NEW
Font size
WorksheetsPERLUASAN SKOP SST
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Syarikat XYZ merupakan kontraktor pembinaan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi pelbagai projek komersial, projek perumahan dan projek pembinaan bercampur. Bagi tujuan pendaftaran, bagaimanakah pengiraan nilai ambang perlu ditentukan?
Jumlah nilai kerja pembinaan bagi projek komersial dan projek perumahan sahaja perlu dikira bermula 1 Julai 2025
Jumlah nilai kerja pembinaan bagi projek komersial sahaja yang perlu dikira bermula 1 Julai 2025
Jumlah nilai kerja pembinaan bagi projek komersial dan projek pembinaan bercampur sahaja yang perlu dikira bermula 1 Julai 2025
Jumlah nilai kerja pembinaan bagi semua projek pembinaan perlu dikira bermula 1 Julai 2025
Antara senarai berikut, yang manakah BUKAN termasuk perkhidmatan bercukai dalam perkhidmatan kerja pembinaan, Kumpulan L?
i) Kerja menganalisis tanah
ii) Kerja pembersihan tapak pembinaan
iii) Kerja memasang sistem penghawa dingin
iv) Kerja memasang cerucuk sebagai asas binaan bangunan
i Sahaja
i dan ii Sahaja
ii dan iii sahaja
semua di atas
Orang kena cukai dalam perkhidmatan kerja pembinaan adalah mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan kerja pembinaan. Apakah perkhidmatan bercukai di bawah perkhidmatan kerja pembinaan?
Pembinaan rumah kediaman dan kemudahan awam berkaitan
Pembinaan rumah kediaman dan bangunan pejabat di dalam kawasan pembinaan bercampur
Pembinaan kolam renang di rumah kediaman
Pembinaan tempat letak kereta di kawasan pangsapuri
XYZ Sdn Bhd (XYZ) merupakan kontraktor utama yang menerima projek pembinaan bangunan kediaman daripada pemaju ABC. Walau bagaimanapun, pihak pemaju akan melantik secara terus perunding-perunding lain sebelum kerja-kerja pembinaan oleh XYZ bermula. Kaedah ini merupakan kaedah kontrak secara tradisional. Manakah antara kenyataan di bawah adalah BENAR ?
i- Kerja perundingan jurutera awam yang disediakan oleh jurutera berdaftar kepada pihak pemaju ABC adalah tidak bercukai kerana projek pembinaan ini adalah pembinaan rumah kediaman yang tidak tertakluk cukai perkhidmatan.
ii- XYZ melantik sub kontraktor CDE untuk membuat kerja sistem perpaipan dan sistem pendawaian elektrik bangunan kediaman tersebut. Perkhidmatan kerja pembinaan yang disediakan oleh CDE kepada XYZ adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan tetapi boleh mendapat pengecualian B2B sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
iii- Kerja juruukur bahan yang disediakan kepada pemaju ABC adalah layak menggunakan pengecualian B2B.
iv- Sub kontraktor JKL dilantik oleh XYZ untuk membuat kerja pembinaan kemudahan awam berkaitan bangunan kediaman. Kerja pembinaan oleh JKL kepada XYZ adalah layak menggunakan pengecualian B2B jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
i dan ii Sahaja
i dan iii Sahaja
ii dan iv Sahaja
iii dan iv Sahaja
Pihak kerajaan telah menganugerahkan satu projek pembinaan kepada kontraktor utama dan sebahagian daripada kerja pembinaan tersebut disubkontrak oleh kontraktor utama kepada syarikat ABC. Manakah antara kenyataan berikut adalah BENAR ?
i) Pengecualian cukai perkhidmatan bagi projek kerajaan hanya terpakai di peringkat pertama sahaja iaitu daripada kontraktor utama kepada kerajaan.
ii) Pengecualian Business-to-Business (B2B) boleh digunakan antara syarikat ABC kepada kontraktor utama.
iii) Syarikat ABC melantik subkontraktor D untuk menjalankan bahagian tertentu kerja pembinaan, pengecualian B2B layak digunakan.
iv) Memandangkan pengecualian B2B hanya terpakai kepada perkhidmatan yang sama, maka subkontraktor E dan F tidak layak mendapat pengecualian B2B walaupun kerja tersebut berkaitan dengan projek kerajaan.
i dan ii Sahaja
i dan iii Sahaja
ii dan iv Sahaja
i, ii, iii dan iv
Berkuat kuasa 1 Julai 2025, penyediaan semua jenis perkhidmatan sewaan atau pajakan aset ketara termasuk apa-apa perkhidmatan lain yang menjadi sebahagian daripada perkhidmatan sewaan atau pajakan telah menjadi perkhidmatan bercukai di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. Berapakah nilai ambang dan kadar cukai yang ditetapkan untuk pendaftaran secara mandatori bagi perkhidmatan ini ?
NIL dan 8%
RM500,000 dan 6%
RM1,000,000 dan 8%
RM1,500,000 dan 6%
Syarikat XYZ Sdn Bhd adalah sebuah syarikat multinasional. Perniagaan utama syarikat ini adalah menyediakan perkhidmatan sewaan dan pajakan merangkumi hartanah dan komersial. Antara perkhidmatan berikut, yang manakah bukan perkhidmatan bercukai bagi perkhidmatan sewaan dan pajakan yang disediakan oleh Syarikat XYZ kepada pelanggannya.
A. Sewaan kondominium dan pejabat kecil pejabat rumah
B. Sewaan bangunan pejabat di Kuala Lumpur
C. Pajakan mesin kilang selama 10 tahun melalui pajakan kewangan
D. Sewaan mesin pencetak kepada Kementerian Kewangan Malaysia
A dan B
A dan C
C dan D
A, B, C dan D
Syarikat ABC Sdn Bhd (ABC) mempunyai sebuah bangunan pejabat 10 tingkat. Bangunan ini disewakan kepada Syarikat XYZ Sdn Bhd (XYZ). Syarikat XYZ kemudiannya menyewakan semula 5 tingkat kepada pelanggannya seperti yang dipersetujui dalam kontrak sewaan antara Syarikat ABC dan XYZ. Kedua-dua Syarikat ini merupakan orang berdaftar di bawah Kumpulan K. Bagaimanakah pengikraran penyata SST-02 syarikat ABC dan XYZ ?
Syarikat ABC hendaklah mengakaunkan perkhidmatan sewaan yang diberikan kepada XYZ
Syarikat ABC hendaklah mengikrar nilai perkhidmatan bercukai yang dikecualikan. Syarikat XYZ pula hendaklah mengakaunkan perkhidmatan sewaan yang diberikan kepada pelanggan
Syarikat ABC dan XYZ menghantar penyata ‘nil’
Syarikat ABC hendaklah mengikrar nilai perkhidmatan bercukai dan nilai perkhidmatan yang dikecualikan. Syarikat XYZ pula hendaklah mengakaunkan perkhidmatan sewaan yang diberikan kepada pelanggannya
Berikut merupakan pengecualian cukai perkhidmatan yang diberikan ke atas perkhidmatan sewaan atau pajakan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan KECUALI :
Perkhidmatan sewaan orang berdaftar kepada orang berdaftar
Sewaan bahan bacaan
Pelepasan dalam kumpulan syarikat
Perusahaan Mikro dan Kecil
Berikut adalah perkhidmatan sewaan rumah tempat tinggal yang bukan merupakan perkhidmatan bercukai KECUALI :
Rumah teres
Suite perkhidmatan
Kondominium
Pejabat kecil pejabat fleksibel
Sekiranya pesakit di klinik/hospital swasta menerima pelbagai rawatan dan perkhidmatan seperti :
· Yuran pentadbiran: RM10
· Caj X-ray: RM60
· Caj makmal: RM30
· Yuran konsultasi doktor: RM200
· Ubat-ubatan: RM100
Jumlah keseluruhan bil: RM400
Adakah Cukai Perkhidmatan (CP) dikenakan ke atas jumlah keseluruhan bil berjumlah RM400.00 ?
Ya
Tidak, ubat-ubatan tidak termasuk dalam pengenaan cukai perkhidmatan
Adakah perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang disediakan kepada warganegara yang telah mendapat pengecualian perlu diikrar di dalam ruang 18 (c), Penyata SST-02?
Ya
Tidak
“Bukan Warganegara” merujuk kepada individu yang bukan warganegara Malaysia tertentu mengikut undang-undang kewarganegaraan negara Malaysia. Kategori bukan warganegara adalah seperti di bawah KECUALI :
Sijil Kelahiran Warganegara
Warganegara asing dengan dokumen Paspot atau Visa
Pemastautin tetap (PR) MyPR
Sijil kelahiran bukan warganegara
Berkuat kuasa 1 Julai 2025, semua pengendali/ pengurus perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta telah menjadi perkhidmatan bercukai di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 untuk mengenakan cukai perkhidmatan atas kadar 6% kepada bukan warganegara. Berapakah nilai ambang yang ditetapkan untuk pendaftaran secara mandatori bagi perkhidmatan ini ?
NIL
RM500,000
RM1,000,000
RM1,500,000
Sebuah premis telah menjalankan aktiviti perniagaan bagi dua (2) perkhidmatan iaitu kiropraktik dan fisioterapi. Pilih penyataan yang betul berkaitan bagaimana pengiraan nilai ambang dan pendaftaran SST dilakukan.
Pengiraan nilai ambang berjumlah RM1.5 juta adalah dikira secara berasingan bagi perkhidmatan kiropraktik dan fisioterapi. Manakala, pendaftaran SST menggunakan 1 kod aktiviti perkhidmatan yang sama iaitu perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari
Pengiraan nilai ambang berjumlah RM1.5 juta adalah dikira secara berasingan bagi perkhidmatan kiropraktik dan fisioterapi. Manakala, pendaftaran SST menggunakan 2 kod aktiviti perkhidmatan secara berasingan iaitu perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari dan perkhidmatan kesihatan bersekutu
Pengiraan nilai ambang berjumlah RM1.5 juta adalah dikira secara lump sum bagi perkhidmatan kiropraktik dan fisioterapi. Manakala, pendaftaran SST menggunakan 1 kod aktiviti perkhidmatan yang sama iaitu perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari
Pengiraan nilai ambang berjumlah RM1.5 juta adalah dikira secara lump sum bagi perkhidmatan kiropraktik dan fisioterapi. Manakala, pendaftaran SST menggunakan 2 kod aktiviti perkhidmatan secara berasingan iaitu perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari dan perkhidmatan kesihatan bersekutu
Sekolah Antarabangsa JK mengutip ‘School Development Fund Levy’ daripada pelajar bagi setiap semester (3 kali setahun). Dana ini dikhususkan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sekolah seperti penyediaan kolam renang, perpustakaan, makmal dan akses internet rangkaian tanpa wayar. Adakah dana yang dikutip ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan di bawah perkhidmatan pendidikan?
Ya
Tidak
Sekolah Swasta JH menyediakan diskaun kakitangan kepada anak-anak kakitangan yang belajar di Sekolah Swasta JH. Diskaun kakitangan ini berbentuk 50% diskaun daripada jumlah yuran dan ada juga keadaan di mana kakitangan mendapat diskaun sehingga 100%. Adakah diskaun ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan dan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas nilai bersih selepas diskaun atau nilai kasar sebelum diskaun?
Ya, nilai bersih
Tidak, nilai kasar
Ya, nilai kasar
Tidak, nilai bersih
John adalah seorang pelajar antarabangsa di Universiti Multimultimedia. Bermula 1 Julai 2025, perkhidmatan pendidikan telah diwartakan menjadi perkhidmatan bercukai di bawah Kumpulan M, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Universiti Multimultimedia telah menjadi orang berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan tarikh kuat kuasa pendaftaran adalah pada 1 September 2025. John berhasrat untuk menyelesaikan pembayaran penuh bagi baki yuran-yuran semester yang akan datang.
Pilih pernyataan yang sesuai bagi situasi di atas :
John membuat bayaran penuh sebelum 1 September 2025 dan dikenakan cukai perkhidmatan 6%.
John membuat bayaran penuh selepas 1 September 2025 dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
John membuat bayaran penuh selepas 1 September 2025 dan dikenakan cukai perkhidmatan 8%.
John membuat bayaran penuh sebelum 1 September 2025 dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
Pelajar OKU warganegara Malaysia yang belajar di sekolah swasta diberikan pengecualian cukai perkhidmatan melalui peruntukan Seksyen 34, Akta Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan pendidikan di bawah :
Butiran 10, Kumpulan G, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018
Butiran 10, Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018
Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 4/2025
Butiran 8, Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018
Pusat Tuisyen Bestari (PTB) merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996. PTB mempunyai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa. Yuran tuisyen bagi seorang pelajar adalah berjumlah RM1,500 sebulan.
Pilih pernyataan yang sesuai bagi situasi di atas :
PTB mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pelajar antarabangsa sahaja.
PTB mengenakan cukai perkhidmatan walaupun tidak menjadi orang berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
PTB menyediakan perkhidmatan pendidikan di bawah Butiran 3, Ruang 2, Kumpulan M, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.
PTB tidak bertanggungan untuk berdaftar disebabkan jumlah yuran bagi setiap pelajar bagi tahun akademik adalah tidak melebihi RM60,000.
