NEW
Font size
WorksheetsKuiz Kemerdekaan 10.09.2025
Total questions: 30
Worksheet time: 10mins
Apakah empat zaman utama dalam sejarah prasejarah Tanah Melayu?
Logam, Kuno, Batu, Besi
Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Logam
Prasejarah, Sejarah, Moden, Industri
Purba, Pertengahan, Moden, Digital
Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?
Sultan Mahmud Shah
Hang Tuah
Parameswara
Tun Perak
Apakah agama rasmi yang diperkenalkan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Buddha
Islam
Hindu
Kristian
Pada tahun berapakah Portugis menawan Melaka?
1400
1511
1641
1786
Apakah nama perjanjian yang membahagikan kawasan pengaruh British dan Belanda di Asia Tenggara?
Perjanjian Pangkor
Perjanjian London
Perjanjian Bangkok
Perjanjian Singapura
Negeri manakah yang termasuk dalam Negeri-Negeri Selat?
Pulau Pinang, Melaka, Singapura
Johor, Kedah, Selangor
Pahang, Perak, Selangor
Kelantan, Terengganu, Perlis
Siapakah Residen British pertama di Perak yang dibunuh pada tahun 1875?
Frank Swettenham
J.W.W. Birch
Hugh Low
Stamford Raffles
Mengapakah British campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu pada abad ke-19?
Untuk menyebarkan agama
Untuk menguasai sumber ekonomi
Untuk mengekalkan kuasa raja
Untuk membina sekolah
Siapakah tokoh yang memimpin pemberontakan di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915?
Tok Janggut
Mat Kilau
Dato’ Maharajalela
Haji Abdul Rahman Limbong
Apakah alasan utama Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu?
Penindasan terhadap pekerja lombong
Pelaksanaan undang-undang tanah British
Kenaikan harga getah
Campur tangan dalam pelantikan sultan
Siapakah tiga tokoh utama penentangan British di Pahang?
Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman
Tok Janggut, Tok Gajah, Dato’ Maharajalela
Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut
Datuk Bahaman, Tun Perak, Hang Nadim
Apakah nama persatuan politik Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menentang Malayan Union?
UMNO
KMM
PAS
MCA
Siapakah yang mengetuai rombongan ke London pada tahun 1956 untuk menuntut kemerdekaan?
Tun Abdul Razak
Tunku Abdul Rahman
Dato’ Onn Jaafar
Tun Hussein Onn
Bilakah Pilihan Raya Umum pertama diadakan di Tanah Melayu?
1946
1951
1955
1957
Parti manakah yang membentuk Parti Perikatan?
UMNO, PAS, MCA
UMNO, MCA, MIC
UMNO, MIC, KMM
UMNO, PKMM, MCA
Pada tarikh berapakah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?
31 Ogos 1957
31 Ogos 1956
16 September 1963
15 Ogos 1957
Negeri manakah yang menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 tetapi keluar pada tahun 1965?
Sabah
Sarawak
Singapura
Brunei
Apakah peranan Rukun Negara selepas kemerdekaan?
Menggantikan Perlembagaan Persekutuan
Menjadi panduan perpaduan dan keharmonian negara
Mengatur sistem pilihan raya
Menguatkuasakan undang-undang syariah
Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
Bunga Raya
Bunga Melur
Bunga Orkid
Bunga Tanjung
Apakah nama dokumen yang menjadi undang-undang tertinggi Malaysia?
Piagam Madinah
Rukun Negara
Perlembagaan Persekutuan
Akta Parlimen
Antara gambar berikut, yang manakah merupakan jata negara Malaysia?
Apakah nama rasmi Bendara Malaysia?
Jalur Kejayaan
Jalur Gemilang
Jalur Kehidupan
Jalur Kemajuan
Apakah slogan yang sering dikaitkan dengan usaha mengekalkan semangat patriotisme?
Hidup Rakyat
Malaysia Boleh
Merdeka!
1Malaysia
Apakah yang melambangkan warna biru tua pada Jalur Gemilang?
Raja Berperlembagaan
Perpaduan rakyat
Kedaulatan negara
Islam sebagai agama rasmi
Sudah berapa tahun Malaysia memperoleh kemerdekaan?
70 tahun
63 tahun
54 tahun
68 tahun
Apakah Rukun Negara yang kedua?
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Keluhuran Perlembagaan
Apakah Ibu Negara Malaysia?
Kuching
Selangor
Kuala Lumpur
Putrajaya
Bilakah tarikh Hari Malaysia?
31 Ogos 1957
31 Ogos 1963
16 September 1963
16 September 1957
Siapakah Bapa Pemodenan Malaysia?
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr Mahathir Mohamad
Dato Seri’ Anwar Ibrahim
Dato Sri Ismail Sabri
Apakah nama tema kemerdekaan Malaysia pada tahun 2025?
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni
Malaysia Madani: 1 Malaysia
Malaysia Madani: Malaysia Gemilang
Malaysia Madani: Sayangi Malaysiaku
