NEW
Font size
WorksheetsCABARAN MORAL DI TEMPAT KERJA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
SOALAN 1
Cabaran Moral di Tempat Kerja 1. Antara berikut, yang manakah contoh penyalahgunaan jawatan rasmi?
Menghadiri kursus latihan atas arahan majikan
Menggunakan aset syarikat untuk tujuan peribadi
Menyimpan dokumen pelanggan dengan selamat
Membantu rakan sekerja menyelesaikan tugasan
SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan integriti dalam konteks tempat kerja?
Keupayaan menyesuaikan diri dalam organisasi
Kecenderungan untuk mencari keuntungan sendiri
Tindakan berpegang kepada nilai kejujuran dan amanah
Keinginan untuk mencapai kejayaan dengan cepat
SOALAN 3
Sogokan (bribery) berlaku apabila seseorang:
Memberi hadiah kepada rakan sekerja sempena ulang tahun
Memberi atau menerima sesuatu bagi mempengaruhi keputusan rasmi
Membeli cenderamata syarikat untuk pelanggan
Membayar cukai tepat pada waktunya
SOALAN 4
Apakah contoh kewajipan kepada pihak ketiga yang menimbulkan dilema moral?
Melaksanakan tanggungjawab terhadap majikan
Mendedahkan rahsia syarikat kepada pesaing
Menghadiri mesyuarat bersama pelanggan
Memberi laporan prestasi kepada ketua jabatan
SOALAN 5
Apakah maksud perdagangan maklumat dalaman (insider trading)?
Menjual produk syarikat kepada pelanggan biasa
Menggunakan maklumat sulit syarikat untuk keuntungan peribadi
Mengiklankan produk syarikat di media sosial
Mengurus kontrak pembekalan dengan pihak luar
SOALAN 6
Konsep kepelbagaian di tempat kerja merujuk kepada:
Perbezaan dalam latar belakang, jantina, kaum, dan kepercayaan
Perbezaan dalam tahap pendidikan sahaja
Pembahagian kerja berdasarkan umur
Peningkatan jumlah pekerja tetap
SOALAN 7
Kesaksamaan dalam organisasi bermaksud:
. Semua pekerja mesti diberi ganjaran sama rata tanpa mengira prestasi
Pekerja lelaki diberi keutamaan berbanding wanita
Pekerja diberi peluang yang adil tanpa diskriminasi
Pekerja berpengalaman diberi semua tanggungjawab utama
SOALAN 8
Diskriminasi di tempat kerja boleh berlaku apabila:
Majikan menilai pekerja berdasarkan prestasi kerja
Peluang kenaikan pangkat diberikan berdasarkan merit
Seorang pekerja dinafikan hak kerana jantina atau kaum
Pekerja diberi latihan kemahiran baharu
SOALAN 9
Berikut adalah contoh layanan keutamaan (preferential treatment) KECUALI:
Memberi waktu kerja fleksibel kepada ibu tunggal
Menyediakan kemudahan khas untuk pekerja OKU
Melantik saudara terdekat tanpa melihat kelayakan
Memberi peluang latihan tambahan kepada pekerja wanita dalam bidang teknikal
SOALAN 10
Isu etika berkaitan kepelbagaian biasanya timbul apabila
Syarikat menerima pekerja daripada pelbagai kaum
Pekerja diberi peluang bersuara dalam mesyuarat
Semua pekerja mengikuti peraturan organisasi
Pekerja berasa terpinggir disebabkan latar belakang mereka
SOALAN 11
Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemberi maklumat (whistle blower)?
Pekerja yang membocorkan rahsia syarikat kepada pesaing
Pekerja yang melaporkan salah laku dalam organisasi
Pegawai yang menandatangani kontrak baru
Pekerja yang menilai prestasi rakan sekerja
SOALAN 12
Tujuan utama tindakan whistle blowing ialah untuk:
Menyebarkan maklumat rahsia syarikat kepada umum
Menyembunyikan kesalahan dalaman organisasi
Melaporkan salah laku demi menjaga integriti organisasi
Meningkatkan reputasi individu di tempat kerja
SOALAN 13
Apakah penyebab utama seseorang menjadi pemberi maklumat?
Dorongan untuk mendapatkan ganjaran kewangan
Tekanan daripada pihak luar
Rasa tanggungjawab moral terhadap organisasi
Rasa tidak puas hati terhadap majikan
SOALAN 14
Antara berikut, yang manakah bukan situasi sesuai untuk whistle blowing?
Apabila berlaku rasuah dalam organisasi
Apabila ketua menyeleweng dana syarikat
Apabila maklumat sulit digunakan secara salah
Apabila ingin menjatuhkan reputasi seseorang tanpa bukti
SOALAN 15
Mengapakah tindakan melaporkan salah laku secara beretika dianggap wajar?
Ia menunjukkan kesetiaan kepada rakan sekerja
Ia membantu melindungi imej organisasi dan masyarakat
Ia meningkatkan tekanan dalam kalangan pekerja
Ia membolehkan pekerja mengelak tanggungjawab
