wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONSEP ILMU ANTARA TIMUR DAN BARAT

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Menurut Al-Ghazali, ilmu yang benar ialah ilmu yang...

a)

Membawa kepada penguasaan logik dan debat dalam kalangan ilmuwan

b)

Digunakan untuk mencapai kemuliaan dan pengaruh dalam masyarakat

c)

Diamalkan untuk mendekatkan diri kepada pencipta dan memperbaiki akhlak

d)

Menjadikan seseorang terkenal dan dihormati oleh manusia

2.

Dalam tradisi Buddha, ilmu diperoleh melalui...

a)

Amalan kerohanian, pengalaman dalaman dan meditasi

b)

Ilham dan pemerhatian

c)

Pembacaan teks-teks suci tanpa perlu pengalaman diri

d)

Pengaruh autoriti luar seperti guru atau pemerintah

3.

Menurut Konfusius, seseorang yang berilmu harus...

a)

Menyembunyikan ilmu daripada orang ramai agar tidak dianggap riak

b)

Mengamalkan ilmu dengan meninggi diri dan berakhlak baik

c)

Beramal dan membina keharmonian sosial

d)

Menjadi pemimpin kerajaan

4.

Apakah matlamat tertinggi ilmu menurut Veda dalam tradisi Hindu?

a)

Mencapai Moksha (bersatu dengan Brahman)

b)

Mencapai Nirwana (pembebasan dari penderitaan)

c)

Mencapai Samsara (kelahiran semula)

d)

Mencapai Artha

(kekayaan)

5.

Apakah maksud epistemologi secara ringkas?

a)

Kajian tentang kewujudan dan realiti

b)

Kajian tentang akhlak dan nilai moral

c)

Kajian tentang keindahan dan seni

d)

Kajian tentang ilmu, sumber dan kaedah memperoleh pengetahuan

6.

Apakah dua sumber utama ilmu menurut pandangan Barat?

a)

Wahyu dan ilham

b)

Akal dan pemerhatian

c)

Tradisi dan autoriti

d)

Intuisi dan kepercayaan

7.

Apakah matlamat ilmu dalam pemikiran barat?

a)

Penekanan kepada objektiviti mutlak, logik dan bukti saintifik.

b)

Eksperimen dan kaedah saintifik sebagai sumber asas ilmu

c)

Penguasaan alam dan kemajuan material atau teknologi.

d)

Mencapai kesempurnaan diri, akhlak dan spiritual

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu menurut Rene Descartes?

a)

Ilmu adalah pengetahuan yang diperoleh melalui pemerhatian, eksperimen dan induksi.

b)

Ilmu adalah pengetahuan yang pasti, yang diperoleh melalui akal dan logik.

c)

Ilmu adalah kesedaran yang membawa kepada pembebasan penderitaan.

d)

Ilmu sebagai alat untuk memperbaiki diri dan masyarakat.

9.

Apakah perbezaan utama dalam pendekatan ilmu antara pemikiran Timur dan Barat?

a)

Pemikiran Timur menekankan keseimbangan spiritual dan moral, manakala pemikiran Barat lebih cenderung kepada pendekatan rasional dan saintifik

b)

Pemikiran Timur hanya bergantung kepada logik akal semata-mata, sementara Barat mengutamakan kepercayaan agama

c)

Pemikiran Timur dan Barat sama-sama menolak nilai etika dalam pencarian ilmu

d)

Pemikiran Barat tidak pernah menggunakan kajian empirikal dalam membentuk ilmu

10.

Apakah persamaan bagi konsep ilmu antara Timur dan Barat?

a)

Menerima sumber ilmu yang pelbagai termasuk wahyu, pengalaman batin, intuisi, serta autoriti spiritual

b)

Untuk menyempurnakan diri, membentuk akhlak dan mencapai kesedaran spiritual

c)

Pengiktirafan terhadap peranan akal dan rasionaliti dalam mencapai pengetahuan

d)

Penekanan kepada empirisme dan rasionalisme