NEW
Font size
WorksheetsQuiz Seminar Kesihatan Pergigian Bersama Jururawat
Total questions: 18
Worksheet time: 14mins
Yang manakah antara berikut merupakan fungsi gigi?
Mengunyah makanan, memudahkan proses penghadaman, membuka bungkusan makanan
Mengunyah dan menghancurkan makanan, pertuturan dan komunikasi, meningkatkan kualiti hidup
Menghancurkan makanan, mengenyangkan perut, meningkatkan penampilan
Memudahkan proses penghadaman, meningkatkan gaya hidup, meningkatkan tahap kepimpinan
Mengapakah pentingnya menjaga kesihatan pergigian bagi ibu mengandung ?
I. Mencegah masalah pergigian
II. Memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan
III. Dapat menikmati makanan yang sedap dan manis
IV. Mengurangkan risiko kerosakan awal gigi kanak-kanak
I, II dan III
I, III dan IV
I, II dan IV
II, III dan IV
Berdasarkan gambar di atas, apakah masalah pergigian dan tanda-tanda yang dialami oleh ibu mengandung?
Maloklusi; gigi tidak teratur
Karies gigi; gusi berdarah
Penyakit gusi; gigi berlubang
Penyakit gusi; gusi bengkak dan mudah berdarah
Berikut adalah langkah penjagaan kesihatan mulut bagi ibu mengandung.
Penjagaan kebersihan mulut
Pemakanan yang sihat
Pemeriksaan mulut berkala
Semua di atas
‘Ibu mengandung yang menghidapi penyakit gusi berisiko untuk mengalami kelahiran pra-matang dan bayi kekurangan berat badan’
Berdasarkan kenyataan di atas, pilih jawapan yang tepat.
Betul
Salah
Kenapakah penting untuk ibu mengandung menjaga kesihatan mulut?
Untuk mengelakkan daripada dipandang rendah
oleh orang sekeliling
Supaya tidak perlu ke klinik gigi
Kerana perubahan hormon boleh meningkatkan risiko penyakit gusi
Untuk memastikan bayi lahir dengan gigi yang kuat
Bilakah harus penggunaan puting dihentikan?
1 tahun
2 tahun
3 tahun
4 tahun
Bilakah harus kanak-kanak dibawa untuk pemeriksaan gigi yang pertama?
2 bulan
2 tahun
Sebelum gigi pertama tumbuh
Apabila gigi pertama tumbuh/tidak lewat dari 1 tahun
Bilakah kanak-kanak harus mula hentikan penggunaan botol susu secara berperingkat?
3 bulan
6 bulan
1 tahun
2 tahun
Boleh membiarkan anak tertidur dengan botol yang berisi?
Boleh
Tidak boleh
Bolehkah mengisi botol dengan air gula dan minuman ringan.
Boleh
Tidak boleh
Yang gigi mana selalu sering kali rosak?
Gigi depan
Gigi belakang
‘Tongue-tie’ / lidah pendek juga dikenali sebagai:
Ankyloglossia
Ankylosing
Glossodynia
Glossoptosis
Apakah tanda utama yang perlu dikenalpasti oleh jururawat kepada bayi baru lahir berkaitan dengan ‘tongue-tie’?
Bayi tidur terlalu lama
Sukar menyusu badan dan lidah terhad pergerakan
Demam selepas lahir
Berat badan bertambah dengan cepat
Apakah mineral yang diperlukan untuk menguatkan gigi?
Chloride
Fluoride
Iodide
Magnesium
Berikut adalah risiko yang menyebabkan karies awal kanak-kanak, kecuali:
Pengambilan susu atau minuman manis sebelum tidur tanpa memberus gigi
Penyusuan secara langsung pada waktu malam mengikut permintaan anak selepas umur 1 tahun.
Ibu kanak-kanak mengalami masalah karies gigi
Menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
Antara berikut, yang manakah cabaran utama jururawat dalam mengenal pasti masalah kesihatan oral?
Jururawat tidak dibenarkan memeriksa mulut
Kurangnya latihan dan pendedahan berkaitan kesihatan pergigian
Jururawat hanya berurusan dengan orang dewasa
Klinik tidak menerima kanak-kanak
Peranan utama jururawat dalam penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak :
Memberi rawatan ortodontik asas
Melakukan tampalan gigi
Mengenal pasti masalah dan membuat rujukan awal kepada doktor gigi
Menyediakan ubat tahan sakit
