Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 - Mikroekonomi (Pengenalan)

Total questions: 58

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Barang modal bermaksud

a)

Barang yang dikeluarkan dalam proses pengeluaran

b)

Barang pemangkin bagi proses pengeluaran

c)

Barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain

d)

Barang yang digunakan untuk mempercepat proses pengeluaran

2.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang ciri barang awam?

a)

Wujud kos lepas dan penawarannya terhad

b)

Wujud kos lepas dan penawarannya tidak terhad

c)

Tidak wujud kos lepas dan penawarannya terhad

d)

Tidak wujud kos lepas dan penawarannya tidak terhad

3.

Antara berikut, yang manakah menggambarkan ciri barang awam?

a)

Barang yang ditawarkan secara semula jadi

b)

Barang yang boleh digunakan secara percuma

c)

Barang yang tiada kos lepas dan penawarannya terhad

d)

Barang yang tidak mempunyai kekecualian penggunaannya

4.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang sesuatu jenis barang dalam ekonomi?

a)

Barang pengganti ialah barang yang boleh digunakan secara bersama dengan barang lain

b)

Barang modal ialah barang yang akan diproses lagi sebelum boleh digunakan oleh pengguna

c)

Barang percuma ialah barang yang disediakan oleh kerajaan tanpa perlu membuat pembayaran

d)

Barang perantaraan ialah barang yang akan digunakan sebagai faktor oleh firma lain dalam proses pengeluaran

5.

Perbezaan antara lilin dan lampu jalan ialah

a)

Penawaran lilin dan lampu jalan adalah tidak terhad

b)

Lilin adalah barang ekonomi manakala lampu jalan ialah barang percuma

c)

Lilin dikeluarkan oleh firma manakala pengeluar lampu jalan ialah Kerajaan

d)

Tiada prinsip pengecualian penggunaan bagi lilin manakala ada pengecualian bagi lampu jalan

6.

Masalah asas ekonomi berpunca daripada

a)

Pengeluaran ekonomi yang tidak cekap

b)

Kehendak masyarakat yang tidak terhad

c)

Penggunaan sumber alam yang tidak optimum

d)

Pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi

7.

Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan?

a)

Kekurangan sumber ekonomi

b)

Kehendak manusia yang terhad

c)

Pengeluaran dilakukan oleh firma

d)

Semua barang melibatkan kos lepas

8.

Pemilihan penggunaan input buruh atau input modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi, iaitu

a)

Untuk siapa barang dikeluarkan

b)

Apa barang hendak dikeluarkan

c)

Berapa barang hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana barang hendak dikeluarkan

9.

Kerajaan membuat pilihan akibat masalah kekurangan untuk memaksimumkan tingkat

a)

Kepuasan

b)

Kebajikan

c)

Kecekapan

d)

Keuntungan

10.

Yang manakah benar tentang pernyataan di bawah?

a)

“Berapa barang yang hendak dikeluarkan” ditentukan oleh kerajaan

b)

“Apakah barang yang hendak dikeluarkan” memastikan masalah kekurangan dan lebihan barang tidak berlaku

c)

“Bagaimanakah barang yang hendak dikeluarkan” merujuk kepada kaedah pengeluaran yang memaksimumkan kos purata pengeluaran

d)

“Untuk siapakah barang yang hendak dikeluarkan” bergantung kepada corak pendapatan pengguna

11.

Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan masih tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat. Pernyataan ini berkaitan dengan konsep

a)

Pilihan

b)

Kos lepas

c)

Kekurangan

d)

Pembaziran

12.

Yang manakah punca masalah asas ekonomi?

a)

Pengagihan pendapatan tidak adil

b)

Pengeluaran ekonomi tidak cekap

c)

Kehendak manusia tidak terhad

d)

Penggunaan sumber tidak optimum

13.

Ketidakcekapan penggunaan sumber berlaku pada titik

a)

S

b)

T

c)

Y

d)

Z

14.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah negara. Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari MN ke ST disebabkan

a)

Penurunan cukai

b)

Peningkatan harga input

c)

Pertambahan stok modal

d)

Peningkatan kadar pengangguran

15.

Peralihan KKP1 ke KKP2 disebabkan oleh

a)

Penurunan tingkat harga barang Y

b)

Peningkatan daya pengeluaran barang Y

c)

Peningkatan tingkat pendapatan barang Y

d)

Peningkatan anugerah sumber dalam ekonomi

16.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi makanan (paksi menegak) dan pakaian (paksi mengufuk). Titik R berada lebih tinggi pada paksi makanan, manakala titik S berada lebih ke kanan pada paksi pakaian. Pergerakan titik pengeluaran dari R ke S menimbulkan kos lepas

a)

Pakaian sebanyak 0X2

b)

Pakaian sebanyak X1X2

c)

Makanan sebanyak 0Y1

d)

Makanan sebanyak Y2Y1

17.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi beras (paksi menegak, juta tan metrik) dan gandum (paksi mengufuk, juta tan metrik). KKP1 berpotongan pada paksi gandum di 200 dan KKP2 berpotongan pada paksi gandum di 300, manakala paksi beras berpotongan di sekitar 250. Peningkatan pengeluaran gandum sebanyak 100 juta tan metrik disebabkan oleh

a)

Penurunan tingkat harga gandum

b)

Peningkatan tingkat pendapatan isi rumah

c)

Peningkatan teknologi pengeluaran bagi gandum

d)

Peningkatan sumber pengeluaran dalam ekonomi

18.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang Y (unit) pada paksi menegak dan barang X (unit) pada paksi mengufuk; garis lurus menurun dari 12 unit Y ke 4 unit X. Penambahan 1 unit pengeluaran barang X, pengeluar perlu

a)

Mengurangkan kuantiti barang Y sebanyak 3 unit pada setiap kombinasi pengeluaran

b)

Menambahkan kuantiti barang Y sebanyak 3 unit pada setiap kombinasi pengeluaran

c)

Mengurangkan kuantiti barang Y sebanyak 1 unit pada setiap kombinasi pengeluaran

d)

Menambahkan kuantiti barang Y sebanyak 1 unit pada setiap kombinasi pengeluaran

19.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi barang A (paksi menegak) dan barang B (paksi mengufuk) serta satu titik X di luar keluk. Titik X menunjukkan

a)

Keluaran yang optimum

b)

Guna tenaga penuh tercapai

c)

Kewujudan masalah pembaziran

d)

Output yang tidak boleh dikeluarkan

20.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi barang X (paksi menegak) dan barang Y (paksi mengufuk) dengan titik P dan R di atas keluk, S di atas keluk lebih hampir kepada paksi Y, T di dalam keluk, dan U di luar keluk. Konsep pilihan ditunjukkan oleh peralihan titik

a)

R ke U

b)

S ke U

c)

T ke S

d)

P ke R

21.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran SQ dan PQ bagi suatu ekonomi. Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari SQ ke PQ?

a)

Peningkatan harga input keluaran pertanian

b)

Peningkatan teknologi dalam pengeluaran keluaran kilang

c)

Pertambahan buruh mahir dalam pengeluaran keluaran pertanian

d)

Pengurangan pelaburan dalam pengeluaran keluaran kilang

22.

Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara yang mengeluarkan kelapa sawit dan getah. Pernyataan yang berikut adalah benar kecuali

a)

Titik U dan T tidak mampu dicapai

b)

Pembaziran sumber berlaku pada titik R dan S

c)

Pengeluaran yang cekap berlaku pada titik P dan S

d)

Bentuk Keluk Kemungkinan Pengeluaran ini ialah kos lepas meningkat

23.

Dalam gambar rajah di bawah, PQ ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar apabila titik pengeluaran bergerak dari titik P ke titik R?

a)

Harga relatif barang pertanian dan barang perkilangan tidak berubah

b)

Semakin banyak barang perkilangan di keluarkan, semakin kurang barang pertanian dapat dihasilkan

c)

Semakin banyak barang pertanian dihasilkan, semakin kurang barang perkilangan dapat dikeluarkan

d)

Permintaan terhadap barang pertanian berkurangan, manakala permintaan terhadap barang perkilangan bertambah

24.

Rajah di bawah menunjukkan pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran dari TU ke PQ. Faktor manakah yang menyebabkan pergerakan tersebut?

a)

Peningkatan teknologi bagi barang modal lebih besar berbanding barang tani

b)

Peningkatan upah buruh bagi barang modal lebih besar berbanding barang tani

c)

Peningkatan produktiviti bagi barang tani lebih besar berbanding barang modal

d)

Peningkatan kos bahan mentah bagi barang modal lebih besar berbanding barang tani

25.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (MG) bagi sebuah negara. Pernyataan yang manakah adalah benar sekiranya semakin banyak barang pengguna dihasilkan?

a)

Pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang modal

b)

Pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang modal

c)

Pertambahan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang modal

d)

Pertambahan pengeluaran yang semakin besar bagi barang modal

26.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran XZ bagi sebuah ekonomi. Kecekapan penggunaan sumber ekonomi berlaku pada titik

a)

X, Y dan Z

b)

X, Z dan J

c)

X, Z dan K

d)

Z Sahaja

27.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi dengan paksi menegak dilabel Barang awan dan paksi mengufuk dilabel Barang ketenteraan; lengkung KKP berbentuk cembung ke arah paksi mengufuk. Pernyataan yang manakah benar tentang gambar rajah ini?

a)

Kos lepas ialah sifar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan

b)

Kos lepas adalah malar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan

c)

Kos lepas bertambah besar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan

d)

Kos lepas bertambah kecil apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan

28.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi dengan barang B pada paksi menegak dan barang A pada paksi mengufuk. Titik T berada di dalam lengkung, titik Y berada pada lengkung, dan titik Z berada di luar lengkung. Titik kombinasi pengeluaran yang menunjukkan kecekapan penggunaan sumber ialah

a)

T

b)

Y

c)

Z

d)

Y, Z

29.

Setiap kombinasi titik-titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Kecekapan pengeluaran

b)

Tidak dapat dihasilkan kerana sumber tidak mencukupi

c)

Dapat dihasilkan menggunakan sumber yang diubahsuai

d)

Berlaku pembaziran sumber ekonomi

30.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi: keluk AB beralih ke luar menjadi A'B' dengan peralihan yang lebih besar pada pintasan barang modal berbanding pintasan barang pertanian. Berdasarkan keluk kemungkinan pengeluaran ini, perpindahan keluk AB ke A'B' disebabkan oleh

a)

Kemajuan teknologi yang lebih cepat untuk barang modal berbanding barang pertanian

b)

Kemajuan teknologi yang lebih cepat untuk barang pertanian berbanding barang modal

c)

Kemajuan teknologi bagi barang pertanian sahaja

d)

kemajuan teknologi untuk barang modal sahaja

31.

Gambar rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AB bagi sebuah ekonomi antara Barang A (paksi menegak) dan Barang B (paksi mengufuk). Titik V terletak di luar lengkung. Pengeluaran pada titik V mungkin dicapai jika berlaku

a)

Harga bahan mentah

b)

Pusat Latihan kemahiran

c)

Tempoh masa pengeluaran

d)

Jumlah pengeluaran barang B

32.

Jadual berikut menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran bagi barang X dan barang Y: Kombinasi A: barang X = 0 unit, barang Y = 20 unit Kombinasi B: barang X = 2 unit, barang Y = 18 unit Kombinasi C: barang X = 4 unit, barang Y = 14 unit Kombinasi D: barang X = 6 unit, barang Y = 8 unit Kombinasi E: barang X = 8 unit, barang Y = 0 unit Berapakah kos lepas bagi meningkatkan pengeluaran barang Y daripada 8 unit kepada 18 unit?

a)

2 unit barang X

b)

4 unit barang X

c)

6 unit barang X

d)

10 unit barang X

33.

Jadual berikut menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran bagi barang Y dan barang Z: Kombinasi A: barang Y = 0 unit, barang Z = 24 unit Kombinasi B: barang Y = 4 unit, barang Z = 16 unit Kombinasi C: barang Y = 7 unit, barang Z = 13 unit Kombinasi D: barang Y = 13 unit, barang Z = 5 unit Kombinasi E: barang Y = 19 unit, barang Z = 0 unit Berapakah kos lepas apabila kombinasi beralih dari titik C ke titik E?

a)

Tiada sebarang kos lepas yang terlibat

b)

12 unit barang Y terpaksa dilepaskan

c)

12 unit barang Z

d)

Firma tidak mengeluarkan satu pun barang Z

34.

Peralihan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y perlu dikurangkan

b)

Apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y tidak berubah

c)

Kedua-dua pengeluaran barang X dan barang Y tidak boleh ditambah secara serentak

d)

Kedua-dua pengeluaran barang X dan Y boleh ditambah secara serentak

35.

Kecekapan dalam konteks keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Wujud lebihan sumber ekonomi

b)

Tiada pembaziran sumber ekonomi

c)

Penghasilan output yang minimum

d)

Penggunaan input yang maksimum

36.

Andaikan sebuah kilang membuat kenderaan mengeluarkan kombinasi kereta dan trak yang kurang daripada tingkat pengeluaran efisien. Kombinasi pengeluaran tersebut berada di

a)

Atas keluk kemungkinan pengeluaran

b)

Bawah keluk kemungkinan pengeluaran

c)

Sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran

d)

Titik pintasan keluk kemungkinan pengeluaran

37.

Sebuah negara mengeluarkan dua jenis barang, iaitu barang X dan barang Y. Kombinasi pengeluaran di sepanjang Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) menunjukkan negara ini dapat menambahkan pengeluaran barang X dengan

a)

Menambahkan pengeluaran barang Y

b)

Mengurangkan pengeluaran barang Y

c)

Mengurangkan kos pengeluaran barang Y

d)

Meningkatkan kecekapan pengeluaran barang Y

38.

Setiap kombinasi titik pengeluaran di atas keluk kemungkinan pengeluaran akan mengalami

a)

Kecekapan pengeluaran akibat pelaksanaan pengkhususan

b)

Kecekapan pengeluaran kerana pengeluaran adalah maksimum

c)

Ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud guna tenaga tidak penuh

d)

Kecekapan pengeluaran kerana ia mengalami kos lepas yang minimum

39.

Manakah yang berikut tidak dapat diterangkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran

a)

Konsep kos lepas

b)

Konsep perubahan harga barang

c)

Konsep kecekapan pengeluaran

d)

Konsep pembaziran sumber yang ada

40.

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan masalah asas ekonomi

a)

Apa dan berapa banyak hendak dikeluarkan

b)

Bagaimana hendak dikeluarkan

c)

Untuk siapa hendak dikeluarkan

d)

Berapa banyak hendak dieksport

41.

Yang manakah pernyataan yang tidak menerangkan sistem ekonomi campuran?

a)

Agihan pendapatan lebih setara

b)

Ketidakstabilan ekonomi lebih terkawal

c)

Individu mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonomi

d)

Pengeluaran barang awam dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat

42.

Sistem ekonomi berbeza berasaskan ciri yang berikut, kecuali

a)

Jenis barang

b)

Pemilikan sumber

c)

Keputusan agihan barang

d)

Keputusan peruntukan sumber

43.

Yang manakah bukan kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi?

a)

Sistem insentif

b)

Sistem pemilikan

c)

Agihan penduduk

d)

Agihan pendapatan

44.

Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Daya usaha individu tinggi

b)

Agihan pendapatan lebih setara

c)

Kerajaan menyediakan barang ekonomi

d)

Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan dan swasta

45.

Ciri di atas merupakan ciri bagi sistem ekonomi

a)

Islam

b)

Campuran

c)

Pasaran bebas

d)

Perancangan pusat

46.

Campur tangan kerajaan perlu dalam sistem ekonomi untuk

a)

Menyediakan barang awam

b)

Mengeluarkan barang percuma

c)

Menghasilkan kesan eksternaliti

d)

Memastikan firma mendapat untung maksimum

47.

Yang berikut kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas, kecuali

a)

Wujudnya kesan eksternaliti negatif

b)

Kegagalan mengeluarkan barang awam

c)

Agihan pendapatan tidak setara dalam masyarakat

d)

Menggalakkan persaingan yang meningkatkan kecekapan pengeluaran

48.

Pernyataan manakah benar tentang ciri sistem ekonomi campuran?

a)

Jurang kemiskinan adalah besar

b)

Harga barang ditentukan oleh firma

c)

Firma bebas bersaing dengan kawalan Kerajaan

d)

Firma mengeluarkan barang awam dan kerajaan mengeluarkan barang ekonomi

49.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan pengeluar

b)

Pengguna mempunyai pilihan barang yang banyak

c)

Sumber ekonomi adalah hak milik persendirian

d)

Agihan pendapatan lebih setara

50.

Sistem ekonomi berbeza berasaskan ciri yang berikut, kecuali

a)

jenis barang yang tidak berkualiti

b)

pemilikan sumber oleh individu, firma dan kerajaan

c)

keputusan agihan barang bergantung kepada corak pendapatan

d)

keputusan peruntukan sumber oleh Kerajaan sepenuhnya

51.

Yang manakah bukan ciri sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Pemilikan sumber oleh Kerajaan

b)

Keputusan ekonomi dibuat oleh badan kerajaan

c)

Mekanisme harga akan menentukan tingkat keluaran

d)

Kebajikan masyarakat menjadi keutamaan

52.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah penyelesaian masalah “bagaimana barang hendak dikeluarkan”?

a)

Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna

b)

Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum

c)

Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad

d)

Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

53.

Yang manakah antara berikut tidak benar mengenai keputusan tentang peruntukan sumber ekonomi dalam sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Jumlah barang yang dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga

b)

Individu dikawal untuk memilih barang dan perkhidmatan yang akan digunakan

c)

Individu dan pihak swasta bebas memilih barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan

d)

Pihak swasta memperuntukkan lebih banyak sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang yang menguntungkan

54.

Pemilihan input buruh atau input modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi, iaitu

a)

Untuk siapa barang dikeluarkan

b)

Apa barang hendak dikeluarkan

c)

Berapa barang hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana barang hendak dikeluarkan

55.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, masalah asas ekonomi “apa yang hendak dikeluarkan” ditentukan oleh

a)

jumlah pendapatan Masyarakat

b)

jumlah barang yang ada di pasaran

c)

gelagat perbelanjaan Masyarakat

d)

pengeluaran barang berdasarkan intensif buruh

56.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, masalah asas ekonomi “bagaimana barang hendak dikeluarkan” ditentukan oleh

a)

Jumlah pendapatan Masyarakat

b)

Jumlah barang yang ada di pasaran

c)

Gelagat perbelanjaan Masyarakat

d)

Pengeluaran barang berdasarkan intensif buruh

57.

Interaksi antara pengguna dengan pengeluar yang digunakan untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi menggambarkan ciri dalam

a)

sistem ekonomi pasaran bebas

b)

sistem ekonomi perancangan pusat

c)

pasaran persaingan sempurna

d)

pasaran persaingan tidak sempurna

58.

Masalah “apa barang yang hendak dikeluarkan” berpunca daripada

a)

Masalah agihan pendapatan

b)

Masalah sumber yang terhad

c)

Masalah pembaziran sumber

d)

Masalah kos pengeluaran yang tinggi