Font size
WorksheetsKUIZ LESU UPAYA
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah maksud lesu upaya ?
Keadaan seseorang yang terlalu gembira untuk bekerja
Keadaan keletihan fizikal, emosi dan mental akibat tekanan berpanjangan
Keadaan seseorang yang tidak mempunyai pekerjaan
Keadaan seseorang yang malas untuk belajar
Ahmad telah mengalami tekanan yang berterusan sehingga menjejaskan kesihatan dan hubungan sosial.
Berdasarkan situasi di atas, apakah tahap yang sedang dihadapi oleh Ahmad ?
Tekanan Awal
(Honeymoon phase)
Permulaan Stres
(Onset of stress phase)
Stres Kronik
(Chronic phase)
Lesu Upaya
(Burnout phase)
Apakah simptom lesu upaya dari segi fizikal bagi seseorang yang mengalami lesu upaya ?
Sakit kepala
Berasa sedih
Rajin menyelesaikan tugasan
Sentiasa berasa letih
Jayden menjadi semakin mudah marah dan sering berputus asa semasa melakukan sesuatu kerana Jayden telah mengalami masalah lesu upaya.
Berdasarkan situasi tersebut, apakah jenis simptom yang ditunjukkan oleh Jayden ?
Emosi
Fizikal
Sosial
Tingkah laku
Sara sering dibebani dengan banyak tugasan, kurang rehat, dan tekanan untuk mencapai keputusan cemerlang. Akibatnya, dia mula berasa letih dan hilang motivasi untuk belajar.
Berdasarkan situasi di atas, apakah punca utama lesu upaya yang dialami oleh Sara?
Kekurangan sokongan sosial
Faktor Individu
Harapan yang terlalu tinggi
Tekanan yang berlebihan
Kekurangan ____ ___ akan menyebabkan seseorang akan menarik diri daripada aktiviti sosial dan mewujudkan pemikiran negatif seperti seseorang akan berasa dirinya tidak disukai oleh orang lain.
(a)
Apakah kesan jangka panjang jika lesu upaya tidak dapat ditangani?
Keyakinan diri semakin meningkat
Penurunan prestasi
Menghadapi masalah emosi dan mental
Berfikir positif dan bersemangat
Amir bekerja di tempat yang mempunyai suasana tegang dan kurang sokongan daripada rakan sekerja. Dia berasa tertekan dan tidak bersemangat untuk meneruskan tugas hariannya.
Berdasarkan situasi di atas, apakah kesan lesu upaya akan dihadapi oleh Amir?
(a)
Apakah cara yang sesuai untuk menangani masalah lesu upaya ?
Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
Menyertai aktiviti yang tidak bermanfaat
Bergaduh dengan orang lain
Meluahkan perasaan kepada ahli keluarga
Antara berikut, yang manakah menggambarkan cara mengambil masa untuk diri sendiri bagi mengatasi lesu upaya?
Melakukan aktiviti yang berminat
Meningkatkan beban kerja supaya lebih produktif
Mengelakkan aktiviti sosial
Terus bekerja tanpa henti
