Font size
WorksheetsBAB 8 TINGKATAN 2
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Kerajaan Kedah diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari _______.
Arab
Siam
Jawa
Parsi
Maklumat berikut berkaitan dengan pemasyhuran Raja Kedah.
"Pemasyhuran Maharaja Derbar Raja sebagai Raja Kedah disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi"
Apakah alat kebesaran tersebut?
Nobat
Nafiri
Lembing
Keris panjang
Kota Siputih telah dibuka oleh Tunku Ahmad untuk menghadapi ancaman daripada Siam dan Acheh. Kota Siputih kemudiannya dijadikan tempat bersemayam.
Siapakah yang menjadikan Kota Siputih sebagai tempat bersemayam?
Long Yunus
Sultan Ibrahim
Maharaja Derbar Raja
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mua'dzam Shah II
Naskhah Hikayat Merong Mahawangsa adalah antara sumber utama pengasasan sebuah kerajaan Melayu.
Apakah kerajaan Melayu tersebut?
Perlis
Kedah
Selangor
Kelantan
Apakah yang menyebabkan kerajaan Kelantan berpecah kepada
dua wilayah pemerintahan pada tahun 1670?
Kemangkatan Raja Bahar
Pengkhianatan Long Yunus
Perbalahan antara pemerintah
Perpindahan pusat pentadbiran
Maklumat berikut menunjukkan wilayah pemerintahan kerajaan Kelantan.
~ Kelantan Barat berpusat di Kota Kubang Labu
~ Kelantan Timur berpusat di Kota Pangkalan Datu
Kedua-dua wilayah tersebut berjaya disatukan dan membentuk kerajaan Kelantan.
Siapakah yang menyatukan wilayah tersebut?
Raja Sakti
Long Yunus
Sultan Muhammad
Cik Siti Wan Kembang
Gambar menunjukkan wang emas Kelantan semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.
Mengapakah simbol kijang terdapat pada wang tersebut?
Binatang yang cerdik
Binatang kesayangan baginda
Binatang yang membawa tuah
Binatang yang membawa rahmat
Raja Melewar telah mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan yang berpusat di Seri Menanti pada tahun 1773.
Apakah gelaran yang digunakan oleh baginda?
Yamtuan Seri Menanti
Raja Besar Seri Menanti
Tengku Besar Seri Menanti
Penghulu Luak Seri Menanti
Nama Negeri Sembilan merujuk persekutuan sembilan buah "negeri" dalam istilah Minangkabau.
Apakah maksud "negeri"
Kawasan
Wilayah
Bandar
Daerah
Apakah asas pembentukan kerajaan Perlis?
Pembangunan Kota Kayang
Pembebasan daripada jajahan Siam
Pelantikan Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah
Penggabungan empat wilayah Kedah di bawah satu pentadbiran
Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah pembentukan kerajaan Perlis.
~ Membangunkan Kota Kayang II
~ Membentuk Mukim Arau dengan melantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu pada tahun 1798
Siapakah pemerintah yang memainkan peranan tersebut?
Sultan Sirajuddin
Syed Hussin Jamalullail
Syed Al-Mutawakil Billah Shah I
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II
Gambar menunjukkan replika bunga emas yang dihantar kerajaan Perlis kepada kerajaan Siam.
Apakah tujuan kerajaan Perlis menghantar bunga emas tersebut?
Tanda persahabatan
Hubungan diplomatik
Hubungan persaudaraan
Tanda ikatan kekeluargaan
Gambar menunjukkan Masjid Kampung Laut di Kelantan.
Sebagai warganegara, mengapakah kita perlu memelihara dan memulihara bangunan bersejarah?
Menjadi kenangan masa silam
Menjadi tatapan dan warisan sejarah
Menarik pelabur asing ke negara kita
Menambah pengetahuan dalam aspek pembinaan
Mengapakah kerajaan negeri-negeri Melayu menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar?
Mengeratkan silaturahim antara negara
Menjalin hubungan perkahwinan
Memperkukuh kedaulatan
Mendapat pengiktirafan
Apakah langkah yang diambil oleh pemerintah pada peringkat awal pengasasan kerajaan?
Memodenkan pentadbiran
Menjalinkan hubungan luar
Memperkukuh pasukan tentera
Mengakui pertuanan kuasa asing
Bagaimanakah kerajaan berikut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Melayu yang lain?
~ Perlis
~ Kedah
~ Kelantan
~ Negeri Sembilan
Penganugerahan
Pentauliahan
Perkahwinan
Pertahanan
~ Pangkalan Galoh yang bermaksud Pangkalan Permata
~ Menggunakan mata wang logam dinar dalam urusan perdagangan
Maklumat di atas berkaitan dengan pelabuhan dalam kerajaan _______?
Perlis
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Apakah aspek keserumpunan yang mewujudkan hubungan antara negeri-negeri Melayu?
Agama
Bahasa
Budaya
Ekonomi
Long Yunus menjalinkan hubungan dengan kerajaan berikut.
~ Kerajaan Terengganu
~ Kerajaan Reman
Mengapakah terjalinnya hubungan tersebut?
Menyatukan kerajaan
Mengabsahkan pemerintah
Mengatasi masalah kewangan
Memperoleh bantuan ekonomi
Maklumat berikut menunjukkan hubungan diplomatik antara dua pihak.
~ Tahun 1775: Sultan Terengganu dan Long Yunus (kerajaan Kelantan)
Bagaimanakah terjalinnya hubungan diplomatik tersebut?
Pertahanan
Perdagangan
Perkahwinan
Pengiktirafan
