Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz AP015 Semester 1, Sesi 2025/2026 (2)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan fungsi pengurusan?
a)
Perancangan.
b)
Pengorganisasian.
c)
Kepimpinan.
d)
Pengukuran.
2.
Encik Zakaria seorang Pengurus Pemasaran bertanggungjawab untuk memberi maklum balas kepada pekerja berkenaan markah penilaian prestasi 2023. Apakah kemahiran berkaitan yang tepat bagi membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab tersebut?
a)
Kemahiran Taktikal
b)
Kemahiran Teknikal
c)
Kemahiran Konseptual
d)
Kemahiran Kemanusiaan
3.
Perancangan boleh ditakrifkan sebagai :
a)
Proses memantau prestasi semasa dan membandingkan dengan piawaian dan membuat tindakan pembetulan.
b)
Pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai,membangun strategi dan menentukan tindakan sesuai pada setiap peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
c)
Pengurus memotivasi, memimpin dan mempengaruhi gelagat pekerja untuk melaksanakan tugas.
d)
Proses dimana pengurus menyusun, mengagih dan menstruktur sumber-sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
4.
Penyelia Pengeluaran produk makanan di Syarikat Permai Jaya Sdn Bhd merancang untuk meningkatkan produktiviti syarikat dalam tempoh 6 bulan akan datang. Nyatakan jenis perancangan yang digubal oleh pengurus ini.
a)
Perancangan Teknikal
b)
Perancangan Taktikal
c)
Perancangan Operasian
d)
Perancangan Strategik
5.
Boustead Sdn Bhd merupakan syarikat penjual spark plug kereta jenama Bosc. Pihak pengurusan Boustead menetapkan setiap jurujual perlu mencapai kuota jualan yang telah ditetapkan sebagai objektif utama. Setiap penjual yang mencapai target jualan tahunan akan diberi hadiah melancong ke negara Turkeye selama 5 hari 4 malam. Apakah ciri objektif yang terdapat di dalam soalan?
a)
Boleh diukur
b)
Boleh dicapai
c)
Spesifik
d)
Dikaitkan dengan ganjaran
6.
Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai autoriti Staf.
a)
Garisan autoriti yang menunjukkan hubungan langsung antara ketua dan bawahan
b)
Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu kerja.
c)
Hak yang dimiliki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf bawahannya.
d)
Pengurus sebagai sokongan kepada fungsi lini dan tidak diberi kuasa untuk mengarah orang lain melalui rantaian arahan.
7.
Struktur organisasi ini menggabungkan struktur divisional dan fungsian. Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan arahan menyebabkan ianya sukar untuk diuruskan. Struktur organisasi yang dimaksudkan merujuk kepada:
a)
Struktur Divisional (Geografik)
b)
Struktur Matrik
c)
Struktur Divisional (Produk)
d)
Struktur Fungsian
8.
Dalam organisasi, keperluan ini dapat dipenuhi dengan menganugerahkan pekerja dengan kenaikan pangkat, gaji yang tinggi dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status pekerja tersebut. Keperluan Hirarki Maslow yang dimaksudkan dalam penerangan di atas merujuk kepada
a)
Keperluan Sosial
b)
Keperluan Fisiologi
c)
Keperluan Keselamatan
d)
Keperluan Esteem
9.
Sebagai pengurus pengeluaran, Encik Rahman perlu membuat perbandingan diantara piawaian yang ditetapkan dengan prestasi sebenar bagi produk yang dihasilkan. Berdasarkan penerangan di atas, langkah yang dilakukan oleh beliau dalam proses kawalan ialah:
a)
Menetapkan piawaian.
b)
Mengukur pencapaian.
c)
Membandingkan pencapaian dengan piawaian
d)
Membuat langkah pembetulan
10.
Alat kawalan ini berbentuk carta berjadual yang menunjukkan output yang sebenar dan dirancang dalam satu tempoh masa. Alat kawalan yang dimaksudkan ialah:
a)
Carta Pert
b)
Carta Gantt
c)
Belanjawan
d)
Titik Pulang Modal
11.
Manakah di antara yang berikut, merupakan pasaran yang bertindak untuk memindahkan sekuriti jangka panjang yang diterbitkan oleh kerajaan dan badan perdagangan swasta kepada pelabur?
a)
Pasaran Wang
b)
Pasaran Modal
c)
Pasaran Derivatif
d)
Pasaran Pertukaran Mata Wang Asing
12.
Antara pernyataan yang berikut, manakah yang BENAR mengenai ciri-ciri saham keutamaan.
a)
Dividen tidak tetap
b)
Wujud tempoh matang
c)
Tidak mempunyai hak mengundi
d)
Pelabur saham utama adalah pemilik syarikat
13.
Manakah di antara berikut merupakan sumber pembiayaan jangka pendek yang diberikan oleh pembekal kepada peniaga yang membeli secara hutang.
a)
Overdraf
b)
Kertas perdagangan
c)
Kredit Perdagangan
d)
Pinjaman Jangka Pendek
14.
Sebelum meluluskan sesuatu kredit, faktor moral pelanggan akan diambil kira berkaitan laporan kredit pelanggan, di mana pihak pemberi kredit akan cuba mendapatkan laporan daripada pihak bank pelanggan, para pembekal kredit lain dan pesaing-pesaing pelanggan Pernyataan di atas adalah merujuk kepada prinsip 5C untuk menilai pelanggan berdasarkan ….
a)
Keupayaan
b)
Perwatakan
c)
Suasana
d)
Modal
15.
Nisbah yang mengukur keupayaan firma mengutip hutang jangka pendek dari pelanggan adalah:
a)
Hutang atas Aset
b)
Pulangan Atas Ekuiti
c)
Pusing Ganti Inventori
d)
Tempoh Purata Kutipan
16.
Manakah di antara jenis nisbah berikut BUKAN di bawah kategori Nisbah Keberuntungan
a)
Pulangan Atas Aset
b)
Pulangan Atas Ekuti
c)
Margin Untung Bersih
d)
Pusing Ganti Jumlah Aset
17.
Nisbah manakah yang berikut digunakan untuk mengukur untung yang bakal diperolehi bagi setiap unit saham yang dilaburkan oleh pelabur?
a)
Nilai Buku Sesaham
b)
Pendapatan Sesaham
c)
Nisbah Harga Perolehan
d)
Nilai Pasaran kepada Nilai Buku
18.
Nisbah Semasa digunakan oleh pihak syarikat untuk tujuan...
a)
Mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai tanpa inventori
b)
Mengukur peratus untung kasar yang diperolehi bagi setiap ringgit jualan
c)
Mengukur kadar keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan ke atas aset.
d)
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek.
19.
Petikan maklumat kewangan Syarikat Pelangi Sdn. Bhd adalah seperti berikut: Jumlah aset semasa : RM100 000 Jumlah liabiliti semasa : RM 80 000 Inventori : RM 20 000 Jumlah aset : RM120 000 Hitung Nisbah cepat bagi Syarikat Pelangi Sdn. Bhd;
a)
0.25 kali
b)
1.00 kali
c)
1.25 kali
d)
5.00 kali
20.
Hitung Pusing ganti Inventori berdasarkan maklumat kewangan yang berikut: Jualan : RM 60 000 Inventori : RM 20 000 Untung bersih : RM 40 000 Jumlah aset : RM120 000
a)
2.5 kali
b)
4 kali
c)
3 kali
d)
2 kali
21.
Pernyataan berikut benar mengenai nisbah hutang KECUALI?
a)
Menganalisis tanggungan hutang firma
b)
Mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti
c)
Menilai tanggungan hutang jangka pendek firma sahaja.
d)
Mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.
22.
Berdasarkan jadual di bawah, pilih pernyataan yang BENAR untuk menggambarkan perbandingan bagi nisbah kewangan yang berkenaan:
a)
35% dari aset yang dimiliki pihak industri dibeli secara hutang
b)
45% dari aset yang dimiliki Syarikat Nilam Bhd dibeli secara hutang
c)
Prestasi hutang pihak industri lebih baik dari prestasi hutang Syarikat Nilam Bhd
d)
Prestasi hutang Syarikat Nilam Bhd lebih baik dari prestasi hutang pihak industri
23.
Manakah diantara kenyataan berikut merujuk kepada penilaian prestasi kewangan syarikat menggunakan analisis keratan rentas.
a)
Analisis Operasi
b)
Perbandingan Tren
c)
Perbandingan Operasi
d)
Perbandingan Industri
24.
Pernyataan mana yang BENAR mengenai Pulangan Atas Ekuiti
a)
Menunjukkan kecekapan firma dalam pelaburan aset.
b)
Mengukur kadar keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan ke atas aset.
c)
Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan.
d)
Mengukur pulangan yang didapati oleh pemilik bagi setiap ringgi yang dilaburkan dalam perniagaan.
25.
Perubahan Tunai Bersih akan diperolehi apabila syarikat membuat Belanjawan Tunai dengan pengiraan yang berikut.
a)
Menolak perbelanjaan tunai dengan pendapatan tunai
b)
Mencampurkan semua pendapatan tunai dan bukan tunai.
c)
Mencampurkan pendapatan tunai dengan perbelanjaan tunai
d)
Menolak semua penerimaan tunai dengan perbelanjaan tunai
26.
Apakah nilai faktor masa kini bagi sejumlah wang yang terkumpul di tahun keempat dengan kadar diskaun 4%.
a)
0.8548
b)
1.1699
c)
3.6299
d)
4.2465
27.
Siti telah menyimpan RM 100 selama tiga tahun dengan pihak bank membayar kadar keuntungan sebanyak 10% setahun? Nyatakan bentuk Nilai Masa Wang yang di gambarkan dalam situasi di atas.
a)
Nilai depan amaun sekaligus
b)
Nilai depan amaun anuiti biasa
c)
Nilai kini amaun sekaligus
d)
Nilai kini amaun anuiti biasa
28.
Kira nilai hadapan sekiranya Pn. Batriso mendepositkan RM 1,500 hari ini dengan kadar faedah tahunan sebanyak 3%, jika simpanan dibuat selama lima tahun.
a)
RM 1293.91
b)
RM 1295.76
c)
RM 1736.44
d)
RM 1738.91
29.
Pernyataan manakah yang BENAR apabila pengkompaunan kadar faedah (i) berlaku setiap tiga bulan.
a)
i / 2
b)
i / 3
c)
i / 4
d)
i /12
30.
Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan dalam penyediaan jadual pelunasan pinjaman.
a)
Mengira bayaran principal (pokok)
b)
Mengira bayaran ansuran
c)
Mengira faedah setiap tempoh
d)
Merujuk jadual nilai kini.
31.
Antara pernyataan yang berikut, manakah yang TIDAK BENAR mengenai Belanjawan Modal.
a)
Perancangan jangka panjang untuk menilai dan membuat keputusan pelaburan dalam aset tetap.
b)
Perancangan untuk menilai pembelian aset bukan semasa seperti mesin, kenderaan, kilang, projek perumahan dan lain-lain projek pelaburan
c)
Firma tidak memerlukan penilaian kerana firma tiada pilihan dalam membuat pelaburan modal kerana dana pelaburan yang terhad.
d)
Firma memerlukan penilaian kerana firma terpaksa memilih alternatif pelaburan terbaik kerana dana pelaburan adalah terhad.
32.
Berikut ialah langkah dalam proses Belanjawan Modal. Lengkapkan langkah 3 yang bertanda X dalam proses Belanjawan Modal di atas
a)
Menganggar nilai kini
b)
Menganggar nilai depan
c)
Menganggar nilai pelaburan permulaan
d)
Mengganggar Aliran Tunai
33.
Manakah antara berikut BUKAN jenis projek modal ;
a)
Projek penggantian
b)
Projek baru
c)
Projek bebas
d)
Projek pengembangan
34.
Mega Berhad adalah pemilik Pasaraya Maju yang mensasarkan untuk menambah 100 cawangan baharu menjelang tahun 2030. Apakah jenis projek modal tersebut.
a)
Projek penggantian
b)
Projek baharu
c)
Projek bebas
d)
Projek pengembangan
35.
Kenalpasti pengkelasan projek yang sedang dipertimbangkan oleh Restoran D Sedap apabila memutuskan untuk membeli sebuah dapur elektrik dan sebuah mesin pembancuh kopi secara serentak.
a)
Projek bebas.
b)
Projek penggantian.
c)
Projek pengembangan
d)
Projek saling-menyingkiri
36.
Teknik penilaian projek modal manakah antara yang berikut tidak mengambil kira nilai masa wang.
a)
Tempoh Bayar Balik (TBB)
b)
Tempoh Bayar Balik Terdiskaun (TBBD)
c)
Nilai Kini Bersih (NKB)
d)
Indeks Keberuntungan (IK)
37.
Di bawah ini adalah formula yang sesuai digunakan untuk mendapatkan ; Formula di bawah digunakan untuk mengira;
a)
Tempoh Bayar Balik (TBB) bagi aliran tunai tidak seragam
b)
Tempoh Bayar Balik (TBB) bagi aliran tunai seragam
c)
Tempoh Bayar Balik Terdiskaun (TBBD) bagi aliran tunai tidak seragam
d)
Tempoh Bayar Balik Terdiskaun (TBBD) bagi aliran tunai seragam
38.
Projek Kencana dijangka akan menghasilkan aliran tunai bersih tahunan RM25,000 untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kos projek ialah RM60,000. Hitung tempoh bayar balik projek tersebut?
a)
0.42Tahun
b)
2.08 Tahun
c)
2.4 Tahun
d)
2.5 Tahun
39.
Merujuk Jadual 1, projek manakah yang perlu dipilih sekiranya tempoh hayat kedua-dua projek adalah empat tahun dan projek tersebut adalah bebas.
a)
Ladang Ayam Kampung Kacuk
b)
Penanaman Nenas MD2
c)
Kedua-dua projek diterima
d)
Kedua-dua projek ditolak
40.
Pernyataan di atas merujuk kepada kebaikan teknik
a)
Nilai kini bersih
b)
Tempoh bayar balik
c)
Indeks keberuntungan
d)
Tempoh bayar balik terdiskaun