wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN BAB 1 TING 4

Total questions: 41

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?

a)

Aktiviti mengawal harga barang dan perkhidmatan

b)

Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan

c)

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan

d)

Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan

2.

PERJANJIAN YANG DIMETERAI OLEH DUA ATAU LEBIH INDIVIDU.

BERDASARKAN KENYATAAN DI ATAS, PILIHAN JAWAPAN MANAKAH YANG BETUL?

a)

KONTRAK JUAL BELI

b)

KONTRAK PERNIAGAAN

3.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan perniagaan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menghasilkan pelbagai produk pengguna.

b)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

c)

Aktiviti mempromosikan barang dan perkhidmatan

d)

Menlibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan

4.

Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

a)

Melatih tenaga kerja mahir

b)

Melakukan pertukaran nilai

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak penguna

5.

Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?

a)

Jumlah jualan melebihi jumlah kos stok barang

b)

Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual

c)

Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stock barang

d)

Jumlah kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan

6.

Kedai Ali membeli stok dagangan secara kredit daripada Pembekal Jatidiri. Akta manakah yang dirujuk jika berlaku perlanggaran terma?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Kawalan Bekalan 1973

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

7.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)? (Pilih 2 jawapan)

a)

Contoh OBU ialah Koperasi Nelayan

b)

Menghasilkan produk untuk pasaran umum

c)

Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos sahaja

d)

Bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan percuma untuk ahli

8.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan? (Pilih 3 jawapan)

a)

Dapat menarik pelabur baharu

b)

Mendorong pekerja bekerja lebih keras

c)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Dapat memastikan kelangsungan perniagaan

9.

Persatuan Peniaga Bandar Hijau Lestari menjual barang pada harga di bawah kos. Mengapa?

a)

Untuk mengusir pesaing dari pasaran

b)

Untuk mempromosikan jenama tertentu

c)

Untuk mempromosikan alam sekitar yang bersih

d)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu

10.

Pernyataan manakah yang betul tentang milikan tunggal?

a)

Perniagaan yang didaftarkan di bawah nama seorang individu sahaja.

b)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal oleh beberapa orang

c)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang sahaja

d)

Perniagaan yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan

11.

Apakah kelebihan milikan perniagaan "Butik Aminah", berbanding milikan perniagaan 'Butik Aminah,Buva, Chang? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Beban cukai rendah

c)

Bebas mengurus perniagaan

d)

Keputusan dibuat dengan cepat

12.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.

Encik Nizam membenarkan kawan-kawannya menggunakan namanya dalam satu perniagaan perkongsian.Beliau tidak mengeluarkan sebarang modal.

Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

a)

Rakan kongsi berhad

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi biasa

d)

Rakan kongsi nominal

13.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

FIRMA PERAKAUNAN JAMES DAN ZAID

Manakah yang benar tentang bentuk pemilikan tersebut? (Pilih 2 jawapan)

a)

Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang

b)

Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat

c)

Perniagaan didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

d)

Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

14.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding perkongsian berhad? (Pilih 2 jawapan)

a)

PLT mudah ditubuhkan dan diuruskan

b)

Semua rakan kongsi PLT mempunyai tanggungan terhad

c)

PLT mudah mendapat pembiayaan daripada agensi kerajaan

d)

Hayat PLT berterusan walaupun ada rakan kongsi menarik diri

15.

Maklumat di bawah ini menunjukkan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

KLINIK DR JEYA DAN RAKAN-RAKAN

Keadaan manakah yang menyebabkan bentuk pemilikan tersebut dibubarkan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Rakan kongsi menjadi bankrap

b)

Rakan kongsi menjadi tidak siuman

c)

Rakan kongsi gagal membuat perjanjian bertulis

d)

Salah seorang daripada rakan kongsi membuka klinik sendiri

16.

Mengapakah Encik Mazlan lebih cenderung untuk memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Mudah memindah milik syer

c)

Berhak memilih ahli lembaga pengarah

d)

Dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

17.

Encik AFZAN dan 10 orang rakannya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad. Mengapakah Encik Afzan dan rakan-rakannya menubuhkan bentuk pemilikan yang berkenaan?

a)

Perniagaan mudah dibentuk

b)

Perniagaan mudah diuruskan

c)

Pemilik menghadapi liabiliti terhad

d)

Pemilik membayar cukai pendapatan perseoramgan

18.

Salah satu prinsip koperasi ialah kebebasan autonomi. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan autonomi?

a)

Keanggotaan dalam koperasi adalah secara sukarela

b)

Anggota berhak mendapat pendidikan, latihan dan maklumat

c)

Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi

d)

Anggota berhak bersuara dan memberi pendapat masing-masing

19.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos promosi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

20.

Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?(Pilih 2 jawapan)

a)

Dapat menjamin keuntungan

b)

Risiko perniagaan dapat dikurangkan

c)

Dapat mengelakkan berlakunya konflik

d)

Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

21.

Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar?(Pilih 2 jawapan)

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

22.

Antara yang berikut,manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar? (Pilih 2 jawapan)

a)

Kilang kek

b)

Kedai perabot

c)

Pengeluaran ubat-ubatan

d)

Pengeluaran kereta

23.

berikut merupakan komponen asas perniagaan KECUALI

a)

barang dan perkhidmatan

b)

pertukaran nilai

c)

kontrak perniagaan

d)

keperluan pengguna

24.

(a)   ialah sesuatu yang boleh dipegang dan mempunyai ciri-ciri fizikal

25.

yang manakah antara berikut merupakan bentuk pemilikan perniagaan

a)

butik

b)

milikan tunggal

c)

penjaja

d)

usahasama

26.

bentuk milikan ini dikawal oleh seorang individu sahaja. pemilik bebas membuat keputusan sendiri. apakah bentuk pemilikan ini?

a)

koperasi

b)

milikan tunggal

c)

syarikat

d)

francais

27.

antara yang berikut, yang manakah ialah aktiviti perniagaan

a)

aktivi berasaskan barang

b)

aktiviti berasaskan kehendak

c)

aktiviti berasaskan pelanggan

d)

aktiviti berasaskan perkhidmatan

28.

yang manakah antara berikut merupakan bentuk pemilikan francais?

a)

IKEA

b)

Syarikat Hup Seng

c)

Klinik Dr. Nadhirah dan Rakan-rakan

d)

Perusahaan Ahmad

29.

perniagaan ialah satu urusniaga jual berli barang dan perkhidmatan, antara penjual dan pembeli, bagi (a)   keperluan dan kehendak pengguna. isikan tempay kosong dengan jawapan yang betul

30.

pilih yang manakah jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan,

a)

rakan kongsi terhad

b)

rakan kongsi lelap

c)

rakan kongsi terbaik

d)

rakan kongsi nominal

e)

rakan kongsi baru

31.

apakah tujuan perniagaan?

a)

menawarkan barang dan perkhidmatan

b)

mendapatkan keuntungan

c)

membantu orang yang susah

d)

meningkatkan pendapatan negara

32.

kepentingan keuntungan ialah

a)

membayar segala kos yang terlibat

b)

melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

c)

membelanjakan untung tersebut untuk diri sendiri

d)

menjadikan perniagaan lebih berpengaruh

33.

1. Apakah tujuan utama perniagaan dijalankan?

a)

A Membina imej perniagaan

b)

B Membantu usahawan membina kerjaya

c)

C Menawarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan

d)

D Menyahut cabaran kerajaan untuk menceburi bidang perniagaan

34.

2. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk milikan perniagaan.


• Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016

• Ahli yang dibenarkan antara 2 hingga tidak terhad

• Modal disumbangkan oleh ahli yang mendaftar


Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

A Koperasi

b)

B Perkongsian

c)

C Syarikat Awam Berhad

d)

D Syarikat sendirian berhad

35.

3. Encik Razali merupakan pemilik 10 buah Kedai Kek Razali yang menjalankan operasi di Bandar Baru Merlimau, Melaka. Dia dibantu oleh 200 orang pekerja.Rekod jualan kedai Kek Encik Razali untuk tempoh 2 tahun adalah seperti berikut:


Tahun 2019 Jualan tahunan 50 juta

Tahun 2020 Jualan tahunan 80 juta


Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Razali?

a)

A Kecil

b)

B Sederhana

c)

C Tempatan

d)

D Besar

36.

Apakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniagaan di atas?


I Secara percuma

II Jualan pada harga kos

III Jualan pada harga di bawah kos

IV Jualan pada harga melebihi harga kos

a)

A I, II dan III

b)

B I, III dan IV

c)

C II, III dan IV

d)

D I, II, III dan IV

37.

5. Perniagaan manakah berkaitan dengan aktiviti yang berasaskan barang?

a)

A Syarikat Saujana Sdn Bhd menyediakan kursus lanskap

b)

B Syarikat Maju & jaya mengeluarkan pelbagai jenis peralatan lanskap

c)

C Syarikat Sue Garden Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan lanskap

d)

D Syarikat MyLanskap Sdn Bhd mempromosikan bahan lanskap

38.

6. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis konsep asas perniagaan.


"Pembeli membayar wang kepada penjual sebagai balasan kepada barang dan perkhidmatan yang diperoleh daripada penjual."


Apakah konsep asas perniagaan berkenaan?

a)

A Pertukaran nilai

b)

B Penjual dan pembeli

c)

C Barang dan perkhidmatan

d)

D Memuaskan keperluan dan kehendak

39.

7. Maklumat berikut menunjukkan perbualan rakan kongsi antara Encik Vijay dan Encik Chua.


Encik Chua : Encik Vijay, saya cadangkan kita menukar

perniagaan perkongsian kita kepada

syarikat Sendirian Berhad. Dengan

berbuat demikian kita tidak perlu lagi

menanggung laibiliti tidak terhad.


Encik Vijay : Encik Chua, lebih baik kalau kita mengubah

perkongsian ini kepada Perkongsian

Liabiliti Terhad (PLT)


Mengapakah Vijay berpandangan sedemikian?

a)

A Dapat mengumpul modal yang banyak

b)

B Dapat mengelakkan beban bayaran cukai yang tinggi

c)

C Dapat melaksanakan pengkhususan dalam perniagaan

d)

D Dapat menikmati ekonomi bidangan dalam pengeluaran

40.

9. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri perkongsian?

a)

B Perniagaan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)

b)

A Rakan kongsi aktif menanggung liabiliti terhad dan aktif dalam pengurusan perniaaan.

c)

C Rakan kongsi lelap menanggung liabiliti tidak terhad setakat modal yang dilaburkan sahaja

d)

D Perkongsian tertakluk kepada beberapa terma dalam Akta Perkongsian 1961

41.

10. Rajah menunjukkan carta alir pendaftaran penubuhan perniagaan milikan tunggal.


Langkah 1 : Mengisi borang Carian Nama

langkah 2 : X

Langkah 3 : Hantar kepada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Langkah 4 : Membuat bayaran RM30 jika guna nama sendiri, RM60 jika guna nama tred.

Langkah 5 : Mendapatkan borang D (Sijil Perakuan Pendaftaran Malaysia)


Apakah X?

a)

Mendapatkan borang C

b)

Mengisi borang D

c)

Mengisi borang A

d)

Mengisi borang B