wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS_BAHAN SINTETIK

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan maksud bahan sintetik?

a)

Bahan yang diperoleh terus dari alam

b)

Bahan daripada tumbuhan dan haiwan

c)

Bahan tiruan yang dihasilkan oleh manusia

d)

Bahan yang tidak memerlukan pemprosesan

2.

Kenalpasti bahan yang tergolong dalam bahan semula jadi?

a)

PVC

b)

Nylon

c)

Plastik

d)

Getah asli

3.

Antara berikut, kenalpasti sifat bahan sintetik?

a)

Mudah reput

b)

Mudah dibentuk

c)

Kurang tahan lama

d)

Kos penghasilan tinggi

4.

Logam tulen terdiri daripada atom yang mempunyai _____.

a)

saiz berbeza

b)

bentuk rawak

c)

struktur tidak teratur

d)

saiz dan bentuk yang sama

5.

Nyatakan bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih logam?

a)

Aloi

b)

Polimer

c)

Seramik

d)

Komposit gentian

6.

Antara berikut, pilih bahan dalam kategori aloi?

a)

Perak

b)

Gangsa

c)

Kuprum

d)

Aluminium

7.

Kenalpasti logam yang merupakan pengalir elektrik terbaik dan sering digunakan dalam barang kemas?

a)

Keluli

b)

Loyang

c)

Kuprum

d)

Argentum (Perak)

8.

Polimer terbentuk melalui proses _____.

a)

pengoksidaan

b)

pempolimeran

c)

pembakaran

d)

pemeluwapan

9.

Nyatakan tujuan penghasilan komposit

a)

menggantikan logam tulen

b)

meningkatkan sifat bahan

c)

mengurangkan kos sahaja

d)

memudahkan pelupusan

10.

Mengapakah komposit gentian karbon sering digunakan dalam pembuatan peralatan sukan seperti raket tenis dan kayu golf?

a)

Ia mudah didapati secara meluas

b)

Ia sangat ringan tetapi sangat kuat

c)

Ia lebih murah daripada bahan semula jadi

d)

Ia boleh terbiodegradasi selepas digunakan

11.

Bahan sintetik dihasilkan melalui proses kimia

a)

Betul

b)

Salah

12.

Apakah maksud POLIMER?

a)

mengandungi bukan logam iaitu aloi keluli yang mempunyai unsur karbon.

b)

molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan banyak unit kecil yang dikenali sebagai monomer.

c)

bahan pepejal baru yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, seramik dan polimer.

d)

bahan tidak organik yang diperolehi apabila tanah liat dibakar dengan suhu tinggi.

13.

Gentian optik ialah bahan komposit.

Ia digunakan dalam

a)

Industri telekomunikasi

b)

Membuat peralatan sukan

c)

Industri pembinaan

d)

Membuat kanta

14.

Mengapakah sebuah kapal yang diperbuat daripada kaca gentian adalah lebih baik daripada keluli

a)

Lebih berat

b)

Lebih tahan dan fleksibel

c)

Kekuatan tegangan yang lebih rendah

d)

Lebih lembut dan lemah

15.

Nama komposit untuk membina jambatan adalah

a)

konkrit diperkukuhkan

b)

kaca gentian

c)

gentian optik

d)

kaca fotokromik

e)

superkonduktor

16.

Apakah perbezaan utama antara logam dan aloi dalam konteks ketahanan terhadap karat?

a)

Logam tahan karat manakala aloi tidak tahan karat

b)

Logam tidak tahan karat manakala aloi tahan karat

c)

Kedua-duanya tahan karat

d)

Logam dan aloi tidak mempunyai sifat ketahanan terhadap karat

17.

Apakah ciri-ciri logam yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam pembuatan wayar elektrik?

a)

Mudah terbakar

b)

Konduktor elektrik yang baik

c)

Tidak tahan terhadap haba

d)

Berwarna hitam

18.

Rajah menunjukkan kegunaan plastik PVC. PVC ialah sejenis

a)

Termoset

b)

Termoplastik