Font size
WorksheetsQuiz Unit 2.8 EHPV 2132
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Tikus tergolong dalam Order apa dalam klasifikasi taksonomi?
Chordata
Muridae
Rodentia
Mammalia
Apakah Family bagi tikus yang termasuk dalam genus Rattus?
Rodentia
Animalia
Muridae
Chordata
Apakah dua spesies tikus utama yang disebut di bawah genus Rattus?
Rattus argentiventer dan Rattus tiomanicus
Rattus jalorensis dan Rattus exulans
Rattus norvegicus dan Rattus rattus
Mus musculus dan Suncus murinus
Badan tikus terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu Kepala, Telinga, Mata, Hidung, dan apa?
Kaki depan
Perut/abdomen
Ekor
Badan berambut
Berapakah bilangan jari pada kaki depan tikus?
5 jari
3 jari
4 jari
6 jari
Apakah ciri fizikal yang perlu dimiliki oleh haiwan untuk berada dalam Order Rodentia?
Mempunyai ekor panjang
2 gigi kacip atas yang besar
Kaki belakang 5 jari
Telinga kecil
Apakah ciri unik gigi tikus yang membolehkannya menggigit tanpa meninggalkan serpihan kayu atau bahan lain di dalam mulut?
Gigi molar yang tajam
Gigi kacip yang sangat keras
Mempunyai ruang dipanggil diastema antara gigi kacip dan molar
Gigi yang tumbuh sekali sahaja
Rodensia dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bentuk. Kumpulan mouse-shaped (seperti tikus) dipanggil?
Sciuro morpha
Hystrichomorpha
Myomorpha
Rodentia
Tempoh kebuntingan (Gestation) bagi tikus dan mencit adalah selama berapa hari?
14 hari
21 hari
28 hari
35 hari
Berapa lama tempoh tikus memerlukan penjagaan ibu (Weaning) selepas lahir?
7–14 hari
21 hari
35 hari
5–9 minggu
Rattus rattus di dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian house-rat, roof rat, atau...
Norway rat
Brown rat
Ship rat
Ricefield rat
Apakah nama Melayu bagi spesies Rattus norvegicus?
Tikus rumah
Tikus mondok
Tikus rumah terkecil
Tikus belukar
Apakah nama Melayu bagi spesies Mus musculus?
Tikus sawah
Tikus besar hitam
Tikus rumah terkecil
Cencorot rumah
Rattus tiomanicus dikenali sebagai Malaysian wood-rat atau Tikus Belukar. Di manakah ia biasanya hidup?
Kawasan pelabuhan dan bandar
Sawah padi
Ladang kelapa sawit, belukar, kebun getah, dan semak samun
Bahagian bumbung bangunan
Rattus tiomanicus merupakan spesies yang hampir sama dengan tikus rumah (R. diardii). Apakah perbezaan habitat utama mereka?
R. tiomanicus di dalam rumah, R. diardii di luar rumah
R. tiomanicus di luar rumah, R. diardii di dalam rumah
R. tiomanicus di bumbung, R. diardii di dalam tanah
Kedua-duanya hidup di luar bandar
Rattus argentiventer dikenali sebagai Tikus Sawah. Apakah corak bulu yang membezakannya daripada Rattus diardii?
Bulu lebih halus dan cerah
Corak bulu agak kasar di belakang dan kelabu keperakan di perut
Warna hitam seragam
Ekor yang sangat pendek
Rattus exulans dikenali sebagai Little house rat atau Tikus Rumah Kecil. Ia merupakan takungan bagi penyakit apa?
Leptospirosis
Murine typhus dan Hawar
Salmonellosis
Tularaemia
Bandicota bengalensis suka mengorek dan membuat burrows di mana?
Bumbung bangunan
Kawasan pelabuhan
Sawah
Pokok kelapa sawit
Bandicota indica dikenali sebagai Tikus Hitam Besar. Di manakah ia didapati di Malaysia?
Pulau Pinang
Sawah padi di Kedah
Ladang getah
Kawasan bandar yang sesak
Rattus rattus diardii (Tikus Rumah) menjadi perumah kepada penyakit apa?
Glanders
Demam Gigitan Tikus
Murine/Urban typhus
Leptospirosis
Apakah tabiat utama Rattus norvegicus (Tikus Mondok)?
Pemanjat yang baik
Suka hidup di dalam tanah, menggali, dan membuat sarang
Pergerakan terhad di dalam rumah
Hidup di bumbung bangunan
Mus musculus (Tikus Rumah Terkecil) paling mudah disesuaikan untuk mendiami kawasan mana?
Sawah padi
Kawasan ladang dan pertanian (di Eropah)
Kawasan pelabuhan
Di bawah asas bangunan
Suncus murinus (Cencorot) tidak termasuk dalam Family Muridae tetapi tergolong dalam Order apa?
Rodentia
Insectivore
Carnivora
Lagomorpha
Apakah kebaikan Suncus murinus dari sudut kawalan serangga?
Memakan sisa makanan manusia
Memakan binatang seperti lipas, semut
Perumah kepada flea
Menggali burrows yang besar
Ciri manakah yang membezakan Norway Rat (Rattus norvegicus) daripada Roof Rat (Rattus rattus)?
Hidung tajam
Mata kecil
Telinga besar
Binaan badan langsing
Apakah ciri yang betul mengenai Roof Rat (Rattus rattus)?
Hidung tumpul
Ekor lebih pendek daripada kepala dan badan
Binaan badan langsing (slender)
Mata kecil
Apakah ciri yang betul mengenai Norway Rat (Rattus norvegicus)?
Hidung tumpul
Telinga besar
Ekor lebih panjang daripada kepala dan badan
Binaan badan langsing (slender)
Apakah perbezaan berat antara Rattus norvegicus (Tikus Norway) dan Rattus rattus (Tikus Bumbung)?
R. norvegicus (80-240g), R. rattus (200-600g)
R. norvegicus (200-600g), R. rattus (80-240g)
Bagaimanakah membezakan antara Rattus rattus dan Rattus norvegicus berdasarkan ekor?
R. rattus ekor pendek, R. norvegicus ekor panjang
R. rattus ekor lebih panjang daripada badan, R. norvegicus ekor lebih pendek daripada badan
Ekor R. rattus gelap di atas dan cerah di bawah, R. norvegicus warna gelap seragam
R. rattus tiada bulu, R. norvegicus bulu pendek dan keras
Berdasarkan habitat, di manakah Rattus rattus (Tikus Bumbung) biasanya dijumpai?
Bahagian bawah bangunan
Bahagian atas bangunan
Di dalam burrows di bawah tanah
Di dalam longkang dan parit
Berdasarkan habitat, di manakah Rattus norvegicus (Tikus Norway) biasanya dijumpai?
Bahagian atas bangunan
Bahagian bawah bangunan
Di cabang pokok
Di wayar dan paip
Apakah bentuk najis yang lazim bagi Rattus rattus (Tikus Bumbung)?
Kecil dan tajam
Bulat
Bersepah seperti sosej (scattered sausage)
Panjang dan keras
Apakah bentuk najis yang lazim bagi Mus musculus (Tikus Rumah)?
Bulat
Bersepah seperti sosej
Kecil dan tajam (Small and pointed)
Panjang dan keras
Apakah kebolehan fizikal Rattus rattus (Tikus Bumbung)?
Perenang yang baik tetapi bukan pemanjat
Pemanjat yang baik tetapi bukan perenang yang baik
Tidak pandai memanjat mahupun berenang
Perenang dan pemanjat yang baik
Apakah kebolehan fizikal Rattus norvegicus (Tikus Norway)?
Perenang yang baik tetapi bukan pemanjat
Pemanjat yang baik tetapi bukan perenang yang baik
Pemanjat dan perenang yang baik
Suka berenang tetapi tidak suka memanjat
Apakah jangka hayat tikus jika hidup liar?
3 tahun
2 tahun
1 tahun
Kurang 6 bulan
Apakah jangka hayat tikus jika dibela?
1 tahun
2 tahun
3 tahun
5 tahun
Apakah aktiviti sosial tikus apabila tikus luar memasuki kumpulan mereka?
Mengawan
Berkoloni
Berkelahi
Berkongsi makanan
Umur matang seks bagi Mus musculus (mencit) adalah yang paling cepat, iaitu berapa hari?
75 hari
68 hari
42 hari
35 hari
Berapakah tempoh mengandung bagi Rattus norvegicus?
19–21 hari
20–22 hari
22–24 hari
30 hari
Mus musculus boleh beranak sebanyak 10 kali (50 ekor) setahun, manakala Rattus (tikus) boleh beranak sebanyak...
3 kali (20 ekor) setahun
5 kali (36 ekor) setahun
7 kali (49 ekor) setahun
12 kali (60 ekor) setahun
Anak ketiga-tiga jenis tikus dilahirkan tidak berbulu, berwarna pink, dan memerlukan penjagaan ibu sekurang-kurangnya berapa minggu?
1 minggu
2 minggu
3 minggu
Apakah tingkah laku yang dipanggil Thigmotaxis pada tikus?
Pergerakan pantas di kawasan terbuka
Tingkah laku menggunakan stimulasi sentuhan (suka melalui di tepi dinding atau antara objek)
Penggunaan bunyi untuk komunikasi
Kebolehan mengelak perangkap
Deria manakah yang membantu pergerakan tikus melalui misai yang panjang di hidung?
Deria bau
Deria rasa
Deria pendengaran
Deria sentuhan
Tikus menggerakkan kepala dan menghidu apabila aktif. Bau yang ditinggalkan pada jalanan berfungsi sebagai...
Amaran bahaya
Panduan pergerakan
Tanda makanan
Tanda penyakit
Tikus mempunyai deria bau yang tajam. Selain panduan pergerakan, apakah kegunaan bau urin dan cecair genital yang ditinggalkan?
Menakutkan tikus lain
Menarik pemangsa
Mengenali rakan dan perjumpaan seks
Menandakan kawasan keracunan
Tikus boleh mengesan bunyi sehingga berapa kHz?
20 kHz
50 kHz
90 kHz (tikus rumah) atau 100 kHz
120 kHz
Apakah ciri penglihatan tikus?
Penglihatan waktu siang yang tajam
Penglihatan waktu malam yang dikhaskan
Boleh melihat dalam suasana gelap sepenuhnya
Mampu melihat warna dengan jelas
Apakah warna yang disukai oleh tikus yang menyebabkan warna terang digunakan sebagai umpan?
Biru
Merah
Warna terang
Hijau
Tikus buta warna tetapi tidak sensitif kepada cahaya apa?
Cahaya biru
Cahaya merah
Cahaya kuning
Cahaya ultraviolet
Deria manakah yang membolehkan tikus membezakan di antara umpan kosong dengan umpan yang mempunyai racun sekadar 2 ppm oestrogen?
Deria bau
Deria sentuhan
Deria rasa
Pendengaran
Tikus Norway boleh berenang selama 50-72 jam dalam tangki pada suhu 35∘C . Berapa lamakah ia boleh menyelam?
10 saat
20 saat
30 saat
1 minit
Apakah jarak lompatan tegak maksimum bagi Tikus Norway dewasa?
50 cm
77 cm
100 cm
2.4 m
Anak tikus (Rattus) boleh masuk melalui lubang dengan garispusat berapa?
0.6 cm
1.3 cm
2.5 cm
5.0 cm
Anak Mus musculus (mencit) boleh melalui lubang sekecil garispusat berapa?
0.3 cm
0.6 cm
1.3 cm
2.5 cm
Apakah jarak pergerakan (range) lazim bagi Mus musculus (mencit)
50-100 kaki
10 – 30 kaki
100-150 kaki
4 batu
Berapakah diameter lazim sarang tikus (Rattus)?
10 cm diameter
15 cm diameter
20 cm diameter
30 cm diameter
Di manakah Rattus rattus diardii (Tikus Rumah) biasanya membuat sarang?
Di bawah asas bangunan (burrows)
Ruang kabinet tertutup
Di bumbung bangunan, ruang tertutup kabinet, celah dan cabang pokok
Di dalam longkang dan tempat sampah
Rattus norvegicus (Tikus Mondok) membuat sarang di burrows di bawah asas bangunan, di antara dinding dan lantai, dan juga di mana?
Bumbung bangunan
Wayar dan paip
Ruang kabinet tertutup, tempat sampah, dan ruang yang jauh dari pandangan
Perabot dan stor barang
Tikus mesti menggerit setiap hari kerana gigi kacipnya tumbuh pada kadar berapa setahun?
5 cm
10 cm
13 cm
20 cm
Apakah jenis makanan yang disukai oleh Rattus norvegicus (Tikus Norway)?
Kacang dan buah-buahan
Bijirin (oat dan jagung), daging & ikan, kacang, telur masak, dan buah-buahan
Makanan kering sahaja
Serangga dan lipas
Rattus diardii (Tikus Rumah) lebih suka memakan apa?
Makanan lembab dan ikan
Kacang, buah-buahan, dan bijirin
Makanan kering sahaja
Daging dan telur masak
Tikus mula mencari makanan selepas terbenam matahari dan makan dua kali iaitu semasa senja dan bilakah lagi?
Tengah malam
Tengah hari
Sebelum subuh
Sebelum tengah hari
Berapakah purata makanan kering yang dimakan oleh Tikus Norway sehari?
3–4 gm
15 gm
25 gm
40 gm
Tikus rumah (Mus musculus) makan 3–4 gm makanan kering sehari dan memerlukan sedikit air. Berapakah anggaran air yang diperlukan sehari?
15–30 ml
3 ml
10 ml
50 ml
Apakah yang melibatkan tingkah laku sosial tikus secara semula jadi?
Mengawan sesama spesies dan bersarang di bumbung
Tingkahlaku territori dan hirarki
Thigmotaxis dan pengelakan racun
Menggali dan berenang
Tikus jantan yang kuat akan berkuasa manakala yang lemah akan...
Mengawal wilayah betina
Mencari tempat tinggal di dalam rumah
Mencari makanan yang baru
Meninggalkan kawasan
Tikus menyebarkan penyakit secara Langsung bermaksud...
Tikus menjadi perumah kepada kutu atau tungau
Tikus sendiri membawa agen dalam badan (eg: bacilli, spirochaetes, rickettsia, viruses)
Tikus menggigit manusia
Manusia tersentuh sarang tikus
Tikus menyebarkan penyakit secara Tidak Langsung bermaksud...
Melalui urin dan najis
Tikus menjadi perumah kepada kutu, tungau, sengkenit, hama dan lain-lain
Tikus menggigit tangan manusia
Melalui makanan tercemar
Apakah penyakit yang disebabkan oleh Spirochaete, Leptospira icterohaemorrhagiae dan menjangkiti manusia melalui makanan atau air tercemar urin tikus?
Salmonellosis
Trichinosis
Leptospirosis
Murine Typhus
Salmonellosis (Keracunan makanan) disebabkan oleh agen Salmonella typhimurium atau S. enteritidis. Bagaimanakah tikus menyebarkan penyakit ini?
Melalui gigitan
Melalui najis dan urin yang infected
Melalui kutu yang dijangkiti
Melalui bulu tikus
Trichinosis adalah jangkitan parasit nematod yang disebabkan oleh Trichinella spiralis. Bagaimanakah manusia terjangkit?
Melalui gigitan tikus
Melalui menghidu najis tikus
Melalui makanan (terutama khinzir) yang tidak cukup masak
Melalui air tercemar
Demam Gigitan Tikus (Rat Bite Fever) yang disebabkan oleh Spirillum minus dikenali sebagai apa?
Haverhill fever
Sodoku fever
Rickettsial pox
Tularaemia
Demam Gigitan Tikus yang disebabkan oleh Streptobacillus moniliformid dikenali sebagai apa?
Sodoku fever
Rickettsial pox
Haverhill fever
Malioidosis
Lymphocytic Choriomeningitis (LCM) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Apakah resevoir penyakit ini?
Tikus mondok
Tikus rumah
Khinzir
Anjing
Rickettsial Pox menjangkiti tikus dan manusia melalui gigitan kutu tikus rumah (Allodermanyssus sanguineus) dengan agen penyebab Rickettsia akari atau Rickettsia rickettsii. Apakah kesan awal jangkitan?
Demam, menggigil, sakit kepala seminggu kemudian
Kesan kecederaan pada kulit akibat gigitan diikuti demam, menggigil, sakit kepala seminggu kemudian
Radang usus dan sakit otot
Radang dan pembengkakan kilang limpa
Malioidosis, juga dikenali sebagai Whitemores disease, disebabkan oleh Malleomyces pseudomallei. Bagaimana manusia terjangkit?
Melalui gigitan sengkenit
Melalui makanan yang tercemar kuman
Melalui urin tikus
Melalui luka gigitan
Hawar (Plague) disebabkan oleh agen Yersinia pestis. Apakah dua jenis flea yang menyebarkan penyakit ini?
Sarcoptes scabiei dan Pulex irritans
Xenopsylla cheopis dan Pulex irritans
Allodermanyssus sanguineus dan Xenopsylla cheopis
Xenopsylla cheopis dan Ornithonyssus bacoti
Apakah gejala penyakit Hawar yang disebut?
Kejang perut dan cirit-birit
Demam dan sakit badan dengan ruam bintik merah
Radang & pembengkakan kilang limpa, septicaemia, perdarahan kulit
Tanda meningneal encephalitis
Hawar boleh menjangkiti manusia ke manusia melalui apa?
Gigitan flea
Melalui tisu binatang yang dijangkiti
Pneumonic plague (serangan sekunder paru-paru)
Makanan yang tercemar
Murine Typhus (Urban typhus) disebabkan oleh Rickettsia typhi. Apakah vektor utama yang menjangkiti tikus ke tikus dan kemudian manusia?
Kutu (lice)
Xenopsylla cheopis (Flea tikus)
Tungau (mites)
Sengkenit (ticks)
Apakah salah satu ciri-ciri Murine Typhus?
Demam yang berulang selang 1-2 hari
Bintik merah di kulit kelihatan pada hari kelima dan keenam
Tanda radang usus
Lumpuh dan hilang deria kulit
Scrub Typhus (Rural typhus) disebabkan oleh Rickettsia orientalis dan R. tsu-tsugamushi. Apakah vektornya yang berbahaya di peringkat larva?
Flea
Sengkenit
Chigger mites (Hama)
Kutu
Hama (chigger mites) hidup di atas tikus selama 3 hari untuk menghisap darah, kemudian jatuh ke tanah dan hidup bebas di dalam tanah selama berapa lama hingga dewasa?
3 minggu
3 bulan
6 bulan
1 tahun
Najis tikus yang baharu mempunyai ciri-ciri...
Keras dan pudar
Keras dan mudah relai
Hitam, lembut dan berkilat
Panjang 41 - 43 inci, pudar
Berapakah anggaran panjang najis tikus dewasa?
41 - 43 inci
1-2 inci
3-4 inci
Kurang 41 inci
Apabila tikus berjalan perlahan di atas permukaan rata, ia meninggalkan kesan garisan beralun. Mengapa?
Ia melompat sambil berjalan
Ia menyeret ekornya (terutama tikus tua)
Ia mencakar permukaan
Ia berguling
Apakah cara terbaik untuk mengesan kesan tapak kaki tikus di atas debu?
Menggunakan lampu terang secara terus
Mengarahkan pencahayaan terhadap kesan secara bersilang
Membasahi permukaan debu
Menyapu debu dengan kain
Laluan (runway) tikus ke sumber makanan dapat dikenal pasti dengan kesan di tepi dinding, tangga, celah-celah perabot dan biasanya dipenuhi dengan apa?
Urin
Najis
Bulu
Minyak
Apakah yang akan meninggalkan kesan palitan (smears) pada laluan tikus, terutamanya di lubang masuk keluar dan tepi dinding?
Urin dan cecair genital
Bulu tikus yang berminyak
Gigi kacip yang menggerit
Kesan tapak kaki
Kesan gigitan tikus baharu dikenalpasti dengan ciri...
Kesan luka lebih dalam
Warna permukaan bekas gigitan lebih cerah dan segar
Terdapat serpihan kayu di sekeliling
Terdapat darah kering
Di manakah burrows (lubang tikus) dapat diperhatikan?
Hanya di dalam bangunan
Sepanjang luar bangunan, di lantai basement, di luar premis perniagaan, kediaman dan ladang
Hanya di kawasan sawah padi
Di bumbung bangunan
Apakah objektif kawalan rodensia?
Hanya menghalang tikus memasuki bangunan
Mengurangkan bilangan tikus, mengawal jangkitan penyakit, dan mengawal keselamatan harta benda
Hanya mengawal infestasi jangka pendek
Membiak pemangsa semula jadi
Apakah tiga jenis kaedah kawalan rodensia?
Kawalan makanan, kawalan air, kawalan tempat berlindung
Kaedah kawalan kimia, kaedah kawalan fizikal, kaedah kawalan biologikal
Kawalan elektrik, kawalan ultrabunyi, kawalan haba
Kawalan racun, kawalan perangkap, kawalan sanitasi
Racun tikus (rodentisid) dikelaskan sebagai kronik jika ia adalah...
Dos tunggal, tindakbalas cepat
Dos berganda, tindakbalas perlahan
Digunakan hanya di luar bangunan
Bahan pewasap
Contoh bahan pewasap (fumigant) yang digunakan dalam kawalan tikus ialah...
Brodifacoum
Methyl bromide, hydrogen phosphids, calcium cyanide
Repelen
Warfarin
Kemosterilan (Kawalan Biogenetik) melibatkan tindakbalas bahan tertentu yang menjadikan apa steril?
Jantan tikus
Betina tikus
Benih tikus
Kutu tikus
Apakah jenis perangkap yang digunakan dalam Kaedah Kawalan Fizikal?
Perangkap pelekat dan perangkap elektrik
Perangkap sentap (snaptraps) dan perangkap sangkar
Perangkap gas dan perangkap air
Perangkap cahaya dan perangkap bau
Apakah yang termasuk dalam Kaedah Penghalang (Rat proof/Rodent exclusion)?
Penggunaan racun kronik
Mencegah tikus daripada masuk ke bangunan (jaringan berlubang kecil, sheet metal, konkrit)
Penggunaan pemangsa semula jadi
Pewasapan bangunan secara rutin
Apakah salah satu peranan PPKP (Pegawai Kesihatan Persekitaran) dalam Kawalan Rodensia?
Menjual racun tikus kepada umum
Melakukan kajian roden di pelabuhan & lapangan terbang
Membela pemangsa seperti kucing dan ular
Hanya memberi nasihat tentang kebersihan
