wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN KUIZ TATABAHASA TINGKATAN 1

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

_____ waktu cuti persekolahan kamu dengan aktiviti yang berfaedah.

a)

Kosongkan

b)

Muatkan

c)

Isikan

d)

Penuhi

2.

Kerani itu sedang mencetak penyata gaji ____ Encik Messi.

a)

harian

b)

rumusan

c)

tahunan

d)

akhiran

3.

Pasukan ____dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.

a)

karyawan

b)

sukarelawan

c)

negarawan

d)

cendekiawan

4.

Semua pekerja sedih atas peletakan jawatan ketua syarikat itu kerana ____seorang yang baik hati.

a)

dia

b)

baginda

c)

beliau

d)

engkau

5.

Pilih ayat perintah daripada ayat-ayat di bawah.

a)

Tolong kemaskan alat tulis itu.

b)

Siapakah yang bertugas memadam papan hitam ini ?

c)

Steve menolong Niel mencuci pasu bunga di luar rumah.

d)

Syabas, anda telah menjadi johan !

6.

Puan Atikah ____gambar itu lama-lama kerana menyerupai wajah arwah anak kesayangannya.

a)

meninjau

b)

melirik

c)

menatap

d)

mengintai

7.

Pakaian lama arwah nenek Senah itu disimpan oleh Amin _______ dalam sebuah almari lama.

a)

ke

b)

pada

c)

dari

d)

di

8.

Ibu Arif membeli enam _____ petai untuk membuat sambal tumis ikan bilis petai.

a)

kerat

b)

papan

c)

batang

d)

tangkai

9.

Anak - anak muda sanggup _____ mata untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak pada awal pagi.

a)

bersengkang

b)

bertegang

c)

berkedip

d)

berkelip

10.

Pak Leman terpaksa ______ tanah kebunnya kepada pihak bank demi membesarkan perniagaannya.

a)

mencagarkan

b)

menyewakan

c)

memewahkan

d)

meminjamkan

11.

Roy terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana _______ wang untuk membiayai pembedahan jantung isterinya.

a)

kesempitan

b)

kesuntukan

c)

kesusahan

d)

kemuflisan

12.

Semua ______ makanan hendaklah menjaga kebersihan tempat penyediaan makanan.

a)

pengendali

b)

penyewa

c)

pengawal

d)

pengundi

13.

Kita mestilah mengurangkan pengambilan makanan yang _____ demi menjaga kesihatan.

a)

berprotein

b)

berair

c)

berlemak

d)

bersusu

14.

Kanak-kanak itu menangis ________ disuntik oleh doktor yang merawatnya.

a)

lalu

b)

kerana

c)

sambil

d)

supaya

15.

Ayah Ronaldo selalu pulang lewat dalam keadaan mabuk kerana dia _______.

a)

kaki judi

b)

langkah kiri

c)

kaki botol

d)

langkah seribu

16.

Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang __________ itu.

a)

mati kutu

b)

lidah bercabang

c)

pisau cukur

d)

curi tulang

17.

Kaki Christian luka terkena serpihan paku akibat ber_______semasa bermain di padang.

a)

jalan belakang

b)

kaki ayam

c)

gigi hutan

d)

mulut tempayan

18.

Rumah saya menjadi ________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

a)

terang -benderang

b)

kacau-bilau

c)

gelap-gelita

d)

hiruk-pikuk

19.

Stefan sering _______ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.

a)

mengangguk-angguk

b)

mengungkit-ungkit

c)

menggeleng-geleng

d)

menggapai-gapai

20.

Puan Kelly menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

Ringan tulang berat perut

b)

Pahit dahulu manis kemudian

c)

Orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa

d)

lembu punya susu sapi dapat nama