wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

set 4

Total questions: 39

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Delta Kelantan mempunyai penduduk yang padat ?

a)

A Kawasan perlombongan emas

b)

B Kawasan pelancongan menarik

c)

C Pusat perindustrian kraf tangan

d)

D Tanih subur untuk pertanian

2.

Kawasan manakah mempunyai penduduk yang jarang ?

a)

A Tawau, Sabah

b)

B Sibu, Sarawak

c)

C Kapit, Sarawak

d)

D Sandakan, Sabah

3.

Peta di atas menunjukkan kawasan yang berpenduduk padat.

Mengapakah kawasan berlorek dalam peta menjadi tumpuan penduduk ?

a)

A Tanah pamah

b)

B Perlombongan petroleum

c)

C Kemudahan pelabuhan kontena

d)

D Pembukaan rancangan pembangunan tanah

4.

Berikut adalah lokasi penduduk padat di Malaysia.

*Bintulu, Sarawak

*Kerteh, Terengganu

Mengapakah lokasi di atas menjadi tumpuan penduduk ?

a)

A Pertanian ladang

b)

B Bandar pelabuhan

c)

C Industri petrokimia

d)

D Bandar pelancongan

5.

Antara berikut, kawasan manakah yang mempunyai penduduk jarang ?

I Banjaran Rocky

II Delta Sungai Nil

III Lembangan Hwang Ho

IV Lembangan Amazon

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

6.

Mengapakah kawasan tanah pamah mempunyai penduduk padat ?

a)

A Risiko keselamatan

b)

B Kos operasi tinggi

c)

C Tanah yang subur

d)

D Kawasan yang dingin

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk?

a)

Pola sebaran penduduk di sesebuah kawasan atau negara

b)

Imigrasi penduduk

c)

Dipengaruhi oleh bentuk muka bumi

d)

Terdiri daripada kawasan berpenduduk padat dan jarang

8.

Penyataan manakah yang BENAR tentang kawasan berpenduduk padat?

a)

Kepadatan kurang 20 orang sekilometer persegi

b)

Kepadatan kurang 50 orang sekilometer persegi

c)

Kepadatan kurang 200 orang sekilometer persegi

d)

Kepadatan lebih 200 orang sekilometer persegi

9.

Nyatakan 3 sebab mengapa di Lembah Klang penduduk sangat padat

a)

migrasi dalaman

b)

peluang pekerjaan

c)

kegiatan perindustrian

d)

kegiatan pertanian

10.

Nyatakan 2 cara bagaimana bandar memberi sumbangan terhadap pembangunan sosio-ekonomi di kawasan luar bandar?

a)

Membekalkan bahan mentah

b)

Membekalkan tenaga buruh

c)

Mengumpulkan hasil pertanian

d)

Memasarkan barangan industri kecil

11.

Mengapakah taburan penduduk Malaysia tidak sekata?

a)

Iklim yang tidak sesuai

b)

Jumlah penduduk terhad

c)

Bentuk muka bumi berbeza

d)

Kekurangan kemudahan pengangkutan

12.

-Kuching

-Kota Bahru


Apakah jenis kepadatan penduduk di kawasan dalam maklumat di bawah ini?

a)

penduduk padat

b)

penduduk sederhana padat

c)

penduduk jarang

d)

penduduk sangat jarang

13.

-tanah pamah

-tanah tinggi

-pinggir laut dan saliran


Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia dari segi;

a)

Faktor ekonomi

b)

Faktor fizikal

c)

Faktor sosial

d)

Dasar kerajaan

14.

-pembukaan bandar baharu


Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia dari segi;

a)

Faktor ekonomi

b)

Dasar kerajaan/governan

c)

Faktor fizikal

d)

Faktor sosial

15.

Mengapakah kebanyakan bandar utama mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?

a)

Kos hidup yang rendah

b)

Banyak peluang pekerjaan

c)

Penduduk berbilang kaum

d)

Keadaan yang selamat dan aman

16.

Antara berikut, manakah yang menerangkan taburan penduduk di Malaysia?

a)

Taburan penduduk tidak sekata

b)

Taburan penduduk sekata

c)

Penduduk bertumpu di kawasan bandar sahaja

d)

Penduduk bertumpu di kawasan pedalaman sahaja

17.

Bumi adalah sebuah

a)

Planet

b)

Bintang

c)

Bulan

d)

Asteroid

18.

Namakan 4 komponen sistem fizikal bumi

a)

Litosfera, geosfera, biosfera, stratosfera

b)

Litosfera, biosfera, mesosfera, geosfera

c)

litosfera, biosfera, atmosfera, hidrosfera

d)

litosfera, mesosfera, biosfera, hidrosfera

19.

Namakan sistem fizikal berikut

a)

hidrosfera

b)

biosfera

c)

litosfera

d)

atmosfera

20.

Lapisan bumi yang paling keras

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

21.

Lapisan bumi yang manakah merangkumi 2/3 Jisim bumi?

a)

Kerak bumi

b)

Teras luar

c)

Mantel

d)

Teras dalam

22.

Benua merupakan daratan yang luas di atas permukaan bumi, berapakah jumlah benua yang wujud pada masa ini?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

23.

Namakan benua yang berwarna kuning

a)

Eropah

b)

Asia

c)

Afrika

d)

Australia

24.

Lautan terbesar di dunia. Mempunyai purata kedalaman 4300 meter.


Maklumat di atas merujuk kepada lautan

a)

Artik

b)

Atlantik

c)

Hindi

d)

Pasifik

25.

Benua terbesar adalah

a)

Australia

b)

Eropah

c)

Asia

d)

Afrika

26.

Namakan fenomena yang menggerakkan lapisan kerak bumi

a)

arus elektrik

b)

arus perolakan

c)

arus lautan

d)

arus ekonomi

27.

Gambar diatas merujuk kepada proses pembentukan

a)

gunung bongkah

b)

gunung berapi

c)

gempa bumi

d)

gunung lipat

28.

Pergerakan kerak/plat bumi melibatkan dua proses

a)

Lagaan dan penguraian

b)

Pertembungan dan pencapahan

c)

Pertembungan dan pergelinciran

d)

Lagaan dan pemisahan

29.

Perubahan fizikal bumi tersebut dinamakan

a)

penguraian benua

b)

pengakhiran benua

c)

hanyutan benua

d)

pembesaran benua

30.

*Kayu keras

*Dirian tulen


Maklumat di atas adalah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan hutan.


Apakah kawasan hutan tersebut?

a)

Hutan konifer

b)

Hutan hujan tropika

c)

Hutan monsun tropika

d)

Hutan mediterranean

31.

Mengapakah hutan di kawasan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei?

a)

Tekanan udara tinggi

b)

Proses fotosintesis aktif

c)

Kadar kelembapan tinggi

d)

Mengurangkan kehilangan air

32.

Mengapakah tumbuh-tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat daripada Hutan Hujan tropika?

a)

Spesies hidupan liar berkurang

b)

Bekalan karbon dioksida banyak

c)

Hujan sampai terus ke permukaan bumi

d)

Tumbuhan bahagian lantai hutan menerima pancaran matahari

33.

Apakah kepentingan komponen abiotik dalam ekosistem?

a)

Membekalkan sumber makanan

b)

Menyediakan habitat fauna

c)

Mengurangkan hakisan

d)

Menghasilkan nutrien

34.

*Jenis xerofit

*Bijih benih tebal dan keras


Maklumat di atas mungkin sekali dapat dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan

a)

Hutan monsun tropika

b)

Padang rumput steppe

c)

Hutan konifer

d)

Gurun panas

35.

*Ash

*Mapple

*Sakura


Contoh tumbuh-tumbuhan semula jadi di atas boleh ditemui di kawasan

a)

Hutan konifer

b)

Hutan monsun tropika

c)

Padang rumput savana

d)

Hutan daun luruh sederhana

36.

Apakah lapisan yang mewakili lapisan renjong?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

37.

Apakah keistimewaan Hutan Hujan Tropika berbanding tumbuh-tumbuhan semula jadi yang lain di dunia?

a)

Berkayu lembut

b)

Menyerap gas oksigen

c)

Mampu menahan hakisan pantai

d)

Habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna

38.

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada persekitarannya dalam ekosistem Hutan Hujan Tropika?

a)

Sumber bahan mentah

b)

Meningkatkan eksport

c)

Peluang pekerjaan

d)

Siratan makanan

39.

*Epifit

*Liana


Apakah jenis tumbuhan dalam pernyataan di atas?

a)

Pokok berkayu keras

b)

Pokok renek yang menumpang

c)

Tumbuhan menjalar di lantai hutan

d)

Pokok beracun dalam hutan monsun tropika