Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 80

Worksheet time: 4hrs 21mins

Name
Class
Date
1.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
2.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
3.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
4.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
5.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
6.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
7.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
8.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
9.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
10.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
11.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Belum duduk, sudah belunjur".
a)
Simpulan Bahasa
b)
Pepatah
c)
Bidalan
d)
Perumpamaan
12.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
"Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin"
a)
Seperti kera mendapat bunga.
b)
Bagai duri dalam daging.
c)
Bagai kumbang putus tali
d)
Seperti abu di atas tunggul
13.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
" Cacing kepanasan"
a)
Cacing naik ke mata
b)
Cacing gila
c)
Bagai cacing kena air panas
d)
Cacing Kerawit
14.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Membuka pekung di dada

a)

Menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri

b)

Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

c)

Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

d)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

15.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

a)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

b)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

c)

burung terbang dipipiskan lada

d)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

16.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

a)

lain dulang lain kakinya

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

habis madu, sepah dibuang

d)

tiada rotan akar pun berguna

17.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


burung terbang dipipiskan lada

a)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

menahan lukah di pergentingan

c)

lembu dogol jangan dibalun

d)

seperti cincin terlekat dijari

18.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama ibarat kata peribahasa ___________________

a)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

b)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

c)

ulat lupa akan daun

d)

bagai dakwat dengan kertas

19.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata peribahasa____________________

a)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

lain dulang lain kakinya

d)

tanduk bersendi gading

20.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti______________kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan ibu kandungnya.

a)

ulat lupa akan daun

b)

abu di atas tunggul

c)

cincin terlekat dijari

d)

gunting dalam lipatan

21.
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi
a)
Sudah jatuh ditimpa tangga
b)
malang tidak berbau
c)
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
d)
sudah terhantuk baru tengadah
22.
Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
a)
 Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
b)
anak emas
c)
bagai menatang minyak yang penuh
d)
sudu emas
23.
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
a)
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
c)
Cacinghendak menjadi naga
d)
Ukur baju di badan sendiri
24.
Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.
a)
Laksana bulan dipagari bintang.
b)
bagai cincin dengan permata
c)
Hanya Jauhari mengenal Manikam
d)
Bagai cincin dibelah dua
25.
Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.
a)
sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan
b)
Anak diriba diletakkan, Kera dihutan disusui
c)
Seperti ayam patuk anaknya.
d)
Anak Badak dihambat-hambat
26.
Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan .
a)
 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
b)
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
c)
Hujan emas dinegeri orang, hujan batu ni negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
d)
Ada gula, ada semut.
27.
Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai.
a)
Gali lubang tutup lubang
b)
Ada rotan, ada duri.
c)
Ada hari, ada nasi
d)
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
28.
Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju.
a)
Di bawah ketiak orang
b)
Didengar ada, dipakai tidak
c)
Seperti lembu dicucuk hidung.
d)
Dimakan mati emak, diluah mati bapa
29.
Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya.
a)
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke pinggan
b)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
c)
Anak bapa
d)
Bapak borek anak rendang
30.
Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu .
a)
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
b)
Air beriak tanda tak dalam.
c)
Menanam tebu di bibir
d)
Gatal mulut
31.
Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.
a)
Bagai belut pulang ke lumpur
b)
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan
c)
Kacang lupakan kulit.
d)
Habis madu sepah dibuang
32.
Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya.
a)
Berpatah arang, berkerat rotan.
b)
Kacang lupakan kulit
c)
Habis madu sepah dibuang
d)
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan
33.
Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
a)
Akal tak sekali tiba
b)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
c)
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
d)
Sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu.
34.
Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat .
a)
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
b)
Intan berlian jangan dipijakkan
c)
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
d)
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
35.
Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak
a)
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
b)
Sekali air bah, sekali pasir berubah
c)
Zaman beralih, musim bertukar
d)
Cacing hendak menjadi naga
36.

Maksud peribahasa bagai itik pulang petang ialah

a)

Orang yang berjalan lambat

b)

Orang yang berjalan berlenggang

c)

Orang yang berlari balik ke rumah

d)

Orang yang berjalan dengan laju

37.

Maksud bagai kera kena belacan ialah

a)

Orang yang tenang

b)

Orang yang suka melompat-lompat

c)

Orang yang tidak tenang dan gelisah

d)

Orang yang gembira

38.

Maksud peribahasa bagai kera mendapat bunga ialah

a)

Orang yang menghargai pemberian orang lain

b)

Orang yang menyimpan pemberian orang lain

c)

Orang yang membalas pemberian orang lain

d)

Orang yang tidak menghargai pemberian orang lain

39.

Maksud peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi ialah

a)

Nasihat yang didengar dengan teliti

b)

Nasihat yang sia-sia kerana tidak diendahkan

c)

Nasihat yang dibincangkan dengan rakan-rakan

d)

Nasihat yang disimpan di dalam hati

40.

Maksud peribahasa bagai telur di hujung tanduk ialah

a)

Berada dalam situasi yang bahaya

b)

Mencari jalan keluar

c)

Menemui ajal

d)

Pitam secara tiba-tiba

41.

Maksud peribahasa ada air ada ikan ialah

a)

Rezeki tidak salah alamat

b)

Rezeki yang diterima secara tiba-tiba

c)

Rezeki ada di mana-mana kita berada

d)

Tiada rezeki

42.

Maksud peribahasa belakang parang diasah lagikan tajam

a)

Orang yang lemah jika belajar dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya

b)

Orang yang mengasah pisau

c)

Orang yang licik

d)

Orang yang bijak mengatur strategi

43.

Talam dua muka bermaksud

a)

Orang yang berpura-pura baik dengan dua pihak yang sedang bermusuh

b)

Orang yang membawa dua talam

c)

Orang yang cuba mendamaikan dua pihak yang sedang bermusuh

d)

Orang yang sedang mengatur strategi memerangi orang yang bermusuh

44.

Maksud mulut tempayan ialah

a)

Pandai menyimpan rahsia

b)

Suka bercakap

c)

Suka berahsia

d)

Tidak boleh menyimpan rahsia

45.

Maksud peribahasa bagai anjing dengan bayang-bayang ialah

a)

Pandai menyelamatkan diri

b)

Pandai menyembunyikan rahsia

c)

Seorang yang bersikap tamak

d)

Seorang yang suka berangan-angan

46.

Peribahasa bagai kucing lepas senja bermaksud

a)

Seorang yang suka balik pada waktu senja

b)

Seorang yang suka keluar pada waktu senja

c)

Seorang yang mudah dicari

d)

Seorang yang susah ditemui

47.

Maksud peribahasa bagai pahat dengan penukul ialah

a)

Saling bermusuhan

b)

Saling bekerjasama

48.

Peribahasa malu-malu kucing bermaksud

a)

Berpura-pura malu

b)

Tidak tahu malu

c)

Seorang yang pemalu

d)

Seorang yang dimalukan

49.

1. Peribahasa 'di mana ada kemahuan ,di situ ada jalan' bermaksud

a)

A. Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.

b)

B. Hasil usaha sendiri

c)

C. Jika mempunyai cita-cita , seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

50.

2. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

a)

A. Hujan sebentar sahaja

b)

B. Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang

binasalah.

c)

C. Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya.

51.

4. Orang mengantuk disorongkan bantal

a)

A. Memperoleh apa yang benar-benar diingini

b)

B. Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-

orang tua sahaja

c)

C. Suatu masa atau zaman yang telah lalu; suatu masa atau zaman yang telah lama sekali berlalu

52.

Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat

a)

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Ke langit tak sampai, ke bumi tak jejak

c)

Terang hati

d)

Mencari jalan

53.

Walaupun kita mengejar kemajuan, namun jangan menggadaikan budaya sendiri. Kita memang sedang menuju ke arah kemajuan agar setanding dengan negara maju, bak kata peribahasa ..........

a)

Dalam berselam, diangkat berjingkat

b)

Dalam dua, tengah tiga

c)

Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

d)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

54.

Berdasarkan pilihan jawapan, pilih peribahasa yang tepat menyatakan maksudnya.

a)

Bagai kaca terhempas ke batu - Perasaan gembira yang sukar digambarkan

b)

Genggam bara api, biar sampai jadi arang - Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan

c)

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai - Berusaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang dihajati

d)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah - Kebaikan di depan mata tidak nampak, sebaliknya keburukan yang dicari

55.

Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

a)

Seperti gunting dalam lipatan

b)

Malang tak berbau

c)

Sudah terhantuk baru tengadah

56.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Fatimah memanfaatkan masa terluangnya dengan mengulang kaji mata pelajaran bahasa Melayu kerana baginya .........................

a)

Pencuri masa

b)

Masa itu emas

c)

Emas itu masa

57.

Peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikir habis-habis

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

c)

Sudah terhantuk baru tengadah

58.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Permainan tradisional perlu terus dipeihara agar ...........................................................

a)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

b)

Adat dikelek, hukum dijunjung

c)

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

59.

Pilih peribahasa yang tepat bagi maksud berikut:

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendah diri.

a)

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

b)

Diam-diam ubi berisi

c)

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yang tahu

60.

Maksud peribahasa:

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yang tahu

a)

Sering mengheboh-hebohkan keburukan orang lain

b)

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendah diri

c)

Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit tetapi diheboh-hebohkan

61.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan amalan membaca sejak mereka kecil lagi.

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Bagai menatang minyak yang penuh

c)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

62.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Dimana-mana tempat berpeluang mencari rezeki, orang akan bertumpu.

a)

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

Di mana ada air bertakung, di situ ikan berkampung

63.

Walaupun nasihat dan teguran sering diberikan oleh guru kepada tiga orang pelajar yang sering berbuat bising dan malas itu, tetapi mereka tidak menunjukkan perubahan.

a)

Mabuk di enggang lalu

b)

Mengangkat bendera putih

c)

Malas bergarit perut perit

d)

Mencurah garam ke laut

64.

Biarpun penduduknya berbilang bangsa dan agama, negara tersebut aman Makmur dan tidak pernah dijajah kerana rakyatnya mengamalkan hidup _________.

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Satu hati satu jiwa

c)

Bahasa jiwa bangsa

d)

Menolong Amalan Mulia

65.

Demi mencapai keharmonian , setiap orang yang hidup dalam setiap kelompok atau kumpulan perlu menjalankan tanggungjawab , masing- masing dan bersikap berat sama dipikul ringan sama dijinjing

a)

Berat memandang, berat lagi bahu memikul

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Berat sebelah

d)

Bagai limau masam sebelah

66.

Hubungan Lee Chen dan Azam sangat rapat walaupun mereka berlainan bangsa. Mereka di katakan bagai ________ kerana telah berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

a)

Bagai enau dalam belukar

b)

Bagai anjing dengan kucing

c)

Bagai pinang dibelah dua

d)

Bagai isi dengan kuku

67.

Negara kita akan terus aman dan Makmur jika rakyatnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berpegang kepada kata- kata hikmah _________.

a)

Satu bangsa satu negara

b)

Bersekutu bertambah mutu

c)

Sehati Sejiwa

68.

Jasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj tetap dikenangkan oleh rakyat Malaysia kerana beliau merupakan bapa kemerdekaan bak kata pepatah

a)

Ada air adalah ikan

b)

Bagai gagak menggonggong telur

c)

gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

69.

Ayah memberitahu kepada abang yang belajar di Amerika Syarikat supaya menjaga diri seperti

a)

Dimana bumi dipijak, Disitu langit dijunjung

b)

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan

c)

Dimana bunga kembang, di situ bunga banyak

d)

Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada

70.

Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini bak kata pepatah _______.

a)

Daripada telaga jernih tak akan mengalir yang keruh

b)

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

c)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

71.

1Zamri merupakan seorang pelajar yang belajar di luar negara namun dia tetap pulang ke Malaysia untuk bekerja setelah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sarjana bak kata pepatah ________.

a)

Harimau mati meniggalkan belang

b)

Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.

c)

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

d)

Bagai itiki pulang ke gagang

72.

Kemajuan Kampung Bahagia bertambah baik disebabkan penduduknya bersatu dan tolong menolong kerana bagi mereka _______.

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Bahasa jiwa bangsa

c)

Muafakat membawa berkat

73.

Orang Malaysia digalakkan menggunakan bahasa ibunda di peringkat antarabangsa. Hal ini demikian untuk melambangkan Malaysia sebagai _____.

a)

Bahasa jiwa bangsa

b)

Bahasa Amalan Mulia

c)

Bahasa Melambang perpaduan

d)

Bahasa bangsa berjaya

74.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia_____________

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

75.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ________________________

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti si buta kehilangan tongkat

76.

Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang _______________________

a)

bidan terjun

b)

bongkok udang

c)

pening lalat

d)

puteri lilin

77.

Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana _____________ .

a)

lembu kasi

b)

batik lasam

c)

kunyit dengan kapur

d)

garam dengan asam

78.

Semua mangsa banjir di Batu Pahat _______________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.

a)

mencari jalan

b)

membuka jalan

c)

mencari untung

d)

membuka langkah

79.

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

seperti langit dengan bumi

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti mentimun dengan durian

80.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap _____________ .

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu