WorksheetsTRIAL SPM K1 PERAK 2025 (S1-S40)
Total questions: 40
Worksheet time: 3hrs 20mins
Antara berikut, bahan yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
Asid lemah
Logam berat
Bahan reaktif
Pelarut organik
Antara berikut, padanan manakah yang betul tentang pemadam kebakaran dan warna label?
A
B
C
D
Rajah 1 menunjukkan satu langkah dalam melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Apakah yang patut dilakukan sekiranya mangsa sudah mula bernafas tetapi masih tidak sedar?
Longgarkan pakaian mangsa
Tambahkan tekanan pada dadanya
Lakukan hembusan nafas berulang kali
Ubah kedudukan mangsa dalam keadaan mengiring
Jisim badan Raju adalah 55 kg dan ketinggiannya adalah 1.65 m. Berapakah BMI Raju?
20.20 kg m^{-2}
33.33 kg m^{-2}
53.35 kg m^{-2}
56.65 kg m^{-2}
Apakah sumber bahan api alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?
Gas asli
Geoterma
Petroleum
Arang batu
Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti yang sedang dijalankan di suatu kawasan.
Apakah kesan aktiviti tersebut terhadap alam sekitar?
Pemanasan global
Banjir kilat
Eutrofikasi
Hujan asid
Rajah 3 menunjukkan genotip bagi sejenis bunga dengan warna yang berbeza.
Apakah nisbah fenotip yang mungkin bagi anak yang dihasilkan daripada pasangan Pp × pp?
Semua bunga ungu
Semua bunga putih
1 bunga ungu : 1 bunga putih
3 bunga ungu : 1 bunga putih
Antara berikut, padanan manakah yang betul untuk faktor-faktor yang menyebabkan variasi?
A
B
C
D
Apakah fungsi utama sistem rangka dalam haiwan vertebrata?
Menyerap nutrien
Membantu dalam fotosintesis
Menghasilkan tenaga secara langsung
Menyokong badan dan melindungi organ dalaman
Rajah 4 menunjukkan satu pasangan otot di lengan manusia.
Apakah peranan otot X dan otot Y apabila lengan membengkok?
A
B
C
D
Rajah 5 menunjukkan satu kelenjar endokrin.
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi kesan kekurangan hormon yang dirembes oleh kelenjar R?
Melakukan aktiviti fizikal
Mengambil suntikan insulin
Mengurangkan pengambilan garam
Makan mengikut piramid makanan
Rajah 6 menunjukkan satu contoh dadah.
Apakah kesan dadah tersebut terhadap koordinasi badan?
Menyebabkan halusinasi
Menukar laluan impuls dalam otak
Melambatkan penghantaran impuls dalam koordinasi badan
Mempercepatkan penghantaran impuls dalam koordinasi badan
Rajah 7 menunjukkan simbol untuk unsur Q.
Apakah yang menyebabkan unsur Q lengai secara kimia dan tidak menjalani sebarang tindak balas kimia?
Atom Q mempunyai 8 elektron
Atom Q mempunyai 40 neutron
Atom Q mempunyai susunan elektron oktet yang stabil
Atom Q mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama
Rajah 8 menunjukkan satu penggunaan radioisotop dalam bidang perubatan.
Antara berikut, yang manakah fungsi radioisotop Kobalt-60 dalam Rajah 8?
Membantu mensterilkan anggota badan pesakit
Membunuh sel-sel kanser dalam rawatan radioterapi
Digunakan dalam eksperimen fizik nuklear, biologi dan kimia
Menghasilkan medan magnet yang tinggi yang akan membunuh mikroorganisma
Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam aloi yang digunakan untuk membina kapal terbang?
Besi, Karbon
Kuprum, Timah
Kuprum, Timah, Antimon
Aluminium, Kuprum, Magnesium
Apakah sebab seramik digunakan dalam pembuatan gigi palsu?
Lembut dan mudah dibentuk
Boleh dibentuk dan berkilau
Kuat dan lengai terhadap bahan kimia
Tahan haba dan mempunyai takat lebur yang rendah
Rajah 9 menunjukkan suatu barangan yang dihasilkan daripada sejenis getah.
Apakah kelebihan proses yang digunakan dalam penghasilan barangan tersebut?
Struktur molekul getah sukar diputuskan
Rantai polimer getah sukar menggelongsor
Atom sulfur menghasilkan rangkaian silang
Mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi
Bahan antioksidan terdapat dalam beberapa jenis makanan.
Apakah makanan yang kaya dengan bahan antioksidan?
Kerepek ubi
Daging salai
Kek mentega
Kacang badam
Rajah 10 menunjukkan sebuah kereta mainan bergerak dari R ke S.
Jika masa yang diambil adalah 4 saat, berapakah pecutannya?
5 m s−2
10 m s−2
15 m s−2
20 m s−2
Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan jatuh bebas?
Jatuh bebas ialah keadaan jatuh yang dipengaruhi oleh tindakan graviti sahaja.
Jatuh bebas ialah keadaan jatuh yang dipengaruhi oleh tindakan graviti dan daya geseran.
Jatuh bebas ialah keadaan jatuh yang dipengaruhi oleh tindakan graviti dan jisim objek.
Jatuh bebas ialah keadaan jatuh yang dipengaruhi oleh tindakan graviti dan rintangan air.
Rajah 11 menunjukkan dua tin, K dan L, yang tergantung dan berayun serentak dengan daya yang sama.
K mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti berayun. Antara berikut, pernyataan manakah yang betul?
Halaju K lebih tinggi daripada L.
L mempunyai tekanan yang lebih tinggi.
L mempunyai inersia yang lebih kecil.
Daya graviti K adalah lebih tinggi daripada L.
Rajah 12 menunjukkan sebuah stesen janakuasa nuklear.
Apakah Y?
Turbin
Penjana
Kondensor
Agen penyejuk
Rajah 13 menunjukkan dua piring petri yang dikeluarkan selepas disimpan dalam almari gelap selama tiga hari pada suhu bilik.
Antara berikut, faktor manakah yang menyebabkan pertumbuhan bakteria?
Cahaya
Kelembapan
Kehadiran nutrien
Suhu persekitaran
Seorang murid telah jatuh daripada basikalnya menyebabkan lututnya cedera dan berdarah.
Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu murid itu untuk mencegah jangkitan pada lukanya?
Mengambil paracetamol
Mencuci luka dengan akriflavin
Mengelap luka menggunakan air panas
Menyembur luka dengan hidrogen peroksida
Rajah 14 menunjukkan seorang kanak-kanak yang menderita sejenis penyakit.
Antara berikut, makanan manakah yang boleh membantunya sembuh?
A
B
C
D
Rajah 15 menunjukkan akar sejenis tumbuhan.
Antara berikut, apakah kesan penanaman tumbuhan ini?
Menambahkan ion nitrat di dalam tanah
Menyingkirkan ion nitrat di dalam tanah
Menambahkan gas nitrogen di atmosfera
Menukarkan ion ammonium kepada ion nitrat dalam tanah
Jadual 1 menunjukkan fungsi tiga jenis bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan.
Antara berikut, bahan kimia manakah yang dipadankan dengan betul?
A
B
C
D
Jadual 2 menunjukkan masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur bagi tiga jenis sampel air pada tahun 2020 dan 2021.
Berdasarkan data pada tahun 2020 dan 2021, pernyataan manakah yang betul?
Pada tahun 2021, sampel air P paling tercemar
Pada tahun 2020, sampel air M paling tercemar
Pada tahun 2020, BOD sampel air M paling tinggi
Pada tahun 2021, BOD sampel air P paling rendah
Apakah kegunaan mikroorganisma efektif, EM?
Membuat baja
Menghasilkan enzim
Menguraikan sisa plastik
Meneutralkan sisa toksik
Antara berikut, situasi yang manakah menunjukkan tindak balas cepat?
Penguraian sisa makanan yang dibuang
Perubahan air yang dididihkan kepada stim
Pembakaran gas memasak untuk menyalakan api
Pencernaan kanji dalam sistem pencernaan menghasilkan glukosa
Ali merendam baju sekolahnya yang kotor selama 1 jam. Selepas dicuci, kotoran itu masih tidak hilang sepenuhnya.
Apakah cara lain yang lebih berkesan untuk menghilangkan kotoran degil itu?
Menggunakan baldi yang lebih besar
Menambahkan isi padu air rendaman
Membiarkan rendaman selama 90 minit
Mencampurkan serbuk pencuci dengan air panas
Antara berikut, yang manakah merupakan sebatian karbon organik?
Ester
Sianida
Karbon dioksida
Kalsium karbonat
Rajah 16 menunjukkan persamaan perkataan bagi suatu tindak balas kimia.
Apakah ciri bagi X?
Menyalakan kayu uji berbara
Mempunyai takat didih yang tinggi
Menyebabkan air kapur menjadi keruh
Bertindak balas dengan asid organik untuk menghasilkan ester
Rajah 17 menunjukkan keratan rentas salur darah manusia.
Antara berikut, makanan manakah yang menyebabkan terhasilnya mendapan Q jika diambil secara berlebihan dan kesannya terhadap kesihatan manusia?
A
B
C
D
Antara berikut, bahan yang manakah merupakan elektrolit?
Larutan glukosa
Leburan naftalena
Larutan natrium klorida
Pepejal plumbum (II) bromida
Rajah 18 menunjukkan satu sel elektrokimia.
Antara berikut, pernyataan manakah yang betul?
Nyalaan mentol sangat malap
Zink merupakan terminal negatif
Elektron mengalir dari kuprum ke zink
Perubahan tenaga elektrik kepada tenaga kimia
Rajah 19 menunjukkan suatu objek yang diletakkan di hadapan kanta cembung pada jarak kurang daripada panjang fokus, f.
Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk bagi objek dalam Rajah 19?
Maya, tegak, dibesarkan
Nyata, tegak, dibesarkan
Nyata, songsang, dibesarkan
Maya, songsang, dibesarkan
Rajah 20 menunjukkan satu peralatan optik.
Antara berikut, pernyataan manakah yang betul tentang peralatan tersebut?
Apabila jarak fokus lebih pendek, kuasa pembesaran adalah lebih tinggi
Imej yang terbentuk lebih kecil daripada objek
Imej yang terbentuk adalah songsang sisi
Apabila jarak fokus lebih panjang, kuasa pembesaran lebih tinggi
Rajah 21 menunjukkan satu sistem hidraulik yang digunakan di bengkel kereta.
Apakah berat kereta yang boleh diangkat dengan daya input 20 N?
0.005 N
0.05 N
20 N
2000 N
Maklumat berikut menunjukkan koordinat GPS bagi suatu kawasan.
Apakah koordinat tersebut dalam format DD?
12.105069, 5.176403
12.061825, 5.103505
5.103505, 12.061825
5.176403, 12.105069
