Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM_PERNIAGAAN 2025_SET 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah contoh aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Perkilangan

c)

Penternakan

d)

Pendidikan

2.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri rakan kongsi. Rakan kongsi yang menyumbangkan nama tetapi tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan. Apakah jenis rakan kongsi tersebut?

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi biasa

d)

Rakan kongsi nominal

3.

Antara yang berikut, yang manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan? I Bilangan pekerja tetap II Jumlah modal yang dilaburkan III Bilangan cawangan perniagaan IV Jumlah jualan tahunan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Logo 1 menunjukkan sebuah agensi yang berperanan membantu pengeluar tempatan menembusi pasaran global. Bagaimanakah agensi tersebut berperanan?

a)

Menyediakan bantuan prasarana

b)

Menyediakan kemudahan pembiayaan

c)

Memperkenalkan teknologi pengeluaran baharu

d)

Mengekalkan hubungan antara pengimport dan pengeksport

5.

Encik Akif mempunyai sebuah syarikat yang menjual produk kraf tangan buatan Malaysia ke luar negara. Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah jenis pelepasan cukai yang layak dinikmati oleh syarikat Encik Akif?

a)

Elaun cukai

b)

Taraf perintis

c)

Potongan cukai

d)

Pengecualian cukai

6.

Gambar 1 menunjukkan aktiviti pertanian. Apakah perkembangan sektor perniagaan di Malaysia yang bersesuaian bagi gambar di atas?

a)

Era 1990-an

b)

Selepas merdeka

c)

Era Kemerdekaan

d)

Menjelang Abad ke-21

7.

Encik Mahdi mengalami masalah kemerosotan jualan akibat pengedaran bahan publisiti yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengagihan

c)

Pengeluaran

d)

Khidmat pelanggan

8.

Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan?

a)

Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis perniagaan

b)

Memberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga

c)

Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang

d)

Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan

9.

Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Daya saing

b)

Jangka masa

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan. Objektif syarikat adalah untuk meningkatkan penguasaan pasaran dari 5% (2020) kepada 8% (2021). Apakah ciri-ciri SMART berikut?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

11.

Visi sesebuah perniagaan disasarkan untuk dicapai dalam jangka masa

a)

1 tahun sahaja

b)

kurang dari 5 tahun

c)

melebihi 5 tahun

d)

sekurang-kurangnya 10 tahun

12.

Tujuan penetapan misi perniagaan adalah untuk memudahkan pihak pengurusan

a)

mengagihkan sumber

b)

menjangka keuntungan

c)

menentukan sistem penggajian

d)

merancang jumlah pengeluaran

13.

Apakah tujuan carta organisasi diwujudkan? I Pembahagian kerja II Hierarki pengurusan III Asas pemberian bonus IV Petunjuk prestasi tahunan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Tujuan utama bahagian fungsian pembelian ialah

a)

membantu memasarkan produk

b)

memastikan kos operasi dapat dibayar

c)

mengawal pembelian kuantiti bahan mentah

d)

membeli mesin yang bersesuaian dengan pengeluaran

15.

Apakah kepentingan pasaran baharu? I Mengelakkan persaingan II Menambah jumlah jualan III Mengembangkan pasaran sedia ada IV Mengelakkan dari terlibat dalam pasaran tepu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Pernyataan di bawah merujuk kepada contoh hubungan perniagaan dengan pihak luar. Apakah bentuk hubungan itu?

a)

Interaksi dengan bank

b)

Interaksi dengan pembekal

c)

Interaksi dengan pelanggan

d)

Interaksi dengan agensi kerajaan

17.

Peranan-peranan di atas dilakukan oleh

a)

Pengurus kewangan

b)

Pengurus pemasaran

c)

Pengurus pengeluaran

d)

Pengurus sumber manusia

18.

“Pengurusan Syarikat Pembinaan Cepat Siap menyediakan topi, jaket dan kasut keselamatan kepada pekerja-pekerja di tapak pembinaan kondominium terbaru mereka”. Apakah aspek pengelolaan sumber manusia yang diamalkan di atas?

a)

Sistem penggajian

b)

Latihan peningkatan kemahiran

c)

Standard prosedur operasi tugas

d)

Membentuk persekitaran kerja yang harmoni dan positif

19.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Pah Bedah. Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Puan Pah Bedah? I Berpengalaman II Kelayakan yang bersesuaian III Penggunaan teknologi terkini IV Berpengalaman dalam industri tertentu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

Manakah BUKAN faktor yang perlu dipertimbangkan dalam sistem penggajian?

a)

Lokasi

b)

Kelayakan

c)

Undang-undang

d)

Permintaan dan penawaran buruh

21.

Perlindungan insurans terhadap sumber fizikal penting kepada usahawan kerana

a)

boleh melindungi nyawa pekerja

b)

boleh melindungi ahli keluarga pekerja

c)

boleh melindungi perniagaan daripada risiko kecurian

d)

boleh melindungi usahawan daripada penyakit berjangkit

22.

Antara berikut, yang manakah merupakan prosedur yang betul bagi W?

a)

Insurans

b)

Keselamatan

c)

Penyelenggaraan

d)

Hak Cipta Terpelihara

23.

Manakah yang menunjukkan prosedur pengurusan sumber teknologi bagi sebuah syarikat elektronik?

a)

Kilang dan mesin yang canggih

b)

Jenis dan model telefon yang pelbagai

c)

Mendaftar paten reka bentuk baharu telefon

d)

Bangunan dan kemudahan yang serba lengkap

24.

Antara berikut, apakah jenis modal perniagaan tersebut?

a)

Stok

b)

Pelanggan

c)

Penghutang

d)

Premis Kedai

25.

Sumber pembiayaan luaran manakah yang paling sesuai bagi pengusaha sebuah stesen minyak yang memerlukan tunai segera sebanyak RM20 000 untuk membayar pembekal?

a)

Rizab

b)

Pemfaktoran

c)

Overdraf bank

d)

Pinjaman jangka panjang

26.

Berapakah amaun yang akan dikenakan faedah oleh bank?

a)

RM1 000

b)

RM1 500

c)

RM2 500

d)

RM5 000

27.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan bank atau institusi kewangan?

a)

Modal terhad

b)

Cepat dan ringkas

c)

Persaingan yang sengit

d)

Dikenakan faedah yang tinggi

28.

Siapakah X?

a)

Pekerja

b)

Pelanggan

c)

Pengimport

d)

Institusi kewangan

29.

Bagaimanakah Kunci Kira-kira dapat membantu usahawan membuat analisis terhadap operasi perniagaan?

a)

Mengetahui jumlah aset dan tanggungan perniagaan

b)

Mengukur kadar pulangan yang diperoleh perniagaan

c)

Mengenal pasti perolehan dan penggunaan tunai bagi tempoh tertentu

d)

Mengetahui tahap minimum jualan yang perlu diperoleh supaya tidak mengalami kerugian

30.

Berapakah peratusan margin untung kasar Perniagaan T?

a)

19.00%

b)

26.67%

c)

40.42%

d)

50.00%

31.

Apakah kekuatan diri yang diperlukan untuk usahawan berjaya dalam perniagaan?

a)

Memiliki modal yang tinggi

b)

Fokus tenaga dan tumpuan

c)

Perhubungan baik dengan rakan perniagaan

d)

Kemampuan mendapat pembiayaan kewangan

32.

Apakah yang dimaksudkan tentang stok bergerak perlahan?

a)

Stok lama yang tidak terjual

b)

Stok baharu yang lambat diterima daripada pembekal

c)

Stok yang mengambil masa yang lama untuk dijual

d)

Stok yang dijual tetapi bayarannya belum diterima daripada penghutang

33.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan keberuntungan perniagaan kepada seseorang usahawan?

a)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

Penggunaan peralatan dan teknologi terkini

c)

Memberi kebebasan untuk mengurus perniagaan

d)

Mendapatkan sumber manusia yang tidak ada pengalaman

34.

Antara pernyataan berikut, manakah benar tentang Akta Syarikat 2016?

a)

Rakan kongsi mempunyai bahagian dalam modal

b)

Liabiliti terhad ke atas pengarah atau pemegang saham

c)

Pemegang saham syarikat tidak mempunyai hak berkaitan syarikat

d)

Permohonan pemerbadanan syarikat boleh memilih nama dengan bebas

35.

Apakah tujuan usahawan membuat permohonan carian nama syarikat?

a)

Untuk mencari nama syarikat yang digemari pengguna

b)

Untuk mencari nama syarikat yang telah muflis

c)

Untuk mengelak daripada menggunakan nama syarikat yang sama

d)

Untuk mengelak daripada menggunakan akta syarikat yang sama

36.

Antara berikut, yang manakah sebab penamatan perniagaan milikan tunggal?

a)

Pertukaran premis

b)

Berhijrah ke luar negara

c)

Perintah mahkamah

d)

Berhenti berniaga

37.

Apakah dokumen berikut?

a)

Memo

b)

Invois

c)

Nota kredit

d)

Penyata tunai

38.

Apakah kaedah tersebut?

a)

Jualan langsung

b)

Promosi jualan

c)

Pengiklanan

d)

Publisiti

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis tentang maklumat perniagaan

b)

Dokumen bertulis tentang kedudukan kewangan perniagaan

c)

Dokumen bertulis tentang latar belakang pemilik perniagaan

d)

Dokumen bertulis tentang maklumat perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci

40.

Apakah kepentingan rancangan perniagaan yang berkenaan kepada Encik Mahesh dan Encik Rahman?

a)

Menyakinkan bakal pelabur

b)

Merancang keperluan sumber perniagaan

c)

Dapat membantu menilai projek perniagaan

d)

Dapat menjangka masalah yang mungkin timbul