Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Past Question IDA102

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah panduan UTAMA manusia untuk mengetahui rahsia kejadian alam?

a)

Pengetahuan yang berdasarkan akal semata-mata

b)

Fikiran yang berlandaskan wahyu Tuhan

c)

Berdasarkan cerita-cerita orang terdahulu

d)

Berdasarkan ujikaji Sains

2.

Apakah tujuan UTAMA Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan bangsa?

a)

Memudahkan manusia membina tamadun dunia

b)

Menggambarkan tentang kekuasaan Allah Yang Maha Esa

c)

Supaya manusia saling mengenali antara satu sama lain

d)

Menjadikan manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki

3.

Manakah antara berikut BUKAN teori kejadian alam menurut pandangan ahli sains Barat?

a)

Teori Big Bang

b)

Teori Black Hole

c)

Teori evolusi alam

d)

Teori keajaiban tabi’i

4.

Manakah antara berikut kesan hedonisme kepada manusia dalam kehidupan beragama?

i Melalaikan dari pelaksanaan ibadah wajib

ii Menghilangkan maruah diri dan keluarga

iii Mendekatkan diri ke lembah maksiat

iv Punca berlakunya jenayah

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

5.

Charles Darwin dalam bukunya 'The Origin of Species' telah mengemukakan teori tentang kejadian manusia.

Apakah kesan UTAMA penerimaan manusia terhadap teori tersebut?

a)

Menolak rasional akal

b)

Menafikan perkembangan agama

c)

Menolak kewujudan Tuhan Maha Pencipta

d)

Menafikan falsafah dan pemikiran manusia

6.

Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri kejadian Nabi Adam?

i. Bapa kepada seluruh manusia

ii. Dijadikan daripada saripati tanah secara langsung

iii. Tercipta secara semulajadi tanpa apa-apa unsur

iv. Terhasil daripada proses percantuman benih lelaki dan wanita

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

7.

Manakah antara berikut merupakan perkara yang dianggap najis bagi agama Yahudi?

i Wanita dalam keadaan haid

ii Wanita yang baru melahirkan anak

iii Seseorang yang menyentuh mayat

iv Seseorang yang menyentuh bangkai

a)

i, ii dan iii

b)

i. iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

8.

Apakah permulaan proses kejadian manusia sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran?

a)

Nutfah

b)

Alaqah

c)

Mudghah

d)

Nafkh Ruh

9.

Manakah antara pernyataan berikut merupakan hukum Karma menurut agama Hindu?

a)

Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa

b)

Perlakuan dosa manusia adalah tanggungannya sendiri

c)

Manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat selepas mati

d)

Pembalasan perbuatannya menentukan kehidupannya yang akan datang

10.

Apakah maksud hidup beragama?

i Kehidupan berperaturan

ii Kehidupan yang ada pedoman

iii Mempunyai kepercayaan kepada Tuhan

iv Mempunyai hubungan manusia dengan Pencipta

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

11.

Manakah antara berikut BUKAN keistimewaan kejadian manusia?

a)

Dikurniakan dengan akal fikiran

b)

Diciptakan dengan sifat taat dan patuh

c)

Dijadikan daripada unsur rohani dan jasmani

d)

Disediakan dengan kemudahan alam semesta

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan manusia diciptakan dalam keadaan fitrah menurut Islam?

a)

Manusia dilahirkan tanpa pakaian

b)

Manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah Allah

c)

Manusia dilahirkan dalam keadaan bersih dari dosa

d)

Manusia dilahirkan tanpa sebarang tugas dan tanggungjawab

13.

Apakah yang membezakan antara Islam, Kristian dan Yahudi?

i Konsep penciptaan Adam dan Hawa

ii Konsep wujudnya hari akhirat

iii Konsep umat pilihan Tuhan

iv Konsep kenabian

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

14.

Terdapat beberapa golongan cendekiawan yang telah memberi takrifan manusia.

Apakah takrifan manusia menurut ilmu logik?

a)

Haiwan mamalia yang berakal dan bernafsu

b)

Haiwan yang boleh berkata-kata dan berfikir

c)

Haiwan yang sama sifat dengan haiwan lain

d)

Haiwan yang mempunyai perasaan dan keinginan

15.

Apakah persamaan asas yang wujud dalam semua agama?

a)

Menyembah tuhan yang satu

b)

Menghubungkan manusia dengan tuhan

c)

Peraturan hidup yang perlu dipatuhi

d)

Kepercayaan kepada hari pembalasan

16.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai kefahaman ajaran Islam yang berkaitan dengan manusia?

i. Keinsafan bermula dari penyatuan sebahagian jiwanya dengan Tuhan

ii. Kelahiran manusia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan

iii. Manusia semuanya sama taraf dan tidak memiliki stratifikasi sosial

iv. Kasta berkait rapat dengan hukum karma dan kelahiran semula

a)

i, ii dan iv

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan haram?

a)

Perkara yang tidak ada keampunan padanya

b)

Perkara yang disukai manusia tapi dibenci Tuhan

c)

Perkara yang boleh dilakukan ketika darurat sahaja

d)

Perkara yang haiwan sahaja boleh melakukannya

18.

Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada manusia.

Manakah bukti berikut BENAR mengenai kerasulan Nabi Muhammad?

i Baginda digelar Al-Amin

ii Baginda seorang buta huruf

iii Baginda seorang yang zuhud

iv Baginda dikurniakan mukjizat

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

19.

Agama terbahagi kepada dua ketegori iaitu agama samawi dan agama budaya. Berdasarkan pernyataan berikut manakah BUKAN ciri bagi agama samawi:

a)

Percaya kepada konsep tauhid

b)

Disampaikan oleh ahli falsafah

c)

Mempunyai Rasul sebagai utusan

d)

Percaya kepada pembalasan di hari akhirat

20.

Manakah antara berikut merupakan doktrin ketuhanan dalam Agama Kristian?

i. Doktrin dosa warisan

ii. Doktrin anak tuhan

iii. Doktrin trimurti

iv. Doktrin penyaliban jesus

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii. iii dan iv

d)

Semua di atas

21.

Agama ini juga dikenali sebagai agama insani, agama tabii dan agama semulajadi.

Apakah nama TEPAT bagi agama tersebut?

a)

Agama Yahudi

b)

Agama Buddha

c)

Agama budaya

d)

Agama samawi

22.

Apakah faktor UTAMA manusia dipilih menjadi khalifah di muka bumi?

a)

Manusia mempunyai kelebihan ilmu

b)

Manusia mempunyai kelebihan fizikal

c)

Manusia mempunyai kelebihan emosi

d)

Manusia mempunyai kelebihan spiritual

23.

Berikut merupakan maksud etika KECUALI:

a)

Tidak terikat dengan ketetapan agama

b)

Nilai pegangan dalam profesion tertentu

c)

Nilai yang menjadi pegangan mutlak seseorang

d)

Teori tentang pelaksanaan samada baik atau buruk

24.

Pepatah Melayu ada menyebut, 'Budi Bahasa Budaya Kita'.

Apakah kesan pengabaian terhadap budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat?

i. Masyarakat mementingkan diri sendiri

ii. Tiada persefahaman antara satu sama lain

iii. Kejatuhan ekonomi dan tamadun

iv. Jenayah semakin berleluasa

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

25.

Pilih persamaan yang wujud antara agama Buddha dan Hindu?

i Konsep karma

ii Kitab-kitab suci

iii Konsep nirwana

iv Konsep samsara

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

26.

Apakah faktor UTAMA yang mempengaruhi akhlak mulia?

a)

Keimanan dan ketakwaan

b)

Tahap keilmuan yang tinggi

c)

Pengaruh kawan dan persekitaran

d)

Didikan ibubapa

27.

Kenapakah konsep dosa warisan tiada dalam agama Islam?

a)

Dosa boleh diwarisi secara turun-temurun

b)

Tiada dosa besar dan kecil dalam Islam

c)

Dosa boleh diampunkan melalui perantaraan imam

d)

Setiap individu bertanggungjawab atas setiap perbuatannya

28.

Apakah amalan seseorang yang akan dibawa selepas kematiannya?

i Pemberian sedekah yang ikhlas

ii Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya

iii Penghargaan yang dikurniakan oleh pemimpin

iv Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

29.

Manakah antara berikut BUKAN sifat mahmudah?

a)

Riak

b)

Syukur

c)

Zuhud

d)

Amanah

30.

Berikut adalah perbezaan antara akhlak dengan moral, KECUALI

i Akhlak bersumberkan sumber autentik manakala moral bersumberkan pemikiran manusia

ii Akhlak berkait dengan batin manakala moral berkait zahir sahaja

iii Akhlak bersifat tetap manakala moral bersifat berubah-ubah

iv Akhlak bersumberkan pengalaman nabi manakala moral dari perasaan manusia

a)

i, dan ii

b)

i, dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

ii dan iv

31.

Amar makruf nahi munkar merupakan salah satu ciri agama samawi.

Apakah maksud amar makruf nahi munkar?

a)

Menegakkan keadilan semua pihak

b)

Mempercayai perkara-perkara ghaib

c)

Mematuhi peraturan-peraturan wahyu

d)

Menyeru yang baik dan mencegah yang munkar

32.

Seorang Muslim wajib berpegang kepada rukun berikut seperti mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan pergi ke Baitullah untuk mengerjakan Haji.

Rukun apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?

a)

Rukun akidah

b)

Rukun ihsan

c)

Rukun Iman

d)

Rukun Islam

33.

Manakah antara berikut BUKAN ajaran Konfucius?

i Konsep Ren

ii Konsep karma

iii Konsep Wu Lan

iv Konsep Feng Shui

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

34.

Apakah klasifikasi manusia menurut ilmu antropologi?

a)

Haiwan kera Amerika

b)

Manusia Neanderthal

c)

Homo Sapiens

d)

Mawas purba

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi?

a)

Fahaman dan idea

b)

Akal fikiran

c)

Ilmu

d)

Seni

36.

Penularan kepelbagaian ideologi moden hari ini berlaku begitu pantas. Keadaan ini telah memberi cabaran hebat kepada pemantapan agama samawi dan agama budaya.

Apakah ideologi yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?

i. Sufisme

ii. Liberalisme

iii. Sosialisme

iv. Sekularisme

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

37.

Mengapakah fahaman dan ideologi sekularisme menjadi cabaran utama dalam beragama?

a)

Merealisasikan kehidupan melalui kemewahan material

b)

Mengangkat pemikiran yang melangkaui sumber wahyu

c)

Menggalakkan unsur kehendak dan matlamat keduniaan

d)

Agama membantutkan usaha ke arah kemajuan peradaban

38.

Kes seperti perzinaan, pembuangan bayi, lesbian, video lucah, menghidu gam, penkid dan sebagainya yang sering berlaku dalam masyarakat dilihat seperti tiada penghujungnya.

Apakah langkah yang PALING TEPAT dilakukan oleh setiap remaja bagi mengekang dirinya dari terjebak dengan gejala sosial seperti di atas?

a)

Mendengar semua arahan yang dikeluarkan oleh guru

b)

Mempersiapsiagakan dirinya dengan ilmu duniawi dan ukhrawi

c)

Memperkukuhkan aspek akidah, ibadah dan akhlak ke dalam jiwa

d)

Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan kedua ibubapanya

39.

Apakah faktor yang menyebabkan sesuatu nilai murni dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dilaksanakan?

i. Pengaruh budaya barat

ii Perkembangan media sosial

iii. Kelemahan spiritual dan kekosongan jiwa

iv. Kesibukan masyarakat dengan urusan duniawi

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

40.

Mengapakah manusia tidak boleh bergantung kepada akal semata-mata dalam menyelesaikan masalah kehidupan?

a)

Akal bersifat terbatas dan relatif

b)

Akal seringkali menewaskan nafsu

c)

Keputusan akal bersifat tetap dan mutlak

d)

Akal seringkali bertentangan dengan ajaran agama

41.

Akhlak merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Manakah situasi di bawah yang menggambarkan akhlak seorang Muslim?

a)

X makan dengan banyak kerana terlalu lapar

b)

W menasihati rakannya di media sosial secara terbuka

c)

Y sentiasa membalas kembali perbuatan jahat kawannya terhadapnya

d)

Z selalu menegur kesilapan rakannya dengan tujuan untuk memperbetulkannya