wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PRA UASA

Total questions: 32

Worksheet time: 2hrs 27mins

Name
Class
Date
1.
Apakah jenis bahan yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma?
a)
Bahan terbiodegradasi
b)
Bahan tidak terbiodegradasi
c)
Bahan organik
d)
Bahan buangan manusia
2.
Rajah menunjukkan bahagian P, Q, R dan S dalam organ pembiakan lelaki. Antara bahagian berikut, yang manakah menyalurkan sperma ke dalam organ pembiakan perempuan?
a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
3.
Rajah menunjukkan bahagian P, Q, R dan S dalam organ pembiakan lelaki. Antara bahagian berikut, yang manakah menghasilkan sperma
a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
4.
Rajah menunjukkan bahagian P, Q, R dan S pada tubuh manusia. Antara yang berikut, yang manakah ialah sistem saraf periferi?
a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
5.
Bahagian sistem saraf yang manakah berfungsi untuk menghantar maklumat dari bahagian badan ke sistem saraf pusat?
a)
Otak
b)
Saraf tunjang
c)
Saraf periferi
d)
Bell Palsy
6.

Jadual menunjukkan jarak perjalanan dan masa yang diambil oleh empat buah bas P, Q, R dan S. Bas manakah paling laju

a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
7.
Rajah 2 menunjukkan suatu fenomena gerhana. Apakah jenis gerhana yang dialami oleh penduduk Bumi di kawasan P?
a)
Gerhana Bulan penuh
b)
Gerhana Matahari penuh
c)
Gerhana Bulan separa
d)
Gerhana Matahari separa
8.
Rajah menunjukkan kejadian gerhana Bulan. Apakah jenis gerhana pada kedudukan R?
a)
Gerhana Bulan separa
b)
Gerhana Bulan penuh
c)
Gerhana Matahari
d)
Gerhana Matahari separa
9.
Rajah menunjukkan kejadian gerhana Bulan. Bagaimanakah fenomena ini boleh terjadi?
a)
Bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garis lurus
b)
Putaran bumi pada paksinya
c)
Peredaran bumi mengelilingi matahari
d)
Peredaran bulan mengelilingi bumi
10.
Apakah sifat-sifat cahaya yang menyebabkan berlakunya gerhana? pilih 2 jawapan
a)
Cahaya bergerak lurus
b)
Cahaya boleh dibiaskan
c)
Cahaya tidak dapat menembusi objek legap
d)
Cahaya boleh dipantulkan
11.

Jadual 1 menunjukkan pemerhatian terhadap mikroorganisma yang didapati dalam sekeping roti yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar tahun enam. Apakah pemerhatian tentang jumlah bintik-bintik hitam pada roti tersebut?

a)
Jumlah bintik -bintik hitam semakin berkurang
b)
Jumlah bintik-bintik hitam paling banyak pada hari ke 2
c)
Jumlah bintik-bintik hitam paling banyak pada hari ke 3
d)
Jumlah bintik-bintik hitam paling banyak pada hari ke 4
12.

Jadual menunjukkan pemerhatian terhadap mikroorganisma yang didapati dalam sekeping roti yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar tahun enam. Berikan inferens tentang pemerhatian kamu tadi

a)
Kerana kulapok roti bergerak
b)
Kerana kulapok roti bernafas
c)
Kerana kulapok roti bertumbuh dan membiak
d)
Kerana kulapok roti tidak aktif
13.

Jadual 1 menunjukkan pemerhatian terhadap mikroorganisma yang didapati dalam sekeping roti yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar tahun enam. Apakah corak pola pertumbuhan kulapok roti dalam penyiasatan ini.

a)
Bertambah
b)
Berkurang
c)
Mendatar
d)
Menurun
14.

Jadual menunjukkan pemerhatian terhadap mikroorganisma yang didapati dalam sekeping roti yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar tahun enam. Carta palang yang manakah menunjukkan pertumbuhan mikroorganisma pada roti tersebut.

a)

Option 1

b)

Option 2

c)

Option 3

d)

Option 4

15.

Rajah menunjukkan penyiasatan untuk pengawetan makanan. Apakah pembolehubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini?

a)
Potongan mangga
b)
Jenis larutan
c)
Jenis buah
d)
Saiz bekas
16.

Rajah menunjukkan penyiasatan untuk pengawetan makanan. Apakah pembolehubah bergerakbalas dalam penyiasatan ini?

a)
Keadaan mangga
b)
Jenis larutan
c)
Jenis buah
d)
Saiz bekas
17.

Rajah menunjukkan penyiasatan untuk pengawetan makanan. Apakah pembolehubah dimalarkan dalam penyiasatan ini?

a)
Keadaan mangga
b)
Jenis larutan
c)
Jenis buah
d)
Saiz bekas
18.

Rajah menunjukkan penyiasatan untuk pengawetan makanan. Berdasarkan penyiasatan, nyatakan pemerhatian

a)
Keadaan mangga selepas 10 hari dalam kedua-dua bekas masih segar.
b)
Keadaan mangga selepas 10 hari dalam kedua-dua bekas telah rosak.
c)
Keadaan mangga selepas 10 hari dalam bekas larutan gula dan cuka telah rosak manakala dalam bekas air paip masih segar
d)
Keadaan mangga selepas 10 hari dalam bekas jenis larutan air paip telah rosak manakala dalam bekas jenis larutan gula dan cuka masih segar.
19.

Rajah menunjukkan penyiasatan untuk pengawetan makanan. Berikan inferens bagi pemerhatian di atas

a)
Kerana mikrooganisma tidak aktif dalam keadaan berasid tetapi aktif dalam keadaan neutral
b)
Kerana Mikroorganisma aktif dalam keadaan berasid tetapi tidak aktif dalam keadaan neutral.
c)
Kerana buah dalam kedua-dua botol tidak dimakan ulat
d)
Kerana buah dalam kedua-dua botol dimakan ulat
20.

Rajah menunjukkan penyiasatan untuk pengawetan makanan. Apakah hipotesis yang sesuai untuk penyiasatan ini?

a)
Jika jenis larutan gula dan cuka, maka keadaan mangga selepas 10 hari akan rosak.
b)
Jika jenis larutan gula dan cuka, maka keadaan mangga selepas 10 hari masih segar
c)
Jika jenis larutan air, maka keadaan mangga selepas 10 hari masih segar.
d)
Jika jenis larutan air, maka keadaan mangga tidak berubah
21.

Rajah menunjukkan seorang murid cuba menarik sebuah kotak yang besar dan berat. Antara yang berikut, yang manakah dapat membantu murid itu menarik kotak dengan lebih mudah?

a)
Menggunakan alas pengguling
b)
Menyapu lilin pada permukaan kotak
c)
Menggunakan tali yang lebih pendek
d)
Menggunakan tali yang lebih panjang
22.

Rajah menunjukkan cara yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu untuk memindahkan objek yang berat. Apakah fungsi kayu penggolek yang diletakkan di bawah objek itu?

a)
Mengurangkan daya tarikan yang dihasilkan oleh objek berat
b)
Mengurangkan daya geseran antara objek dan permukaan lantai
c)
Memudahkan objek berat bergerak di permukaan yang tidak rata
d)
Mengurangkan daya tarikan graviti terhadap objek bera
23.
Apakah 2 faktor yang mempengaruhi daya geseran
a)
Bentuk objek
b)
Luas permukaan objek
c)
Jisim objek
d)
Ketinggian objek
24.
Apakah yang akan berlaku jika Ahmad menggunakan kasut yang mempunyai tapak yang haus di atas permukaan yang licin?
a)
Dia akan tergelincir
b)
Dia dapat berjalan dengan cepat
c)
Dia dapat berjalan dengan lebih selesa
d)
Tiada apa-apa yang berlaku
25.
Antara berikut, yang manakah keburukan daya geseran?
a)
Menghentikan kenderaan bergerak
b)
Menghauskan tayar kereta
c)
Mengelakkan kita tergelincir
d)
menghasilkan bunyi bising
26.
Antara berikut, yang manakah kebaikan daya geseran?
a)
Menghentikan kenderaan bergerak
b)
Menghauskan tayar kereta
c)
Mengelakkan kita tergelincir
d)
menghasilkan bunyi bising
27.
Apakah 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan objek
a)
Ketinggian objek
b)
Jisim objek
c)
Bentuk objek
d)
Luas tapak objek
28.
Bagaimanakah straw berfungsi apabila kita menyedut air?
a)
Tekanan udara luar sama dengan tekanan udara dalam straw
b)
Tekanan udara luar lebih tinggi daripada tekanan udara dalam straw
c)
Tekanan udara luar lebih rendah daripada tekanan udara dalam straw
d)
Tekanan udara luar tidak sama dengan tekanan udara dalam straw
29.
Apakah yang akan berlaku jika kita mengunakan straw yang berlubang? berikan inferens.
a)
Air dapat disedut kerana tekanan udara luar dan dalam straw sama.
b)
Air dapat disedut kerana tekanan udara luar lebih tinggi daripada tekanan dalam straw
c)
Ait tidak dapat disedut kerana tekanan udara luar dan dalam straw sama
d)
Air tidak dapat disedut kerana tekanan udara luar lebih rendah daripada tekanan dalam straw
30.

Gelas manakah yang lebih stabil

a)

P

b)

Q

31.

Apakah inferens tentang jawapan kamu tadi

a)

P mempunyai ketinggian yang lebih tinggi

b)

P mempunyai saiz tapak yang lebih kecil

c)

Q mempunyai saiz tapak yang lebih besar

d)

Q mempunyai ketinggian yang lebih rendah

32.

Azam ingin membina reban ayam. Berikan cara supaya reban ayam lebih kukuh.

a)

Menggunakan besi

b)

Menggunakan plastik

c)

Membina bumbung berbentuk piramid

d)

Membina bumbung berbentuk kuboid