunakan untuk menghasilkan produk harian seperti gula dan minyak masak secara seragam dan dalam kuantiti yang banyak?

a)

Selanjar

b)

Massa

c)

Tempahan

d)

Kelompok

36.

Pengeluaran yang memerlukan simpanan stok yang banyak dan penghantaran segera kepada pelanggan dikenali sebagai pengeluaran:

a)

Tempahan

b)

Selanjar

c)

Massa

d)

Kelompok

37.

Jenis pengeluaran manakah melibatkan penghasilan beberapa jenis barang yang mempunyai fungsi yang sama dalam saiz sederhana dan memanfaatkan tenaga kerja secara optimum?

a)

Tempahan

b)

Selanjar

c)

Massa

d)

Kelompok

38.

Dalam jenis pengeluaran manakah ciri produk yang standard diproses terlebih dahulu sebelum diikuti oleh ciri yang pelbagai, serta menggunakan peralatan khusus dan pelbagai guna?

a)

Massa

b)

Kelompok

c)

Selanjar

d)

Tempahan

39.

Pengeluaran manakah sesuai digunakan untuk proses seperti pemasangan barangan elektrik, pengeluaran kerepek, biskut dan pakaian?

a)

Kelompok

b)

Massa

c)

Selanjar

d)

Tempahan

40.

Pengeluaran jenis yang beroperasi 24 jam berterusan tanpa henti dan berulang-ulang serta menghasilkan satu jenis produk dengan volum yang sangat tinggi dipanggil:

a)

Massa

b)

Selanjar

c)

Kelompok

d)

Tempahan

41.

Pengeluaran yang mempunyai pempiawaian yang sangat tinggi, aliran pengeluaran yang sukar diubah, dan menggunakan peralatan yang sama dalam jangka masa yang lama adalah pengeluaran jenis:

a)

Massa

b)

Selanjar

c)

Kelompok

d)

Tempahan

42.

Contoh pengeluaran produk komoditi seperti stesen janakuasa elektrik, loji penapisan minyak, dan bahan kimia merujuk kepada pengeluaran jenis:

a)

Massa

b)

Selanjar

c)

Kelompok

d)

Tempahan