NEW
Font size
WorksheetsKuiz Peribahasa (2)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Encik Azli suka minum air kopi tanpa gula walaupun rasanya _______.
manis macam gula
masam macam cuka
masin macam garam
pahit macam hempedu
Danial hanya ______ apabila ditegur oleh ayahnya kerana dia tidak menghadiri kelas tuisyen Matematik.
keras macam batu
ligat macam gasing
diam macam tunggul
gelojoh macam langau
Semenjak bergelar pengarah syarikat, Encik Muniam jarang-jarang ada di rumah. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah bandingan semacam yang paling tepat?
Cepat seperti kilat
Sibuk seperti lebah
Bising seperti pasar
Bersinar seperti bintang
Natasha memakai baju sejuk ketika masuk ke bilik mesyuarat itu kerana suhu di bilik itu ______.
sejuk macam ais
deras macam ribut
besar macam gajah
cerah macam siang
Wajah dan sikap Encik Hashim yang bengis itu membuatkan budak-budak takut kepadanya. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah bandingan semacam yang paling tepat?
Adil seperti hakim
Baik seperti malaikat
Angkuh seperti merak
Garang seperti harimau
Lelaki yang _______ itu memimpin tangan seorang warga emas untuk melintas jalan raya.
alim macam ulama
ganas macam singal
baik macam malaikat
berani macam harimau
Nayla membawa buku yang banyak ke sekolah pada setiap hari sehingga begnya menjadi _______.
bulat macam bola
bujur macam telur
berat macam batu
besar macam gajah
Beg tangan yang dihiasi ratusan batu permata itu dijual dengan harga RM500,000. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah bandingan semacam yang paling tepat?
Nipis seperti kertas
Mahal seperti emas
Tinggi seperti galah
Wangi seperti bunga
Fuad mengikuti apa-apa sahaja yang disuruh oleh kawan-kawannya tanpa membantah kerana dia ________.
lurus macam bendul
pintar macam kancil
baik macam malaikat
lembut macam sutera
Kari daging yang dimasak oleh kakak_______ kerana belum cukup empuk.
liat macam getah
keras macam batu
merah macam darah
pahit macam hempedu
