wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 3 BAB 1-10

Total questions: 100

Worksheet time: 2hrs 43mins

Name
Class
Date
1.

Sistem Saraf Periferi terdiri daripada?

a)

Saraf Kranium dan Saraf Spina

b)

Saraf Tunjang dan Otak

c)

Saraf Spina dan Otak

d)

Saraf Kranium dan Saraf Tunjang

2.

Fungsi Sistem Saraf Manusia?

a)

Menyembuhkan Luka

b)

Menghasilkan Anak

c)

Mengkoordinasi Badan Manusia

d)

Mengawal Jenis Darah

3.

Contoh Tindakan Terkawal

a)

Bersin

b)

Denyutan Jantung

c)

Membaca Buku

d)

Menarik Tangan Daripada Objek Panas

4.

Contoh Tindakan Luar Kawal

a)

Bernafas

b)

Menyanyi

c)

Makan

d)

Berjalan

5.

Tindakan Luar Kawal Melibatkan?

a)

Saraf Periferi dan Saraf Spina

b)

Medula Oblongata dan Saraf Tunjang

c)

Saraf Kranium dan Otak

d)

Saraf Spina dan Saraf Tunjang

6.

Apakah Q?

a)

Saraf Periferi

b)

Otak

c)

Saraf Tunjang

d)

Saraf Kranium

7.

Apakah R

a)

Saraf Periferi

b)

Otak

c)

Saraf Tunjang

d)

Saraf Pusat

8.

Rangsangan => Reseptor => Impuls Saraf => Saraf Tunjang => Impuls Saraf => Efektor => Gerak Balas


Aliran Impuls bagi Tindakan?

a)

Tindakan Terkawal

b)

Tindakan Luar Kawal

9.

Rangsangan => Reseptor => Impuls Saraf => Otak => Impuls Saraf => Efektor => Gerak Balas


Aliran Impuls bagi Tindakan?

a)

Tindakan Terkawal

b)

Tindakan Luar Kawal

10.

Apakah fungsi koklea pada telinga?

a)

Menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi

b)

Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga

c)

Memperkuatkan getaran bunyi

d)

Menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf

11.

Osmosis ialah:

a)

Pergerakan molekul air daripada kepekatan air tinggi ke kepekatan air rendah

b)

Pergerakan molekul air daripada kepekatan air rendah ke kepekatan air tinggi

c)

Pergerakan molekul glukosa daripada kepekatan air tinggi ke kepekatan air rendah

d)

Pergerakan molekul glukosa daripada kepekatan air rendah ke kepekatan air tinggi

12.

Hujan asid

a)

disebabkan oleh gas karbon monoksida

b)

menghalang fotosintesis

c)

menyebabkan habuk terenap di liang stoma

d)

menyebabkan tanah kurang subur

13.

Laluan udara yang betul ketika kita tarik nafas ialah:

a)

Larinks - Farinks - Trakea

b)

Bronkiol - Bronkus - Alveolus

c)

Trakea - Bronkiol - Bronkus

d)

Farinks - Larinks - Trakea

14.

Ketika tarik nafas, rongga toraks mengecil atau membesar?

a)

Rongga toraks membesar

b)

Rongga toraks mengecil

15.

Ketika tarik nafas:

a)

Tekanan udara dalam rongga toraks lebih RENDAH daripada tekanan udara di luar

b)

Tekanan udara dalam rongga toraks lebih TINGGI daripada tekanan udara di luar

16.

Ketika HEMBUS nafas:

a)

Diafragma meleper

b)

Diafragma mengecut

c)

Diafragma mengendur

d)

Diafragma memendek

17.

Hemoglobin:

a)

Berpadu dengan karbon dioksida membentuk oksihemoglobin

b)

Berpadu dengan oksigen membentuk karboksihemoglobin

c)

Berpadu dengan oksigen membentuk oksihemoglobin

d)

Berpadu dengan karbon dioksida membentuk karboksihemoglobin

18.

Persamaan respirasi sel:

a)

Glukosa + Oksigen -> Karbon Dioksida + Air + Tenaga

b)

Glukosa + Karbon Dioksida -> Oksigen + Air + Tenaga

c)

Karbon Dioksida + Air -> Glukosa + Oksigen

d)

Oksigen + Air -> Glukosa + Karbon Dioksida

19.

Yang manakah BUKAN adaptasi struktur alveolus untuk meningkatkan kecekapan pertukaran gas?

a)

Jaringan kapilari meliputi alveolus

b)

Luas permukaan alveolus yang tinggi

c)

Dinding alveolus yang lembab

d)

Dinding alveolus yang tebal

20.

Berikut ialah gas yang memudaratkan sistem respirasi manusia KECUALI

a)

Tar rokok

b)

Karbon Dioksida

c)

Karbon Monoksida

d)

Sulfur Dioksida

21.

Ramli telah kehilangan banyak darah dalam kemalangan jalan raya. Setelah diperiksa,doktor mendapati kumpulan darah beliau ialah AB kumpulan darah apakah yang boleh dipindahkan kepada Ramli ?

a)

A,B dan AB

b)

A.B dan O

c)

A dan O

d)

A, B ,AB dan O

22.

Antara faktor berikut,yang manakah menentukan kumpulan darah seseorang

a)

Jenis antigen dan antibodi

b)

Warna dan kepekatan darah

c)

Jenis pemakanan yang diambil

d)

jenis antigen dan hormon

23.

Darah manusia terdiri daripada berapa komponen ?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

24.

Apakah fungsi sel darah merah ?

a)

mengangkut oksigen ke seluruh badan

b)

melawan jangkitan

c)

membantu pembekuan darah

d)

mengangkut bahan tidak larut dan haba keluar dari bahan

25.

sel yang tidak mempunyai bentuk yang tetap,mempunyai nucleus,menghasilkan antibodi dan antitoksin dan jangka hayat 2 hari hingga 2 bulan.

Penerangan tersebut berkaitan dengan ?

a)

sel darah merah

b)

platelet

c)

plasma

d)

sel darah putih

26.

Proses penyembuhan dan membaiki luka - luka pada sel dilakukan oleh ?

a)

platelet

b)

sel darah merah

c)

sel darah putih

d)

plasma

27.

Kumpulan darah manusia terdiri daripada ?

a)

A,B,C dan D

b)

A,O dan AB

c)

A dan O

d)

A,AB ,B dan O

28.

kumpulan darah manusia adalah terwaris daripada?

a)

ibu bapa

b)

nenek

c)

datuk

d)

berdasarkan watak dan personality seseorang

29.

Apakah fungsi floem?

a)

mengangkut hasil fotosintesis( glukosa ) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan

b)

mengangkut garam mineral

c)

mengangkut air ke seluruh tumbuhan

d)

menyimpan glukosa pada daun

30.

Empat batang pokok keembung yang ditanam di dalam empat pasu telah diletakkan dibeberapa kawasan berbeza. Pokok manakah yang akan layu terlebih dahulu ?

a)

di dalam ruang tamu

b)

di tepi tingkap

c)

di bawah tempat simpan kereta

d)

di kawasan lapang di hadapan rumahnya

31.

Apakah maksud proses transpirasi ?

a)

proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air

b)

proses menahan kehilangan air dari daun tumbuhan

c)

proses penyejatan air pada daun dalam bentuk wap air

d)

proses penyimpanan air pada daun tumbuhan

32.

Membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi serta menyingkirkan wap air semasa transpirasi . Maklumat berkenaan mengenai ?

a)

Xilem

b)

stomata

c)

tiub vaskular

d)

floem

33.

kadar transpirasi dipengaruhi oleh

i.cahaya

ii. suhu

iii . kelembapan udara

iv. angin

a)

I dan ii

b)

I, ii dan iii

c)

I, ii ,iii dan iv

d)

I sahaja

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan kereaktifan logam terhadap oksigen?

a)

Sejauh mana logam boleh berubah bentuk.

b)

Sejauh mana logam bertindak balas dengan oksigen.

c)

Sejauh mana logam boleh menghantar elektrik.

d)

Sejauh mana logam boleh dipanaskan tanpa berubah.

35.

Susun logam berikut mengikut kereaktifan mereka terhadap oksigen dari yang paling reaktif kepada yang kurang reaktif:

a)

Zink, Kalium, Kalsium, Magnesium

b)

Kalium, Kalsium, Magnesium, Zink

c)

Magnesium, Zink, Kalium, Kalsium

d)

Kalsium, Magnesium, Zink, Kalium

36.

Tuliskan persamaan perkataan bagi tindak balas antara Natrium dan oksigen:

a)

Natrium + Oksigen → Natrium Hidroksida

b)

Natrium + Oksigen → Natrium Karbonat

c)

Natrium + Oksigen → Natrium Oksida

d)

Natrium + Oksigen → Natrium Sulfat

37.

Mengapa logam seperti magnesium menunjukkan tindak balas yang lebih cergas dengan oksigen berbanding besi? Jelaskan.

a)

Magnesium lebih berat daripada besi

b)

Magnesium mempunyai titik lebur yang lebih tinggi.

c)

Magnesium lebih reaktif dan lebih tinggi dalam siri kereaktifan logam berbanding besi.

d)

Magnesium lebih murah dan lebih mudah didapati.

38.

Berikan kegunaan logam yang reaktif tinggi terhadap oksigen dalam kehidupan seharian dan nyatakan alasan penggunaannya

a)

Besi dalam struktur bangunan kerana kekuatan dan kestabilannya.

b)

Emas dalam perhiasan kerana kecantikan dan ketahanannya.

c)

Aluminium dalam tin minuman kerana ketahanannya terhadap kakisan.

39.

Karbon bertindak balas dengan oksida logam akan membentuk

a)

logam + air

b)

logam + oksida logam

c)

logam oksida + karbon dioksida

d)


logam + karbon dioksida

40.

Apabila kumprum (II) oksida bertindak balas dengan hidrogen, hasilnya ialah

a)

Kuprum hidrogen

b)

Kuprum hidrogen + karbon dioksida

c)


Kuprum karbon + air

d)

Kuprum + air

41.

Pilih pemerhatian yang tepat bagi logam zink dalam eksperimen untuk menentukan siri kereaktifan logam.

a)

Terbakar dengan sangat cerah dan sangat cergas.

b)

Terbakar dengan cerah dan cergas.

c)


Berbara dengan cerah dan kurang cergas.

d)


Berbara dengan malap dan perlahan.

42.

Apakah fungsi hablur kalium manganat (VII) di dalam eksperimen tersebut?

a)


Menghalang oksigen daripada terbebas ke persekitaran.

b)

Sebagai mangkin

c)

Membekalkan oksigen ke persekitaran dalam tabung uji.

d)

Tiada jawapan.

43.

Nyalaan yang marak menunjukkan logam yg mempunyai tindak balas yang ____________________.

a)

sangat reaktif

b)

kurang reaktif

44.

Apakah persamaan tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik? (What is the similarity between exothermic and endothermic reaction?)

a)

Suhu persekitaran kurang (The temperature of the surrounding decreases)

b)

Berlaku dalam perubahan kimia (Occurs in chemical changes)

c)

Haba dibebaskan ke persekitaran (Heat is released to the surrounding)

d)

Memerlukan masa yang lama untuk bertindak balas (Takes a long time to react)

45.

Tindak balas kimia boleh dibahagikan kepada dua iaitu: (Chemical reaction can be divided into two group which is: )

a)

Termokimia (thermochemistry)

b)

Endotermik (endothermic)

c)

Eksotermik (exothermic)

d)

Kondensasi (condensation)

46.

Bidang sains yang mengkaji perubahan haba dikenali sebagai ___________. (The science field which studies heat changes is known as _____________.)

a)

Kimia organik (Organic chemistry)

b)

Termokimia (Thermochemistry)

47.

Tindak balas eksotermik adalah tindak balas kimia yang ________________ dari persekitarannya. (Exothermic reaction is a chemical reaction that ______________ to its surrounding)

a)

Menyerap haba (absorb heat)

b)

Membebaskan haba (releases heat)

48.

Tandakan proses yang berkaitan dengan tindak balas endotermik (Tick the process which related to endothermic reaction)

a)

Letupan (Explotion)

b)

Membuat roti (Baking bread)

c)

Respirasi sel (Cell respiration)

d)

Fotosintesis (Photosynthesis)

49.

Tandakan proses yang berkaitan dengan tindak balas eksotermik. (Tick the process which related to exothermic reaction)

a)

Letupan (Explotion)

b)

Pembekuan air (Freezing of water)

c)

Pencairan ais (Melting of ice)

d)

Menggoreng telur (Frying an egg)

50.

Pilih jenis tindak balas yang berlaku bagi tindak balas antara natrium hidroksida dan air. (Choose the type of reaction that occurs for the reaction between sodium hydroxide and water)

a)

Tindak balas eksotermik (exothermic reaction)

b)

Tindak balas endotermik (endothermic reaction)

51.

Pilih pernyataan yang benar.

a)

Tenaga ombak merupakan sumber tenaga boleh baharu

b)

Penjanaan tenaga elektrik menggunakan pelbagai sumber baharu.

c)

Sumber tenaga tidak boleh baharu, boleh diganti

d)

Sumber tenaga boleh baharu akan kehabisan

52.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga boleh baharu?

a)

Matahari

b)

Geoterma

c)

Gas Asli

d)

Petroleum

e)

Ombak

53.

Rajah di bawah menunjukkan generator ringkas yang digunakan untuk mengkaji penghasilan arus elektrik. Apakah komponen utama dalam alat di bawah yang digunakan untuk menjana arus?

a)

Solenoid dan dawai

b)

Magnet dan LED

c)

Engkol dan solenoid

d)

Magnet dan dawai

54.

Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen. Bagaimanakah arus aruhan dapat dikesan dalam esperimen di bawah?

a)

Jarum galvanometer terpesong

b)

Pusingan dawai menjadi perlahan

c)

Magnet menghasilkan medan magnet

d)

Jarum Ammeter bergerak laju

55.

Arus apakah yang dihasilkan oleh stesen jana kuasa?

a)

Arus terus

b)

Arus Ulang alik

56.

2. Transformer apakah yang digunakan untuk menukarkan jumlah voltan arus ulang-alik dari 11kV atau 25kV yang dihasilkan di Stesen Jana Kuasa kepada 132kV, 275kV atau 500kV?

a)

Transformer ringkas

b)

Transformer injak turun

c)

Transformer injak naik

d)

Transformer megatron

57.

Mengapakah voltan arus ulang alik dinaikkan sebelum melalui Rangkaian Grid Nasional?

a)

Menurunkan nilai arus sepanjang penghantaran

b)

Mengurangkan rintangan pada kabel penghantaran

c)

Mengelakkan susutan voltan sepanjang penghantaran

d)

Mengurangkan kadar tenaga elektrik

58.

Rajah di bawah menunjukkan carta penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik. Apakah kegunaan X?

a)

Menurunkan nilai voltan arus ulang alik

b)

Menjana tenaga elektrik

c)

Membolehkan tenaga elektrik dihantar apabila diperlukan pencawang bahagian

d)

Menaikkan nilai voltan arus ulang alik

59.

Rajah di bawah menunjukkan litar kuasa dalam sistem pendawaian di dalam rumah. Apakah fungsi dawai yang berwarna hijau?

a)

Mengalirkan arus berlebihan ke Bumi

b)

Membekalkan arus pada 240V

c)

Dawai neutral

d)

Sebagai sokongan kepada dawai hidup

60.

Rajah menunjukkan satu alatan elektrik yang mempunyai arus maksimum 11.5A. Antara berikut yang manakah nilai fius yang boleh digunakan untuk alatan tersebut?

a)

11.5 A

b)

11 A

c)

10.5 A

d)

13 A

61.

Momen daya dan tenaga merupakan dua kuantiti fizik

selain kerja yang diukur dalam unit.

a)

newton meter (Nm)

b)

daya

62.

Seorang murid yang mempunyai

berat badan 400 N dengan beban di tangannya 100 N

menaiki tangga dengan tinggi tegak 3 m. Hitung kerja

yang dilakukan.

a)

500J

b)

1500J

c)

1000J

63.

Seorang buruh menarik sebuah baldi berisi simen seberat

300 N dari atas tanah ke tingkat satu sebuah bangunan

dengan menggunakan sistem takal. Tingkat satu adalah 10 m

dari tanah. Berapakah kerja yang dilakukan oleh buruh itu?

a)

3 000 J

b)

70J

c)

300J

d)

50J

64.

Kuasa, P, didefinisikan sebagai

a)

Tenaga

b)

kadar melakukan kerja, W

65.

Aizul menarik sebuah kotak di atas

landasan licin dari A ke B dengan

daya 30 N sejauh 2 m (dalam arah

daya) dalam masa 5 s.Berapakah kuasa dia

a)

12W

b)

2W

c)

10W

66.

Tenaga keupayaan graviti

a)

kerja

yang dilakukan untuk mengangkat sesuatu objek

ke suatu ketinggian, h dari permukaan Bumi

b)

sesaran pada arah daya

67.

Spring yang dimampat atau diregang mempunyai

a)

kedudukan keseimbangan

b)

tenaga keupayaan kenyal

68.

Tenaga kinetik ialah tenaga

a)

dimiliki oleh suatu objek yang pegun

b)

dimiliki oleh suatu objek yang bergerak

69.

Sebuah lif di KLCC. Lif tersebut

mengangkat suatu beban yang berjisim 1 500 kg setinggi 30 m.

Berapakah tenaga keupayaan graviti lif itu pada ketinggian

a)

450 000 J

b)

450 00 J

70.

Apakah maksud kerja berdasarkan pengetahuan anda?

a)

Kerja, W, didefinisikan sebagai hasil darab daya, F,

dan sesaran, s, dalam arah daya, iaitu W = Fs.

b)

Momen daya

c)

sesaran,

71.

Siapakah ahli sains yang menemukan sinar-X yang boleh menembusi tisu manusia?

a)

Antoine Henri Becquerel

b)

Wilhelm Conrad Rontgen

c)

Ernest Rutherford

d)

Marie Sklodowska Curie

72.

Apakah maksud bahan radioaktif?

a)

Unsur yang mempunyai nukleus yang stabil.

b)

Unsur yang mempunyai nukleus yang tidak stabil.

73.

Berikan maksud keradioaktifan.

a)

Proses pemancaran sinaran radioaktif secara spontan dan rawak daripada bahan radioaktif yang tidak stabil menjadi unsur yang lebil stabil.

b)

Proses pemancaran sinaran radioaktif secara rawak daripada radioaktif yang stabil menjadi unsur yang tidak stabil

74.

Tuliskan benar bagi pernyataan yang betul tentang keradioaktifan.

a)

Keradioaktifan diukur dalam unit Becquerel (Bq) dan unit Curie (Ci)

b)

Pereputan bahan radioaktif akan berlaku apabila ia bertindak balas dengan oksigen.

c)

Keradioaktifan adalah proses pemancaran sinar radioaktif secara spontan.

d)

Pereputan dipengaruhi oleh suhu, tekanan dan kelembapan udara.

75.

Definisikan konsep separuh hayat pereputan radioaktif.

a)

Bilangan nukleus dalam bahan radioaktif adalah sama sebelum dan selepas mereput.

b)

Masa yang diambil oleh atom-atom radioaktif untuk tidak mereput.

c)

Masa yang diambil oleh atom-atom radioaktif untuk mereput kepada separuh daripada bilangan asalnya.

76.

Zarah subatom yang manakah tidak mempunyai cas?

a)

Proton

b)

Elektron

c)

Neutron

77.

Pilih sinaran elekrromagnet berikut yang menunjukkan sinaran mengion.

a)

Sinar gama

b)

Sinar inframerah

c)

Sinar beta

d)

Cahaya nampak

78.

Sinar manakah yang akan terpesong kepada plat positif?

a)

Sinar gama

b)

Sinar beta

c)

Sinar alfa

d)

Sinar-X

79.

Yang manakah merupakan gelombsang elektromagnet berfrekuensi tinggi?

a)

Sinar gama

b)

Sinar alfa

c)

Sinar beta

80.

Terdapat dua jenis sumber mengion dalam alam sekitar semula jadi dan sumber buatan manusia. Pilih yang betul bagi sumber sinaran mengion semula jadi.

a)

Atom radioaktif yang terdapat dalam air, batu dan tanah.

b)

Sinaran inframerah, cahaya tampak dan cahaya ultraungu dalam cahaya matahari.

c)

Sinar-X yang digunakan dalam procedur perubatan

d)

Sisa radioaktif yang dibebaskan dari logi kuasa nuklear, ujian nuklear dan pelupusan sisa toksik.

81.

Matahari terdiri daripada 2 jenis gas iaitu

a)

Helium dan hidrogen

b)

Helium dan oksigen

82.

Strutur matahari terdiri dari semua berikut kecuali

a)

Kromaasfera

b)

Kromosfera

c)

Korona

d)

Fotosfera

83.

Strutur matahari terdiri dari semua berikut kecuali

a)

Kromaasfera

b)

Kromosfera

c)

Korona

d)

Fotosfera

84.

Tompok matahari ialah

a)

Kawasan paling panas dalam matahri

b)

Kawasan yang gelap pada permukaan matahari

85.

Fenomena matahari dibawah dinamakan

a)

Nyalaan suria

b)

Prominen

86.

Fenomena matahari tersebut ialah

a)

Semarak suria

b)

Lentingan jisim korona

87.

Fenomena ini dinamakan

a)

Nyalaan suria

b)

Angin suria

88.

Pernyataan manakah yang benar tentang Matahari?

a)

Matahari adalah sebuah planet yang terbentuk dari gas helium dan hidrogen

b)

Suhu permukaan Matahari jauh lebih tinggi daripada suhu teras

c)

Diameter Matahari adalah 1.4 juta meter

d)

Tarikan graviti Matahari lebih kuat berbanding tarikan graviti Bumi

89.

Apakah sinar X?

a)

Teras

b)

Korona

c)

Fotosfera

d)

Kromosfera

90.

Apakah kesan cuaca angkasa lepas terhadap Bumi?

a)

Sistem navigasi lebih tepat

b)

Kelajuan Internet lebih laju

c)

Risiko terhadap kesihatan manusia

d)

Meningkatkan kadar pereputan hujan

91.

2. Rajah di bawah menunjukkan objek yang mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria KECUALI ...

a)
b)
c)
d)
92.

Apakah ciri model yang dikemukan oleh tokoh di bawah?

a)

Pusat sistem suria adalah Bumi

b)

Model Sistem Suria berbentuk geosentrik

c)

Planet mengelilingi Matahari dalam bentuk bulatan sempurna

d)

Planet dan objek mengorbit Matahari dalam bentuk elips

93.

Apakah perbezaan yang ketara antara model sistem suria Kepler dan Copernicus?

a)

Pusat sistem suria yang berbeza

b)

Bentuk orbit planet dan objek mengelilingi Matahari

c)

Susunan planet

94.

Rajah di bawah menunjukkan model sistem suria Kepler. Antara berikut, yang manakah BUKAN Hukum Kepler?

a)

Hukum Planet

b)

Hukum Orbit

c)

Hukum Tempoh

d)

Hukum Luas

95.

Berdasarkan Hukum Tempoh Kepler, planet manakah yang paling cepat mengorbit Matahari?

a)
b)
c)
d)
96.

Antara berikut, yang manakah SALAH mengenai gambar rajah di bawah?

a)

Mempunyai pembesaran 30 kali ganda

b)

Merupakan teleskop yang pertama dicipta di dunia

c)

Dicipta oleh Galileo Galilei

d)

Dapat melihat bulan Musytari

97.

Antara berikut yang manakah merupakan maklumat yang betul berkenaan gambar rajah di bawah?

a)

Dilancarkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1958

b)

Dikenali dengan Explorer 1

c)

Mengorbit Bumi selama 4 bulan

d)

Satelit buatan manusia pertama di dunia

98.

Rajah menunjukkan seorang tokoh dalam bidang astronomi. Apakah situasi yang berkaitan dengan beliau?

a)

Orang pertama mengorbit Bumi

b)

Orang pertama menjejakkan kaki di permukaan Bulan

c)

Orang pertama mencipta teleskop

d)

Orang yang bertanggungjawab dalam pelepasan satelit Sputnik 1

99.

Rajah menunjukkan sebuah kapal angkasa menghampiri planet Musytari. Antara berikut, kapal angkasa yang manakah merupakan kapal angkasa yang pertama melepasi tali pinggang asteroid?

a)

Sputnik 1

b)

Explorer 1

c)

Voyager 2

d)

US Pioneer 10

100.

Apakah fungsi alat di bawah dalam penerokaan angkasa lepas?

a)

Menghantar angkasawan, kapal angkasa, satelit ke angkasa lepas

b)

Memastikan satelit yang mengorbit Bumi berfungsi dengan baik

c)

Membekalkan tenaga kepada satelit di angkasa lepas