wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 TDH KUIZ TRIVIA 18 APRIL 25

Total questions: 40

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?

a)

Berlaku disebabkan krisis ekonomi

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Krisis Rantau Balkan

2.

Apakah penyebab kepada berlakunya krisis rantau Balkan?

a)

Akibat keperluan bahan mentah

b)

Persaingan sihat dalam perdagangan

c)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia

d)

Berlakunya Perang Dunia Kedua

3.

Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?

a)

Jerman

b)

Bulgaria

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Rusia

4.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Britian, Perancis dan Rusia

b)

Romania, Portugal, Jerman

c)

Serbia, Itali, Bulgaria

d)

Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece

5.

Peristiwa apakah yang berlaku pada 4 Ogos 1914?

a)

Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia

b)

Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium

c)

Itali menyertai Perancis dalam Pakatan Bertiga

d)

Rusia bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk Serbia

6.

Penglibatan negara manakah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?

a)

Jerman

b)

Greece

c)

Amerika Syarikat

d)

Rusia

7.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Setelah revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II, kerajaan bentuk apakah yang muncul di Rusia?

a)

Demokrasi

b)

Republik

c)

Komunis

d)

Teokrasi

9.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

I, II ,III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I,III,IV

11.

Terdapat dua kuasa yang terlbiat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu. Kuasa Paksi terdiri daripada..

a)

Jerman, Britain dan Perancis

b)

Jerman, Itali dan Jepun

c)

Jepun,Perancis dan Amerika Syarikat

d)

Rusia, Perancis dan Britian

12.

Dalam Operasi Barbarossa, Hitler mengarahkan lebih tiga juta tentera menyerang Rusia dengan dibantu oleh 3350 kereta kebal dan 2270 kapal terbang. Operasi tersebut disertai oleh tentera...

a)

Romania, Jepun, Jerman

b)

Jerman , Itali, Finland

c)

Finland,Romania,Hungary

d)

Austria, Romania, Hungary

13.

Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?

a)

Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran

b)

Sentiasa berani menempuh dugaan

c)

Rasional dalam tindakan

d)

Sentiasa bersiap siaga

14.

Berikut adalah merupakan kawasan pendaratan tentera Bersekutu di Normandy kecuali...

a)

Pantai Utah

b)

Pantai Omaha

c)

Pantai Jane

d)

Pantai Juno

15.

Apakah kod operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis pada Jun 1944?

a)

Mission Impossible

b)

D-Day

c)

A-Team

d)

Ini kali lah

16.

Berikut merupakan kawasan manakah Perang Dunia Kedua berlaku di Asia Pasifik kecuali..

a)

Lautan Pasifik

b)

Tanah Besar Asia

c)

Kepulauan Laut Mediteranean

d)

Kepulauan Asia Tenggara

17.

Bagi memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan, Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa. Perluasan kuasa Jepun berkait rapat dengan ..

I Dendam terhadap orang Cina

II Keperluan perindustrian

III Pengaruh golongan tentera

IV Menyebarkan tamadun

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan II

18.

Apakah reaksi pihak Bersekutu setelah Jepun berjaya menguasai Korea,Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina?

a)

Menyerang pangkalan tentera Jepun

b)

Mengenakan sekatan ekonomi

c)

Memberikan sokongan ketenteraan

d)

Menyertai Jepun dalam perluasan kuasa

19.

Perang Dunia Kedua bermula setelah Jepun menyerang ..

I Tanah Melayu

II China

III Pearl Harbour

IV Filipina

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah antara propaganda yang digunakan oleh Jepun untuk menambat hati orang di Asia Tenggara?

a)

Semangat Asia

b)

Asia untuk Orang Barat

c)

Bersama Jepun Bangkit

d)

Jepun negara matahari terbit

21.

Senarai berikut merupakan pemimpin dunia yang telah mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas? (BT M/S 58)


a)

Pemimpin nasionalis berfahaman melampau

b)

Pemimpin nasionalis berfahaman sederhana

22.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah? (BT M/S 57)

a)

Kemunculan negara baharu

b)

Kemunculan pemerintahan beraja

23.

Persidangan Damai Paris yang diadakan pada 18 Januari 1919 telah melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson.

Apakah salah satu prinsip utama dalam kandungan deklarasi tersebut? (BT M/S 56)

a)

Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

b)

Raja atau kerajaan yang akan menentukan sempadan negara

24.

Jerman telah melancarkan Operasi Barbossa pada 22 Jun 1941. (BT M/S 60)

Apakah tujuan operasi tersebut?


l. Menguasai Rusia

ll. Menguasai Perancis

lll. Menguasai negara Balkan

lV. Menguasai seluruh Eropah

a)

II dan III

b)

III dan IV

25.

Di manakah lokasi pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu? (BT M/S 69)


a)

Pantai Singgora dan Pantai Pattani

b)

Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu.

26.

Antara berikut, yang manakah kedudukan Raja-raja Melayu semasa pentadbiran Jepun?

l. Ketua agama Islam (BT M/S 71)

ll. Dilucutkan jawatan

lll. Bebas mentadbir negeri masing-masing

lV. Di bawah pengawasan Gabenor Jepun

a)

I dan ll

b)

I dan IV

27.

Mengapakah Jepun memberikan layanan yang berbeza terhadap masyarakat Cina di Tanah Melayu? (BT M/S 73)

a)

Masyarakat Cina menguasai ekonomi

b)

Kesan permusuhan dalam Perang China –Jepun

28.

Bagi memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan, Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa. Perluasan kuasa Jepun berkait rapat dengan ..

I Dendam terhadap orang Cina

II Keperluan perindustrian

III Pengaruh golongan tentera

IV Menyebarkan tamadun

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan II

29.

Apakah reaksi pihak Bersekutu setelah Jepun berjaya menguasai Korea,Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina?

a)

Menyerang pangkalan tentera Jepun

b)

Mengenakan sekatan ekonomi

c)

Memberikan sokongan ketenteraan

d)

Menyertai Jepun dalam perluasan kuasa

30.

Perang Dunia Kedua bermula setelah Jepun menyerang ..

I Tanah Melayu

II China

III Pearl Harbour

IV Filipina

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Merujuk kepada pernyataan berikut


Enakmen Undang-undang Islam 1904


Mengapakah British memperkenalkan undang-undag di atas? (m/s 52)

a)

Menyekat perkembangan Islam di Negeri-negeri Selat.

b)

Menyekat pengaruh idea politik dari Timur Tengah

c)

Menyekat pengaruh ulama terhadap orang Melayu

d)

Menyekat pengaruh karya-karya Islam di Tanah Melayu

32.

Faktor-faktor utama tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah persaingan antara kuasa-kuasa utama Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan. Apakah matlamatnya? (m/s 54)


I Mendapatkan sanjungan sebagai kuasa besar

II Memenuhi keperluan bahan mentah industri masing-masing

III Memasarkan hasil industri mereka

IV Menyebarkan agama Kristian dan budaya Eropah.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Merujuk pernyataan berikut.


· Pakatan Kuasa Tengah

· Pakatan Bertiga


Antara berikut, yang manakah kesan pembentukan pakatan ketenteraan Eropah? (m/s 54)


I Mencetus perjuangan membentuk negara bangsa msing-masing

II Mencetuskan Revolusi Perindustrian di Eropah

III Mencetuskan ketidakstabilan politik di Eropah

IV Mencetuskan perlumbaan menghasilkan senjata dalam kalangan kuasa Eropah.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Mengapakah Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia? (m/s 54)

a)

Dituduh menghasut rakyat Austria berketurunan Serb

b)

Dituduh merancang pembunuhan bakal raja Austria

c)

Dituduh memberi bantuan kewangan dan senjata kepada puak Serb

d)

Dituduh menceroboh wilayah kekuasaan Austria

35.

Merujuk pernyataan berikut.


Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson


Deklarasi diisytiharkan dalam Persidangan Damai Paris pada 18 Januari 1919, iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara berikut, yang manakah prinsip utama deklarasi ini? (m/s 56)


I Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II Sempadan negara berasaskan bangsa

III Menjalinkan kebebasan dan kedaulatan kepada semua bangsa

IV Menamatkan segala bentuk imperialisme Barat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Merujuk pernyataan berikut.


Perjanjian Versailles ditandatangani antara Jerman dengan Pakatan Bertiga


Bagi Jerman, perjanjian tersebut menggugat kedaulatan dan maruah bangsa Jerman. Antara berikut, yang manakah tindakan pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang mengingkari perjanjian tersebut? (m/s 58)


I Membina semula angkatan tentera

II Menduduki tanah jajahannya yang dirampas oleh Pakatan Bertiga

III Menyerang negara-negara Pakatan Bertiga

IV Memulakan program pemodenan dan perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman? (m/s 60)

a)

Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia

b)

Untuk menghapuskan fahaman komunisme

c)

Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah

d)

Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

38.

Merujuk pernyatan berikut


Kejayaan Operasi D-Day


Operasi D-Day merujuk kepada pendaratan tentera Bersekutu di pantai Normandy, Perancis. Apakah kepentingan kejayaan operasi tersebut? (m/s 63)

a)

Menandakan penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua

b)

Menjadi titik tolak kepada kejayaan Bersekutu menewaskan tentera Jerman

c)

Membawa kepada penglibatan Perancis dalam Perang Dunia Kedua

d)

Tentera Jerman di Perancis menyerah diri kepada tentera Bersekutu

39.

Dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Korea, Manchuria dan China mempengaruhi Amerika Syarikat, Britain dan Belandayang mengenakan sekatan ekonomi terhadapnya. Apakah tujuan sekatan ekonomi ini dikenakan? (m/s 65)

a)

Menghalang hubungan perdagangan antara antara Jepun dengan negara Eropah

b)

Menghalang Jepun mendapatkan bahan mentah bagi keperluan industri dan peperangan

c)

Menghalang Jepun daripada memasarkan barangannya di apsaran dunia

d)

Memaksa Jepun menamatkan dasar permodenan dan perindustriannya

40.

Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Asia Tenggara? (m/s 68)


I Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British

II Mendapat sokongan dan bantuan daripada orang tempatan

III Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah

IV Kedudukan Tanah Melayu yang strategik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV