wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EE-320-3 - PENILAIAN AKHIR PENGETAHUAN (SET B) - [2025]

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama sistem pendawaian tiga fasa digunakan?

a)

Untuk mengawal suhu mesin.

b)

Untuk pengaliran elektrik lebih stabil.

c)

Untuk meningkatkan bunyi bising elektrik.

d)

Untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

2.

Apakah jenis sistem pendawaian yang biasa digunakan dalam pemasangan elektrik tiga fasa?

a)

Pendawaian Aliran.

b)

Pendawaian Trunking.

c)

Pendawaian Kenderaan.

d)

Pendawaian Kawalan Rotor.

3.

Apakah nama alat pengujian yang digunakan untuk menguji turutan fasa pada pepasangan pendawaian tiga fasa?

a)

Clamp Meter.

b)

Digital Multimeter.

c)

Sequence Tester.

d)

Megger Ohm Tester.

4.

Apakah nama aksesori yang digunakan untuk menggabungkan sambungan antara konduit dan trunking?

a)

Elbow Coupler.

b)

4x4" Base Box.

c)

Female Adapter.

d)

T-Way Junction Box.

5.

Apakah jenis sistem pendawaian yang menjadi pilihan dan digunakan dalam pemasangan rumah domestik zaman sekarang (2025)?

a)

Pendawaian bumbung.

b)

Pendawaian permukaan.

c)

Pendawaian bawah tanah.

d)

Pendawaian dalam dinding.

6.

Apakah jenis kabel yang SESUAI digunakan dalam sistem pendawaian konduit tiga fasa?

a)

Kabel PVC.

b)

Kabel XLPE.

c)

Kabel Aluminium.

d)

Kabel PVC/SWA/PVC.

7.

Kabel jenis manakah yang digunakan untuk direntang di bawah tanah?

a)

Kabel PVC.

b)

Kabel PVC/PVC.

c)

Kabel Boleh Lentur.

d)

Kabel PVC/SWA/PVC.

8.

Apakah jenis kabel yang SESUAI digunakan pada sistem pendawaian permukaan klip timah tiga fasa yang terdedah di luar?

a)

Kabel PVC.

b)

Kabel XLPE.

c)

Kabel PVC/PVC.

d)

Kabel PVC/SWA/PVC.

9.

Apakah kriteria yang digunakan untuk memilih kabel yang sesuai digunakan pada sistem pendawaian bawah tanah?

a)

Keupayaan untuk menahan pada suhu bilik.

b)

Keupayaan menahan cahaya matahari langsung.

c)

Keupayaan untuk membaiki kerosakan secara sendiri.

d)

Ketahanan terhadap tekanan tinggi dan kelembapan tanah.

10.

Kabel jenis apakah yang SESUAI digunakan untuk pemasangan dalam persekitaran yang basah atau lembap?

a)

Kabel PVC.

b)

Kabel PVC/PVC.

c)

Kabel Boleh Lentur.

d)

Kabel PVC/SWA/PVC.

11.

Apakah tujuan utama penggunaan MCB (Miniature Circuit Breaker)?

a)

Meningkatkan arus.

b)

Menyimpan tenaga elektrik.

c)

Menurunkan kadar suhu pada kabel.

d)

Melindungi pendawaian daripada litar pintas.

12.

Apakah fungsi utama RCCB dalam sistem pendawaian tiga fasa?

a)

Menyukat suhu kabel yang sedang berarus.

b)

Mengawal aliran arus di dalam kabel tiga fasa.

c)

Mengawal voltan yang mengalir di dalam kabel.

d)

Memutuskan bekalan apabila berlaku kebocoran arus.

13.

Apakah elemen yang perlu diperiksa semasa pemeriksaan penglihatan pada sistem pendawaian tiga fasa?

a)

Kelembapan udara.

b)

Kesesuaian corak kabel.

c)

Kesesuaian alat pemadam api.

d)

Kesesuaian piawai pada pemasangan.

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Kabel Earthing'?

a)

Kabel yang dilindungi daripada ledakan arus.

b)

Kabel yang menghubungkan peralatan elektrik.

c)

Kabel yang digunakan untuk menghantar kuasa.

d)

Kabel yang menghubungkan sistem pendawaian ke bumi.

15.

Mengapakah kabel yang digunakan dalam pendawaian tiga fasa mesti diberikan kod warna yang berbeza?

a)

Untuk mempercepatkan pemasangan.

b)

Untuk tujuan kekemasan pemasangan.

c)

Untuk mengetahui kekuatan kabel yang digunakan.

d)

Untuk mengesan dan membezakan antara jenis fasa.

16.

Apakah nama alat yang digunakan untuk menguji ketahanan penebatan kabel dalam pepasangan pendawaian?

a)

Earth Tester.

b)

Socket Tester.

c)

Megger Ohm Tester.

d)

Water Preasure Meter.

17.

Apakah jenis alat pengujian yang digunakan untuk mengukur ketahanan penebatan kabel dalam sistem pendawaian?

a)

Volt meter.

b)

Multimeter.

c)

Earth Tester.

d)

Megger Ohm Tester.

18.

Apakah nama alat pengujian yang digunakan untuk menguji nilai rintangan pembumian dalam sistem pepasangan elektrik tiga fasa?

a)

Lux Tester.

b)

Sequence Tester.

c)

Megger Ohm Tester.

d)

Earth Resistance Tester.

19.

Di manakah lokasi yang SESUAI untuk menempatkan pemasangan Kotak Fius Agihan Tiga Fasa di kawasan perumahan domestik?

a)

Di ruang tamu.

b)

Di bawah tanah.

c)

Di atas bangunan.

d)

Di dalam bilik tidur.

20.

Apakah langkah yang perlu diambil jika hasil Pengujian Ketahanan Rintangan Penebatan menunjukkan keputusan yang tidak memuaskan?

a)

Membuat laporan dan memeriksa semula.

b)

Melakukan penyelenggaraan dan menguji semula.

c)

Mengganti peralatan pengujian dengan yang baru dibeli.

d)

Mengambil semula ujian selepas beberapa jam ditinggalkan.

21.

Apakah nama beberapa peralatan yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti Pengujian Rintangan Pembumian?

a)

Rachet, Allen Key, Electric Drill, Monkey Wrench.

b)

Earth Tester, Spike Penguji, Rod Tembaga, Tukul.

c)

Socket Tester, Gergaji Besi, Stock And Dies, Comb Plyer.

d)

Megger Ohm Tester, Testpen, Pemutar Skru, Cable Cutter.

22.

Apakah tujuan utama penggunaan alat Megger Insulation Tester?

a)

Mengukur saiz dan panjang kabel yang digunakan.

b)

Mengukur ketahanan penebat kabel yang direntang.

c)

Mengukur ketahanan kabel terhadap suhu yang tinggi.

d)

Mengukur nilai frekuensi arus yang mengalir dalam kabel.

23.

Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan bacaan Pengujian Rintangan Pembumian adalah baik dan selamat digunakan?

a)

Z1+Z2+Z3 Bahagi 3, pastikan nilai bacaan lebih daripada 10 Ohm.

b)

Z1+Z2+Z3 Bahagi 3, pastikan nilai bacaan kurang daripada 10 Ohm.

c)

Menggunakan Megger Ohm Tester dan pastikan nilai bacaan melebihi 1 Mega Ohm.

d)

Bilangan Hp X 746 dan pastikan nilai permintaan arus tidak lebih daripada tetapan penggunaan MCB.

24.

Apakah komponen yang boleh dilengkapkan di dalam Kotak Fius Agihan tiga fasa untuk kawasan perumahan domestik?

a)

ACB, Switch Gear, Transformer.

b)

Main Switch, MCB, MCCB, RCCB.

c)

Suis 1 Hala, Suis 2 Hala, Suis 3 Hala.

d)

Pengasing 3 fasa, Soket 5 kutub, Contactor.

25.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda mendapati sambungan fasa dalam sistem tiga fasa tidak mengikut turutan yang betul?

a)

Menukarkan kabel dengan yang baharu.

b)

Mengubah kedudukan/tempat rentangan kabel.

c)

Menggunakan peralatan pengujian yang baru dibeli.

d)

Membetulkan sambungan kutub fasa dan menguji semula.

26.

Apakah jenis pengujian yang boleh dilakukan pada pendawaian yang tidak aktif atau pada litar mati?

a)

Ujian Nilai Voltan.

b)

Ujian Turutan Fasa.

c)

Ujian Rintangan Penebatan.

d)

Ujian Lux / Keamatan Cahaya.

27.

Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan sambungan turutan fasa dalam pendawaian tiga fasa adalah betul?

a)

Melakukan Ujian Keterusan.

b)

Melakukan Pemeriksaan Voltan.

c)

Melakukan Ujian Ketahanan Kabel.

d)

Melakukan Pemeriksaan Turutan Fasa.

28.

Apakah langkah yang perlu diambil sebelum memulakan kerja-kerja pendawaian tiga fasa di tapak pembinaan?

a)

Menyediakan pemakaian lengkap kerja pejabat.

b)

Menyukat nilai suhu ambient di kawasan tapak kerja.

c)

Memeriksa semua alat-alat kelengkapan pelindung diri (PPE).

d)

Melakukan pemeriksaan rintangan penepatan pada kabel pembekal.

29.

Yang manakah BUKAN komponen peranti perlindungan yang digunakan untuk pepasangan pendawaian tiga fasa?

a)

RCCB TP&N.

b)

Main Switch TP.

c)

MCB dan MCCB.

d)

Two Pole Switch.

30.

Bagaimanakah cara untuk memastikan sistem pembumian tiga fasa berfungsi dengan baik dan selamat?

a)

Menggunakan alat pengukur nilai voltan.

b)

Menjalankan ujian Ketahanan Rintangan Penebatan.

c)

Menyambungkan sistem ke bumi dengan betul dan menguji kesinambungannya.

d)

Memeriksa visual sambungan dan mengalirkan voltan tiga fasa terus ke elektrod pembumian.

31.

Siapakah yang layak dan dibenarkan untuk memasuki tapak pemasangan pendawaian tiga fasa?

a)

Pelajar baru bidang dalam elektrik.

b)

Pekerja am kontrak bidang pembinaan.

c)

Juruelektrik yang perpengalaman dan berkelayakan.

d)

Orang awam yang berkeliaran hampir dengan tapak pekerjaan.

32.

Apakah alat pelindung diri (PPE) yang perlu digunakan semasa menjalankan kerja-kerja pendawaian tiga fasa?

a)

Kaca mata hitam.

b)

Apron pink kraf tangan.

c)

Kasut boot keselamatan.

d)

Tali leher putih keselamatan.

33.

Dalam sistem pendawaian tiga fasa, manakah BUKAN alat perlindungan yang digunakan semasa aktiviti pengujian litar hidup?

a)

Safety harnest.

b)

Pelindung mata.

c)

Topi keselamatan.

d)

Kasut keselamatan.

34.

Mengapakah sistem earthing sangat penting dalam pendawaian tiga fasa?

a)

Untuk mengurangkan bunyi bising.

b)

Untuk mencegah daripada litar pintas.

c)

Untuk mengelakkan renjatan arus elektrik.

d)

Untuk memastikan sambungan kabel yang stabil.

35.

Apakah jenis kabel yang digunakan untuk sistem pendawaian tersembunyi berkonduit dalam dinding?

a)

Kabel PVC.

b)

Kabel XLPE.

c)

Kabel PVC/PVC.

d)

Kabel PVC/SWA/PVC.

36.

Apakah nama untuk borang "G" yang terdapat di dalam kandungan Buku Akta Bekalan Elektrik 1990?

a)

Perakuan Ujian Penglihatan.

b)

Perakuan Pengujian Pembumian.

c)

Perakuan Penyeliaan Dan Penyiapan.

d)

Perakuan Kekompenan Sebagai Jurutera Elektrik.

37.

Apakah nama untuk borang "H" yang terdapat dalam kandungan Buku Akta Bekalan Elektrik 1990?

a)

Perakuan Ujian.

b)

Perakuan Ujian Pembumian.

c)

Perakuan Penyeliaan Dan Penyiapan.

d)

Perakuan Kekompenan Sebagai Jurutera Elektrik.

38.

Bagaimana cara untuk memastikan hasil pendawaian tiga fasa mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan?

a)

Memeriksa semua sambungan kabel pembekal elektrik.

b)

Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan setiap hari tanpa jadual.

c)

Menjalankan pengujian Visual, Rintangan Penebatan, Keterusan, Kekutuban dan Pembumian.

d)

Memastikan kualiti bahan dan peralatan mematuhi kod warna yang ditetapkan oleh jabatan TVET Malaysia.

39.

Mengapa pemeriksaan sistem pendawaian penting selepas pemasangan?

a)

Untuk memastikan kepantasan kerja pemasangan.

b)

Untuk memperbaiki kabel yang tidak dilaporkan rosak.

c)

Untuk mengesan potensi kebocoran arus dan kerosakan litar elektrik.

d)

Untuk mengubah ketetapan akta bekalan elektrik yang telah ditetapkan.

40.

Pilih prosedur yang BETUL untuk memasang Sistem Pembumian di kawasan bangunan yang luas dan besar.

a)

Memastikan sistem pembumian dinyahcas pada paip bekalan air.

b)

Gunakan konduktor tembaga bersaiz sesuai seperti 35mm² atau lebih.

c)

Menyambungkan semua sistem kepada satu titik pembumian sahaja.

d)

Memastikan sistem penyambungan pembumian tidak disambung pada titik nyahcas dan tanah.