wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 100

Worksheet time: 1hrs 23mins

Name
Class
Date
1.

Ibu sedang ______________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.

a)

memasak

b)

merebus

c)

menjerang

d)

mengukur

2.

Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG __________ sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

a)

dimansuhkan

b)

dihentikan

c)

dibubarkan

d)

ditangguhkan

3.

Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu _____________ dengan senyuman.

a)

banyak

b)

murah

c)

mewah

d)

subur

4.

"Sila lekatkan setem ___________ sebelah kanan sampul surat awak, " kata posmen kepada budak itu.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

ke

5.

Budaya _____________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

a)

kunjung-mengunjung

b)

masak-memasak

c)

datang-mendatang

d)

kata-mengata

6.

Nelayan tua itu tidur __________ tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.

a)

bertilamkan

b)

bersandarkan

c)

berbantalkan

d)

beralaskan

7.

Kejayaan cemerlang segelintir pelajar di luar negara membuktikan bahawa keupayaan dan ___________ yang tinggi dalam kalangan mereka.

a)

daya cipta

b)

daya maju

c)

daya saing

d)

daya tarikan

8.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos- pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.

a)

pos-pos pejabat

b)

pejabat pos

c)

pejabat-pejabat pos

d)

pejabat pos- pejabat pos

9.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Ahli keluarga Pak Dollah turut ada di sisinya pada masa beliau menghembuskan nafas terakhir.

a)

yang turut berada di sisinya di masa

b)

yang turut ada di sisinya di masa

c)

turut berada di sisinya pada masa

d)

turut ada di sisinya pada masa

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Sambutan Hari Guru yang teramat meriah sekali telah diadakan oleh para pelajar Sekolah Menengah Seri Iskandar sempena Hari Guru pada tahun ini.

a)

teramat meriah

b)

amat meriah sungguh

c)

teramat sekali meriah

d)

teramat meriah sekali

11.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Anggota tentera telah berjaya jejaki musuh dengan berpandukan pada peta yang dibekalkan oleh Kementerian Pertahanan.

a)

menjejak musuh berpandukan pada peta

b)

menjejaki musuh dengan berpandukan pada peta

c)

jejak musuh dengan berpandukan kepada peta

d)

jejaki musuh dengan berpandukan pada peta

12.

Pilih ayat-ayat yang betul. (Jawapan mungkin lebih daripada satu)

a)

Pemuda itu memberitahu bahawa kamera Canon itu kepunyaannya.

b)

Sejak kematian ayah, ibu asyik bermenung sahaja di jendela.

c)

Sikap suka membaca harus dipupuk sejak anak-anak kecil lagi.

d)

Walaupun berjawatan tinggi, Ani tetap menjaga kedua orang tuanya yang uzur.

13.

Pilih ayat-ayat yang betul. (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Dua buah teksi telah ditahan oleh pihak penguat kuasa kerana tidak menggunakan meter.

b)

Kita harus berwaspada terhadap pendatang asing yang terlibat dengan jenayah.

c)

Pelajar itu bukan bodoh sangat tetapi malas mengulang kaji pelajaran.

d)

Bolehkan rumah baharu di pinggir kota itu telah diduduki?

14.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut:

Ramai belia desa berhijrah ke bandar-bandar besar kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak di sana. Hal ini tidak menghairankan kerana

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

c)

di mana ada gula, di situ ada semut

d)

baik berjagung-jagung sementara padi masak

15.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut:

Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap masyarakat yang saling bekerjasama dan jika terdapat apa-apa masalah, mereka akan berbincang untuk mengatasinya ialah

a)

bulat air kerana pembentung, bulat manusia keranan muafakat

b)

ke lurah sama dituruni, kebukit sama didaki

c)

enggang sama enggang, pipit sama pipit

d)

ke tengah boleh, ke tepi boleh

16.

Selepas menyampaikan ucapan, ____________ merasmikan pelancaran program Minggu Bahasa di sekolah itu.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

17.

"Isikan maklumat peribadi __________ selengkapnya dalam borang permohonan ini," kata Cikgu Lukman kepada Natasha.

a)

saya

b)

kamu

c)

dia

d)

mereka

18.

Sekiranya terdapat __________ pertanyaan tentang perkara ini, saya sudi menjawab segala pertanyaan tersebut.

a)

apa-apa

b)

mana-mana

c)

siapa-siapa

d)

sesiapa

19.

Fikiran Haziq __________ memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah keluarganya.

a)

keliru

b)

runsing

c)

curiga

d)

bosan

20.

Kami tergelak apabila melihat abang memakai seluar yang __________ di bahagian pinggangnya.

a)

labuh

b)

besar

c)

lebar

d)

longgar

21.

Ombak yang bergelora dan angin yang bertiup __________ menyebabkan para nelayan tidak berani turun ke laut.

a)

laju

b)

deras

c)

pantas

d)

kencang

22.

Hang Tuah dan Hang Jebat menunjukkan gerak langkah yang sangat ___________ dalam pertarungan itu.

a)

kuat

b)

cepat

c)

tangkas

d)

kukuh

23.

"Dia __________ mengingatkan saya supaya membawa novel itu tetapi saya terlupa," kata Arina kepada Najlah.

a)

sudah

b)

belum

c)

hendak

d)

mungkin

24.

Dua orang pekerja __________ memangkas pokok-pokok renek di tepi jalan itu.

a)

sedang

b)

belum

c)

juga

d)

kelak

25.

Budak perempuan itu __________ sombong tetapi pendiam.

a)

tidak

b)

bukan

c)

akan

d)

mungkin

26.

Pokok kelapa di belakang rumah Aisyah ____________ tinggi untuk dipanjat.

a)

benar

b)

paling

c)

sekali

d)

terlalu

27.

Walaupun Cikgu Khadijah __________ guru sandaran di sekolah ini, beliau telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik murid-murid.

a)

hanya

b)

adalah

c)

mungkin

d)

akan

28.

Kenal pasti ayat yang TIDAK tergolong dalam jenis ayat perintah.

a)

Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.

b)

Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.

c)

Nah, ambil baju ini dan basuh!

d)

Sila pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.

29.

Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...

a)

tandantangan

b)

tanggungjawab

c)

setiausaha

d)

ibu bapa

30.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

Dokumentari

c)

dokumentary

d)

dokkumentari

31.

Nyatakan pola ayat berikut:


Bakul bulat di atas meja itu daripada daun mengkuang.

a)

FN+FSN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FN

32.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Anak Ibu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

33.

Manakah yang betul?

a)

dua jam setengah

b)

dua setengah jam

c)

jam dua setengah

34.

Pilih perkataan yang menjelaskan hukum D-M dengan tepat.

a)

pendingin hawa

b)

cili sos

c)

Ali Restoran

d)

mini zoo

35.

Pilih ejaan yang betul

a)

Resepi

b)

Resipi

36.

Pilih perkataan yang betul ejaannya.

a)

kuetiau

b)

kueyteow

37.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Anak Mak Limah yang cantik itu menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama Tajung Kling.

a)

Anak Mak Limah

b)

Anak

c)

Mak Limah yang cantik itu

d)

Anak Mak Limah yang cantik itu

38.

Pilih penyataan ayat yang gramatis.

a)

Buku itu telah dihantar oleh saya kepada pengirimnya semalam.

b)

kepada pengirimnya, buku itu telah dihantar oleh saya

c)

Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam.

39.

Pilih ejaan yang betul.

a)

kraf tangan

b)

keraf tangan

c)

kraftangan

40.

Pilih ejaan yang betul.

a)

delegasi

b)

deligasi

c)

diligasi

d)

delegesi

41.
Pilih ejaan yang betul
a)
auto-matif
b)
automotif
c)
auto-motif
d)
automotive
42.
Pilih ejaan yang betul
a)
audiens
b)
audien
c)
audyens
d)
audean
43.
Pilih ejaan yang betul
a)
ampangan
b)
ampingan
c)
aphangan
d)
empangan
44.
Pilih ejaan yang betul
a)
akitek
b)
arkitek
c)
architec
d)
arkittek
45.
Pilih ejaan yang betul
a)
atlit
b)
atelit
c)
atlet
d)
atilit
46.
Pilih ejaan yang betul
a)
bowling
b)
bohling
c)
bauling
d)
boling
47.
Pilih ejaan yang betul
a)
buroh
b)
buruh
c)
boroh
d)
burroh
48.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
49.
Pilih ejaan yang betul
a)
baucer
b)
bauchar
c)
baucher
d)
baucar
50.
Pilih ejaan yang betul
a)
bumiputra
b)
bumiputera
c)
bumi putra
d)
bumi putera
51.
Pilih ejaan yang betul
a)
hajah
b)
haajah
c)
hajjah
d)
hajahh
52.
Pilih ejaan yang betul
a)
kartun
b)
katun
c)
karton
d)
kartoon
53.
Pilih ejaan yang betul
a)
insuren
b)
insurans
c)
insurens
d)
insuran
54.
Pilih ejaan yang betul
a)
impot
b)
imphort
c)
import
d)
empot
55.
Pilih ejaan yang betul
a)
krenah
b)
karenah
c)
karinah
d)
kerenah
56.

proBarat

a)

pro-Barat

b)

pro-barat

c)

probarat

57.

anti dadah

a)

antiDadah

b)

Antidadah

c)

anti-dadah

58.

Pilih ejaan yang betul

a)

motosikal

b)

motocyle

c)

motosika

59.

Pilih ejaan yang betul

a)

anti-buli

b)

anti dadah

c)

antimerokok

d)

anti Israel

60.

Bapanya telah berjaya merebut jawatan pengerusi bagi Kelab ______ Taman Angsana

a)

Bowling

b)

Boling

61.

_______ yang terkenal itu menghidangkan makanan dan minuman yang berasaskan bahan-bahan tempatan sahaja

a)

Restoren

b)

Restoran

c)

Rastoren

62.

Pilih ejaan yang betul.

a)

Mihun

b)

Bihun

63.

Pilih ejaan yang betul.

a)

Gembeleng

b)

Gembleng

64.

Makanan ini dikenali sebagai

a)

nasi beriyani

b)

nasi baryani

c)

nasi beriani

d)

nasi bariyani

65.

Makanan ini dikenali sebagai

a)

sate

b)

satay

c)

satei

d)

sati

66.

Pilih ejaan yang betul.

a)

emel

b)

e-mel

67.

Pilih ejaan yang betul.

a)

garpu

b)

garfu

68.

Pilih ejaan yang betul :

a)

Bersyukor

b)

Bersyukur

69.

Pilih ejaan yang betul

a)

Silaturrahim

b)

Silaturahim

70.

Pilih ejaan yang betul

a)

Spesies

b)

Spesis

71.
 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
a)
Muram
b)
Indah 
c)
Kelam
d)
Sayup
72.
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
a)
hapak
b)
hancing
c)
tengik
d)
hanyir
73.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
74.
Saya _____________ ingat akan pesan ibu dan ayah agar berbudi bahasa dan menghormati orang lain.
a)
saling 
b)
sentiasa
75.
Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita ___________ berbahasa asing.
a)
cekap
b)
fasih
76.
Ukiran bunga-bungaan pada kerusi kayu itu sangat ____________ buatannya.
a)
halus
b)
licin
77.
Rumah di hujung kampung itu tidak berpenghuni lagi kerana sudah _____________. 
a)
lama
b)
usang
78.
Kita perlu bersenam supaya tubuh badan kita sentiasa _____________ dan cergas.
a)
kukuh
b)
sihat
79.
Ketua kampung berasa kesal kerana kempen kitar semula yang diadakan mendapat sambutan yang ______________ daripada penduduk.
a)
dingin
b)
sejuk
80.

Mama pergi ke pasar membeli ikan dan sayur.

Nyatakan SUBJEK dalam ayat tersebut.

a)

ikan dan sayur

b)

pergi ke pasar membeli ikan dan sayur

c)

Mama

81.

Cari ayat TUNGGAL yang BETUL...

a)

Aisya melukis sambil menyanyi

b)

Rizki pandai menulis dan melukis

c)

Ziqri sedang makan Nasi Ayam

d)

Abah pergi kerja sambil membawa bekalan Nasi Ayam

82.

AYAT MAJMUK...Cari jawapan yang SALAH...

a)

Dia suka makan sambil bercerita

b)

Ayah melakukan aktiviti senamrobik dan berlari

c)

Adik minum susu Dugro

d)

Mama berjoging lalu membeli nasi lemak di kedai tersebut

83.

Bunga ini sangat cantik.


Cari SUBJEK dalam ayat tersebut..

a)

sangat cantik

b)

Bunga ini

c)

Bunga

84.

Ibu akan mengajar saya Matematik dan Sains..


Ini Ayat Tunggal..

Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

85.

Ziqri selalunya akan basuh tangan dahulu kemudian baru makan..


Apakah ayat yang sesuai?

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

86.

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah sekali..


Nyatakan SUBJEK ayat di atas

a)

disambut dengan meriah sekali

b)

Hari Raya

c)

Hari Raya Aidilfitri

87.

Nyatakan AYAT MAJMUK yang BETUL dibawah..

a)

Ibu memaafkan kesalahan yang telah abang lakukan

b)

Ayah memarahi adik lalu merotan adik kerana adik tidak mahu mendengar kata

c)

Kita perlu menjaga kesihatan diri.

88.

Pilih satu kesalahan tatabahasa dalam ayat dibawah.


Bangunan mencakar langit itu menunjukkan kebolehan arkiteknya yang bijak merancang

pembinaannya dengan teliti.

a)

arkiteknya

b)

pembinaannya

c)

mencakar

89.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Kang Min Ah yang berasal dari negara Korea itu _______ berbahasa Melayu kerana sudah dua tahun menetap di Malaysia.

a)

gagap

b)

fasih

c)

pelat

d)

pandai

90.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan dia di _____ oleh rakan rakannya.

a)

benci

b)

malu

c)

hina

91.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Walaupun nenek telah lanjut usia, namun __________ masih aktif bersukan.

a)

beliau

b)

dia

c)

anda

92.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Walaupun Fazura mengenakan _________ yang nipis, namun dia tetap menawan.

a)

dandanan

b)

andaman

c)

solekan

93.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Letusan Gunung Berapi Krakatau yang dahsyat itu telah _________ banyak nyawa dan harta

benda.

a)

mengorbankan

b)

memusnahkan

c)

membinasakan

94.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Kesika ____________sejambak bunga untuk ibu sempena hari jadinya.

a)

menghadiahi

b)

menghadiahkan

c)

dihadiakan

95.

Kek coklat yang dibuat oleh Felix ______ rasanya.

a)

licin

b)

nyaring

c)

cantik

d)

manis

96.

Yunho dikenali sebagai _______ kerana suka membaca pada masa lapang.

a)

kaki ayam

b)

ulat buku

c)

darah daging

d)

air muka

97.

Mina suka makan ayam goreng ______ tidak suka makan sayur sawi.

a)

agar

b)

apabila

c)

tetapi

d)

sejak

98.

Syamil berasa ______ kerana kereta permainannya rosak.

a)

merah

b)

perah

c)

marah

d)

parah

99.

Joshua merupakan anak _______ ibu bapanya kerana dia merupakan anak tunggal.

a)

menyayangi

b)

sayang

c)

kesayangan

d)

sayangi

100.

Kerana bersifat _________, Katty dimarahi oleh gurunya kerana mengganggu rakan-rakan lain belajar.

a)

ambil berat

b)

ringan tulang

c)

mulut murai

d)

kepala batu