Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (darjah 5)

Total questions: 35

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Lembu-lembu itu sedang _________ rumput di padang.

a)

memagut

b)

meranggut

c)

meragut

d)

makan

2.

Masyarakat Asia telah lama menggunakan ____________ dalam masakan mereka.

a)

ulam-ulaman

b)

rempah-ratus

c)

pantang-larang

d)

sayur-mayur

3.

Abang telah ___________ sebiji pinggan kearah kucing yang telah mencuri ikan di atas meja itu.


a)

merejamkan

b)

membalingkan

c)

melontarkan

d)

melemparkan

4.

Badrul memanjat pokok manggis itu sehingga ke puncaknya dan berasa ________ apabila terpandang ke bawah.


a)

gayat

b)

gagah

c)

gerun

d)

gusar

5.

Emak ______________ santan kelapa dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

a)

menuras

b)

mengayak

c)

menapis

d)

memuras

6.

Pihak polis berasa ___________ akan keterangan yang diberikan oleh pemuda itu.

a)

gementar

b)

gelisah

c)

khuatir

d)

sangsi

7.

Makanan segera yang diimport kurang berkhasiat, ___________ makanan segera keluaran tempatan lebih berkhasiat dan bermutu tinggi.

namun

a)

namun

b)

biarpun

c)

sebaliknya

d)

kerana

8.

Kerja sekolah yang disuruh oleh Cikgu Syahrin __________ kami siapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

a)

gagal

b)

lepas

c)

buka

d)

lulus

9.

Pihak polis telah menjumpai se _________ pistol dan beberapa ________ peluru di tempat kejadian

a)

pucuk....butir

b)

pucuk....bentuk

c)

buah....butir

d)

laras....

10.

Mulut budak lelaki itu ___________ apabila ditanyakan soalan yang dia tahu jawapannya.

a)

tersipu-sipu

b)

tertanya-tanya

c)

termangu-mangu

d)

terkumat-kamit

11.

Kakak menyalakan ___________ ubat nyamuk di dalam biliknya.

a)

sekeping

b)

segulung

c)

selingkar

d)

segelung

12.

Encik Nizam melarang Iqbal dan rakan-rakannya mandi di sungai itu kerana ____________

a)

putaran

b)

pusingan

c)

pulasan

d)

pusaran

13.

Syamila menarik diri daripada menyertai perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Ulu Langat, _____________ dialah yang merancang sejak awal-awal lagi.

a)

kendatipun

b)

justeru

c)

walhal

d)

namun begitu

14.

Hulubalang itu _____________ dada serta mencabar orang yang berada diperkarangan istana supaya menentangnya.

a)

menampar

b)

mandabik

c)

menghentap

d)

membidik

15.

Wanita itu mengalungkan _____________ bunga kepada wakil rakyat yang akan merasmikan balai raya yang baharu itu.

a)

sekarangan

b)

seuntai

c)

sejambak

d)

sekuntum

16.

Puan Syuhada merebus ubi kayu sehingga empuk sebelum dilenyek untuk dibuat pengat sebagai juadah berbuka puasa.
Perkataan berlawan bagi empuk ialah

a)

keras

b)

hancur

c)

garing

d)

kering

17.

Pertelingkahan yang berlaku antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail adalah untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah.
Perkataan seerti bagi pertelingkahan ialah

a)

perhubungan

b)

perkelahian

c)

perbahasan

d)

persaingan

18.

Kampung itu membangun dengan pesat kerana __________ oleh seorang Ketua Kampung yang berwawasan.

a)

ditakdir

b)

ditakbir

c)

ditadbir

d)

ditaksir

19.

Perasaan baginda sultan __________ kerana permaisuri baginda dalam keaadaan gering.

a)

pucat lesi

b)

gundah gulana

c)

muram durja

d)

haru biru

20.

Pak Mael ternampak seekor harimau cuba untuk ____________ seekor kijang sewaktu berburu di dalam hutan itu.

a)

membaham

b)

menerkam

c)

mengigit

d)

mencengkam

21.

Muhd Azzam menjadi ___________ apabila ditawarkan habuan ribuan ringgit oleh kontraktor yang hendak merasuahnya itu.

a)

silap mata

b)

mata duitan

c)

gelap mata

d)

sakit mata

22.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya di bawah.
Berapakah jumlah jalur merah dan jalur putih yang terdapat pada bendera Malaysia?

a)

jalur merah dan jalur putih melambangkan 14 buah negeri di malaysia.

b)

tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih terdapat pada bendera Malaysia.

c)

tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih disusun secara berselang-seli.

d)

jalur merah dan putih terdapat dalam pada bendera Malaysia.

23.

Pilih ayat Tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Pengusaha restoran itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya.

a)

bialakah pengusaha restoran itu membuat pelanggannya puas hati ?

b)

mengapa pengusaha restoran itu mengutamakan pelanggannya?

c)

bagaimanakah pengusaha restoran itu menjaga hati pelanggannya?

d)

siapakah yang dilayan oleh pengusaha restoran itu?

24.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Ibu bapa mepunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak-anak mereka.

Ibu bapalah yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka.

a)

ibu bapalah yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka.

b)

semua ibu bapa ada tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan.

c)

tanggungjawab mendidik merupakan tugas mereka.

d)

ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik anak-anak.

25.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Bapa melarang Ricky bermain di tepi sungai.

“ Jangan bermain di tepi sungai,” jerit Ricky kepada bapanya.

a)

"Jangan bermain di tepi sungai,"jerit ricky kepada bapanya.

b)

"Usah bermain di tepi sungai,"kata bapa ricky.

c)

"Ricky bahaya bermain ditepi sungai,"jerit bapanya.

d)

"Ricky,larang anaknya itu bermain di tepi sungai,"kata bapanya.

26.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

27.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

I, II, III dan IV

b)

I dan II

c)

III dan IV

d)

II dan IV

28.

Pilih ayat-ayat yang betul

a)

Tanda tangan diperlukan sebagai bukti dokumen itu adalah sah.

b)

Pendingin hawa itu tidak berfungsi kerana telah rosak.

c)

Keretapi itu bertolak dari stesen Kuala Lumpur pada jam 7.00 malam.

d)

Azila Pasar Mini ada menjual sayur-sayuran segar.

29.

Pilih ayat-ayat yang betul

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I dan II

d)

III dan IV

30.

Pilih ayat-ayat yang betul

a)

III dan IV

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

I dan II

31.

Ibu selalu menasihati jasmin agar banyak membaca kerana___

a)

masa itu emas

b)

membaca jambatan ilmu

c)

bahasa jiwa bangsa

d)

badan sihat otak cergas

32.

cikgu poi leng mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang bengkang-bengkok

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti ikan dalam belat

d)

seperti bumi dengan langit

33.

aliff tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya. sikapnya___

a)

bagai gagak pulang ke benua

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai melukut di tepi gantang

34.

kepulangan aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah university____.

a)

bagai sireh pulang ke gagang

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai telur di hujung tanduk

35.

pasukan pengakap sekolah bekerjasama ____ semasa mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai abu di atas tunggul