wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KELAS_MORAL_T3 SIRI 1

Total questions: 50

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

TULISKAN NAMA & KELAS
CONTOH : JURAINI -3 ELIT

4 lines
2.

Mengikut Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara, terdapat amalan konsep 3R. Apakah yang mewakili 3R itu?

a)

REDUCE

b)

REUSE

c)

RETHINK

d)

RECYCLE

e)

REPAIR

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan

a)

mengelakkan pencemaran udara

b)

pembukaan ruang tapak pelupusan baharu dapat diperlahankan.

c)

setiap tapak pelupusan sampahberkeluasan antara 20 hingga 150 ekar

d)

tapak pelupusan baharu akan menceroboh ruang hidup manusia

4.

tarikh sambutan hari hutan sedunia?

a)

11 November

b)

5 Jun

c)

21 Mac

d)

22 April

e)

5 Mac

5.

RETHINK bermaksud ?

a)

berfikir untuk menentukan warna tong kitar semula

b)

berfikir dahulu sebelum mengasingkan sisa buangan mengikut kategori

c)

berfikir dahulu sebelum menggunakan atau membuang sesuatu barangan seperti telefon bimbit

d)

berfikir untuk membaiki atau membuang peralatan yang mengalami kerosakan

6.

Antara kepentingan mempertahankan pilihan bermoral ialah

a)

menjamin kesejahteraan hidup

b)

disenangi dan dihormati oleh rakan

c)

dipandang tinggi oleh masyarakat

d)

dipandangkan hina oleh masyarakat

7.

Pilih dua ciri pilihan bermoral berdasarkan tingkah laku baik, benar dan patut.

a)

Melaporkan tentang rakan yang menghisap rokok kepada guru

b)

Tidak menzalimi haiwan

c)

Bersenam

d)

Belajar bersama-sama rakan

8.

Pilih dua ciri pilihan bermoral berdasarkan ciri pilihan mematuhi peraturan dan undang-undang.

a)

Membantu rakan melengkapkan tugasan

b)

Tidak merokok di sekolah

c)

Tidak membuli rakan

d)

Belajar bersama-sama rakan

9.

Pilihan bermoral juga dapat ........................... sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

a)

meringankan

b)

menghantui

c)

melahirkan

d)

menjamin

10.

Salah satu kepentingan mempertahankan pilihan bermoral adalah dapat mewujudkan ............................ yang sejahtera.

a)

sanjungan

b)

kehidupan

c)

kekuatan

d)

kebaikan

11.

Pilihan bermoral dibuat perlu diamalkan secara berterusan agar tidak menimbulkan .......................... dalam kehidupan seharian.

a)

kebebasan

b)

konflik

c)

kepercayaan

d)

keberanian

12.

Malaysia sangat unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai agama,budaya,__________________ .

a)

bangsa dan bahasa

b)

adat dan kepercayaan

c)

status dan kepercayaan

13.

Kepelbagaian agama, budaya, bangsa dan bahasa membentuk masyarakat yang ______________ .

a)

mementingkan diri

b)

materialistik

c)

majmuk

14.

Anatara berikut adalah nilai yang perlu diamalkan bagi mengekalkan amalan tradisi masyarakat majmuk kecuali _________

a)

patriotik

b)

kerjasama

c)

toleransi

d)

hormat

15.

Jiran anda menjemput anda ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baru Cina. Apakah tindakan anda?

a)

Tidak menghadiri sambutan tersebut kerana berlainan kaum.

b)

Menghadiri sambutan tersebut untuk menghormati jiran anda.

c)

Pulang ke kampung kerana tidak mahu menghadiri sambutan tersebut.

16.

Semasa perayaan hari Thaipusam beberapa laluan jalan raya ditutup kerana diadakan perarakan. Daniel berasa marah kerana situasi itu teleh mengganggu perjalanannya ke tempat kerja. Apakah nilai yang gagal diamalkan oleh Daniel dalam situasi tersebut?

a)

Harga diri

b)

Toleransi

c)

Kebebasan

d)

Kesederhanaan

17.

"Penggunaan bahasa yang tidak beradab dalam persahabatan"

a)

Konflik bahasa

b)

Konflik gender

c)

Konflik status

d)

Konflik personaliti

18.

"Kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza"

Pilih jenis konflik dalam persahabatan yang betul.

a)

Konflik bahasa

b)

Konflik gender

c)

Konflik status

d)

Konflik personaliti

e)

Konflik integriti

19.

Yang mana "bukan" batasan dalam persahabatan?

a)

Tidak berprasangka buruk dan mencurigai sahabat.

b)

Tidak menjaga batasan pergaulan lelaki dengan perempuan

c)

Tidak menggunakan barang sahabat tanpa kebenaran

20.

Contoh idea baharu bagi peningkatan kualiti perkhidmatan awam ialah

a)

Waktu kerja anjal

b)

Bekerja dari rumah

c)

Aduan awam secara dalam talian

d)

Pembelajaran secara telesidang

21.

Cara untuk menyuarakan pendapat tentang mutu perkhidmatan awam ialah

a)

Aduan

b)

Pujian

c)

Cadangan

d)

Viral di media sosial

22.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan contoh jenayah kanak-kanak?

a)

Vandalisme di Tempat Awam

b)

Meragut

c)

Meniru Kerja Sekolah Rakan

d)

Pecah Rumah

23.

Apakah faktor yang menyebabkan jenayah kanak-kanak dari aspek keluarga?

a)

Pengabaian Ibu Bapa

b)

Kewujudan pusat hiburan dan kafe siber

c)

Pengaruh negatif rakan sebaya

d)

Semua jawapan di atas

24.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan kesan jenayah kanak-kanak?

a)

Memberikan kehidupan sejahtera terhadap diri, keluarga dan masyarakat

b)

Masa hadapan terjejas

c)

Menggugat keharmonian negara

d)

Ahli keluarga mengalami depresi

25.

Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan cara menghindarkan diri daripada jenayah siber?

a)

Menguatkuasakan undang - undang

b)

Saling tegur menegur antara rakan

c)

Beriadah bersama keluarga atau rakan

d)

Mengajak rakan untuk mencuba dadah

26.

Ambrose dicabar rakannya untuk mencuri barang di sebuah kedai runcit. Apakah yang sepatutnya Ambrose lakukan dalam situasi seperti ini?

a)

Menerima cabaran tersebut

b)

Tidak menerima cabaran lalu menegur sikap rakannya tersebut

c)

Terus mencuri barangan paling mahal di kedai tersebut

d)

Melihat keadaan sekeliling untuk memastikan tiada saksi semasa mereka melakukan jenayah tersebut

27.

Sekiranya anda mendapat tahu bahawa adik anda terlibat dalam aktiviti menjual dadah, apakah tindakan anda yang sewajarnya?

a)

Memberi teguran dan berbincang dengan keluarga mengenai perkara tersebut dengan baik.

b)

Membelasah adik anda kerana telah melibatkan diri dalam kegiatan dadah

c)

Memberi perangsang kepada adik anda untuk terus melakukan perkara tersebut dengan syarat adik anda memberikan wang hasil jualan dadah

d)

Tidak mengendahkan perbuatannya itu

28.

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab sosial ialah dapat melahirkan masyarakat yang ____________________ antara satu sama lain

a)

cinta

b)

kasih sayang

c)

bersatu padu

d)

mengambil berat

29.

Pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa cara idea baharu untuk menggalakkan generasi muda untuk melakasanakan tanggungjawab sosial, Antaranya generasi muda yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat akan diberi penganugerahan ______ khidmat sosial.

a)

ikon

b)

khas

c)

duta

d)

tokoh

30.

Memastikan tahap ________ anggota masyarakat dalam keadaan baik juga salah satu manfaat melaksanakan tanggungjawab sosial

a)

beban

b)

kesihatan

c)

keselamatan

d)

cinta

31.

Melibatkan _______________________ dalam aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu idea untuk menarik minat generasi muda dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

a)

ikon

b)

tokoh terkenal

c)

idola

d)

duta

32.

Manfaat apabila sesorang itu melaksanakan tanggungjawab sosial ialah dapat membantu mengurangkan _______________________ golongan kurang bernasib baik.

a)

beban

b)

kesusahan

c)

kesedihan

d)

kekurangan

33.

Antara cadangan baharu untuk menggalakkan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ialah dengan memberikan _________ dalam bentuk sijil penghargaan kepada generasi muda yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

a)

markah merit

b)

gelaran

c)

pengiktirafan

d)

sijil

34.

Murid yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti _________________________________ akan dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

a)

kemanusiaan

b)

gejala sosial

c)

lasak

d)

khidmat sosial

35.

Yang berikut adalah ciri-ciri pilihan bermoral, kecuali

a)

mengikut ajaran agama

b)

mematuhi peratran dan undang-undang

c)

tingkah laku baik,benar dan patut

d)

melakukan dengan paksaan

36.

Keperluan membuat pilihan bermoral akan memberi kesan kepada diri sendiri, iaitu

a)

Dapat dipilih sebagai ketua

b)

mendapat pujian dan ganjaran

c)

dipandang serong oleh orang lain

d)

meningkatkan keyakinan diri

37.

Penyataan yang manakah yang menerangkan tentang kesan pengabaian anugerah alam?

a)

Imej negara bertambah baik

b)

Mendapat pujian di mata dunia

c)

Menjadi negara contoh kepada negara lain

d)

Sumber tenaga dan ekonomi berkurangan

38.

Konflik persahabatan merujuk kepada ______________ atau pertentangan yang berlaku antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.

a)

perbuatan

b)

penerimaan

c)

perselisihan

d)

kepercayaan

39.

Anugerah alam adalah ciptaan tuhan yang amat penting dalam kehidupan. Pernyataan manakah yang TIDAK menerangkan kepentingan menghargai anugerah alam?

a)

memudahkan perburuan haram

b)

membekalkan sumber tenaga

c)

sumber pendapatan dan ekonomi

d)

sumber makanan, minuman, dan perubatan

40.

Kebestarian diri dapat membentuk __________ diri yang unggul dalam dalam diri seseorang dan kehidupannya.

a)

insan

b)

bangga

c)

teladan

d)

keperibadian

41.

Tradisi sesebuah keluarga diamalkan berdasarkan elemen-elemen yang berikut, KECUALI

a)

norma

b)

ikutan

c)

adat resam

d)

keperibadian

42.

Pilih Pernyataan yang TIDAK menerangkan tentang kepentingan amalan bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya, dan bahasa.

a)

meningkatkan imej negara

b)

mengagungkan bangsa sendiri

c)

masyarakat hidup harmoni tanpa sebarang konflik

d)

mengukuhkan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pembangunan negara

43.

Bagaimanakah cara kerajaan menghargai anugerah alam ciptaan tuhan?

a)

Membuang sisa buangan dalam sungai

b)

Menebang pokok secara berleluasa

c)

Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar

d)

Melakukan pembaziran air

44.

Berikut ialah ciri-ciri kebestarian diri, KECUALI

a)

bijak

b)

berdisiplin

c)

bertanggungjawab

d)

berbohong

45.

Antara berikut, yang manakah kesan sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam sesuatu kaum?

a)

Hubungan sesam kaum menjadi baik

b)

Tradisi kekeluargaan akan dikekalkan

c)

Generasi akan datang akan kehilangan identiti

d)

Amalan tradisi kekeluargaan akan diwarisi kepada generasi muda

46.

Bagaimanakah cara menyelesaikan konflik antara sahabat?

a)

Tidak menerima kekurangan sahabat

b)

Tidak dapat menerima pandangan sahabat

c)

Memilih sahabat yang berada sahaja

d)

Menerima budaya dan latar belakang sahabat.

47.

Antara berikut, adalah kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa, KECUALI

a)

meningkatkan imej negara

b)

memperkukuhkan ekonomi negara

c)

masyarakat hidup harmoni tanpa konflik

d)

mengelakkan pelancong datang ke negara kita

48.

Kita perlu menghormati ajaran agama kaum lain kerana

a)

mengenal pasti kelebihan agama masing-masing

b)

memudahkan kita mencari kelemahan agama lain

c)

mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain

d)

mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum

49.

Pembaziran air dapat dielakkan dengan cara

a)

menutup pili paip selepas digunakan.

b)

tidak perlu melaporkan masalah kebocoran paip.

c)

menggunakan air yang berlebihan ketika mandi.

d)

menggunakan air yang berlebihan ketika membasuh kereta.

50.

Mengapakah kita perlu berusaha untuk mencapai kebestarian diri?

a)

kehidupan akan menjadi lebih tenang dang gembira

b)

kehidupan tidak tenteram

c)

menjadikan seseorang bersifat agresif

d)

menjadikan seseorang sangat sensitif