WorksheetsPPC REVISION
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara yang berikut, perniagaan manakah yang berskala global?
I Massimo
II Ramly
III PETRONAS
IV FELDA
I II III IV
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Situasi manakah yang berkaitan dengan faktor luaran yang menyebabkan perubahan kepada persekitaran perniagaan?
Puan Siti mengubah strategi promosi perniagaannya dengan memberikan sampel percuma produk kepada pelanggan
Encik Zul menghantar pekerjanya untuk latihan bagi meningkatkan kemahiran
Encik Kumar menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk untuk meningkatkan kualiti produk
Puan Neo membayar cukai perniagaan mengikut keuntungan yang diperoleh setiap tahun
Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?
Menjadikan usahawan terkenal
Melambangkan imej perniagaan
Melancong ke seluruh dunia
Memandu kereta mewah
Apakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif terhadap perniagaan?
Menurunkan harga produk
Menjejaskan imej perniagaan
Membuka cawangan baharu
Meningkatkan keuntungan perniagaan
Apakah faktor dalaman yang menyebabkan trend menurun?
Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
Situasi politik yang tidak stabil
Tidak menggunakan teknologi terkini
Ekonomi yang lembap
Apakah contoh jenis kemahiran kebolehkerjaan yang boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan?
Penggunaan teknologi lama
Bekerja secara individu sepanjang masa
Penyertaan dalam aktiviti sosial dan komuniti
Kemahiran komunikasi yang baik
Apakah tujuan menguruskan sumber teknologi filem?
Mengelakkan nama baik perniagaan tercemar
Mengelak daripada dikenakan saman
Mengelakkan ancaman cetak rompak
Mengelakkan pembaziran tenaga kerja
Apakah tujuan pengurusan sumber fizikal?
Memastikan sumber fizikal berada dalam keadaan selamat
Memastikan sumber fizikal boleh dijual semula
Memastikan sumber fizikal tidak membebankan pekerja
Memastikan sumber fizikal bernilai
Pernyataan manakah merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi perniagaan?
pemilihan kuasa
pengawalan kuasa
pembahagian kerja
perancangan kerja
Pernyataan manakah paling tepat berkaitan prosedur mengurus sumber teknologi bagi sebuah syarikat produksi animasi tempatan?
Menyediakan pelbagai kamera berteknologi tinggi
Menghasilkan pelbagai jenis filem animasi dan dokumentasi
Mendaftar hak cipta karya filem animasi dengan MyIPO
Menginsuranskan semua jenis kamera dan peralatan
Apakah jenis pembiayaan yang membolehkan perniagaan untuk mencagarkan barang berharga bagi mendapatkan pinjaman?
Pajakan
Ar-Rahnu
Sewa beli
Pemfaktoran
Apakah sumber pembiayaan yang berkaitan dengan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa?
Pajakan
Overdraft
Sewa beli
Pemfaktoran
Mengapakah pihak bank memerlukan penyata kewangan sebelum meluluskan permohonan pinjaman perniagaan?
Untuk merancang pengagihan sumber dengan berkesan
Untuk mengetahui kadar pulangan yang dijangka
Untuk mengetahui kemampuan membayar hutang dan kredit
Untuk meyakinkan pelabur untuk melabur dalam perniagaan
Butiran manakah yang berkaitan dengan perbelanjaan dalam penyata pendapatan perniagaan?
Pinjaman
Modal
Utiliti
Faedah simpanan
Antara berikut, sumber fizikal manakah yang berkaitan dengan ejen produk kesihatan dalam talian?
Kilangan
Produk siap
Bahan mentah
Mesin
Apakah contoh tanggungjawab sosial yang boleh dijalankan oleh sesebuah organisasi perniagaan?
Melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi
Mendirikan pondok perhentian bas
Memberi sampel percuma kepada pelanggan
Membina reputasi perniagaan yang baik
Apakah ciri-ciri utama Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?
Fleksibiliti penubuhan
Liabiliti tidak terhad
Tanggungan terhad
Kewujudan tidak kekal
Apakah kesan yang diperoleh seorang peniaga yang mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Untuk mendapatkan keuntungan yang besar
Untuk layak mendapatkan kemudahan pembiayaan perniagaan
Untuk dikenakan cukai perniagaan yang rendah
Untuk dikecualikan daripada membayar lesen perniagaan selama tiga tahun
Mengapakah Encik Azlan dan Encik Azfar perlu membuat permohonan carian nama syarikat sebelum menubuhkan syarikat persendirian?
Untuk mengelakkan menggunakan nama syarikat yang sama
Untuk mencari nama yang mencerminkan Malaysia
Untuk mencari nama yang mudah
Untuk mengelakkan menggunakan nama syarikat yang telah didenda
Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
Secara percuma
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga di atas kos
Jualan pada harga di bawah kos
Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Pemasangan
Penternakan
Pengangkutan
Dokumen apakah yang digunakan untuk merekod maklumat barang yang diambil oleh pemilik perniagaan?
Resit
Invois
Memo
Bil Daftar Tunai
Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?
Liabiliti tidak terhad
Jangka hayat adalah kekal
Perniagaan boleh diteruskan jika terdapat rakan kongsi meninggal dunia
Bilangan pemilik ialah antara 2 hingga 50 orang
Pernyataan yang manakah benar tentang sektor ketiga?
Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna
Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang
Memproses bahan mentah untuk menjadikan barang separuh siap
Mendapatkan sumber semula jadi untuk mengeluarkan bahan mentah
Apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab sosial korporat dalam konteks perniagaan?
Menjalankan perniagaan tanpa sebarang etika
Menjaga keuntungan maksimum tanpa mengambil kira kesan sosial
Menjaga kepentingan pemegang saham sahaja
Memberi sumbangan kepada masyarakat
Apakah langkah yang perlu diambil oleh perniagaan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan?
Memperkenalkan produk baru tanpa kajian pasaran
Menjaga kualiti produk tanpa mengubahnya
Mendengar maklum balas pelanggan
Menawarkan harga yang lebih tinggi
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi dalam konteks perniagaan?
Proses meniru produk dari pesaing
Penggunaan teknologi lama dalam operasi
Menjaga status quo tanpa perubahan
Pengenalan produk atau perkhidmatan baru yang meningkatkan nilai
Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan?
Harga produk sahaja
Reputasi jenama dan kualiti produk
Lokasi kedai sahaja
Promosi yang tidak relevan
Apakah kepentingan analisis pasaran bagi perniagaan?
Untuk mengelakkan persaingan
Untuk mengurangkan kos pengeluaran
Untuk memahami keperluan dan kehendak pelanggan
Untuk meningkatkan harga produk secara mendadak
Apakah perbezaan antara visi dan misi dalam konteks perniagaan?
Visi tidak memerlukan perancangan, manakala misi memerlukan perancangan yang teliti
Visi hanya untuk syarikat besar, manakala misi untuk semua jenis perniagaan
Visi adalah gambaran masa depan, manakala misi adalah tujuan semasa
Visi adalah matlamat jangka pendek, manakala misi adalah matlamat jangka panjang
Apakah kesan positif daripada penggunaan teknologi dalam operasi perniagaan?
Meningkatkan kos operasi
Mempercepatkan proses pengeluaran
Menurunkan kualiti produk
Mengurangkan kepuasan pekerja
Apakah yang dimaksudkan dengan objektif perniagaan?
Matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh perniagaan
Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai visi dan misi
Keuntungan yang ingin diperoleh dalam setahun
Strategi pemasaran yang digunakan untuk menarik pelanggan
Bagaimanakah visi yang jelas dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan?
Mengurangkan kos operasi perniagaan
Memberi panduan kepada pekerja dalam membuat keputusan
Menjamin keuntungan yang tinggi setiap tahun
Menarik lebih ramai pelabur tanpa usaha pemasaran
Apakah yang dimaksudkan dengan stok?
Barang siap yang sedia untuk dijual, Ia disimpan di dalam bilik dan dipastikan sentiasa tidak mencukupi apabila diperlukan.
Barang siap yang sedia untuk dijual, Ia disimpan di dalam gudang dan dipastikan sentiasa mencukupi apabila diperlukan.
Barang separuh siap yang sedia untuk dibeli, Ia disimpan di dalam bilik dan dipastikan sentiasa mencukupi apabila diperlukan.
Barang separuh siap yang sedia untuk dibeli, Ia disimpan di dalam bilik dan dipastikan sentiasa tidak ada apabila diperlukan.
Mengapakah Bahan mentah perlu dijaga kualiti dengan baik?
Supaya mudah ditemui.
Supaya tidak tahan lama.
Supaya tidak mudah rosak.
Supaya tidak mudah dibeli.
Berikut merupakan jenis - jenis sumber fizikal kecuali...
Kilang dan mesin.
Bangunan dan kemudahan.
Bahan mentah
Bahan basah
Encik Abu Bakar ingin membuka kedai jahit pakaian wanita. Sumber pembiayaan utamanya mungkin terdiri daripada
pemfaktoran
jaminan kredit
simpanan peribadi
geran penyelidikan dan pembangunan
Apakah kekuatan sumber pembiayaan agensi kerajaan?
Tidak dikenakan faedah
Tidak perlu bayaran ansuran
Modal permulaan yang banyak
Tempoh bayar balik yang pendek
Apakah perkara utama yang perlu dilaksanakan sebelum perniagaan memohon pinjaman bank?
Membuat permohonan
Pembiayaan diluluskan
Menyediakan rancangan perniagaan
Mendapatkan khidmat nasihat kewangan
Pernyataan manakah yang benar tentang objektif perniagaan?
Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja.
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi.
Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi.
Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian.
