wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KELAS TAMBAHAN SEJARAH (SET 1)

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah kesan daripada tindak balas yang keras terhadap perjuangan rakyat tempatan?

a)

Para pejuang dihukum

b)

Perjuangan ditamatkan

c)

Semua pejuang diampunkan

d)

Perjuangan bersifat sederhana

2.

Berdasarkan Fasal 5 dalam Undang-Undang Laut Melaka apakah hukuman yang dikenakan kepada seseorang yang membunuh orang di atas kapal?

a)

Dihukum bunuh

b)

Dibuang negeri

c)

Dipenjarakan

d)

Dibuang negara

3.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka yang diperoleh melalui peperangan adalah seperti berikut KECUALI

a)

Kelantan

b)

Pahang

c)

Siantan

d)

Inderagiri

4.

Peristiwa berikut berkaitan dengan hubungan Malaysia dan Indonesia.


Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat dalam Pemberontakan Brunei pada 7 Disember 1962.


Apakah yang berlaku kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Serangan balas dilakukan oleh PBB

b)

Peralihan kuasa berlaku di Indonesia

c)

Pengisytiharan pembentukan Malaysia

d)

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

5.

Apakah persamaan sumbangan tokoh berikut?


→ Dr. Ismail Abdul Rahman

→ Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie

a)

Menjadi Menteri Luar

b)

Menganggotai kebinet pertama

c)

Melakukan pembangunan bandar

d)

Menolak sekolah vernakular

6.

Gambar 2 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Banda Hilir Melaka pada 20 Februari 1956.


Mengapakah berlaku peristiwa tersebut?

a)

Kempen pilihan raya umum

b)

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

c)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

d)

Sambutan perlantikan kabinet pertama

7.

maklumat berikut berkaitan dengan keputusan pilihan raya negeri pada tahun 1954.


Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.


Apakah kesimpulan daripada kemenangan tersebut?

a)

Penerimaan terhadap kerjasama kaum

b)

Perubahan terhadap komposisi kaum

c)

Peningkatan keselamatan negara

d)

Pelantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi

8.

Tokoh berikut bertindak menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.


Vyner Brooke


Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?

a)

Mencanggahi Perlembagaan 1941

b)

Mencampuri adat istiadat tempatan

c)

Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri

d)

Menghakis pengaruh pemimpin tempatan

9.

Tentera Jepun telah menubuhkan sebuah pasukan polis untuk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942.


Apakah pasukan polis tersebut?

a)

Kos Kunrenjo

b)

Kimigayo

c)

Kempeitei

d)

Kita Boruneo

10.

Maklumat berikut adalah prinsip serangan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.


BLITZKRIEG


Apakah maksud prinsip tersebut?

a)

Serangan kilat

b)

Serangan gerila

c)

Serangan terancang

d)

Serangan besar-besaran

11.

Mengapakah isu kasut membangkitkan semangant nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma ?

a)

Mempertahankan industri tradisional

b)

Mempertahankan kesucian agama

c)

Melindungi kepentingan rakyat

d)

Memelihara hak pembesar

12.

Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasthi Manchu ?

a)

Gagal menghalang kemasukan kuasa Barat

b)

Rakyat dibebani cukai yang tinggi

c)

Membenci golongan Mandarin

d)

Fahaman komunis berkembang

13.

Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789

Apakah kesan revolusi terhadap Perancis

a)

Kedudukan bangsawan kukuh

b)

Sistem republik dilaksanakan

c)

Kuasa parlimen tergugat

d)

Wilayah kecil merdeka

14.

Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Menguruskan kewangan

c)

Menjaga keselamatan negara

d)

mengutip cukai perdagangan

15.

Pengisytiharan Deklarasi Langkawi pada bulan Oktober 1989 membuktikan komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara alam sekitar.

Antara berikut, yang manakah usaha Malaysia untuk menjayakan deklarasi tersebut?

I Melancarkan Tahun Melawat Langkawi

II Melaksanakan Dasar Alama Sekitar Negara

III Melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara

IV Mengutarakan Antartika sebagai warisan sejagat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia menggubal dasar luar yang dinamik dan berbaik-baik dengan semua negara.

Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?

a)

Mematuhi desakan negara luar

b)

Menjaga kepentingan kuasa besar

c)

Memelihara kedaulatan negara

d)

Memenuhi tuntutan rakyat

17.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar Pembangunan Nasional (DPN) berjaya melahirkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Bagaimanakah hasrat tersebut tercapai?

a)

Meramaikan golongan peneroka

b)

Menggalakkan pemilikan saham amanah

c)

Menubuhkan agensi pembangunan tanah

d)

Membentuk kelas bumiputera komersial

18.

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974.

Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?

a)

Membuka lebih banyak petempatan baharu

b)

Menambahkan pengeluaran bahan makanan

c)

menaik taraf kemudahan kesihatan peneroka

d)

Memberikan kemudahan kredit kepada petani

19.

Antara berikut yang manakah berkaitan kandungan dalam intipati Perjanjian Malaysia?

a)

Perhubungan luar di bawah kuasa negeri

b)

Pengagihan kerusi parlimen sama rata

c)

Pemerintahan beraja mutlak

d)

Pengiktirafan kedaulatan

20.

Berdasarkan gambar demontrasi penduduk berkaitan penyerahan Sarawak kepada British.

Mengapakah poster mereka mencatatkan "We Do Not Want to Be Colonised" dan "Leburkan koloni" ?

a)

Memprotes hukuman terhadap anggota Rukun 13

b)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

c)

British menindas penduduk tempatan

d)

Vyner Brooke tua dan uzur

21.

Semasa pendududkan tentera Jepun, beberapa jawatan tertinggi diberikan kepada penduduk peribumi Sarawak.

Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

a)

Semangat berkerajaan sendiri semakin meningkat

b)

Orde baharu Asia Timur mula diwujudkan

c)

Slogan "Asia Untuk Asia" dilaksanakan

d)

Imperialisme Barat hilang pengaruh

22.

Revolusi Keagungan telah berlaku di England pada tahun 1688.

Mengapakah revolusi tersebut berlaku?

I Menentang kenaikan cukai

II Menamatkan pemerintahan beraja

III Menegakkan kedaulatan parlimen

IV Memperjuangkan hak asasi rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) ingin menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? (Bab 6)

a)

Melancarkan perjuangan bersenjata

b)

Menyebarkan propaganda di akhbar

c)

Menangkap pemimpin yang menentang

d)

Memaksa sultan menandatangani dokumen

24.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada sistem pemerintahan negara kita? (Bab 5)

a)

Penubuhan Majlis Sultan-Sultan

b)

Pemulihan kuasa Raja-raja Melayu

c)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak dikembalikan

d)

Pentadbiran negara diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong

25.

Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk? (Bab 4)

a)

Menjejaskan ekonomi

b)

Gerakan nasionalisme ditindas

c)

Tidak mahu melanggar perjanjian

d)

Bertentangan dengan Perlembagaan Negeri

26.

Bagaimanakah Raja-Raja Melayu bertindak membantah penubuhan Malayan Union? (Bab 4)

a)

Menghantar rombongan ke London

b)

Menulis bantahan di akhbar tempatan

c)

Menganjurkan perhimpunan besar-besaran

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

27.

Sebutir pingat emas telah dihadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman pada malam sambutan kemerdekaan.

Apakah ukiran yang terdapat pada pingat tersebut? (Bab 10)

a)

Nama pemimpin negara

b)

Slogan sambutan kemerdekaan

c)

Peta Semenanjung Tanah Melayu

d)

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

28.

Kesan kemerdekaaan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan.

Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut? (Bab 10)

a)

Memasarkan hasil pertanian

b)

Memulihkan tanah di kawasan luar bandar

c)

Memajukan tanah baharu secara besar-besaran

d)

Menjalankan penyelidikan pertanian

29.

Pilihan raya tempatan yang pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak.

Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan? (Bab 8)

a)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

b)

Sebagai pra peralihan kuasa Brooke

c)

Memilih ketua rumah panjang

d)

Menentukan calon berwibawa

30.

Pilihan Raya Umum Pertama diadakan pada tahun 1955.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada negara? (Bab 8)

a)

Merintis jalan ke arah kemerdekaan

b)

Mentadbir negara mengikut cara sendiri

c)

Menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Mengembalikan semula kuasa Raja-raja Melayu

31.

Apakah impak penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap pemimpin? (Bab 7)

a)

Meningkatkan kesedaran kerjasama politik

b)

Memegang jawatan dalam pentadbiran negara

c)

Mengehadkan keahlian kepada semua kaum

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

32.

Bagaimanakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu? (Bab 7)

a)

Persekolahan mengikut aliran

b)

Memperkasa sekolah vernakular

c)

Kurikulum bercorak kebangsaan

d)

Sistem pendidkan secara percuma

33.

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951? (Bab 7)

a)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

b)

Mengukuhkan lagi penguasaan politik British

c)

Menerapkan sistem pentadbiran Barat

d)

Merangka perlembagaan baharu

34.

Eastern Sabah Security Commond. Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhannya?

a)

Serangan terhadap Syria

b)

Pencerobohan terhadap Lahad Datu

c)

Menggalakkan kempen kitar semula

d)

Pencemaran alam sekitar oleh manusia

35.

Apakah iktibar peristiwa Singapura diusulkan keluar dari Malaysia diluluskan?

a)

Bersikap kreatif dan kritis

b)

Bijaksana dalam tindakan

c)

Mengamalkan sikap berkecuali

d)

Mengukuhkan semangat berkecuali

36.

X berperanan sebagai teras pemerintahan sesebuah negara. Apakah X?

a)

Parlimen

b)

Perlembagaan

c)

Institusi beraja

d)

Kabinet Menteri

37.

Apakah maksud kedaulatan dalam bahasa Arab?

a)

Keagungan

b)

Ketertinggian

c)

Kekuasaan tertinggi

d)

Kuasa pemerintahan

38.

Siapakah yang menjadi ketua negara Persekutuan Tanah Melayu mengikut Raja Berperlembagaan??

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Pesuruhjaya Tinggi

d)

Yang di-Pertuan Agong

39.

Apakah langkah yang diambil pemimpin dahulu dalam mencapai kemerdekaan?

a)

Rundingan

b)

Demonstrasi

c)

Konflik bersenjata

d)

Peruntukan undang-undang

40.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

a)

Membetulkan politik

b)

Melatih orang tempatan

c)

Langkah berkerajaan sendiri

d)

Rakyat berpeluang memilih wakil