Worksheets[PRE] Kuiz Taklimat Penipuan Kewangan 26/04/2025
Total questions: 5
Worksheet time: 5mins
Pernyataan berhubung bidang kuasa agensi penguatkuasaan dan jenayah kewangan yang disiasat adalah benar, kecuali :
Bank Negara Malaysia - Pengambilan deposit tanpa lesen
Bank Negara Malaysia - Tawaran saham tanpa lesen
PDRM - Penipuan panggilan palsu Macau Scam
PDRM - Jenayah keldai akaun
Sekiranya anda menyedari anda telah menjadi mangsa penipuan kewangan, berikut adalah tindakan yang sewajarnya diambil, kecuali :
Berdiam diri
Laporkan kepada pihak berkuasa
Serahkan maklumat dan dokumen berkaitan kepada pihak berkuasa
Rujuk agensi penguatkuasaan yang berkaitan
Sekiranya anda mendapat panggilan tidak dikenali yang mengaku sebagai pegawai bank atau pegawai polis, apakah tindakan yang patut anda ambil?
Berikan maklumat akaun bank, nombor kad ATM atau nombor kad kredit anda untuk pengesahan pegawai tersebut
Ikut arahan pemanggil satu per satu
Putuskan panggilan dan hubungi pihak bank atau polis berdasarkan nombor telefon yang sebenar
Dapatkan maklumat lanjut daripada pemanggil berhubung kes anda
Berikut merupakan tips mengelakkan diri dari menjadi keldai akaun, kecuali :
Jangan menyerahkan kad ATM, nombor pin dan akses perbankan internet kepada orang lain
Jangan menerima tawaran untuk bantu pindahkan wang ke akaun tertentu
Pastikan segera melakukan pindahan wang seperti diarahkan apabila menerima panggilan tidak dikenali yang mengaku telah berlaku kesilapan transaksi
Pastikan maklumat perbankan peribadi, nombor pin atau kata laluan perbankan kita disimpan dengan selamat
Kita digalakkan untuk memuat turun dan pasang (install) aplikasi telefon bimbit yang dikongsikan oleh individu yang tidak dikenali bagi memudahkan urusan jual beli secara atas talian (online) dengan individu tersebut.
Betul
Salah
