wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Peperiksaan Lepas Set 1

Total questions: 88

Worksheet time: 1hrs 28mins

Name
Class
Date
1.

Membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Rancangan Colombo

b)

Warisan Bersama Dunia

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

2.

Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik dan hak milik semua • Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan. Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam

a)

Piagam ASEAN

b)

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN

c)

Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN

d)

Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN

3.

Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah I menghormati kedaulatan setiap negara II mengutamakan kestabilan ekonomi serantau III mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi IV meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?

a)

Berdaya saing

b)

Status ekonomi

c)

Sikap keterbukaan

d)

Pegangan ideologi

5.

Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?

a)

Menjadi peneraju ekonomi serantau

b)

Mempertahankan keselamatan negara

c)

Menjadi pejuang politik bagi negara membangun

d)

Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa

6.

Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3? I kerjasama ketenteraan II kerjasama saintifik dan teknikal III pembentukan blok perdagangan IV bantuan kewangan dan pakej pinjaman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala • Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial, dan Kebudayaan. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

8.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)? I Mengurangkan halangan perdagangan II Menadbir perjanjian perdagangan bebas global III Membangunkan sistem perdagangan multilateral IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Dialog politik, kerjasama ekonomi, dan interaksi budaya antara benua • Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam sebagai agama yang tidak menghalang kemajuan dan pemodenan dalam forum yang disertai. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

b)

Kumpulan 8 Negara Membangun (D8)

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

d)

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)

10.

Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Meluaskan pasaran komoditi negara

b)

Menggalakkan kemasukan sumber manusia

c)

Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal

d)

Menjadi jurucakap bagi negara-negara Selatan

11.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?

a)

Kemiskinan

b)

Tenaga kerja

c)

Kualiti alam sekitar

d)

Kawasan pembangunan yang terhad

12.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan antarabangsa?

a)

Menyelesaikan masalah penduduk Palestin

b)

Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan

c)

Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar

d)

Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan

13.

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN, seperti Filipina, Brunei, dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?

a)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

b)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

c)

Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut

d)

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

14.

Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota?

a)

Menubuhkan pakatan ketenteraan

b)

Menganjurkan forum serantau ASEAN

c)

Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota

d)

Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman

15.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa? I Globalisasi II Kualiti barangan III Keganasan antarabangsa IV Perubahan cuaca yang drastik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan kesejahteraan negara ini. Pernyataan manakah paling tepat menerangkan kepentingan hubungan tersebut?

a)

Kerjasama serantau dan antarabangsa mempercepat pembangunan dan kesejahteraan melalui perdagangan, pelaburan dan keselamatan bersama.

b)

Hubungan antarabangsa hanya meningkatkan persaingan budaya tanpa faedah ekonomi.

c)

Hubungan Malaysia dengan negara lain hanya relevan untuk acara sukan.

d)

Hubungan antarabangsa menyebabkan pembangunan terbantut kerana wujud sekatan menyeluruh.

17.

Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara berjiran ialah pergerakan rakyat melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada negara penerima. Pernyataan manakah paling tepat tentang kesan utama kepada negara penerima?

a)

Tekanan terhadap keselamatan, ekonomi dan sosial termasuk risiko jenayah rentas sempadan serta peningkatan beban perkhidmatan awam.

b)

Peningkatan hasil cukai serta pengurangan kos keselamatan.

c)

Penurunan kos kesihatan awam kerana pendatang tidak menggunakan perkhidmatan.

d)

Tiada kesan kerana semua negara jiran mengamalkan sempadan terbuka sepenuhnya.

18.

Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau, terdapat ancaman lain yang boleh menggugat keselamatan Malaysia. Pilih SEMUA ancaman yang berpotensi menjejaskan keselamatan negara.

a)

Keganasan ekstremis dan radikalisasi

b)

Jenayah siber yang menjejaskan infrastruktur kritikal

c)

Penyeludupan dadah dan senjata api rentas sempadan

d)

Perdagangan sah serantau dan pelancongan

e)

Pemerdagangan manusia serta pengubahan wang haram

19.

Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia? I Memperjuangkan hak negara-negara Selatan II Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan III Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi IV Mengutamakan hubungan dagangan dengan negara-negara Utara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?

a)

Memelihara kedaulatan negara

b)

Mewujudkan keamanan sejagat

c)

Melindungi negara-negara miskin

d)

Mengekalkan penguasaan ekonomi

21.

Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar bercorak pro-Barat?

a)

Malaysia sebagai anggota pertubuhan negara Komanwel

b)

Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara

c)

Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad

d)

Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi

22.

Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara serantau?

a)

Forum Serantau ASEAN

b)

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

c)

Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali

d)

Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

23.

Perisytiharan “Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali” oleh ASEAN bertujuan untuk

a)

menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear

b)

menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan

c)

mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara

d)

menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara

24.

Perundingan multilateral yang bertujuan untuk membina keyakinan dalam memelihara keamanan dan kestabilan. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur

d)

Dialog Antarabangsa Langkawi

25.

Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?

a)

Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar negara Malaysia

b)

Memperjuangkan pasaran terbuka dalam Kerjasama Selatan-Selatan

c)

Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam

d)

Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka

26.

Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Rancangan Colombo

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

d)

Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

27.

Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan untuk

a)

menggalakkan kerjasama antara benua

b)

meluaskan pasaran barangan Malaysia

c)

menjadi peneraju bagi negara-negara Selatan

d)

mengatasi masalah ekonomi yang dialami negara-negara Selatan

28.

Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara lain • Menghormati hak asasi manusia. Pernyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam

a)

Pertubuhan Persidangan Islam

b)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-Negara Komanwel

29.

Yang manakah isu kerjasama yang Malaysia bincangkan dalam ASEAN? I Pencegahan penyakit AIDS II Keselamatan makanan III Peraturan pilihan raya IV Membanteras rasuah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

30.

Yang manakah yang benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa?

a)

Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iraq

b)

Menentang kebangkitan puak ekstremis secara kekerasan

c)

Menyokong penggunaan nuklear untuk tujuan keselamatan

d)

Menggesa negara maju lebih iltizam dalam menyelesaikan isu alam sekitar global

31.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknologi hijau? I Kos yang tinggi II Kurang insentif daripada kerajaan III Tiada sumber tenaga yang mencukupi IV Teknologi bergantung kepada negara maju

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

32.

Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto?

a)

Ancaman pencemaran jerebu

b)

Pembebasan gas rumah hijau

c)

Kekurangan bekalan makanan dunia

d)

Keselamatan makanan yang diubah genetik

33.

Sidang Kemuncak Copenhagen 2009. Yang manakah cabaran dalaman yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai hasrat persetujuan dalam perkara di atas?

a)

Kesedaran mengenai hak asasi

b)

Kekurangan sumber tenaga manusia

c)

Integriti rakyat mengenai alam sekitar

d)

Kelemahan sistem pendidikan negara

34.

Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke luar negara. Apakah masalah utama yang lazim dihadapi Malaysia untuk menjayakan misi tersebut?

a)

Cabaran logistik di kawasan bencana yang menghalang penghantaran bantuan.

b)

Kekangan keselamatan di zon konflik yang menjejaskan operasi.

c)

Kekurangan koordinasi dengan agensi antarabangsa yang menyebabkan kelewatan.

d)

Tiada keperluan tenaga kerja sukarelawan kerana automasi penuh dalam misi moden.

35.

Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai "keldai dadah" oleh sindiket antarabangsa semakin meningkat. Apakah risiko utama yang dihadapi?

a)

Hukuman jenayah yang berat di negara asing termasuk penjara atau hukuman mati.

b)

Trauma psikologi dan stigma sosial berpanjangan.

c)

Ancaman keselamatan peribadi semasa proses pengedaran dan pemindahan.

d)

Peningkatan peluang kerjaya dalam sektor formal akibat pengalaman perjalanan.

36.

Penemuan dan penjanaan tenaga nuklear memberikan faedah kepada manusia namun turut membawa risiko kepada kehidupan sejagat. Pernyataan manakah yang tepat tentang faedah dan risikonya?

a)

Kecekapan penjanaan tenaga yang tinggi dengan pelepasan karbon yang rendah berbanding bahan api fosil.

b)

Risiko pelupusan sisa radioaktif jangka panjang yang memerlukan kawalan ketat.

c)

Peluang kemajuan penyelidikan dan aplikasi teknologi berasaskan radionuklid.

d)

Tiada keperluan keselamatan fizikal kerana reaktor moden sepenuhnya bebas risiko.

37.

Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia. Yang manakah faktor yang mempengaruhi penentuan dasar tersebut?

a)

Hubungan serantau

b)

Aspek sosiobudaya

c)

Keselamatan negara

d)

Hubungan perdagangan

38.

Kedudukan geostrategik negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia kerana Malaysia mahu

a)

mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar

b)

menjamin keselamatan daripada ancaman luar

c)

mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah

d)

memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan lancar

39.

Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan antarabangsa • Dasar luar yang dinamik dan berkembang Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan

a)

kepimpinan negara

b)

status ekonomi negara

c)

lokasi pentadbiran kerajaan pusat

d)

ideologi politik parti yang memerintah

40.

Kaedah: • Rundingan • Bertolak ansur • Cara diplomasi • Orang perantaraan Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk

a)

membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara asing

b)

mendapatkan hak melabur eksklusif di negara-negara yang berpotensi

c)

menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia

d)

menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah

41.

Malaysia terlibat dalam I proses pilihan raya di Myanmar II rundingan keamanan di selatan Thailand III proses pembangunan di negara Timor Leste IV perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

42.

Yang manakah yang benar tentang tujuan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN? I Menaik taraf tahap sosioekonomi di rantau ASEAN II Meningkatkan pelaburan negara kuasa besar di rantau ASEAN III Membolehkan sumber tenaga kerja bergerak bebas dalam ASEAN IV Mengatasi jenayah rentas sempadan yang menjejaskan ekonomi serantau ASEAN

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

43.

Yang manakah inisiatif ASEAN untuk mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?

a)

Pengisytiharan kawasan risiko tinggi

b)

Penempatan misi pengaman di kawasan konflik

c)

Dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik

d)

Pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan di sempadan

44.

Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atas dasar ingin I merapatkan hubungan sesama negara anggota II membantu negara anggota dalam bidang pertahanan III merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota IV meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan bersama

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

45.

Yang manakah komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Menyokong perdagangan bebas

b)

Meningkatkan keamanan sejagat

c)

Menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan

d)

Menghantar tentera ke negara lain untuk memerangi pengganas

46.

Memperjuangkan kedaulatan sesebuah negara • Menentang campur tangan negara maju dalam hal ehwal sesebuah negara Pernyataan di atas merujuk kepada pendirian Malaysia dalam

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

47.

Penjelasan kepada salah tanggapan terhadap agama Islam dilakukan oleh Malaysia dalam

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Sidang Kemuncak Asia Timur

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel

48.

Permasalahan utama yang dihadapi oleh Malaysia dengan Thailand ialah

a)

penyeludupan beras

b)

pendatang asing tanpa izin

c)

pembinaan tembok sempadan

d)

pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia

49.

Yang manakah kesan Perjanjian Perdagangan Bebas kepada Malaysia? I Hasil kutipan duti import dan tarif meningkat II Kawasan perdagangan bebas wujud lebih banyak III Daya saing produk negara di pasaran antarabangsa meningkat IV Pasaran untuk produk dan keluaran barangan negara bertambah luas

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

50.

Yang manakah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan teknologi nuklearnya?

a)

Teknologi yang rendah

b)

Krisis sumber bahan mentah

c)

Tiada modal yang mencukupi

d)

Tiada sokongan daripada pihak kerajaan

51.

Apakah halangan yang dihadapi oleh pengusaha tempatan untuk membangunkan inovasi ke tahap antarabangsa?

a)

Tiada bahan mentah

b)

Tiada bantuan kredit

c)

Tahap teknologi yang masih rendah

d)

Tiada sokongan daripada pihak kerajaan

52.

Mengikut konteks masalah pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan, langkah kerajaan manakah paling berkesan untuk mengurangkan isu ini?

a)

Memperkukuh penguatkuasaan kontrak kerja serta pemantauan majikan dan agensi

b)

Mengurangkan cuti tahunan pembantu rumah

c)

Mengehadkan akses pembantu rumah kepada saluran aduan rasmi

d)

Tidak menetapkan sebarang garis panduan pengambilan pekerja

53.

Dalam usaha Malaysia menunjukkan komitmen terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa, tindakan manakah paling tepat?

a)

Menyertai dan menghantar pasukan ke misi pengaman PBB

b)

Menarik diri daripada semua perjanjian keselamatan serantau

c)

Mengurangkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa

d)

Memansuhkan undang-undang berkaitan keselamatan dalam negeri

54.

Untuk merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat atau hab pendidikan antarabangsa, langkah yang manakah paling berkesan?

a)

Memperkukuh akreditasi, kerjasama antarabangsa, dan prasarana kampus

b)

Mengehadkan kemasukan pelajar antarabangsa secara drastik

c)

Mengabaikan pembangunan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

d)

Menaikkan yuran tanpa penambahbaikan kualiti

55.

Pelabur yang menilai pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia lazimnya mempertimbangkan beberapa aspek. Yang manakah paling utama dalam menarik FDI?

a)

Kestabilan politik, dasar mesra pelabur, dan infrastruktur yang baik

b)

Kadar jenayah tinggi serta tiada insentif pelaburan

c)

Ketidakpastian peraturan dan proses kelulusan yang lambat

d)

Kekurangan tenaga kerja mahir serta gangguan logistik kerap

56.

Yang manakah faktor yang perlu diguna pakai untuk menentukan dasar luar Malaysia?

a)

Kedudukan strategik negara

b)

Perdagangan antarabangsa negara

c)

Kerjasama dengan kuasa-kuasa besar

d)

Pakatan ketenteraan dengan negara serantau

57.

Apakah rasional Malaysia mengutamakan jalinan hubungan diplomatik yang erat dalam kalangan negara-negara ASEAN?

a)

Keselamatan

b)

Kepelbagaian etnik

c)

Kedudukan geopolitik

d)

Keunikan budaya penduduk

58.

Yang manakah prinsip asas dalam pembentukan dasar luar Malaysia? I Memenuhi tuntutan ekonomi II Hidup bersama secara aman dan harmoni III Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain IV Menyelesaikan konflik melalui kekuatan ketenteraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Malaysia membincangkan visi untuk mewujudkan komuniti ekonomi tunggal pada penghujung tahun 2015 dalam

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

60.

Yang manakah komitmen Malaysia terhadap hubungan diplomatik dengan negara luar? I Membantu mangsa bencana tsunami di Acheh II Menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu di Selatan Filipina III Menyertai misi ketenteraan memerangi keganasan di Timur Tengah IV Memberikan status taraf pelarian kepada rakyat Robingya dari Myanmar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

61.

Yang manakah sumbangan Malaysia dalam penyelesaian politik di Myanmar?

a)

Menyokong kemasukan Myanmar dalam ASEAN

b)

Menerima pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar

c)

Memberikan kebenaran untuk membuka kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur

d)

Mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi berunding dengan kerajaan tentera Myanmar

62.

• Mempertingkat sistem perdagangan dan menangani isu ekonomi global • Mengeratkan hubungan dua hala antara negara-negara di dua rantau Pernyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

d)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia

63.

• Membincangkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan serta integrasi ekonomi serantau • Membincangkan kepentingan pembiayaan industri kecil dan sederhana Perkara di atas dibincangkan oleh Malaysia dalam

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

d)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

64.

Malaysia telah dipilih sebagai ahli dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli. Pilih jawapan yang tepat.

a)

Majlis Amanah

b)

Majlis Keselamatan

c)

Perhimpunan Agung

d)

Majlis Ekonomi dan Sosial

65.

Rujuk pernyataan: • Menerima bantuan serantau dan antarabangsa untuk mencari pesawat penumpang MH370 yang hilang • Menghantar bantuan semasa berlaku bencana alam di Acheh dan di Jepun. Bentuk kerjasama di atas berkaitan dengan apa?

a)

kemanusiaan

b)

sikap keterbukaan

c)

semangat setia kawan

d)

semangat persefahaman

66.

Yang manakah tindakan Malaysia dalam isu Hak Asasi Manusia Sejagat?

a)

Mematuhi deklarasi antarabangsa

b)

Mendesak penyelarasan takrifan hak asasi

c)

Menolak pendekatan Amerika Syarikat terhadap keganasan

d)

Meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan dunia

67.

Yang manakah tindak balas Malaysia terhadap pergolakan di luar negara? I Mengaktifkan pejabat kedutaan Malaysia untuk menjadi penghubung antara keluarga di Malaysia dengan rakyat Malaysia di negara yang bergolak II Mendapatkan bantuan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengeluarkan rakyat Malaysia daripada negara yang bergolak III Mengurus penghantaran balik rakyat Malaysia dari negara yang bergolak IV Memutuskan hubungan politik sementara dengan negara yang bergolak

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

68.

Rujuk pernyataan: • Kerjasama politik dan keselamatan • Menggalakkan pembinaan komuniti serantau. Pernyataan di atas merujuk kepada bentuk kerjasama yang ingin Malaysia capai melalui apa?

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Sidang Kemuncak Asia Timur

c)

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik

d)

Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa

69.

Masalah yang dihadapi oleh Malaysia berkaitan dengan kerjasama dua hala bidang ekonomi dengan negara jiran ialah yang mana? I kadar pertukaran asing II perundangan yang berbeza III pengeluaran produk yang sama IV pengiktirafan halal pada produk

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

70.

Rujuk pernyataan: • Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau • Mengurangkan pembebasan klorofluorokarbon. Inisiatif di atas terkandung dalam protokol yang mana?

a)

Protokol Cartagena

b)

Protokol Montreal

c)

Protokol Madrid

d)

Protokol Kyoto

71.

Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar semenjak awal kemerdekaan. Yang manakah antara berikut ialah sebab utama Malaysia berbuat demikian?

a)

Memperkukuh keselamatan dan kestabilan serantau

b)

Mengembangkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa

c)

Meningkatkan kerjasama dalam organisasi antarabangsa

d)

Mengasingkan diri daripada komuniti global

72.

Perubahan gaya hidup yang lebih lestari diperlukan dalam kalangan penduduk Malaysia untuk menangani isu kenaikan harga minyak, kehabisan sumber asli dan perubahan iklim. Pilih semua amalan yang menyokong matlamat ini.

a)

Mengurangkan penggunaan tenaga berasaskan bahan api fosil

b)

Mengamalkan kitar semula dan penggunaan semula

c)

Beralih kepada pengangkutan awam dan mobiliti berkongsi

d)

Meningkatkan penggunaan plastik sekali guna

73.

Salah satu kepentingan hubungan dua hala ialah berlakunya pemindahan teknologi ke dalam negara. Yang manakah merupakan faedah utama pemindahan teknologi dalam sektor pertanian di Malaysia? Pilih semua yang berkenaan.

a)

Peningkatan hasil tanaman dan kualiti produk

b)

Kecekapan pengeluaran melalui mekanisasi dan automasi

c)

Pembangunan kemahiran dan keupayaan inovasi petani

d)

Peningkatan pergantungan kepada tenaga buruh tidak mahir

74.

Yang manakah yang mempengaruhi dasar luar Malaysia?

a)

Pencapaian ekonomi sesebuah negara

b)

Hubungan erat dengan kuasa besar

c)

Fahaman politik sesebuah negara

d)

Wawasan kepimpinan negara

75.

Organisasi antarabangsa yang manakah yang dianggotai oleh Malaysia berdasarkan faktor geo-strategik?

a)

Komanwel

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

76.

Tindakan yang manakah yang dapat memastikan kedaulatan negara Malaysia dilindungi? I Mengutamakan kepentingan antarabangsa daripada kepentingan negara II Mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal negara lain III Melibatkan diri dalam penyelesaian masalah negara jiran IV Menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

77.

Malaysia menyokong gagasan Komuniti Ekonomi ASEAN kerana dapat

a)

membentuk satu blok perdagangan di rantau Asia Tenggara

b)

mewujudkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota

c)

melaksanakan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota

d)

menyatakan pendirian tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa

78.

• Mengurangkan risiko keselamatan • Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu-isu politik dan keselamatan Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

a)

Piagam ASEAN

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN

d)

Perisytiharan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali

79.

Apakah sumbangan Malaysia dalam Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN?

a)

Membangunkan sektor keselamatan

b)

Membangunkan sektor telekomunikasi

c)

Mengadakan kerjasama infrastruktur fizikal

d)

Mengadakan kerjasama dalam sektor kesihatan

80.

Malaysia sering memperjuangkan isu-isu sosioekonomi pada peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan I mengurangkan rintangan perdagangan II menyemak semula beban hutang negara membangun III mewujudkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara Eropah Timur IV menjadikan perundingan Ekonomi Asia Timur sebagai blok perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

81.

Yang manakah melibatkan tentera Malaysia dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? I Pengunduran tentera Soviet Union dari Afghanistan II Perlindungan mangsa perang di Lubnan III Perjanjian damai Palestin dengan Israel IV Perang saudara di Timor Leste

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

82.

Tujuan Malaysia menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah untuk

a)

meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan dunia

b)

meningkatkan keupayaan dan pendedahan kepada pasukan keselamatan Malaysia

c)

mencari sokongan bagi pencalonan Malaysia sebagai ahli dalam Majlis Keselamatan

d)

menjalinkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dengan negara-negara yang terlibat

83.

Yang manakah antara usaha Malaysia untuk menangani keganasan serantau dan juga gerakan militan Islamic State (IS) pada peringkat global?

a)

Memperkukuh Majlis Keselamatan Negara

b)

Menyekat kemasukan pendatang asing secara meluas

c)

Membentuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

d)

Menubuhkan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

84.

Rajah merujuk kepada tuntutan hak warisan kebudayaan negara masing-masing. Bagaimanakah isu ini dapat diselesaikan?

a)

Membawa isu tersebut ke UNESCO

b)

Mengadakan perdebatan terbuka di media massa

c)

Membincangkan isu tersebut antara kedua-dua negara

d)

Membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa

85.

Isu yang manakah yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Campur tangan China dalam pertikaian di Laut China Selatan

b)

Pengaruh kuasa-kuasa besar dunia ke atas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Tindakan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan krisis politik di rantau Pasifik

d)

Ketidakpuasan hati Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan dengan tuntutan Pulau Batu Puteh

86.

Masalah kestabilan politik dan keselamatan rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara anggota ASEAN dibincangkan dalam

a)

Mesyuarat ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Sidang Kemuncak ASEAN

d)

Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN

87.

Kelembapan ekonomi dunia memberikan kesan kepada Malaysia dalam

a)

pemasaran barangan tempatan

b)

kualiti barangan yang diimport

c)

syarat perdagangan antara negara

d)

peningkatan harga barangan tempatan

88.

Yang manakah tindakan Malaysia dalam usaha mengaplikasikan teknologi hijau? I Mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga asli II Mengawal operasi kilang dan penggunaan kenderaan bermotor III Menggunakan alat teknologi yang membebaskan gas karbon yang rendah IV Membangunkan produk yang memberikan kesan minimum terhadap kemerosotan alam sekitar

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV