wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZIZZ 11_25 JULAI 2025

Total questions: 70

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun, bagaimanakah kedudukan sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu?

a)

Sistem pemerintahan beraja kekal

b)

Sistem pemerintahan beraja terhapus

c)

Sistem pemerintahan beraja digulingkan

d)

Sistem pemerintahan beraja di bawah Ratu England

2.

Pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan DUA undang-undang iaitu

a)

Hukum Kanun Manu

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-undang Laut Melaka

d)

Undang-undang Maritim Melaka

3.

Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung oleh kesultanan berikut KECUALI

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Johor Riau

4.

DUA kesultanan berikut merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau.

a)

Perak

b)

Kelantan

c)

Selangor

d)

Terengganu

5.

DUA kesultanan yang diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Perlis

b)

Kelantan

c)

Selangor

d)

Terengganu

6.

Kesultanan ini merupakan kerajaan terawal yang diasaskan di negara kita. Kesultanan ini mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Perak

b)

Kedah

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

7.

Secara tradisinya, Raja-raja Melayu dianggap sebagai __________________, ___________________ dan ________________

a)

dewa raja

b)

ketua agama

c)

ketua kerajaan

d)

sumber undang-undang

8.

Semasa peluasan pengaruh British, British telah memperkenalkan Sistem Penasihat di __________

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-negeri Borneo Utara

c)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

9.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

Pilih DUA jawapan tepat.

a)

Kedudukan raja digantikan oleh Residen

b)

Raja diberikan pencen bulanan

c)

Raja kekal sebagai pemerintah berdaulat

d)

Raja mesti menerima nasihat daripada Residen

10.

Bagaimanakah bentuk pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu Sistem Penasihat diperkenalkan?

Pilih DUA jawapan tepat.

a)

Kedudukan raja yang memerintah lebih kukuh

b)

Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja

c)

Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh Penasihat British

d)

Raja tidak mempunyai kuasa pentadbiran dan perundangan

11.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pendudukan Jepun? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Kedudukan Raja-raja Melayu diganti oleh Gabenor Jepun

b)

Raja-raja Melayu diberi pampasan pencen bulanan

c)

Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu di bawah pengawasan Gabenor Jepun

12.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu ketika British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?

Pilih DUA jawapan tepat.

a)

Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri

b)

Kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England

c)

Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan

d)

Raja-raja Melayu berkuasa mutlak

13.

Apakah DUA kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu?

a)

Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan

b)

Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam

c)

Raja-raja Melayu kekal di takhta tetapi tiada kuasa pentadbiran dan perundangan

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu diangkat sebagai Raja Berperlembagaan

14.

Sebelum Perang Dunia Kedua, British telah memperkenalkan Sistem Residen di __________

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-negeri Borneo Utara

c)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

15.

Bagaimanakah kedudukan pemerintahan beraja dalam Perlembagaan Persekutuan? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Raja-raja Melayu berkuasa menggubal undang-undang

b)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak diteruskan

c)

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara

d)

Kedudukan, kuasa dan tugas Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

16.

Apakah DUA peranan Durbar yang dibentuk di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam

b)

Majlis Persidangan bagi Raja-Raja Melayu

c)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British

d)

Menentang pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu

17.

Siapakah yang mempengerusikan Durbar?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Residen British

c)

Gabenor Malayan Union

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

18.

Siapakah yang mempengerusikan Majlis Sultan-Sultan (The Council of Sultans)?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Ketua Setiausaha Malayan Union

c)

Gabenor Malayan Union

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

19.

Siapakah yang diberi bidang kuasa untuk menguruskan Majlis Raja-Raja?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

c)

Penasihat undang-undang

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

20.

Apakah TIGA fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

b)

Membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

c)

Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu

d)

Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu

21.

Bilakah jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan di negara kita?

a)

1948

b)

1957

c)

1963

d)

1970

22.

Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di ______ buah negeri dalam Persekutuan.

a)

5

b)

7

c)

9

d)

14

23.

Baginda pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 dan ke-14.

a)
b)
c)
d)
24.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam ____________ Perlembagaan Persekutuan.

a)

Perkara 4

b)

Perkara 11

c)

Perkara 32

d)

Perkara 132

25.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa untuk melantik DUA daripada jawatan berikut.

a)

Perdana Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Ketua Menteri

26.

Yang di-Pertuan Agong juga memiliki bidang kuasa melantik ahli dalam DUA suruhanjaya berikut iaitu

a)

Suruhanjaya Pendidikan

b)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

c)

Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Suruhanjaya Polis

27.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, siapakah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat pengisytiharan darurat?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Hakim Negara

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Panglima Angkatan Tentera

28.

Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan, menangguhkan dan meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh _____________ .

a)

Mahkamah Juvana

b)

Mahkamah Tentera

c)

Mahkamah Perusahaan

d)

Mahkamah Persekutuan

29.

Antara berikut merupakan antara bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan KECUALI

a)

Membatalkan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

b)

Memanggil Parlimen bersidang, memberhentikan dan membubarkan Parlimen

c)

Melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia

d)

Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

30.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan berdasarkan ______________ dan _______________.

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Persetujuan daripada Perdana Menteri

c)

Pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu

d)

Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja

31.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen setelah mencapai kemerdekaan. Sistem ini membolehkan rakyat

a)

membentuk kerajaan

b)

memilih ketua negara

c)

melantik perdana menteri

d)

menukar sistem pemerintahan

32.

DUA cara rakyat menzahirkan amalan demokrasi di Malaysia.

a)

Mengundi dalam pilihan raya

b)

Memilih pemimpin yang berwibawa

c)

Mengamalkan kebebasan asasi secara mutlak

d)

Memiliki dua kewarganegaraan

33.

Mengapakah kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak?

a)

Menjamin pengekalan parti yang memerintah

b)

Memberi amaran dan peringatan kepada rakyat

c)

Memastikan pembangunan ekonomi negara berterusan

d)

Memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam terjamin

34.

Apakah DUA kepentingan kempen pilihan raya kepada rakyat?

a)

Rakyat dapat mengenali calon

b)

Rakyat memahami manifesto parti bertanding

c)

Rakyat terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya

d)

Rakyat memperoleh pelbagai sumbangan dan tajaan daripada calon pilihan raya

35.

Dalam prinsip pengasingan kuasa di Malaysia, siapakah punca kuasa kepada badan perundangan, eksekutif dan kehakiman?

a)

Perdana Menteri

b)

Jemaah Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Majlis Raja-Raja Melayu

36.

Badan perundangan pada peringkat Kerajaan Persekutuan.

a)

Parlimen

b)

Istana Kehakiman

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Dewan Undangan Negeri

37.

Badan perundangan pada peringkat Kerajaan Negeri.

a)

Parlimen

b)

Istana Kehakiman

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Dewan Undangan Negeri

38.

Parlimen terdiri daripada tiga komponen. Selain Yang di-Pertuan Agong, apakah DUA komponen dalam Parlimen?

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negara

c)

Dewan Persekutuan

d)

Dewan Undangan Negeri

39.

Bagaimanakah ahli dalam Dewan Rakyat atau Perwakilan dipilih?

a)

Dicadangkan oleh Parlimen

b)

Dilantik oleh Perdana Menteri

c)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

d)

Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

40.

Apakah DUA komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) selain Sultan atau Yang di-Pertua Negeri?

a)

Speaker Dewan

b)

Setiausaha Negeri

c)

Ahli Majlis Negeri

d)

Ahli Dewan Undangan Negeri

41.

Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah

a)

Jemaah Menteri

b)

Jemaah Penasihat Raja

c)

Majlis Perundangan Persekutuan

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

42.

Badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah

a)

Jemaah Menteri

b)

Jemaah Penasihat Raja

c)

Majlis Perundangan Persekutuan

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

43.

Apakah DUA tugas utama Jemaah Menteri?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menggubal dasar negara

c)

Melaksanakan pembangunan

d)

Mengawal selia sistem kehakiman

44.

Apakah tanggungjawab badan kehakiman?

a)

Mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang

b)

Menggubal undang-undang persekutuan

c)

Menjalankan dasar-dasar kerajaan

d)

Menjalankan pemerintahan

45.

Siapakah yang mengetuai badan kehakiman di Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Ketua Hakim Negara

46.

DUA daripada mahkamah berikut tergolong dalam Mahkamah Bawahan.

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Syariah

47.

DUA daripada mahkamah berikut tergolong dalam Mahkamah Atasan.

a)

Mahkamah Rayuan

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Persekutuan

48.

Siapakah yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara berikut?

- Pengisytiharan Darurat

- Pembubaran Parlimen

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Hakim Negara

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Yang di-Pertuan Agong

49.

Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir undang-undang tetapi tidak boleh meminda undang-undang kerana kuasa tersebut terletak pada

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Badan Pelaksana

c)

Badan Perundangan

d)

Suruhanjaya Kehakiman

50.

Apakah mekanisme yang digunakan dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia?

a)

Dasar pecah dan perintah

b)

Semak dan imbang

c)

Autokratik dan perwarisan

d)

Bersih, cekap dan amanah

51.

Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah ditetapkan dalam ______________

a)

Perlembagaan Negara

b)

Perlembagaan Persekutuan

c)

Akta Keselamatan Dalam Negeri

d)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

52.

Prinsip __________________ dalam Rukun Negara telah mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita.

a)

Keluhuran Perlembagaan

b)

Kedaulatan undang-undang

c)

Kesopanan dan kesusilaan

d)

Kesetiaan kepada raja dan negara

53.

Persekutuan berkuat kuasa pada tahun 1896 dan dikenali sebagai

a)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

b)

Negeri-Negeri Selat

c)

Negeri-Negeri Persekutuan

d)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

54.

Kesatuan Malaya 1946 juga dikenali sebagai

a)

Malaya

b)

Malayan Union

c)

Melayu Raya

d)

Persekutuan Tanah Melayu

55.

Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Gabenor

b)

Raja-Raja Melayu

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Yang di-Pertuan Agong

56.

Dalam Persekutuan 1896, keputusan pentadbiran dibuat oleh

a)

Gabenor

b)

Residen Jeneral

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

57.

Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Raja-Raja Melayu

b)

Gabenor Jeneral

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

58.

Bilakah Kerajaan Persekutuan memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Lumpur ke Putrajaya?

a)

1963

b)

1985

c)

1990

d)

1999

59.

Kerajaan Tempatan diletakkan di bawah kuasa

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Kerajaan Negeri

c)

Majlis Perbandaran

d)

Pihak Berkuasa Tempatan

60.

Institusi yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia.

a)

Parlimen

b)

Mahkamah

c)

Majlis Peguam Negara

d)

Dewan Undangan Negeri

61.

Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

a)

Perumahan

b)

Pelajaran

c)

Perundangan Islam

d)

Pilihan raya negeri

62.

Antara berikut yang manakah terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Pertahanan dalam negeri

b)

Perhubungan dan pengangkutan

c)

Penyelidikan pertanian dan perhutanan

d)

Perancangan bandar dan luar bandar

63.

Antara berikut yang manakah tidak terdapat dalam Senarai Persekutuan?

a)

Kewarganegaraan

b)

Pentadbiran keadilan

c)

Kebudayaan dan sukan

d)

Perubatan dan kesihatan

64.

Namakan akta yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah untuk mengekalkan kuasa kawalan kemasukan dan kediaman di negeri-negeri berkenaan.

a)

Akta Kerajaan Tempatan 1976

b)

Akta Imigresen 1963

c)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

d)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

65.

Antara berikut merupakan jenis Kerajaan Tempatan KECUALI

a)

Majlis Jajahan

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Bandaraya

d)

Majlis Perbandaran

66.

Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai

a)

Dewan Bandaraya

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Kerajaan Negeri

d)

Kerajaan Pusat

67.

Antara berikut yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri?

a)

Biasiswa

b)

Pertahanan

c)

Tanah

d)

Undang-undang Adat

68.

Taman Negara dan perlindungan haiwan liar terletak dalam

a)

Senarai Bersama

b)

Senarai Negeri

c)

Senarai Persekutuan

d)

Senarai Tambahan

69.

Apakah DUA peranan Kerajaan Tempatan?

a)

Menjaga kesihatan awam

b)

Menguruskan rangkaian telekomunikasi

c)

Memantau pengurusan taman laut dan marin

d)

Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja

70.

Antara berikut merupakan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) KECUALI

a)

Membangunkan perumahan awam

b)

Menyediakan perkhidmatan pembersihan

c)

Menggubal undang-undang Kerajaan Negeri

d)

Menyelenggara jalan raya dan sistem saliran