wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DEVELOPMENTAL PSYCHOLOGY

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Jika seorang ayah berambut lurus (hh) dan si ibu berambut kerinting (HH), berapakah kebarangkalian anak mereka akan berambut kerinting?

a)

0%

b)

25%

c)

50%

d)

100%

2.

Buat penilaian tentang kebarangkalian penyakit seorang bayi jika bapanya adalah pembawa cystic fibrosis (Cc) tetapi mempunyai gen pembekuan darah yang normal (HH), sementara ibunya mempunyai gen cystic fibrosis yang normal (CC) tetapi pembawa hemofilia (Hh).

a)

Anak mempunyai 50% kebarangkalian menghidap kedua-dua penyakit cystic fibrosis dan hemofilia.

b)

Anak tidak berisiko mendapat cystic fibrosis tetapi mempunyai 50% kebarangkalian mendapat hemofilia jika lelaki.

c)

Anak mempunyai 25% kebarangkalian mendapat cystic fibrosis dan 25% kebarangkalian mendapat hemofilia.

d)

A.    Anak tidak berisiko mendapat sama ada cystic fibrosis atau hemofilia.

3.

Seorang lelaki berumur 62 tahun dimasukkan ke hospital akibat strok iskemik. Beliau juga didiagnosis dengan haemophilia. Buat penilaian tentang prognosisnya.

a)

Prognosis adalah sangat baik, kerana haemophilia menghalang pembekuan darah dan seterusnya memperbaiki pemulihan daripada strok iskemik

b)

Prognosis adalah baik, kerana haemophilia hanya mempengaruhi pendarahan luaran dan tidak mengganggu pemulihan otak.

c)

Prognosis adalah lemah, kerana haemophilia mengehadkan penggunaan rawatan pemecah bekuan (terapi trombolitik), meningkatkan risiko kerosakan otak kekal.

d)

Prognosis adalah sederhana, kerana pesakit masih boleh pulih dengan ubat untuk mengawal pendarahan dan fisioterapi.

4.

Sejak awal kandungan, Mira kerap mengambil mi segera dan minuman bergas kerana mengalami pening dan muntah teruk semasa mengandung (NVP) dan sukar mengambil makanan lain. Dia juga menggunakan krim pencerah kulit yang mengandungi hydroquinone dan merkuri. Buat penilaian tentang potensi kesan terhadap perkembangan fetus jika dia meneruskan amalan ini sepanjang kehamilan.

a)

Fetus tidak mungkin terkesan kerana si ibu masih makan dan mengekalkan pengambilan kalori.

b)

Fetus mungkin mengalami pertumbuhan terbantut, kecacatan neurologi dan ketidaknormalan organ akibat pendedahan kepada merkuri dan kekurangan zat pemakanan ibu.

c)

Fetus akan berkembang secara normal kerana mi segera dan hydroquinone tidak berbahaya jika diambil dalam jumlah kecil.

d)

Fetus hanya terkesan oleh diet yang tidak sihat kerana merkuri tidak menembusi plasenta.

5.

Taksirkan bagaimana keadaan persekitaran hidup yang berkait dengan tahap sosioekonomi yang berbeza boleh mempengaruhi ekspresi atau keterukan gangguan genetik dalam populasi.

a)

Keadaan sosioekonomi tidak mempengaruhi ekspresi gangguan genetik kerana gen semata-mata menentukan hasil penyakit.

b)

Persekitaran hidup yang daif akibat status sosioekonomi rendah seperti pencemaran, kekurangan zat makanan dan akses kesihatan terhad boleh memburukkan ekspresi dan keterukan gangguan genetik sedia ada.

c)

Status sosioekonomi tinggi menyebabkan gangguan genetik hilang sepenuhnya kerana kebersihan dan teknologi yang maju.

d)

Perbezaan sosioekonomi hanya mempengaruhi amalan budaya tanpa kesan biologi terhadap ekspresi gen.

6.

Seorang wanita berumur 30 tahun yang bekerja sebagai juruteknik radiologi telah terdedah kepada dos rendah radiasi X-ray berulang kali sebelum menyedari bahawa beliau sedang mengandung selama empat minggu. Nilaikan risiko yang berkemungkinan kepada embrio yang sedang berkembang dalam situasi ini.

a)

Embrio berisiko tinggi mengalami kecacatan besar dan keguguran kerana sebarang pendedahan radiasi pada mana-mana peringkat adalah mematikan.

b)

Embrio menghadapi risiko yang minima, kerana pendedahan sebelum pembentukan organ (sebelum minggu ke-5) biasanya mengikuti kesan “semua atau tiada” — sama ada tiada kesan langsung atau keguguran jika kerosakan sel berlaku.

c)

Embrio akan mengalami pertumbuhan perlahan tetapi tiada risiko kecacatan kongenital kerana radiasi pada peringkat ini hanya memberi kesan kepada tisu ibu.

d)

Tiada sebab untuk bimbang kerana tubuh secara semula jadi menetralkan kesan radiasi mengion terhadap embrio awal.

7.

Satu pasangan hadir ke sesi kaunseling pra-perkahwinan di klinik anda. Sufian, berumur 32 tahun, merupakan individu HIV-positif dan telah menjalani terapi antiretroviral (ART) secara konsisten selama dua tahun, dengan tahap viral load yang tidak dapat dikesan. Pasangannya, Liyana, HIV-negatif. Mereka merancang untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin. Nilaikan cadangan profesional yang paling sesuai bagi pasangan ini.

a)

Menasihati pasangan ini agar mengelakkan kehamilan sepenuhnya kerana HIV masih boleh diwarisi secara genetik kepada anak walaupun viral load tidak dapat dikesan.

b)

Mencadangkan pasangan ini agar menggunakan kondom secara kekal dan mengambil anak angkat sebagai alternatif kepada kehamilan semula jadi.

c)

Mengalakkan pasangan ini untuk meneruskan perancangan keluarga di bawah pemantauan perubatan, dengan menggunakan pilihan pencegahan seperti ‘sperm washing’, PrEP untuk Liyana, dan pematuhan berterusan terhadap ART bagi Sufian.

d)

Mencadangkan supaya mereka menangguhkan kehamilan sehingga kedua-dua pasangan diuji negatif HIV.

8.

Semasa pemeriksaan selepas kelahiran, seorang bayi baru lahir menunjukkan tanda-tanda mikrocephaly, kehilangan pendengaran dan masalah penglihatan. Ibunya, Farah, mengingatkan bahawa dia pernah mengalami ruam ringan dan demam semasa trimester pertama tetapi tidak mendapatkan rawatan. Dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah menerima vaksin rubella sebelum mengandung. Nilaikan situasi ini dan tentukan kemungkinan keadaan perubatan yang dialami oleh bayi tersebut.

a)

Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) akibat pengaktifan semula jangkitan virus pendam semasa kehamilan.

b)

Jangkitan toxoplasmosis yang berpunca daripada pengambilan daging tidak masak sepenuhnya semasa lewat kehamilan.

c)

Kecelaruan kromosom genetik seperti sindrom Down yang tidak berkaitan dengan jangkitan pada ibu.

d)

Sindrom rubella kongenital akibat daripada jangkitan rubella pada ibu semasa awal kehamilan.

9.

Seorang wanita hamil berusia 29 tahun pada usia kandungan 32 minggu hadir dengan kerap menangis, hilang selera makan, sukar tidur, dan perasaan putus asa terhadap peranannya sebagai bakal ibu. Dia melaporkan bahawa suaminya sering bekerja di luar daerah, menyebabkan dia berasa sunyi dan tidak mendapat sokongan emosi. Dia juga menyatakan rasa bersalah kerana tidak gembira dengan kehamilannya dan bimbang tidak mampu menjadi ibu yang baik.Buat penilaian terhadap situasi ini dan tentukan pendekatan kaunseling yang paling sesuai.

a)

Yakinkan dia bahawa perubahan emosi semasa mengandung adalah perkara biasa dan nasihatkannya supaya menunggu sehingga selepas bersalin untuk kestabilan emosi kembali.

b)

Cadangkan supaya dia menumpukan kepada pemikiran positif dan elakkan membincangkan emosi negatif bagi mengelakkan keadaan mentalnya menjadi lebih teruk.

c)

Kenal pasti keadaannya sebagai kemurungan antenatal dan gunakan kaunseling sokongan dengan menumpukan pada pengesahan emosi, pengukuhan sokongan sosial, dan pembangunan strategi daya tindak.

d)

Diagnosis dia dengan kemurungan selepas bersalin dan mulakan ubat-ubatan segera sebelum bersalin bagi mengelakkan berulang.

10.

Seorang wanita berusia 30 tahun, dua bulan selepas melahirkan anak, hadir dengan kesedihan berpanjangan, mudah marah, hilang minat untuk menjaga bayinya dan berasa tidak berguna. Dia sukar tidur walaupun bayinya sedang tidur dan sering menangis tanpa sebab yang jelas. Dia juga berasa bersalah kerana tidak dapat berhubung dengan bayinya. Nilaikan situasi ini dan tentukan pendekatan kaunseling yang paling sesuai.

a)

Yakinkan dia bahawa perubahan emosi adalah perkara biasa selepas bersalin dan dia hanya perlu menunggu emosinya stabil dengan sendiri.

b)

Diagnosis dia dengan gangguan kebimbangan menyeluruh dan fokuskan rawatan hanya kepada teknik relaksasi dan pernafasan.

c)

Galakkan dia mengambil percutian pendek tanpa bayinya bagi mengurangkan tekanan dan menstabilkan emosinya.

d)

Kenalpasti simptomnya sebagai kemurungan selepas bersalin dan gunakan kaunseling sokongan bersama terapi kognitif tingkahlaku (CBT) bagi menangani pemikiran maladaptif, meningkatkan kawalan emosi dan mengukuhkan ikatan ibu-anak.

11.

Amir dan Sofia merupakan ibu bapa kali pertama kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun. Mereka sentiasa menyuap anak mereka menggunakan sudu kerana bimbang anak mereka akan membuat kekacauan atau tercekik. Mereka juga mengelakkan daripada memberikan pensel warna atau mainan kecil kerana takut anak mereka akan memasukkannya ke dalam mulut. Baru-baru ini, mereka mendapati anak mereka sukar memegang objek kecil dan tidak boleh menyuap sendiri. Sebagai kaunselor, apakah cadangan anda bagi membantu pasangan ini menyokong perkembangan kemahiran motor halus anak mereka dengan selamat?

a)

Menjelaskan bahawa perlindungan berlebihan boleh melambatkan perkembangan motor halus dan mencadangkan agar mereka menyediakan mainan yang sesuai dengan umur serta memberi peluang untuk menyuap sendiri di bawah pengawasan rapi.

b)

Menyokong pendekatan ibu bapa kerana memastikan anak kekal bersih dan selamat adalah lebih penting daripada perkembangan kemahiran pada usia ini.

c)

Menasihati mereka supaya menangguhkan latihan motor halus sehingga anak memulakan prasekolah, di mana guru boleh membimbing dengan selamat.

d)

Menggalakkan mereka supaya terus menyuap anak mereka dan mengelakkan mainan kecil sehingga anak berumur empat tahun bagi mencegah risiko tercekik.

12.

Seorang budak perempuan berusia 4 tahun belajar perkataan “anjing” selepas melihat haiwan peliharaan keluarganya, seekor poodle coklat kecil. Kemudian, dia melihat seekor golden retriever besar di taman dan berkata, “Lihat, poodle!” Ibunya membetulkan dengan mengatakan bahawa itu ialah “anjing” tetapi bukan “poodle.” Beberapa hari kemudian, dia melihat seekor poodle sekali lagi dan memanggilnya “anjing.” Sebagai ahli psikologi, jelaskan mengapa dia kini memanggil poodle sebagai “anjing” dan bukannya mengenalinya dengan betul.

a)

Budak itu mempunyai masalah bahasa dan tidak dapat membezakan antara baka haiwan.

b)

Budak itu telah melakukan over-accommodation pada skemanya dengan menganggap semua anjing, termasuk poodle, sebagai “anjing,” lalu kehilangan label spesifik yang dipelajarinya dahulu.

c)

Budak itu tidak berminat terhadap haiwan dan tidak lagi memberi perhatian kepada perbezaan antara mereka.

d)

Budak itu mempunyai masalah ingatan yang menghalangnya daripada mengingati nama yang betul bagi setiap haiwan.

13.

Seorang budak perempuan berusia 6 tahun sedang belajar menunggang basikal tanpa roda sokongan. Setiap kali mencuba, dia hilang imbangan dan jatuh, lalu berasa kecewa dan ingin berhenti. Ibunya mempertimbangkan sama ada untuk membantu atau membiarkan anaknya mencari jalan sendiri. Berdasarkan konsep Zon Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development, ZPD) oleh Vygotsky, apakah tindakan terbaik yang harus dilakukan oleh ibunya bagi menyokong pembelajaran anaknya?

a)

Ibu harus memegang basikal dan membimbing imbangan anak sambil memberi galakan lisan sehingga anak mampu mengayuh dan mengimbangi sendiri.

b)

Ibu harus membiarkan anak terus jatuh sehingga dia belajar melalui percubaan dan kesilapan kerana bantuan langsung akan menghadkan kebebasan diri.

c)

Ibu harus menunggang basikal itu sendiri untuk menunjukkan cara yang betul.

d)

Ibu harus menyuruh anak berhenti mencuba buat masa ini kerana dia belum bersedia dari segi perkembangan untuk menunggang tanpa sokongan.

14.

Seorang budak lelaki berusia 2 tahun baru sahaja mula menghadiri taska. Setiap pagi, dia memeluk ibunya dengan kuat dan menangis tanpa henti apabila ibunya pergi. Namun, selepas beberapa minit, dia mula bermain dengan gembira bersama kanak-kanak lain dan menunjukkan keterujaan apabila ibunya datang menjemput pada waktu petang. Berdasarkan Teori Kelekatan Bowlby (Bowlby’s Attachment Theory), bagaimana gaya kelekatan anak ini dapat digambarkan dengan paling tepat?

a)

Kelekatan mengelak (avoidant attachment) — anak mengelak hubungan emosi dan menunjukkan sedikit minat apabila ibunya kembali.

b)

Kelekatan rintangan (resistant attachment) — anak berasa marah dan enggan berinteraksi dengan ibunya apabila dia kembali.

c)

Kelekatan selamat (Secured attachment)— anak menunjukkan keresahan semasa perpisahan tetapi mampu bertenang, meneroka, dan bergembira semula apabila ibunya datang menjemput.

d)

Kelekatan tidak teratur (disorganized attachment)— anak kelihatan takut dan keliru semasa perpisahan dan apabila ibunya kembali.

15.

Si ibu mempunyai warna mana coklat dan si bapa juga mempunyai warna mata coklat. Kepelbagaian genetik ini dikenali sebagai:

a)

homozygous alleles

b)

heterozygous alleles

c)

genotype

d)

phenotype

16.

Wani mendapat warna rambut hitam daripada ibunya. Manakala bapa wani mempunyai warna rambut keperangan. Dominasi warna rambut hitam yang diperolehi Wani di dalam situasi ini biasanya berlaku jika alleles:

a)

dalam pasangan homozygous

b)

dalam pasangan heterozygous

c)

dalam pasangan resesif

d)

dalam pasangan dominan

17.

Penyakit yang memyebabkan keganjilan pada bentuk sel darah merah dikenali sebagai:

a)

thalassemia

b)

hemophilia

c)

progeria

d)

sickle cell anemia

18.

Alpha thallasemia berlaku apabila:

a)

ketiadaan gen alpha-globin

b)

ketiadaan gen beta-globin

c)

kewujuan gen alpha-globin

d)

kewujudan gen beta-globin

19.

Selain daripada penyebab kepada ketuat, Human Papiloma Virus (HPV) juga merupakan agen kepada:

a)

human immunodeficiency virus

b)

syphilis

c)

klinefelter syndrome

d)

mutasi genetik

20.

Diana mempunyai tinggi melebihi purata tinggi rakan-rakan lain di dalam kelasnya. Diana juga mempunyai masalah percakapan dan hanya boleh bercakap pada usia 5 tahun. Dia juga mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Gejala ini menunjukkan Diana mungkin mengalami:

a)

XXX syndrome

b)

XXY syndrome

c)

XYY syndrome

d)

X0 syndrome

21.

Ali dan Aminah melakukan hubungan seks pada 31 Disember 2025. Jika pensenyawaan berlaku pada hari yang sama, anggarkan bilakah placenta akan terbentuk?

a)

1-14 Januari 2026

b)

15-28 Januari 2026

c)

29 Januari -11 Februari 2026

d)

12 – 25 Februari 2026

22.

Jantung janin akan mula mengepam darah dalam anggaran minggu ke 3 hingga 8 kandungan. Dalam tempoh ini, ciri-ciri fizikal luar janin yang juga mula terbentuk adalah:

a)

Organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak

b)

Mata, telinga, hidung, kaki dan tangan

c)

Organ kemaluan

d)

Salur darah

23.

Usus, paru-paru, kalenjar, hati dan pancreas terbentuk daripada lapisan germ (germ layer)

a)

Ectoderm

b)

Mesoderm

c)

Endoderm

d)

Pictoderm

24.

Semasa mengandungkan anak lelakinya, Julia merasakan anaknya menendan-nendang perutnya. Pada usia kandungan yang ke berapakah fetus aktif bergerak?

a)

Minggu 1-12

b)

Minggu 13-24

c)

Minggu 24-32

d)

Minggu 33-38

25.

Benzoyl Peroxide merupakan bahan yang bersifat teratogenic. Bahan ini dikategorikan sebagai:

a)

ubatan yang dipreskripsi

b)

ubatan tanpa preskripsi

c)

dadah terlarang

d)

tembakau

26.

Mengapa hormon stres bayi semasa kelahiran dianggap adaptif?

a)

ia menguatkan lagi kontraksi.

b)

ia meningkatkan bekalan oksigen kepada ibu.

c)

ia membantu bayi menghadapi kekurangan oksigen dan bersedia untuk bernafas.

d)

ia memendekkan proses kelahiran.

27.

Bezakan manakah di antara tahap perkembangan kognitif Piaget berikut yang menyatakan bahawa kanak-kanak percaya yang sukatan air di dalam gelas akan berubah apabila dituang ke dalam mangkuk

a)

Tahap sensorimotor

b)

Tahap praoperasional

c)

Tahap operasi konkrit

d)

Tahap operasi formal

28.

Gandingkan kenyataan yang benar tentang Exosystem:

a)

Ibu memberi sokongan emosi kepada anak lelakinya

b)

Cuti bersalin bergaji penuh

c)

Ibu membantu Anita menyiapkan kerja sekolahnya

d)

Ibu Ali mendapat pekerjaan baru di Lancaster

29.

Banding dan pilih kenyataan yang paling tepat menerangkan tentang idea utama perkembangan kognitif Vygotsky dan Piaget?

a)

Piaget menekankan pembelajaran melalui interaksi sosial, manakala Vygotsky percaya kanak-kanak belajar secara penerokaan bebas.

b)

Vygotsky menekankan peranan interaksi sosial dan budaya dalam pembelajaran, manakala Piaget percaya kanak-kanak belajar melalui penerokaan bebas.

c)

Piaget percaya orang dewasa perlu membimbing semua pembelajaran, manakala Vygotsky berpendapat kanak-kanak berkembang tanpa sokongan sosial.

d)

Vygotsky percaya perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat tetap, manakala Piaget percaya ia berlaku secara berterusan.

30.

Ketidakstablian dan kemusnahan struktur nuklues sel yang disebabkan oleh mutasi pada kromosom 1 biasanya dapat dilihat dalam kalangan:

a)

Pesakit progeria

b)

Pesakit hemophilia

c)

Pesakit thalassemia

d)

Pesakit Turner

31.

XXX, XYY, XXY merupakan kumpulan yang tergolong dalam:

a)

Trisomy sex chromosome

b)

Penyakit kelamin

c)

Trisomy autosome

d)

Anemia

32.

Adenine, Guanine, Cytosine, and Thymine merupakan:

a)

Sugar phosphate backbone

b)

Nucleotides

c)

Gen

d)

Alleles

33.

Jika B = mata perang, b = mata biru, maka individu yang bermata biru biasanya:

a)

Homozygous recessive

b)

Heterozygous recessive

c)

Homozygous dominant

d)

Heterozygous dominant

34.

Aina memakan burger, sosej dan makanan berproses lain dua kali setiap hari sejak minggu ke 3 hingga 24 kandungan. Apakah kecacatan yang mungkin berlaku ke atas janin?

a)

Kematian pranatal

b)

Ketidaknormalan pada struktur utama dan kecacatan fisiologikal

c)

Penyakit jantung konginetal

d)

Kecacatan pada organ seksual seperti khunsa

35.

Tekanan psikologi yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung seperti terlibat di dalam konflik rumah tangga boleh meningkatkan risiko kepada ibu dari segi:

a)

Hyrocephalus

b)

Preeclampsia and Gestational Diabetes Mellitus

c)

Kecacatan konginetal

d)

Jangkitan toxoplasmosis