Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FINAL PAM SEM 1 20Q

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri? I. Mengawal pergerakan manusia dan barangan. II. Memperluas sumber kekayaan negara. III. Menguruskan pilihan raya umum. IV. Menjamin keselamatan negara.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara

a)

Pendaftaran

b)

Naturalisasi

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

3.

Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? I. Kabinet meluluskan undang-undang. II. Mahkamah membatalkan undang-undang. III. Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan. IV. Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk

a)

Membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

b)

Membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara.

c)

Mempercepat perbicaraan kes-kes jenayah.

d)

Mengawal kualiti badan guaman negara.

5.

Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa. Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

a)

Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen.

b)

Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.

c)

Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen.

d)

Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen.

6.

Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia? I. Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun. II. Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan. III. Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen. IV. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut

a)

Diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan.

b)

Didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh.

c)

Dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

d)

Didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan.

8.

Budaya berteraskan perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam dapat diterapkan melalui I. Latihan kemahiran secara berterusan. II. Perkongsian maklumat dan pengetahuan. III. Pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang, IV. Pelantikan penjawat awam yang berkelulusan tinggi.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Dasar tiada pemberian hadiah (no gift policy) yang diamalkan oleh syarikat kepentingan kerajaan ialah satu amalan tadbir urus baik yang berkaitan dengan prinsip

a)

Mengutamakan pelanggan.

b)

Berkesan (efektif)

c)

Integriti

d)

Telus

10.

Teguran: Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan. Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?

a)

Jabatan Audit Negara.

b)

Jabatan Akauntan Negara.

c)

Jawatankuasa Akaun Awam.

d)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

11.

Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan

a)

Sultan

b)

Ketua Kerajaan Negeri.

c)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

12.

Pihak berkuasa yang manakah yang bertanggungjawab dalam menangani isu pemerdagangan manusia?

a)

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

b)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

c)

Agensi Keselamatan Sempadan.

d)

Majlis Keselamatan Negara.

13.

• Menyelaraskan tanggungjawab pentadbiran negeri mengikut portfolio. • Meluluskan peruntukan geran pelancaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara di atas ialah

a)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

b)

Unit Perancangan Ekonomi Negeri.

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

d)

Pejabat Kewangan Negeri.

14.

Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?

a)

Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar.

b)

Meningkatkan imej perkhidmatan awam.

c)

Mencapai misi nasional yang ditetapkan.

d)

Merancakkan pembangunan negara.

15.

Bidang pekerjaan yang manakah yang menghadapi cabaran besar dalam meningkatkan keyakinan awam terhadap tadbir urus baik?

a)

Kesihatan

b)

Pendidikan

c)

Penguatkuasaan

d)

Pemungutan cukai dan hasil

16.

Situasi yang manakah yang menjejaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat? I. Kemasukan pekerja asing tanpa izin dalam negara II. Percanggahan pendapat antara pemimpin negara III. Tindakan rakyat yang mengkritik kerajaan IV. Pencerobohan sempadan perairan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Wanita A — warganegara Indonesia; bersuamikan seorang warganegara Malaysia; berkelakuan baik dan bermastautin di Malaysia sejak tahun 2010.
Wanita A di atas boleh mendapat taraf kewarganegaraan melalui kaedah?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman wilayah

d)

Penguatkuasaan undang-undang

18.

Yang manakah situasi yang melanggar prinsip kesamarataan menurut Perlembagaan Persekutuan? I. Jabatan agama Islam negeri X hanya mengambil pekerja beragama Islam II. Permohonan Encik B untuk jawatan jururawat ditolak kerana beliau seorang lelaki III. Puan C ditamatkan kontrak sebagai guru sandaran tidak terlatih kerana mengandung IV. Permohonan Encik Wong untuk menyertai pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja ditolak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Jawab semua soalan. Yang manakah yang tepat mengenai kes sivil?

a)

Tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi sahaja

b)

Pendakwa raya dan Peguam bela terlibat dalam perbicaraan

c)

Melibatkan tuntutan ganti rugi dan tuntutan hak

d)

Kes dikemukakan oleh agensi penguatkuasa

20.

Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dalam kalangan Wakil Rakyat dari parti yang memenangi pilihan raya. Perdana Menteri yang dilantik akan menyenaraikan ahli-ahli kabinet.
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan?

a)

Demokrasi Terpimpin

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Pemerintahan pengasingan kuasa