wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Objektif Ekonomi

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?

a)

Encik Gan membayar RM5000 sebagai deposit untuk kereta baharu.

b)

Encik Salvi membayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun.

c)

Encik Azan mengunjungi lebih daripada harga komputer sebelum membeli.

d)

Puan Siti membeli barang kemas harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Intan Jewel Sdn.Bhd.

2.

Apakah fungsi wang seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas?

a)

Alat perantaraan pertukaran

b)

Alat menentukan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat simpanan nilai

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi wang

Membolehkan pembelian barang secara kredit

Fungsi wang tersebut adalah sebagai

a)

alat pertukaran

b)

alat bayaran tertunda

c)

alat penyimpan nilai

d)

alat pengukur nilai

4.

Apakah ciri wang yang membolehkan urusniaga tersebut berlaku?

KERETA PROTON BAHARU

  • - Tiada bayaran pendahuluan

  • - Bayaran bulanan RM500

  • - Tempoh ansuran 10 tahun

a)

Mudah dibawa

b)

Diterima umum

c)

Kestabilan nilai

d)

Penawaran Terhad

5.

Encik Ali mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50.

Apakah fungsi wang dalam situasi diatas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat simpanan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

6.

Apakah persamaan ciri yang membolehkan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai dan alat bayaran tertunda?

a)

Keseragaman

b)

Mudahdibawa

c)

Diterimaumum

d)

Kestabilannilai

7.

Pernyataan manakah yang menerangkan Kesan tindakan bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun bank perdagangan?

a)

Penawaran wang dalam pasaran bertambah

b)

Jumlah permintaan barang berkurang

c)

Inflasi dapat diatasi

d)

Keupayaan bank memberi pinjaman meningkat

8.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan fungsi bank pusat?

a)

Memberi pinjaman kepada bank saudagar

b)

Mengawal kadar pertukaran asing

c)

Menerima deposit orang ramai

d)

Mengeluarkan mata wang asing

9.

Antara yang berikut,yang manakah tindakan bank pusat dalam mengawal kestabilan nilai wang?

a)

Menambah nilai import nampak Malaysia

b)

Membeli Ringgit Malaysia dan menjual Dolar Amerika

c)

Mengurangkan kadar inflasi melalui alat dasar kewangan

d)

Meningkatkan penawaran Ringgit Malaysia didalam pasaran

10.

Apakah fungsi bank pusat?

a)

Menguruskan pinjaman bersindiket

b)

Menerima deposit daripada orang ramai

c)

Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

d)

Membuat dan menerima bayaran daripada firma

11.

Apakah kelebihan menggunakan overdraft dalam sesuatu urusniaga?

a)

Boleh mengeluarkan wang tanpa had

b)

Pendeposit dibank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini

c)

Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai

d)

Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan

12.

Pernyataan manakah menunjukkan persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa dibank perdagangan?

a)

Disediakan buku akaun simpanan

b)

Pengeluaran wang pada bila-bila masa

c)

Kemudahan menggunakan kad ATM

d)

Boleh memohon kemudahan overdraft

13.

Pemegang akaun boleh mengeluarkan wang melebihi baki simpanan di bank.

Antara yang berikut,manakah betul tentang pernyataan diatas?

a)

Kemudahan pembiayaan pembelian hartanah

b)

Syarat pinjaman memerlukan penjamin dan cagaran

c)

Faedah dikenakan keatas jumlah pinjaman yang digunakan

d)

Merupakan perjanjian yang dilakukan oleh penghutang kepada pemuitang.

14.

Antara yang berikut, manakah ciri bank perdagangan?

a)

Menerima simpanan semasa

b)

Merupakan bank milik kerajaan

c)

Memberi pinjaman secara besar-besaran

d)

Tidak memberi khidmat pertukaran asing

15.

Apakah kemudahan bank perdagangan yang boleh digunakan oleh majikan untuk membayar gaji para pekerja mereka?

a)

Draf bank

b)

Cek kembara

c)

Debit langsung

d)

Pindahan kredit