wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ FONETIK

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi fonetik yang paling tepat?

a)

Ilmu yang mengkaji sejarah bahasa

b)

Ilmu yang mengkaji makna perkataan

c)

Ilmu yang mengkaji struktur ayat dan frasa

d)

Ilmu yang mengkaji bunyi bahasa secara saintifik

2.

Yang manakah merupakan alat pertuturan pasif?

a)

Bibir

b)

Lidah

c)

Gigi bawah

d)

Lelangit keras

3.

Apakah simbol fonetik untuk bunyi sengau velar dalam perkataan 'tangan'?

a)

/ŋ/

b)

/m/

c)

/n/

d)

/Ɣ/

4.

Antara yang berikut yang manakah ciri penghasilan vokal?

a)

udara keluar tanpa sekatan

b)

penghasilan berlaku di pita suara sahaja

c)

bibir boleh dibundarkan atau dihamparkan

d)

bunyi tidak bersuara dan tiada getaran pita suara

5.

👄 Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya membuat sempitan

👄 Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang rongga tekak

👄 Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas

Huraian tersebut merupakan cara untuk menghasilkan bunyi

a)

letupan bibir bersuara

b)

letupan bibir tak bersuara

c)

geseran bibir-gigi bersuara

d)

geseran bibir-gigi tak bersuara

6.

Pilih penyataan yang benar berkaitan dengan okal bahasa Melayu

a)

semua bunyi vokal bersuara

b)

vokal depan separuh sempit dan vokal tengah hadir di akhir kata asli bahasa Melayu

c)

vokal tengah dilambangkan oleh huruf e taling

d)

terdapat tiga vokal depan asli bahasa Melayu

7.

Antara kata yang berikut, yang manakah mengandungi bunyi diftong pada suku kata akhir perkataan?

a)

Petai

b)

Tauge

c)

Kerbau

d)

Tuisyen

8.

Kumpulan perkataan yang manakah mengandungi bunyi vokal rangkap?

a)

Laut, Kaloi, Baik

b)

Daun, Sauk, Riang

c)

Tiup, Ramai, Pulau

d)

Buah, Amboi, Pandai

9.

Manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi vokal depan separuh sempit?

a)

klise, kertas, tempe

b)

enak, erti, benteng

c)

semak, idealisme, elit

d)

serong, emas, belot

10.

🎀 bibir berada dalam keadaan bundar

🎀 pita suara bergetar

🎀belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya

🎀lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung

Pernyataan tersebut merupakan cara-cara untuk menghasilkan bunyi

a)

vokal depan sempit

b)

vokal depan luas

c)

vokal belakang sempit

d)

vokal belakang separuh sempit

11.

[m]

Apakah nama konsonan di atas?

(a)  

12.

Pantai

Namakan bunyi suku kata yang bergaris

(a)  

13.

🎉 depan lidah dinaikan hingga menghampiri lelangit keras

🎉 penyebutan vokal rangkap vokal yang hadir secara berurutan

🎉 bunyi yang wujud seakan-akan bunyi separuh vokal lelangit keras /j/

Apakah artikulasi tambahan yang digambarkan dalam penyataan di atas?

(a)  

14.

[v]

Apakah konsonan geseran bagi lambang di atas?

(a)  

15.

[h]

Apakah nama konsonan bagi lambang di atas?

(a)