Font size
WorksheetsTEROKA BAHASA
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
KATA KERJA
Ibu sedang __________ baju di ampian.
menyidai
memacak
menghias
menjahit
KATA KERJA
Hobi Encik Rahmat ialah ________ ikan pada waktu lapang.
menangkap
memanjat
memancing
menjala
KATA KERJA
Abang ____________ motosikal ke tempat kerjanya.
mengayuh
menunggang
menaiki
memandu
KATA KERJA
Ibu __________ ikan di dapur.
menggoreng
memasak
menyiang
memotong
KATA KERJA
Rantai basikal Ahmad terputus. Dia terpaksa ________ basikalnya sehingga ke sekolah.
menarik
menunggang
menolak
menuntun
KATA NAMA KHAS
_________ ialah bunga kebangsaan Malaysia.
Bunga Raya
Bunga Cempaka
Bunga Mawar
Bunga Melur
KATA NAMA AM
Oren seekor ________ yang jinak.
tupai
kucing
anjing
arnab
KATA NAMA KHAS
Saya bersekolah di ___________. Sekolah saya terletak di daerah Sepang, Selangor.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyber
Sekolah Menengah Kebangsaan Jayacyber
KATA NAMA KHAS
___________ sebuah kereta keluaran Malaysia.
Proton Saga
prton Sage
proton saga
Proton sage
KATA NAMA AM
Pokok kelapa yang tumbang itu menghempap _________kambing.
sangkar
reban
pondok
kandang
KATA SENDI NAMA
Ayah sayang _______ kucingnya yang bernama Tompok.
akan
dengan
tentang
oleh
KATA SENDI NAMA
Wang yang saya jumpa ketika pulang _______ sekolah akan saya serahkan ______ pihak polis.
daripada, pada
kepada, daripada
dari, kepada
daripada, kepada
KATA SENDI NAMA
Ibu bapa harus mengambil berat _____ pelajaran anak-anak mereka.
akan
oleh
tentang
untuk
KATA SENDI NAMA
Badrul terpaksa pergi ke sekolah _______ bas kerana basikalnya rosak.
tetapi
dengan
supaya
kepada
KATA SENDI NAMA
Masjid Kampung Hulu ialah masjid tertua ____ negeri Melaka.
di
ke
pada
dalam
KATA ADJEKTIF
Bau daging kambing biasanya ______.
hancing
hanyir
hapak
hamis
KATA ADJEKTIF
Pisang emas yang masak _______ itu tidak sedap digoreng.
lembik
ranum
empuk
subur
PENJODOH BILANGAN
Azura membeli dua _______ roti untuk dibuat puding.
buku
keping
ulas
papan
PENJODOH BILANGAN
Murid-murid kelas 1 Dahlia diminta menulis tiga ______ pantun nasihat.
perenggan
rangkap
rawan
bilah
PENJODOH BILANGAN
Emak membeli beberapa _____ ikan tenggiri untuk dibuat bebola ikan.
biji
ulas
ekor
tongkol
PERBANDINGAN SEMACAM
rajin macam
(a)
PERBANDINGAN SEMACAM
kuat seperti
(a)
PERBANDINGAN SEMACAM
angkuh macam
(a)
PERBANDINGAN SEMACAM
kurus macam
(a)
PERBANDINGAN SEMACAM
cantik bagai
(a)
PERBANDINGAN SEMACAM
adil seperti
(a)
PENJODOH BILANGAN
Mei Ling memberi (a) bunga kepada ibunya.
PENJODOH BILANGAN
Atuk menggunakan (a) tongkat semasa berjalan.
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Baju pengantin itu sangat cantik.
(a)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Kakak sedang menggubah bunga.
(a)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Perabot itu daripada kayu jati.
(a)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Bapa Nazran seorang usahawan berjaya.
(a)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Ahli pengakap berkhemah di tepi hutan.
(a)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Surat itu daripada sahabat karibnya.
(a)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut (FN+FN), (FN+FA), (FN+FK) atau (FN+FS)
Emak Arshad guru Sains.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan. Tulis ejaan yang betul.
Barang-barang besi yang sudah burok dan rosak di dalam stor akan kami jual.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan. Tulis ejaan yang betul.
Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan. Tulis ejaan yang betul.
Ramesh perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan. Tulis ejaan yang betul.
Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan. Tulis ejaan yang betul.
Lauk gulai lemak taugeh yang dimasak oleh Mak Limah sangat lazat.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan. Tulis ejaan yang betul.
Reban ayam itu baru dibena oleh datuk beberapa minggu yang lalu.
(a)
Ayat ini mengandungi satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan. Pilih jawapan yang betul.
Arnab yang comel itu lompat semasa cuba dipegang oleh adik.
terlompat
melompat
dilompat
lompatan
Ayat ini mengandungi satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan. Pilih jawapan yang betul.
Tangan kanak-kanak itu lecur akibat terkena air teh panas yang dibancuh ibunya.
kelecuran
melecur
terlecur
melecurkan
Ayat ini mengandungi satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan. Pilih jawapan yang betul.
Puan Zaleha menghidangkan goreng pisang kepada tetamu yang bertandang ke rumahnya.
pisang goreng
gorengan pisang
pisang gorengan
menggoreng pisang
Ayat ini mengandungi satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan. Pilih jawapan yang betul.
Beberapa cadangan-cadangan akan dikemukakan pada mesyuarat itu nanti.
Beberapa cadang
Cadangan
Beberapa cadangkan
Beberapa cadangan
KATA SERU
_______, sombongnya gadis ini!
Wah
Cis
Amboi
Hai
KATA SERU
_____, aku tidak mahu tahu tentang perkara itu!
Aduh
Oh
Cis
Ah
KATA TANYA
________ yang memungkinkan pelancong tertarik untuk ke Pulau Kapas?
Mengapakah
Kenapakah
Apakah
Siapakah
KATA TANYA
Barang-barang yang saya tempah minggu lepas ________?
bila
mana
kenapa
siapa
KATA TANYA
________ nama tikus belanda pelihatraan kamu?
Siapakah
Dimanakah
Bilakah
Apakah
