WorksheetsJawab semua soalan.
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah tujuan perniagaan?
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membantu masyarakat setempat
Menambahkan pendapatan negara
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri satu bentuk pemilikan perniagaan. [Bilangan ahli antara 2 hingga tiada had maksimum] [Saham boleh diurusniaga di Bursa Saham Malaysia] Apakah contoh bentuk pemilikan tersebut?
Alam Indah PLT
Maybank Berhad
Nur Khalifah Sdn. Bhd.
Restoran Aina dan Rakan-rakan
Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan perkhidmatan berdasarkan saiz. I: Jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta. II: Bilangan pekerja 30 hingga kurang daripada 75. Klasifikasi saiz manakah yang tepat?
I Sederhana; II Kecil
I Sederhana; II Besar
I Kecil; II Sederhana
I Kecil; II Besar
Gambar berikut menunjukkan sebuah perniagaan. Pernyataan yang manakah benar tentang skala perniagaan Kedai Runcit Asyraf?
Saiz pasaran besar
Saiz pasaran kecil
Skala perniagaan negeri
Sumbangan modal daripada pekongsi
Apakah maksud trend persekitaran perniagaan?
Keadaan pasaran yang kekal untuk tempoh panjang
Isu politik yang menjejaskan operasi perniagaan
Arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
Strategi perniagaan yang digunakan oleh pesaing
Maklumat berikut menunjukkan satu jenis pengangguran. [Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid 19 menyebabkan Pasaraya Yakin tidak dapat beroperasi selama 6 bulan. Pasaraya terpaksa memberhentikan sebahagian pekerja disebabkan tidak mampu membayar gaji mereka.] Bagaimanakah kerajaan mengatasi pengangguran di atas?
Memberikan pengecualian cukai
Menjalankan dasar fiskal dan kewangan
Menghadkan penggunaan mesin untuk proses yang sukar
Membuat perancangan yang sesuai dengan trend perubahan ekonomi
Berikut merupakan maklumat bagi sebuah perniagaan. [Tenaga Mentari Malaysia Sdn Bhd mengumumkan jalinan kontrak bersama Tenaga Hijau Sdn Bhd yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina solar dibumbung bangunan komersial di Malaysia.] Apakah faktor luaran yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan di atas?
Politik
Ekologi
Ekonomi
Undang-undang
Apakah objektif utama organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
Meningkatkan keuntungan organisasi
Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli dalam organisasi
Menjual barang keperluan kepada orang kurang berkemampuan
Mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Kembara Sdn Bhd. [Syarikat Kembara Sdn Bhd menyasarkan peningkatan pengeluaran peralatan sukan sebanyak 30% dalam tempoh 4 tahun.] Antara berikut, manakah ciri objektif yang terlibat? I. Spesifik II. Boleh diukur III. Jangka masa IV. Boleh dicapai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan. Apakah faktor tersebut?
Teknologi
Kewangan
Undang-undang
Sumber manusia
Mengapakah analisis SWOT kita dapat mengubah dan melakukan penambahbaikan bagi mengingkaktan prestasi keuntungan. Apakah kesannya kepada pencapaian misi perniagaan?
Perniagaan berdaya saing
Meningkatkan syer pasaran
Memaksimumkan keuntungan
Meningkatkan pertumbuhan perniagaan
Pernyataan manakah merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi perniagaan?
Pemilihan kuasa
Pembahagian kerja
Pengawalan kuasa
Perancangan kerja
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan: "Encik Malik ditugaskan untuk menghubungi beberapa pembekal bagi mendapatkan sebut harga dan menilainya." Apakah bahagian fungsian yang Encik Malik terlibat?
Pembelian
Pemasaran
Pengagihan
Pengeluaran
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam organisasi perniagaan? I Memudahkan aktiviti kewangan dan perakaunan II Mempercepat sistem pengeluaran dan pengedaran III Memudahkan pekerja melayari internet untuk hiburan IV Menghasilkan produk yang menepati standard yang ditetapkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah merupakan interaksi antara bahagian fungsian perniagaa kecil dengan perniagaan besar? I Perniagaan kecil menggunakan kaedah tradisional dalam pengurusan sumber manusia II Perniagaan besar membantu perniagaan kecil mengurus sumber manusia dengan baik III Perniagaan kecil menggunakan sistem pentadbiran sendiri mengikut keupayaan IV Perniagaan besar memastikan sistem pentadbiran yang baik digunakan dalam perniagaan perniagaan kecil.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut merupakan salah satu konsep pengurusan yang diamalkan dalam perniagaan. Apakah kesan konsep pengurusan tersebut terhadap pekerja?
Menyelesaikan masalah segera
Meningkatkan prestasi pasukan
Memantapkan budaya profesional
Mewujudkan semangat berpasukan
Apakah contoh jenis kemahiran kebolehkerejaan yang boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan?
Penggunaan teknologi lama
Kemahiran komunikasi yang baik
Penyertaan aktiviti sosial dan komuniti
Bekerja secara individu sepanjang masa
Pernyataan berikut berkaitan faktor penentuan sistem penggajian: "En Asyraf merupakan seorang penyelia Kilang Roti Gebu Sdn Bhd yang bertugas di cawangan Kluang, Johor. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus operasi kilang di cawangan Johor Bahru dengan kenaikan gaji daripada RM2,500 kepada RM4,300." Apakah faktor yang menyebabkan perubahan gaji tersebut? I Peraturan kerajaan II Permintaan buruh III Lokasi pekerjaan IV Jenis tugas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan tujuan mengurus sumber fizikal sesebuah perniagaan? I Memastikan sumber dalam keadaan selamat II Memastikan sumber berfungsi untuk penghasilan produk III Memastikan sumber yang ada dapat membantu mengelakkan kesilapan IV Memastikan sumber dapat membantu perniagaan membuat keputusan yang tepat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah prosedur yang sesuai bagi mengelakkan sebuah syarikat perabot daripada mengalami kerugian akibat kerosakan mesin?
Melantik pekerja asing bagi mengendalikan mesin
Mendapatkan perlindungan insurans terhadap semua mesin
Melakukan penyelenggaraan dan baik pulih secara berkala
Menggantikan semua mesin lama dengan yang baharu
Antara yang berikut, manakah merupakan kepentingan mengurus sumber teknologi? I. Memastikan kualiti produk tercapai dan memenuhi kepuasan pelanggan. II. Memastikan sumber teknologi digunakan dengan berkesan dan sepenuhnya. III. Memastikan peruntukan perundangan sumber teknologi diurus dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya. IV. Memastikan sumber teknologi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut menunjukkan sumber teknologi. Bagaimanakah prosedur mengurus sumber teknologi di atas?
Mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Membeli insurans bagi melindungi sumber teknologi
Mendapatkan perlindungan hak cipta terpelihara
Melakukan penyelenggaraan secara berkala
Gambar menunjukkan kaedah sebuah syarikat logistik kecil memantau stok barang. Antara berikut, manakah merupakan aplikasi pengurusan sumber fizikal dalam perniagaan yang mampan? I. Menyusun barangan di atas lantai untuk memudahkan akses II. Penggunaan sistem pengimbas kod bar untuk mencatat inventori III. Penggunaan perisian inventori untuk merekod keluar masuk stok IV. Menyediakan rak logistik di luar premis perniagaan untuk simpanan bahan dengan teratur
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan Syarikat Biskut Rangup Suria. Syarikat Biskut Rangup Suria mengambil insurans untuk melindungi bangunan perniagaannya dan mendaftar paten produk bagi melindungi produk daripada ditiru oleh pihak lain. Apakah kesan yang diperolehi oleh Syarikat tersebut?
Mengurangkan semangat kerja pekerja
Menyebabkan peningkatan kos operasi
Memudahkan urusan penghasilan produk
Mengurangkan kualiti produk yang dihasilkan
Apakah kelebihan sumber pembiayaan dalaman?
Perlukan cagaran dalam bentuk aset tetap
Perniagaan tidak perlu membayar faedah atas pinjaman
Pinjaman boleh diselaraskan mengikut keperluan semasa
Pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam
Penyataan berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan. "Barang berharga dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman" Apakah sumber pembiayaan luaran yang terlibat?
Pajakan
Ar-Rahnu
Sewa beli
Pemfaktoran
Gambar berikut berkaitan dengan perbualan antara Ahmad dan Mikail. Ahmad: "Saya ingin mengubah suai kedai tetapi mengalami kekurangan modal". Mikail: "Kita boleh memohon pinjaman daripada agensi kerajaan, namun terdapat prosedur yang perlu dipatuhi." Apakah dokumen yang diperlukan untuk memenuhi prosedur di atas?
Salinan lesen GDL
Salinan akaun bank
Salinan sijil kelahiran
Salinan pendaftaran perniagaan
Butiran yang manakah berkaitan dengan belanja dalam penyata pendapatan perniagaan?
Utiliti
Modal
Pinjaman
Faedah simpanan
Mengapakah pihak bank memerlukan penyata kewangan sebelum meluluskan permohonan pinjaman sesebuah perniagaan?
Merancang pengagihan sumber dengan berkesan
Mengetahui kadar pulangan yang bakal diperolehi
Mengetahui kemampuan membayar hutang dan kredit
Meyakinkan para pelabur untuk melabur dalam perniagaan
Pernyataan berikut diperoleh daripada Syarikat Perintis Sdn Bhd. "Nisbah semasa Syarikat Perintis Sdn Bhd ialah 3:1". Apakah taksiran yang tepat mengenai nisbah tersebut?
Liabiliti semasa syarikat melebihi tiga kali ganda aset semasa.
Setiap RM3 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabiliti semasa
Syarikat memperoleh keuntungan melebihi tiga kali ganda daripada pelaburan
Setiap RM3 yang dilaburkan Syarikat memperoleh untung bersih sebanyak RM1
Maklumat berikut berkaitan faktor penyumbang memulakan perniagaan. "Encik Sufian telah mendapatkan nasihat daripada agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD) untuk memulakan perniagaan dalam bidang percetakan." Apakah faktor tersebut?
Bantuan Profesional
Pemasaran
Kemahiran
Latihan
Apakah contoh tanggungjawab sosial yang boleh dijalankan oleh sesebuah organisasi perniagaan?
Melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi
Memberi sampel percuma kepada pelanggan
Mendirikan pondok perhentian bas
Membina nama baik perniagaan
Antara berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan? I Akta Syarikat 2016 II Akta Hak Cipta 1997 III Akta Perhubungan Industri 1967 IV Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah menunjukkan faedah perniagaan yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan
Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan
Untuk menjadi entiti yang sah disisi undang-undang
Untuk memudahkan perniagaan menyediakan dasar perniagaan
Encik Azmin dan Encik Aniq berhasrat menubuhkan syarikat persendirian. Mengapakah mereka perlu membuat permohonan carian nama syarikat?
Untuk mencari nama yang ringkas
Untuk mencari nama yang bercirikan Malaysia
Untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama
Untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang telah didenda
Pernyataan berikut berkaitan Encik Faizal. "Encik Faizal telah mendapat sijil perakuan pendaftaran perniagaan daripada SSM." Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Faizal setelah mendapat dokumen tersebut?
Menyimpan di dalam fail supaya tidak hilang.
Menggunakannya untuk mendapatkan bantuan kerajaan.
Mempamerkan dokumen di dalam pejabat untuk pihak pengurusan
Mempamerkan di kaunter pembayaran atau tempat yang mudah dilihat
Antara berikut, dokumen manakah yang difailkan sebagai rekod kos operasi? I Bil utiliti II Bil Jualan III Bil daftar tunai IV Bil pengangkutan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut berkaitan tentang kaedah promosi. Apakah kaedah promosi tersebut?
Publisiti
Pengiklanan
Promosi jualan
Jualan langsung
Maklumat berikut berkaitan perniagaan Aisyah. Aisyah menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dan ingin memohon pembiayaan daripada institusi kewangan untuk menambahkan modal perniagaan. Institusi kewangan meminta Aisyah untuk menyediakan satu dokumen yang mengandungi maklumat lengkap perniagaan dan jumlah pinjaman yang diperlukan. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh Aisyah?
Profil syarikat
Kertas kerja jualan
Rancangan perniagaan
Buku panduan operasi
Apakah kepentingan rancangan perniagaan kepada peniaga?
Mencari pekerjaan baharu
Memberi panduan membuat pinjaman
Merancang keperluan sumber perniagaan
Membuat pelaburan untuk sesebuah perniagaan
