wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHAGIAN A : BAB 1 ( SISTEM PEMERINTAHAN)

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah benar tentang latar belakang bagi sistem pemerintahan beraja di Thailand ?

a)

Berlandaskan ajaran agama hindu dan buddha.

b)

Hanya berlandaskan ajaran agama buddha.

c)

Bermula dengan pengaruh hindu berakhir dengan pengaruh buddha.

d)

Bermula dengan pengaruh animissme dan berakhir dengan pengaruh hindu.

2.

Yang manakah merujuk kepada peranan raja di Thailand dalam aspek ekonomi ?

a)

Raja bertanggungjawab mengumpul cukai import sahaja.

b)

Raja menjalankan sistem kerah.

c)

Raja melantik pembesar dalam urusan ekonomi

d)

Raja berperanan dalam menguruskan pembinaan infrastruktur dan mengumpul cukai import sahaja.

3.

Pernyataan yang manakah benar dalam sistem ekonomi dan kewangan negara Thailand ?

a)

Raja Thailand menguasai semua sumber harta dan pemilikan tanah, termasuklah hasil cukai.

b)

Raja Rama III berusaha mendapatkan hasil dagangan luar dengan menguasai negeri-negeri Melayu Utara.

c)

Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara sungai Pahang berjumlah $50 000 setahun.

d)

Chao Phaendin menjadi penaung kepada kegiatan ekonomi negara seperti pertanian dan perdagangan tempatan.

4.

Apakah maksud konsep Dharmaraja ?

a)

Ikatan perkahwinan raja dengan kerabat diraja.

b)

Hubungan perantaraan raja dengan para pembesar.

c)

Asas ikatan antara raja dengan rakyat.

d)

Ikatan persaudaraan yang dijalinkan dengan Dinasti Nguyen pada 1795.

5.

Berdasarkan peranan raja di Thailand dalam aspek adat istiadat, apakah tujuan upacara meminu8m air ketaatan ?

a)

Mengangkat martabat raja sebagai jelmaan dewa hindu.

b)

Simbol penyucian dosa dan menghapus hukuman.

c)

Sebagai lambang kesetiaan rakyat kepada raja.

6.

Apakah maksud sistem kerah yang dilaksanakan kepada rakyat lelaki yang sihat tubuh badan di Thailand ?

a)

Mereka diwajibkan bekerja untuk raja tanpa bayaran

b)

Mereka diberi gaji oleh para pembesar untuk membina jalan.

c)

Mereka hanya perlu menyertai tentera semasa aman.

d)

Merekia dikecualikan daripada semua tugas membina.

7.

Dalam sistem pembesar di Thailand, apakah asas utama yang digunakan oleh raja untuk melantik pembesar ?

a)

Berdasarkan kelayakan akademik.

b)

Berdasarkan undian rakyat.

c)

Berdasarkan warisan.

d)

Berdasarkan peperiksaan.

8.

Golongan pembesar yang berasal dari kerabat diraja di Thailand dikenali dengan gelaran apa ?

a)

Rama

b)

Nai

c)

Khunnang

d)

Chao

9.

Siapakah yang mengasaskan sistem pemerintahan beraja mutlak di Vietnam pada tahun 1801?

a)

Nguyen Anh

b)

Gia Khanh

c)

Tran Quoc

10.

Apakah gelaran yang digunakan oleh Nguyen Anh selepas menubuhkan pemerintahannya?

a)

Maharaja Bao Dai

b)

Raja Nguyen Phu

c)

Maharaja Gia Long

11.

Sistem pemerintahan Vietnam berasaskan pengaruh dari negara mana?

a)

Jepun

b)

China

c)

India

12.

Dalam sistem pemerintahan Dinasti Nguyen, siapakah yang membantu raja mentadbir kerajaan?

a)

Paderi dan sami

b)

Pembesar di peringkat pusat, wilayah dan kampung

c)

Tentera asing

13.

Apakah kedudukan raja dalam masyarakat Vietnam pada zaman Dinasti Nguyen?

a)

Dipandang mulia dan mempunyai kedudukan istimewa

b)

Sama taraf dengan rakyat biasa

c)

Tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan

14.

Apakah maksud gelaran “Mein-tu” yang diberikan kepada maharaja Vietnam?

a)

Menegakkan undang-undang

b)

Tunduk kepada undang-undang

c)

Mengatasi undang-undang

15.

Apakah peranan utama maharaja dalam bidang politik?

a)

Menguruskan hasil pertanian

b)

Menggubal undang-undang dan mempunyai kuasa tertinggi dalam undang-undang negara

c)

Mengajar ilmu falsafah kepada rakyat

16.

Selain menguruskan cukai dan perdagangan, apakah tugas lain pembesar dalam sistem ekonomi Vietnam?

a)

Mengawal pelabuhan antarabangsa sahaja

b)

Menentukan sistem sukatan, timbangan dan ukuran

c)

Mengeluarkan lesen perniagaan

17.

Apakah kuasa kehakiman yang dimiliki oleh maharaja Vietnam?

a)

Bertindak sebagai ketua hakim dan boleh menjatuhkan hukuman bunuh

b)

Hanya menjadi saksi dalam kes

c)

Tidak mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman

18.

Mengapakah pembesar dilantik oleh maharaja dalam urusan perdagangan dan ekonomi?

a)

Untuk mengutip hasil bagi diri sendiri

b)

Untuk menggantikan raja sepenuhnya

c)

Untuk menjadi wakil baginda dalam pelaksanaan tugas kerajaan

19.

Apakah peranan maharaja dalam hal adat resam dan adat istiadat diraja?

a)

Menyerahkan tugas tersebut kepada pembesar tempatan

b)

Mengetuai adat resam dan adat istiadat diraja

c)

Tidak terlibat langsung dalam adat istiadat

20.

Apakah peranan maharaja dalam bidang keagamaan?

a)

Sebagai ketua agama Buddha

b)

Sebagai paderi Kristian

c)

Sebagai penasihat kepada pendeta Hindu

21.

Siapakah yang menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan di bawah perintah maharaja?

a)

Tentera kerajaan

b)

Petani tempatan

c)

Pegawai yang dilantik daripada kerabat diraja