WorksheetsSISTEM BAHASA (Tingkatan 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. "Segala titah tuanku akan .......... laksanakan dengan segeranya," sembah Hang Tuah kepada Sultan Mansur Shah.
Saya
Beta
Patik
Hamba
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
2. Tangan Kak Najlah berbau....... selepas dia menyiang ikan keli.
hapak
hanyir
hamis
hangit
3. ............ roda basikal Arjun sudah berkarat.
Jejari
Sesiku
Tetupai
Lelangit
4. .......... orang lebih suka bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji.
Setiap
Semua
Beberapa
Sesetengah
5. Cuaca di perkampungan nelayan itu pada waktu malam sejuk.........
agak
benar
terlalu
paling
6. Burung gagak itu terbang rendah lalu hinggap di ............... sebatang dahan.
atas
bawah
hadapan
belakang
7. Hakisan yang teruk ....... penduduk yang tinggal di kawasan itu berpindah ke tempat lain.
meminta
menyuruh
memaksa
mengajak
8. Banyak sungguh ..... di dalam longkang itu.
lelabah
lelabu
jejentik
pepijat
9. Harga rumah yang ....... tinggi menyukarkan golongan muda di negara ini untuk memiliki rumah sendiri.
terlalu
sekali
betul
nian
10. Sofea dan Yinyin berkenalan semasa .......... menyertai aktiviti Kem Bina Jati Diri di Kuantan.
kita
kami
kalian
mereka
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
11. I) Luas tanah kepunyaan Pak Kadir itu kira-kira dua ekar.
II) Halaman rumah Haji Zainal itu luas benar.
III) Pembinaan kilang simen itu membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk setempat.
IV) Sekumpulan mahasiswa sedang membuat kajian tentang penggunaan media sosial secara luas dalam kalangan remaja.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
12. I) Teguran Encik Hashim menerima oleh Aiman dengan fikiran terbuka.
II) Penduduk Kampung Jahi enggan menerima kedatangan orang asing itu.
III) Dia menerima sepucuk surat daripada pihak hospital.
IV) Encik Singgam telah menerima tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat pembinaan.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
13. I) "Kalau mengenai harganya, saya akan menjual kereta itu," kata Encik Zamani.
II) Pihak penganjur mengenai bayaran yang rendah kepada murid-murid yang ingin menyertai kem itu.
III) Anak panah yang dilepaskan oleh pemanah dari Korea Selatan itu tepat mengenai sasaran.
IV) Penyakit difteria mudah mengenai kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
14. I) Kamal cuba menjalankan mesin itu tetapi tidak berjaya.
II) Ghani tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang buruh binaan.
III) Mereka menjalankan persahabatan sejak empat tahun lalu.
IV) Encik Kumar menjalankan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
15. I) Kakak tidak tahu hendak menelan ubat yang pahit macam hempedu itu.
II) Betapa pahitnya kehidupan Yasin sekeluarga sejak ayahnya meninggal dunia.
III) Peristiwa pahit itu masih segar dalam ingatan Mariam.
IV) Pak Leman mengambil pahit lalu mengukir kepala katil itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
16. Penduduk Kampung Kerudu telah mengadakan mesyuarat tentang projek pertanian berkelompok semalam.
A. Mesyuarat tentang projek pertanian berkelompok telah diadakan di Kampung Kerudu semalam.
B. Semalam mesyuarat tentang projek pertanian berkelompok di Kampung Kerudu.
C. Mesyuarat tentang projek pertanian berkelompok telah diadakan oleh penduduk kampung Kerudu semalam.
D. Semalam penduduk kampung itu telah mengadakan mesyuarat tentang projek pertanian berkelompok.
17. "Wah, pandai sungguh kamu menggesek biola," kata Chong Meng kepada Haikal.
A. Chong Meng melarang Haikal menggesek biola.
B. Chong Meng mengajak Haikal menggesek biola.
C. Chong Meng meminta Haikal menggesek biola.
D. Chong Meng memuji kepandai Haikal menggesek biola.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
17. Hamidah menyiapkan kerja yang disuruh oleh ibunya dengan segeranya supaya dia dapat menyiapkan latihan Matemtik pula. Dia tidak suka mengangguhkan kerja.
A. Bersekutu bertambah ilmu
B. Bertangguh itu pencuri masa
C. Hidup ini suatu perlumbaan
D. Hilang bahasa lenyaplah bangsa
19. Budak lelaki itu mengaku bahawa dialah yang memecahkan pasu bunga jirannya.
A. Biar lambat asalkan selamat
B. Kita harus memberi dan menerima
C. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
D. Berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan
20. Sebagai pengawas, Jamal tetap melaporkan kesalahan kawan baiknya, Faris kepada guru disiplin. Kata-kata hikmat yang paling sesuai dengan penyataan di atas ialah.........
A. Kata dikotakan
B. bahasa menunjukkan bangsa
C. Keadilan tidak mengenal kawan
D. Kita harus memberi dan menerima
