Font size
WorksheetsSet 4 Semester 1 - Latih Tubi
Total questions: 121
Worksheet time: 2hrs 1mins
Yang manakah menunjukkan kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong? I Melantik Menteri Kabinet II Melantik Perdana Menteri III Menolak permintaan pembubaran Parlimen IV Membubarkan Parlimen atas permintaan Perdana Menteri
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Mengapakah Yang Di-Pertuan Agong dianggap simbol perpaduan negara? I Baginda ketua agama Islam bagi semua negeri II Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan III Baginda menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan IV Baginda dipilih melalui sistem giliran Majlis Raja-Raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dalam aspek kehakiman penting untuk I melantik Hakim Mahkamah Tinggi II membatalkan keputusan Parlimen III menjamin kebebasan badan kehakiman IV memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah jawatan Yang Di-Pertuan Agong tidak dipilih oleh rakyat? I Untuk memastikan kestabilan politik II Untuk melindungi hak istimewa Raja-Raja III Untuk memastikan demokrasi terus berfungsi IV Untuk mengekalkan tradisi Raja Berperlembagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jika Yang Di-Pertuan Agong menolak permintaan pembubaran Parlimen, kesannya
pilihan raya umum tetap diadakan
kerajaan sedia ada masih berfungsi
Perdana Menteri automatik digugurkan
Majlis Raja-Raja mengambil alih pentadbiran
Dalam konteks darurat, Yang Di-Pertuan Agong bertindak demi
kebajikan rakyat
keamanan negara
kestabilan ekonomi
mengukuhkan kuasa eksekutif
Pemecatan Yang Di-Pertuan Agong hanya boleh dilakukan oleh
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong yang mengatasi semua orang bermaksud
Baginda berkuasa mutlak
Baginda simbol tertinggi negara
Baginda lebih tinggi daripada Parlimen
Baginda bebas daripada undang-undang
Yang manakah kepentingan had kuasa Yang Di-Pertuan Agong (Perkara 34)?
Menjamin penglibatan dalam politik
Melindungi prinsip Raja Berperlembagaan
Memberi peluang rakyat mengundi baginda
Mengelakkan baginda terlibat dalam pentadbiran
Yang manakah kesan jika Yang Di-Pertuan Agong boleh mengampunkan permaisuri dan anakanda baginda? I Prinsip kedaulatan terjejas II Rakyat hilang kepercayaan III Imuniti peribadi keterlaluan IV Menjamin keseimbangan kuasa
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah kesan sekiranya Yang Di-Pertuan Agong meninggalkan Persekutuan lebih 15 hari tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja?
Jawatan baginda digantung automatik
Timbalan YDPA mengambil alih kuasa
Majlis Raja-Raja boleh memecat baginda
Baginda dianggap melanggar Perlembagaan
Mengapakah Majlis Raja-Raja penting dalam sistem pemilihan Yang Di-Pertuan Agong? I Memastikan penggiliran yang adil II Membolehkan rakyat memilih terus III Menjamin keadilan dalam pemilihan IV Menggalakkan campur tangan politik kepartian
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Di bawah Perkara 43(2)(a), siapakah yang bertanggungjawab melantik Perdana Menteri Malaysia?
Dewan Rakyat
Jemaah Menteri
Majlis Raja-Raja
Yang Di-Pertuan Agong
Syarat asas pelantikan Perdana Menteri menurut Perkara 43(2)(a) ialah bahawa beliau
ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kepercayaan majoriti
dipilih terus oleh pengundi seluruh negara
ahli Dewan Negara yang disokong Kabinet
diluluskan oleh Majlis Raja-Raja
Prinsip yang menuntut Perdana Menteri meletak jawatan atau memohon pembubaran Parlimen apabila hilang sokongan Dewan Rakyat dikenali sebagai
kepercayaan majoriti
konvensyen perwakilan
konsep pengasingan kuasa
kebertanggungjawaban separa
Jika selepas pilihan raya tiada parti memperolehi majoriti jelas, Yang Di-Pertuan Agong boleh melantik seorang yang pada hemat baginda
mendapat undi popular tertinggi
menjadi ahli Parlimen paling lama
memperoleh kepercayaan majoriti
mengetuai parti terbesar di Dewan Negara
Yang manakah prasyarat kelayakan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri?
Ahli Dewan Negara
Mempunyai ijazah undang-undang
Warganegara melalui kuat kuasa undang-undang
Lulus tapisan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jika Perdana Menteri tewas usul undi tidak percaya, langkah yang wajar dilakukan ialah I meletak jawatan II membubarkan Dewan Rakyat III mengadakan pilihan raya umum IV memohon pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Siapakah yang mengetuai Jemaah Menteri mengikut Perlembagaan?
Perdana Menteri
Speaker Dewan Rakyat
Yang Di-Pertuan Agong
Ketua Setiausaha Negara
Yang manakah peranan Perdana Menteri di peringkat antarabangsa?
Melantik Ketua Hakim Negara
Mengisytiharkan darurat negara
Menggubal undang-undang di Dewan Negara
Menandatangani perjanjian antarabangsa bagi pihak kerajaan
Mengapakah prinsip "tanggungjawab kolektif" penting kepada kedudukan Perdana Menteri? I Memastikan kesepaduan dasar di hadapan Parlimen II Mengikat semua menteri kepada keputusan Kabinet III Menghapuskan keperluan kepercayaan Dewan Rakyat IV Membenarkan menteri mengundi bebas terhadap dasar kerajaan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah kesan jika Perdana Menteri tidak lagi menjadi ahli Dewan Rakyat?
Pilihan raya kecil seluruh negara
Jawatan Perdana Menteri dikosongkan
Majlis Raja-Raja melantik Kabinet sementara
Timbalan Perdana Menteri automatik menjadi Perdana Menteri
Perkara 43(1) menyatakan Jemaah Menteri ditubuhkan untuk
mengengerusikan Dewan Rakyat
mengadili pertikaian antara negeri
meluluskan semua Rang Undang-undang
menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelaksanaan fungsi eksekutif
"Kuasa eksekutif kolektif" bermaksud
keputusan kerajaan dibuat secara bersama dan dipertanggungjawabkan bersama
keputusan perlu diluluskan oleh Dewan Negara dahulu
Perdana Menteri sahaja berkuasa memutuskan dasar
setiap menteri bebas menggubal dasar sendiri
Dari segi pelantikan, menteri-menteri
boleh datang daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara
dipilih melalui pilihan raya dalaman parti
mestilah semuanya ahli Dewan Rakyat
dilantik oleh Perdana Menteri
Sumpah simpan rahsia bagi menteri bertujuan
membenarkan menteri berniaga
mengekalkan kekebalan undang-undang
melindungi maklumat kerajaan yang sensitif
mengelakkan menteri hadir sidang Parlimen
Jika Perdana Menteri meletakkan jawatan, implikasi terhadap Jemaah Menteri ialah
kabinet terus berfungsi biasa
seluruh Jemaah Menteri dianggap terbubar
Yang Di-Pertuan Agong melantik Senator baharu
Timbalan Perdana Menteri mengambil alih semua jawatan menteri
Mengapakah "tanggungjawab kolektif kepada Parlimen" memperkukuh akauntabiliti? I Menghalang perbezaan pandangan dalam Kabinet II Menjadikan Dewan Negara setara dengan Dewan Rakyat III Membolehkan Parlimen menilai kerajaan sebagai satu unit IV Mewajibkan menteri mempertahankan keputusan bersama di Dewan Rakyat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Timbalan Perdana Menteri
dipilih oleh Majlis Raja-Raja
diwajibkan oleh Perlembagaan
dilantik oleh Speaker Dewan Negara
dilantik melalui konvensyen politik dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong
Peranan Jemaah Menteri dalam belanjawan negara ialah
menyediakan draf sebelum dikemukakan ke Dewan Rakyat
menetapkan cukai tanpa Rang Undang-undang
mengaudit perbelanjaan setiap kementerian
meluluskan bajet tanpa pembentangan
Dalam krisis keselamatan, tindakan kolektif Kabinet yang berkesan perlu I ketelusan perolehan II penangguhan laporan prestasi III penyelarasan dasar antara kementerian berkaitan IV penggubalan undang-undang kecemasan tanpa peruntukan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Jemaah Menteri lazimnya dibentuk daripada
penjawat awam kanan
Senator-senator dilantik
ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
gabungan parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Rakyat
Ketua Audit Negara dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat
Speaker Dewan Rakyat
Ketua Setiausaha Negara
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Keselamatan jawatan Ketua Audit Negara adalah setara dari segi pemecatan dengan
Senator
Peguam Negara
Ketua Polis Negara
Hakim Mahkamah Persekutuan
Saraan Ketua Audit Negara
dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
dibayar oleh kementerian mengikut budi bicara
tertakluk kepada Warta Negeri
dikutip melalui fi audit
Laporan audit bagi Akaun Persekutuan dikemukakan kepada ... dan dibentangkan di
Speaker ... Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri ... Dewan Negara
Yang Di-Pertuan Agong ... Dewan Rakyat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan ... Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Kepentingan institusi audit negara termasuk I menentukan dasar fiskal negara II meningkatkan ketelusan perbelanjaan awam III menambah baik tadbir urus kewangan kerajaan IV memberi kuasa eksekutif kepada Ketua Audit Negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Siapakah yang mengetuai kementerian?
Speaker
Menteri
Ketua Setiausaha Negara
Timbalan Ketua Audit Negara
Yang manakah fungsi lazim kementerian?
Melantik hakim
Mengisytiharkan darurat
Melaksanakan dasar sektor
Meluluskan pindaan Perlembagaan
Peranan “menyelia agensi di bawahnya” merujuk kepada
kuasa menolak laporan audit
kuasa mengundi di Dewan Rakyat
kawalan ke atas pihak berkuasa kehakiman
hubungan kementerian dengan jabatan portfolio
Untuk memastikan pelaksanaan dasar yang positif terhadap rakyat, kementerian perlu mengutamakan I ketelusan perolehan II penangguhan laporan prestasi III penyelarasan antara agensi pelaksana IV penggantungan sesi soal jawab Parlimen
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Dalam aspek perundangan, kementerian boleh
mencadangkan rang undang-undang berkaitan portfolionya
meluluskan undang-undang tanpa Parlimen
meminda Perlembagaan melalui pekeliling
menolak pembentangan belanjawan
Segala hasil Persekutuan dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Kumpulan Wang Pembangunan
Tabung Amanah Kerajaan
Dana Simpanan Negara
Prinsip perlembagaan kewangan yang utama: Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengutip cukai atau membelanjakan wang tanpa
kelulusan Majlis Raja-Raja
perkenan Ketua Audit Negara
sokongan Kabinet semata-mata
kebenaran Parlimen melalui undang-undang bekalan
Yang manakah contoh sumber hasil Persekutuan?
Duti eksais
Zakat negeri
Hasil cukai tanah daerah
Bayaran lesen kerajaan tempatan
Hasil petroleum yang diperoleh Persekutuan lazimnya direkod sebagai
cukai
denda
yuran
royalti
“Belanjawan Tahunan” dibentangkan di ... dan perbelanjaan diluluskan melalui
Dewan Rakyat ... Undang-Undang Perbekalan
Majlis Raja-Raja ... Ketetapan Tahunan
Kabinet ... Pekeliling Perbendaharaan
Dewan Negara ... Warta Kerajaan
Prinsip asas kerajaan negeri di Malaysia ialah
Teokrasi dan Federalisme mutlak
Raja Mutlak dan Demokrasi Terus
Konfederasi dan Demokrasi Terus
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
kuasa kehakiman negeri
tatacara perbelanjaan negeri
pilihan raya kerajaan tempatan
jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri
Yang manakah benar mengenai pembahagian kuasa di peringkat negeri?
Wujud pemisahan kuasa Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
Perundangan negeri ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan
Semua kuasa tertumpu pada Ketua Negeri
Tiada peranan Dewan Undangan Negeri
Ketua Negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ialah
Raja
Sultan
Yang di-Pertua Negeri
Yang di-Pertuan Besar
“Kerajaan Pusat tidak campur tangan dalam urusan negeri melainkan bercanggah undang-undang persekutuan” menggambarkan prinsip
hak veto Dewan Negara
autonomi mutlak negeri
keutamaan adat istiadat negeri
keutamaan undang-undang persekutuan dalam hierarki perundangan
Rujukan utama pembahagian bidang kuasa Persekutuan–Negeri ialah
Jadual Kesembilan
Jadual Kesepuluh
Jadual Kelapan
Jadual Ketiga
Ketua Kerajaan Negeri mestilah
mendapat kepercayaan majoriti
dilantik oleh Perdana Menteri
dipilih oleh Speaker DUN
ahli Dewan Negara
Yang manakah fungsi EXCO Kerajaan Negeri?
Melantik Pihak Berkuasa Tempatan
Mengurus portfolio pentadbiran negeri
Mengisytiharkan darurat seluruh negeri
Meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri
Apakah implikasi positif struktur negeri yang jelas? I Penggantungan semakan legislatif II Kejelasan akauntabiliti pentadbiran negeri III Kecakapan pelaksanaan dasar khusus negeri IV Pematuhan vertikal kepada dasar persekutuan tanpa semakan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jika sebuah negeri mahu memperkenalkan dasar budaya setempat, ia perlu
mendapat izin Majlis Raja-Raja
mendapat kelulusan Dewan Rakyat
tidak bercanggah undang-undang persekutuan
dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan dahulu
Kedudukan Raja atau Sultan diperoleh melalui
pilihan raya
pewarisan takhta
proses lantikan Yang di-Pertuan Agong
pemilihan oleh Dewan Undangan Negeri
Saraan Raja atau Sultan ditanggung oleh
Tabung Amanah Negara
Dewan Undangan Negeri
Kumpulan Wang Negeri yang Disatukan
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Raja atau Sultan ialah Ketua Agama Islam di
negeri baginda sendiri
hanya negeri tidak beraja
negeri Sabah dan Sarawak sahaja
semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan
Yang manakah fungsi Raja atau Sultan sebagai komponen perundangan negeri?
Memberi ucapan pertama
Menjadi Ketua Pembangkang
Mempengerusikan Dewan Undangan Negeri
Mengundi dalam perbahasan Dewan Undangan Negeri
Antara kuasa budi bicara Raja atau Sultan ialah
melantik Menteri Besar
meluluskan cukai negeri
menetapkan sempadan daerah
melantik semua hakim negeri tanpa nasihat
Dalam kuasa eksekutif, Raja atau Sultan melantik EXCO
melalui undi rakyat
atas nasihat Menteri Besar
mengikut kehendak peribadi
atas nasihat Perdana Menteri
Dari segi perundangan, Raja atau Sultan berfungsi untuk
meluluskan RUU persekutuan
mengisytiharkan pilihan raya kecil
menentukan jadual sidang Parlimen
memperkenankan RUU negeri dalam 30 hari
Kuasa kehakiman Raja atau Sultan termasuk
membicara rayuan sivil
menggubal kanun keseksaan
menjatuhkan hukuman jenayah
melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya
Ketua Negeri tidak mengambil bahagian aktif dalam perniagaan dan politik. Hal ini mencegah
konflik kepentingan
kelulusan bajet negeri
tanggungjawab kolektif EXCO
perkongsian kuasa dengan Dewan Undangan Negeri
Sekatan ke atas kuasa Raja atau Sultan mengukuhkan tadbir urus kerana I Baginda tidak boleh mengampuni diri sendiri II Baginda mesti aktif berpolitik untuk seimbang III Baginda boleh didakwa di Mahkamah Khas atas sifat peribadi IV Baginda boleh memegang jawatan bergaji dalam syarikat negeri
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh
Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Speaker Dewan Undangan Negeri
Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Kerajaan Negeri
Tempoh jawatan Yang di-Pertua Negeri ialah
3 tahun dan boleh dilantik semula
4 tahun dan boleh dilantik semula
3 tahun dan tidak boleh disambung
4 tahun dan tidak boleh disambung
Yang di-Pertua Negeri bertindak atas nasihat
Ketua Menteri
Menteri Besar
Perdana Menteri
Speaker Dewan Undangan Negeri
Yang manakah kuasa budi bicara Yang di-Pertua Negeri?
Melantik Ketua Menteri
Meluluskan cukai negeri
Melantik Ketua Hakim Negara
Menggubal undang-undang persekutuan
Mekanisme pemecatan Yang di-Pertua Negeri memerlukan
undian Kabinet Persekutuan dan persetujuan Dewan Undangan Negeri
undian 2/3 Dewan Undangan Negeri dan tindakan Yang di-Pertuan Agong
undian majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri dan nasihat Ketua Menteri
undian majoriti mudah Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertua Negeri sebagai komponen perundangan negeri
Meluluskan RUU Persekutuan
Merasmikan Dewan Undangan Negeri
Mengundi dalam Dewan Undangan Negeri
Mempengerusikan jawatankuasa Dewan Undangan Negeri
Peranan positif Yang di-Pertua Negeri terhadap kestabilan negeri termasuk I mengelak pembubaran DUN yang tidak wajar II menentukan dasar fiskal negeri secara langsung III menggantikan Dewan Undangan Negeri sebagai badan perundangan IV menjamin kesinambungan pentadbiran melalui pelantikan Ketua Menteri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sekatan ke atas Yang di-Pertua Negeri termasuklah
mesti mewakili parti politik
boleh memegang jawatan berpendapatan
kebal daripada tindakan mahkamah awam
tidak boleh mengundi memilih Yang di-Pertuan Agong
Istilah “Premier” digunakan di
Sabah
Melaka
Sarawak
Pulau Pinang
Prasyarat pelantikan ketua kerajaan negeri termasuk
dipilih oleh Perdana Menteri
dilantik menjadi ahli Dewan Negara
dipercayai oleh Yang di-Pertua Negeri
diundi menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
Syarat tambahan di beberapa negeri beraja bagi jawatan Menteri Besar ialah
mestilah Senator
warganegara melalui pendaftaran sahaja
anak negeri mengikut Perlembagaan Negeri
tidak pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
Yang manakah kesan jika Ketua Menteri hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri?
Menjadi Senator
Jawatan terus kekal
Perlu meletak jawatan
Automatik menjadi Speaker
Ketua Kerajaan Negeri mengetuai
Dewan Undangan Negeri
Mahkamah Sesyen Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Pelucutan jawatan ketua kerajaan negeri boleh berlaku jika
menolak bajet persekutuan
menjadi ahli Dewan Negara
diisytihar muflis oleh mahkamah
tidak menghadiri sidang Parlimen
Untuk memastikan kesinambungan dasar negeri, ketua kerajaan negeri wajar
menyelaraskan portfolio EXCO
mengabaikan laporan audit negeri
menggantikan semua pegawai kanan setiap tahun
mengehadkan sesi pertanyaan Dewan Undangan Negeri
EXCO di Semenanjung, Kabinet Negeri di Sabah, dan Majlis Tertinggi di Sarawak ialah
Badan audit negeri
Badan eksekutif negeri
Badan kehakiman negeri
Badan perundangan persekutuan
Ahli EXCO dilantik oleh Ketua Negeri
oleh Majlis Raja-Raja
oleh Perdana Menteri
melalui undian rakyat
atas nasihat Ketua Kerajaan negeri
Tiga ex-officio dalam EXCO ialah
Ketua Polis Negeri, Mufti, Datuk Bandar
Speaker, Timbalan Speaker, Setiausaha DUN
Ketua Hakim, Peguam Negara, Ketua Audit Negara
Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan Negeri
EXCO bertanggungjawab secara kolektif kepada
Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri
Dewan Undangan Negeri
Kabinet Persekutuan
Majlis Raja-Raja
Peranan EXCO dalam kewangan negeri termasuk
Menetapkan dasar monetari
Meluluskan cukai persekutuan
Menggubal Akta Perbekalan Persekutuan
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk dibentang di DUN
Untuk kesan positif terhadap penyampaian perkhidmatan negeri, EXCO perlu I Menetapkan KPI portfolio II Menghapuskan sesi soal jawab DUN III Menanggung pembentangan anggaran perbelanjaan IV Mengintegrasi data rentas jabatan bagi membuat keputusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Segala hasil negeri dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Kumpulan Wang Disatukan Negeri
Dana Pembangunan Negeri
Tabung Hasil Negara
Dua pemberian wajib Persekutuan kepada negeri ialah
Pemberian mengikut eksport dan import
Pemberian mengikut hasil petroleum dan getah
Pemberian mengikut cukai jualan dan cukai perkhidmatan
Pemberian mengikut bilangan orang dan kepanjangan jalan raya
Keistimewaan hasil tambahan Sabah dan Sarawak termasuk
Duti eksport balak
Duti setem persekutuan
Cukai pendapatan individu
Cukai keuntungan harta tanah
Bidang kuasa undang-undang kerajaan tempatan di bawah Perlembagaan terletak pada
Majlis Raja-Raja (Perkara 38)
Kerajaan Negeri (Perkara 95A)
Kerajaan Persekutuan (Perkara 44)
Mahkamah Persekutuan (Perkara 121)
Akta induk operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah
Akta 133
Akta 171
Akta 172
Akta 342
Peranan utama Akta 172 ialah
jalan, parit dan bangunan
kutipan cukai pendapatan
kawalan penyakit berjangkit
perancangan bandar dan desa
Seksyen 102–103 Akta 171 memberi kuasa PBT untuk
melantik Datuk Bandar
menggubal undang-undang kecil
mengisytiharkan darurat setempat
menetapkan kadar cukai pendapatan
Yang manakah contoh undang-undang kecil PBT?
Akta Polis 1967
Ordinan Kastam
Peraturan Parlimen
Undang-undang Kecil Penjaja
Seksyen 107 Akta 171 membolehkan PBT mengeluarkan lesen untuk
papan iklan
percukaian negeri
pelaburan luar negara
pembahagian royalti sumber asli
Yang manakah tujuan penubuhan PBT menurut Akta 171?
Menyediakan perkhidmatan awam kepada penduduk
Menggubal undang-undang persekutuan
Mengurus pilihan raya umum
Mengawal sempadan negeri
Yang manakah kesan positif kuasa memungut hasil tempatan yang baik? I Meningkatkan keupayaan pembiayaan perkhidmatan bandar II Menggantikan kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri III Mengurangkan kebergantungan pada peruntukan negeri IV Menghapuskan keperluan audit dalaman
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah kesan positif penguatkuasaan PBT yang konsisten terhadap bandar? I Penurunan ketelusan kutipan hasil II Peningkatan pematuhan kebersihan III Pengurangan struktur binaan haram IV Penggantungan sesi libat urus komuniti
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
“Menjana pendapatan tempatan secara berdikari” bermaksud Pihak Berkuasa Tempatan
memaksimumkan hasil sah
mengambil alih hasil negeri
menggubal cukai pendapatan individu
membebaskan diri daripada ketetapan kerajaan negeri
Yang manakah tugas Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kategori alam sekitar?
Urusan Perhilitan
Penebangan hutan
Kawalan pencemaran
Pengumpulan sisa pepejal
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam kategori orang awam?
Penguatkuasaan cukai kastam
Kawal selia bank perdagangan
Pembersihan jalan
Kawalan eksport
Ketua Dewan Bandaraya ialah
Datuk Bandar
Pegawai Daerah
Yang di-Pertua Majlis
Ketua Setiausaha Negara
Yang manakah kriteria bandar raya yang dinyatakan?
penduduk melebihi 500,000 orang
penduduk melebihi 150,000 orang
penduduk kurang daripada 150,000 orang
penduduk kurang daripada 500,000 orang
Ketua Majlis Perbandaran ialah
Datuk Bandar
Ketua Menteri
Pegawai Daerah
Yang di-Pertua Majlis
Yang manakah kuasa kerajaan negeri terhadap Pihak Berkuasa Tempatan ialah
mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan
meluluskan belanjawan Pihak Berkuasa Tempatan
menetapkan kadar cukai pendapatan
menggubal dasar negeri
Kerajaan Persekutuan boleh
menggubal dasar kerajaan tempatan
meminda sempadan pihak berkuasa tempatan
melantik Yang di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan
mengesahkan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan
Yang manakah kriteria peruntukan Persekutuan kepada pihak berkuasa tempatan melalui negeri?
Bilangan penduduk
Jumlah eksport negeri
Hasil petroleum negeri
Kadar pertukaran asing
Yang manakah menjelaskan kedudukan majlis penyelarasan antara kerajaan?
Jawatankuasa khas Dewan Negara
Badan peringkat ketiga dalam hierarki kehakiman
Platform penyelarasan dasar antara Persekutuan–Negeri
Agensi kerajaan tempatan di bawah pihak berkuasa tempatan
Yang manakah bukan tujuan penubuhan majlis penyelarasan?
Mengurangkan pertindihan kuasa
Memupuk kerjasama persekutuan
Menggantikan fungsi Kabinet sepenuhnya
Menjamin pelaksanaan dasar nasional seragam
Yang manakah fungsi positif majlis sebagai platform tadbir urus?
Menghapuskan semakan Parlimen
Meningkatkan akauntabiliti pelaksanaan
Menyekat rundingan antara kementerian
Menggantikan peranan Dewan Undangan Negeri
Yang manakah paling tepat membezakan asas penubuhan majlis?
Semuanya ditubuhkan oleh Kabinet
Semuanya ditubuhkan oleh Perlembagaan
Ada melalui Perlembagaan, ada melalui keputusan Kabinet
Hanya melalui undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan
Yang manakah asas perundangan Majlis Tanah Negara?
Perkara 95A
Perkara 108
Perkara 91
Perkara 83
Yang manakah benar mengenai undi pengerusi Majlis Tanah Negara?
Ada undi pemutus
Tiada hak mengundi
Hanya mengundi jika undi seri
Boleh mengundi tetapi tiada undi pemutus
Yang manakah menghuraikan fungsi Majlis Tanah Negara?
Mengurus kutipan cukai pintu
Menggubal Akta Perancangan Desa
Menentukan hasil cukai pendapatan
Membentuk dasar negara penggunaan tanah
Yang manakah perkara yang mesti dirundingkan dengan Majlis Kewangan Negara?
Pemberian Persekutuan kepada Negeri
Pelantikan ahli perkhidmatan awam
Persempadanan pilihan raya
Penentuan elaun Menteri
Yang manakah kesan positif penyelarasan dasar melalui Majlis Tanah Negara (Perkara 91) terhadap pengurusan guna tanah? I Penggantian terus kuasa tanah kerajaan negeri II Keseragaman standard guna tanah merentas negeri III Penghapusan peranan DUN dalam meluluskan enakmen tanah IV Pengurangan pertindihan antara pertanian, perhutanan dan perlombongan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah hasil positif rundingan fiskal melalui Majlis Kewangan Negara (Perkara 108)? I Pemansuhan audit perbelanjaan negeri II Penggantian peranan Parlimen dalam Belanjawan III Penjajaran pinjaman dan projek dengan kemampuan fiskal IV Penetapan formula pemberian yang telus dan boleh dijangka
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah strategi positif untuk menyelaraskan pelaksanaan projek PBT melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (Perkara 95A)? I Penangguhan libat urus komuniti bagi mempercepat projek II Piawaian teknikal bersama dan takwim pelaksanaan nasional III Panel penasihat bersama Persekutuan–Negeri untuk semakan by-laws IV Penggantungan kuasa pelesenan PBT kepada kementerian persekutuan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah langkah positif pengurusan krisis oleh Majlis Keselamatan Negara (Akta 776) yang meningkatkan ketahanan nasional? I Menolak pelaporan situasi harian demi kelajuan keputusan II Pusat Komunikasi Krisis untuk arahan operasi rentas agensi III Mengehadkan perkongsian data antara PDRM–ATM–agensi bencana IV Pengisytiharan kawasan keselamatan yang berskala dan terhad masa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
