wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM STPM SEMESTER 3 2013

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman Malaaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Rancangan Colombo

b)

Warisan Bersama Dunia

c)

Dialong Antarabangsa Langkawi

d)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

2.
  • - Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik dan hak milik semua

  • - Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan

Penyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam

a)

Piagam ASEAN

b)

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN

c)

Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN

d)

Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN

3.

Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar ialah

i menghormati kedaulatan setiap negara

ii mengutamakan kestabilan ekonomi serantau

iii mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi

iv meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

4.

Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?

a)

berdaya saing

b)

status ekonomi

c)

sikap keterbukaan

d)

pegangan ideologi

5.

Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?

a)

menjadi peneraju ekonomi serantau

b)

mempertahankan keselamatan negara

c)

menjadi pejuang politik bagi negara membangun

d)

melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa

6.

Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3?

i kerjasaman ketenteraan

ii kerjasama sainstifik dan teknikal

iii pembentukan blok perdagangan

iv bantuan kewangan dan pakej pinjaman

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

7.
  • - Pelaksanaan Kerjasama pelbagai hala

  • - Pembentukan Komuniti Ekonomi, keselamatan sosial dan kebudayaan

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Kerjasama Selatan-selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

d)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

8.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?

i mengurangkan halangan perdagangan

ii mentadbir perjanjian perdagangan bebas global

iii membangunkan sistem perdagangan multilateral

iv mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

9.
  • - Dialog politik, kerjasama ekonomi dan interaksi budaya antara benua

  • - Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa islam sebagai agama yang tidak menghalang kemajuan dan permodenan dalam forum yang disertai

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

kerjasama ekonomi asia pasifik (APEC)

b)

Kumpulan 8 negara membangun (D8)

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

d)

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)

10.

Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Meluaskan pasaran komoditi Negara

b)

Menggalakkan kemasukan sumber manusia

c)

membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal

d)

menjadi jurucakap bagi negara-negara selatan

11.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?

a)

kemiskinan

b)

tenaga kerja

c)

kualiti alam sekitar

d)

kawasan pembangunan yang terhad

12.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan antarabangsa?

a)

Menyelesaikan masalah penduduk Palestin

b)

Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan

c)

membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar

d)

Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan

13.

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN seperti Filipina, Brunei dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepualuan Spartly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?

a)

Mahkamah jenayah antarabangsa

b)

Mahkamah keadilan antarabangsa

c)

Tribunal antarabangsa undang-undang laut

d)

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

14.

Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota?

a)

menubuhkan pakatan ketenteraan

b)

menganjurkan forum serantau ASEAN

c)

Memberi khidmat nasihat politik kepada negara anggota

d)

menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman

15.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa ?

i globalisasi

ii kualiti barangan

iii keganasan antarabangsa

iv perubahan cuaca yang drastik

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv