NEW
Font size
WorksheetsLatihan ROOKIE
Total questions: 50
Worksheet time: 38mins
Apa fungsi utama komputer?
Menyimpan maklumat dan melakukan kiraan matematik.
Hanya digunakan untuk melayari internet.
Alat yang hanya boleh menjalankan permainan video.
Menghasilkan tenaga elektrik untuk rumah.
Gambar di atas merupakan komputer generasi?
Generasi Pertama
Generasi Kedua
Generasi Keempat
Generasi Kelima
Manakah antara berikut yang bukan diklasifikasikan sebagai Perkakasan (Hardware) ?
Papan Induk (Motherboard)
Sistem Pengendalian (OS) seperti Windows 11
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Memori Capaian Rawak (RAM)
Apakah ciri utama yang membezakan Perkakasan (Hardware) daripada Perisian (Software)?
Perkakasan bersifat maya yang boleh dilihat dan disentuh, manakala Perisian bersifat fizikal.
Perkakasan merupakan program yang mengawal operasi komputer, manakala Perisian adalah peranti fizikal
Perkakasan bersifat fizikal yang boleh dilihat dan disentuh, manakala Perisian bersifat maya yang tidak boleh disentuh
Perkakasan dibahagikan kepada peranti masukan dan keluaran, manakala Perisian hanya peranti keluaran
Peranti apakah yang berfungsi menghantar keputusan maklumat atau data yang telah diproses oleh sistem pemprosesan kepada dunia luar?
Peranti Masukan (Input)
Peranti Pemprosesan
Peranti Keluaran (Output)
Peranti Storan
Manakah antara peranti berikut yang bukan merupakan contoh Peranti Masukan (Input)?
Kamera Web
Papan Kekunci
Projektor
Tetikus
Apakah teknologi utama Komputer Generasi Kelima?
Transistor
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin
Litar Bersepadu (IC)
Apakah yang dimaksudkan dengan "mengambil kod sebagai maklumat" ?
Menyimpan maklumat dari masukan untuk kegunaan akan datang
Memproses data yang dimasukkan oleh pengguna
Membaca dan menterjemah arahan atau program untuk diproses
Menghasilkan data untuk keluaran
Apakah yang menjadi teknologi utama bagi Komputer Generasi Keempat?
Tiub Vakum
Transistor
Litar Bersepadu (IC)
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Jika sebuah komputer diamanahkan untuk menyimpan dan memproses data, kemudian menghasilkan laporan yang boleh dilihat pada skrin, fungsi manakah yang betul?
Menyimpan dan memproses maklumat, serta menghasilkan maklumat untuk keluaran (Output)
Hanya memanipulasi maklumat untuk menghasilkan perisian
Hanya mengambil kod sebagai maklumat dan menyimpannya
Menyimpan maklumat dari masukan tanpa menghasilkan keluaran (Output)
Manakah antara berikut yang paling tepat menggambarkan perbezaan utama antara Rangkaian (Network) dan Internet?
Rangkaian menyambungkan jaringan komputer di seluruh dunia, manakala Internet menghubungkan dua atau lebih komputer untuk berkongsi maklumat.
Rangkaian hanya meliputi jumlah jarak tertentu sahaja, manakala Internet adalah sistem sejagat yang boleh diakses dari mana-mana sahaja di dunia.
Rangkaian menggunakan protokol komunikasi TCP/IP, manakala Internet menggunakan kabel fizikal.
Rangkaian biasanya digunakan di rumah atau pejabat, manakala Internet hanya digunakan di kawasan yang luas.
Teknologi rangkaian manakah yang biasanya digunakan di rumah atau pejabat, menggunakan kabel fizikal untuk menyambungkan peranti dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)?
WIFI
Internet
Ethernet
WAN
Apakah fungsi utama Jambatan (Bridge) dalam rangkaian komputer?
Menyambungkan rangkaian kepada pembekal perkhidmatan internet (ISP)
Menyambungkan beberapa perkakasan berwayar kepada rangkaian kawasan setempat (LAN)
Menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat (LAN) untuk mewujudkan rangkaian perhubungan yang tunggal
Meluaskan liputan rangkaian tanpa wayar dengan menguatkan isyarat
Dalam rajah Rangkaian Komputer Di Pejabat/Sekolah, peranti manakah yang bertanggungjawab menguruskan trafik antara rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan Internet, dan membenarkan pelbagai peranti tempatan berkongsi sambungan Internet?
Modem
Hab (Hub)
Penghala (Router)
Penukar (Switch)
Manakah pernyataan yang BETUL mengenai perbezaan kelajuan antara Ethernet dan WiFi
Kelajuan pemindahan data Ethernet adalah lebih rendah berbanding WiFi
Kelajuan pemindahan data WiFi adalah lebih pantas dan cekap berbanding Ethernet
thernet mempunyai kelajuan pemindahan data yang lebih pantas dan cekap berbanding WiFi
Kelajuan kedua-dua Ethernet dan WiFi adalah sama kerana menggunakan protokol yang serupa
Peranti rangkaian apakah yang berfungsi menyambungkan dan meluaskan liputan rangkaian tanpa wayar kepada rangkaian yang sama (LAN)?
Penghala (Router)
Pengulang (Repeater)
Titik Akses (Access Point)
Pintu Laluan (Gateway)
Apakah fungsi utama Modem?
Menyambungkan beberapa perkakasan berwayar kepada LAN
Menguruskan trafik antara rangkaian dan Internet
Menukar data komputer kepada isyarat yang boleh dihantar melalui internet
Menghubungkan dua atau lebih LAN
Dalam perbandingan Ethernet dan WiFi, apakah perbezaan berkaitan keselamatan yang betul?
Ethernet memerlukan protokol keselamatan manakala WiFi lebih selamat
WiFi memerlukan protokol keselamatan manakala Ethernet dianggap lebih selamat
Kedua-dua Ethernet dan WiFi memerlukan protokol keselamatan yang sama
Keselamatan adalah sama untuk kedua-dua teknologi, bergantung pada konfigurasi
Berdasarkan rajah rangkaian komputer, peranti apakah yang digunakan untuk menghubungkan dua Hab (Hub) dan membolehkan komputer-komputer dalam kedua-dua rangkaian tempatan berkomunikasi?
Penghala (Router)
Penukar (Switch)
Jambatan (Bridge)
Pengulang (Repeater)
Peranti rangkaian manakah yang berfungsi untuk membolehkan data bergerak lebih jauh tanpa penurunan melalui satu segmen kabel atau tanpa wayar ke destinasi peranti betul?
Titik Akses (Access Point)
Pengulang (Repeater)
Pintu Laluan (Gateway)
Penukar (Switch)
Apakah objektif paling utama Pemulihan Serangan Siber?
Mengenal pasti punca serangan
Mengembalikan data-data yang terjejas semasa Serangan Siber
Menghapuskan perisian hasad dari sistem
Menguatkan keselamatan untuk mengelakkan serangan masa depan
Sistem Sandaran (Backup System) didefinisikan sebagai proses membuat salinan fail penting dan data sistem untuk...
mengukuhkan dasar keselamatan
mengelak kehilangan data akibat serangan siber, kegagalan sistem, atau penghapusan secara tidak sengaja
mengenal pasti jenis serangan siber
menyulitkan (encrypt) data agar tidak dapat dicuri
Sandaran apakah yang melibatkan penyalinan semua fail yang telah berubah sejak sandaran penuh terakhir?
Sandaran Penuh
Sandaran Tambahan (Incremental)
Sandaran Pembezaan (Differential)
Sandaran Awan (Cloud Backup)
Manakah antara berikut yang bukan merupakan kepentingan Sistem Sandaran (Backup System)?
Melindungi dari Serangan Perisian Hasad
Membantu pemulihan data selepas diserang
Mengenal pasti pelaku serangan siber
Mengelakkan sebarang kehilangan data
Apakah yang perlu dipastikan mengenai sandaran (backup) sebelum ia digunakan untuk pemulihan data selepas serangan siber?
Sandaran tersebut mesti disimpan di lokasi fizikal yang sama dengan sistem asal
Sandaran tersebut perlu disulitkan menggunakan kata laluan yang kuat
Sandaran tersebut mestilah bersih dan tidak dijangkiti
Sandaran tersebut mestilah merupakan jenis Sandaran Penuh
Sandaran apakah yang menyalin sandaran lengkap untuk setiap fail dan folder yang dipilih?
Sandaran Penuh
Sandaran Tambahan (Incremental)
Sandaran Pembezaan (Differential)
Sandaran Separuh (Partial Backup)
Dalam langkah Pemulihan Serangan Siber, selain memulihkan dari sandaran, apakah tindakan penting lain yang perlu dilakukan berkaitan dengan data?
Memadam semua data yang terjejas
Menghantar data terjejas ke organisasi keselamatan siber
Mengubah format data yang terjejas
Sahkan Integriti Data (Periksa jika terdapat fail yang diubah, dicuri, atau dipadam)
Jika sistem komputer terjejas teruk oleh serangan siber, apakah langkah pemulihan yang mungkin perlu diambil?
Hanya menjalankan Antivirus pada sistem yang terjejas
Memasang semula OS pada mesin yang dikompromi jika perlu
Memutuskan sambungan peranti terjejas dari rangkaian buat sementara
Mengemas kini dasar keselamatan sedia ada
Apakah perbezaan utama antara Sandaran Tambahan (Incremental) dan Sandaran Pembezaan (Differential)?
Sandaran Tambahan menyalin semua fail berubah sejak sandaran penuh terakhir, manakala Pembezaan menyalin fail berubah sejak sandaran terakhir
Sandaran Tambahan menyalin fail berubah sejak sandaran terakhir (tidak semestinya penuh), manakala Pembezaan menyalin semua fail berubah sejak sandaran penuh terakhir
Sandaran Tambahan menyalin semua fail setiap kali, manakala Pembezaan hanya fail baru
Sandaran Tambahan lebih cepat untuk memulihkan, manakala Pembezaan memerlukan semua sandaran tambahan untuk dipulihkan
Objektif Pemulihan Serangan Siber termasuk mengelakkan sebarang kehilangan data. Apakah peranti atau proses utama yang membantu mencapai objektif ini?
Firewall
Sistem Sandaran (Backup System)
Antivirus
Penghala (Router)
Proses Pemulihan Serangan Siber merujuk kepada proses, langkah, dan strategi yang dilaksanakan untuk memulihkan apa selepas serangan siber?
Hanya data yang terjejas
Hanya sistem operasi yang terjejas
Data, sistem, dan operasi
Infrastruktur rangkaian sahaja
Jika anda melakukan Sandaran Penuh pada Isnin, Sandaran Tambahan pada Selasa, dan Sandaran Tambahan pada Rabu, data dari hari Rabu boleh dipulihkan dengan menggabungkan sandaran mana berdasarkan prinsip Sandaran Tambahan?
Sandaran Penuh Isnin dan Sandaran Tambahan Rabu sahaja
Sandaran Penuh Isnin, Sandaran Tambahan Selasa, dan Sandaran Tambahan Rabu
Sandaran Penuh Isnin dan Sandaran Tambahan Selasa sahaja
Hanya Sandaran Tambahan Rabu
Dalam proses 5 langkah menghadapi serangan siber, apakah perbezaan utama antara langkah Penghapusan dan Pemulihan?
Penghapusan fokus pada memadamkan ancaman dan akses tanpa kebenaran, manakala Pemulihan fokus pada mengembalikan data dan sistem kepada keadaan normal
Penghapusan fokus pada mengenal pasti serangan, manakala Pemulihan fokus pada menghapuskan malware
Penghapusan fokus pada pengukuhan keselamatan masa depan, manakala Pemulihan fokus pada pertahanan segera
Penghapusan menggunakan backup, manakala Pemulihan menggunakan antivirus
Jika sebuah organisasi diserang dan data mereka disulitkan oleh perisian tebusan, langkah pemulihan pertama yang perlu dipertimbangkan adalah?
Membayar wang tebusan kepada penyerang
Menjalankan antivirus pada sistem yang dijangkiti
Memulihkan data dari sandaran yang bersih dan tidak dijangkiti
Mengenal pasti jenis serangan yang berlaku
Sistem Sandaran membantu pemulihan data selepas diserang. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melindungi daripada sejenis ancaman siber, iaitu?
Serangan Kejuruteraan Sosial
Serangan Rangkaian (seperti DoS)
Serangan Perisian Hasad (Malware)
Serangan Identiti (seperti Keylogging)
Apakah objektif utama Pertahanan Serangan Siber?
Melaksanakan serangan balas terhadap penggodam.
Melindungi maklumat dan infrastruktur digital daripada ancaman dan serangan siber.
Mengenal pasti penggodam dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Membangunkan perisian hasad yang lebih canggih.
Dalam 7 Fasa Rantai Serangan Siber, apakah yang berlaku pada fasa 'Persenjataan (Weaponization)'?
Penggodam memilih sasaran dan mencari kelemahan
Senjata serangan memasang pintu belakang (backdoor) untuk penggodam
Pembinaan alat serangan seperti aplikasi exploit dan perisian hasad untuk masuk ke sistem sasaran
Penggodam melaksanakan matlamat akhir seperti mencuri atau merosakkan data
Apakah perbezaan utama antara Antivirus dan Anti-Malware?
Antivirus mengesan perisian hasad klasik (virus, cecacing, trojan), manakala Anti-Malware mengesan dan melindungi daripada pelbagai jenis perisian hasad termasuk ancaman dalam talian baharu.
Antivirus memerlukan kemas kini kerap, manakala Anti-Malware tidak.
Antivirus hanya menyekat skrip berniat jahat, manakala Anti-Malware mengalih keluar aktiviti mencurigakan secara pasif.
Antivirus sesuai untuk perlindungan siber keseluruhan sistem, manakala Anti-Malware tidak.
Apakah fungsi utama Firewall dalam Pertahanan Serangan Siber?
Mengesan perisian hasad yang telah memasuki sistem.
Menguruskan trafik masuk dan keluar yang menapis trafik berdasarkan kriteria tertentu.
Memulihkan data yang terjejas akibat serangan.
Meningkatkan pengesahan pengguna seperti MFA.
Serangan siber yang memperdayakan sasaran untuk berkongsi maklumat sensitif atau memuat turun perisian hasad melalui manipulasi psikologi interaksi manusia dikenali sebagai?
Serangan Identiti
Serangan Rangkaian
Eksploitasi Sistem
Kejuruteraan Sosial
Apakah yang dimaksudkan dengan serangan 'Denial-of-Service (DoS)'?
Serangan siber yang mencuri kelayakan pengguna.
Serangan yang membanjiri pelayan dengan trafik, menjadikan tapak web atau sumber tidak tersedia.
Serangan yang secara rahsia memintas dan mengubah komunikasi antara dua pihak.
Serangan yang memasang perisian hasad tanpa kebenaran.
Perisian hasad (Malware) jenis apakah yang merebak antara komputer dan menyebabkan kerosakan pada data dan perisian?
Trojan
Perisian Tebusan (Ransomware)
Virus
Perisian Intip (Spyware)
Manakah antara berikut yang bukan merupakan cara perisian hasad (malware) merebak?
Lampiran E-mel yang dijangkiti.
Muat turun dari laman web yang tidak dipercayai.
Menggunakan kata laluan yang kukuh.
Sambungan Rangkaian (Wi-Fi awam tidak selamat).
Dalam 5 langkah keselamatan ketika menghadapi serangan siber, langkah manakah yang melibatkan tindakan seperti memutuskan sambungan peranti dijangkiti dan menyahaktifkan akaun terjejas?
Kenal Pasti
Pertahanan
Penghapusan
Pengukuhan
Penggodam (Hacker) jenis apakah yang menggodam tanpa niat jahat tetapi tanpa kebenaran?
Topi Hitam (Black Hat)
Topi Putih (White Hat)
Topi Kelabu (Grey Hat)
Topi Merah (Red Hat)
Salah satu cara penggodam mengakses komputer mangsa adalah melalui internet dari luar rangkaian komputer mangsa. Apakah cara lain yang tidak memerlukan penggodam berada jauh dari komputer mangsa, tetapi memerlukan akses fizikal atau berdekatan?
i. Melalui rangkaian kawasan setempat Ethernet yang sama dengan komputer mangsa.
ii. Melalui rangkaian kawasan setempat WiFi yang sama dengan komputer mangsa.
iii. Memasang pemacu USB secara terus keatas komputer mangsa.
i
i & ii
i & iii
i, ii & iii
Apakah risiko internet yang digambarkan sebagai skim penipuan yang bertujuan mendapatkan wang dan maklumat peribadi?
Buli Siber
Penipuan Dalam Talian
Pendedahan Kepada Kandungan Memudaratkan
Serangan Penggodam
Menggunakan kata laluan yang kukuh adalah salah satu cara untuk kekal selamat apabila menggunakan internet. Apakah ciri kata laluan yang kukuh?
Menggunakan nama peribadi atau tarikh lahir agar mudah diingat.
Sekurang-kurangnya 6 aksara dengan gabungan huruf besar dan kecil.
Menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun.
Sekurang-kurangnya 12 aksara dengan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol.
Apakah arahan asas dalam PowerShell yang digunakan untuk menyenaraikan semua akaun pengguna tempatan?
ipconfig
Get-Process
ping <website/IP>
Get-LocalUser
Bagaimanakan cara membuka Powershell?
Tekan Control + X dan Pilih Windows Terminal (Admin). Cari Powershell dalam menu Mula dan pilih Run as Administrator.
Tekan Shift + X dan Pilih Windows Terminal (Admin). Cari Powershell dalam menu Mula dan pilih Run as Administrator.
Tekan Win + X dan Pilih Windows Terminal (Admin). Cari Powershell dalam menu Mula dan pilih Run as Administrator.
Tekan Win + V dan Pilih Windows Terminal (Admin). Cari Powershell dalam menu Mula dan pilih Run as Administrator.
